BAB
13
Kini baru aku perasan, kereta Rayyan
ini menggunakan gear automatic. Aku
mana pernah memandu kereta yang ada gear seperti kereta Rayyan ini. Gelabahnya
aku hingga tak tahu apa nak buat?
"Rayyan….Rayyan …Tolong
saya." Aku goncang tubuh Rayyan. Rayyan buka mata perlahan.
"Alhamdulilah! Awak masih ada
bersama saya." Jantung aku berdegup laju. Entah-entah aku dulu yang
pengsan.
"Rayyan saya tak tahu nak pandu
kereta gear automatic." Dengan
tak tahu malunya aku mengaku pada Rayyan.
"Lisa awak kena cuba. Saya tak
dapat nak membantu awak," mata Rayyan tertutup semula.
"Rayyan! Rayyan jangan
tinggalkan saya. Saya sayangkan awak Rayyan ." Aku sudah memeluk tubuh
Rayyan yang kaku. Terlupa dengan adab yang kujaga selama ini. Terasa jari
jemariku digenggam oleh Rayyan.
"Rayyan! Rayyan ! Tolong buka
mata awak, jangan tinggalkan saya." Aku menangis sambil memeluk Rayyan.
Masa tu aku dah tak fikir apa pun. Malu aku tolak ke tepi.Apa yang aku tahu aku
tak nak kehilangan Rayyan meskipun Rayyan pernah melukakan hatiku.
"Handphone Rayyan!"
Aku seluk dalam poket seluar Rayyan. Handphone
Rayyan aku keluarkan. Aku pilih satu nama dari senarai nama dalam handphone Rayyan.
"Hello bro! Apa hal call aku ni?" Tanya Taufik.
"Hello! Saya ada bersama
Rayyan. Dia pengsan." Kataku laju tanpa menjawab pertanyaan lelaki yang
bernama Taufik itu.
"Apa Rayyan pengsan!"
Tanya lelaki yang bernama Taufik.
" Saya nak minta tolong dari
awak. Saya nak hantar dia ke klinik tapi tak tahu nak pandu kereta BMW Rayyan
ini sebab gearnya automatic. Saya tak
biasa pandu kereta begini." Jelasku pada Taufik.
"Nama awak siapa?"Tanya
Taufik.
"Lisa Adrianna," jawabku
tanpa membuang masa.
"Whattt! Lisa Adrianna ? Betul
awak ni Lisa Adrianna? "Tanya Taufik macam terperanjat pula gayanya. Entah
apa-apalah kawan Rayyan ni. Tak senonoh
betul.
"Encik Taufik ! Saya tak ada
masa nak bersoal jawab dengan awak. Saya dalam kecemasan bantulah saya. Bagaimana cara nak memandu kereta
ini?" Aku sudah naik angin dengan Taufik . Kawan separuh sedar, ada hati
nak tanya macam-macam.
"Lisa….. sapukan minyak angin
supaya Rayyan sedar. Dalam kereta tu selalu Rayyan sediakan minyak angin. Awak
carilah."
Aku mencari minyak angin di tepiku
. Ada pun, kusapu ke dahi dan hidung Rayyan. Rayyan mula bertindak balas.
Matanya sudah terbuka walaupun masih lemah.
"Rayyan….terima kasih ya- Allah." Doaku bila melihat Rayyan
sudah membuka matanya. Air mata gembira mengalir di pipiku.
"Ok ! Taufik. Rayyan dah mula
sedar." Kata Lisa Adrianna sambil menangis.
"Sekarang awak gunakan hand free." Taufik terus memberikan
arahan hingga aku sampai ke sebuah klinik pakar. Hanya klinik itu yang masih kuingati kerana aku pernah menerima rawatan di situ.
"Alhamdulillah! Selamat
sampai." Para petugas di klinik itu berjaya membantu Rayyan. Rayyan kini
di tempatkan di sebuah wad perseorangan.Aku masih setia menemani Rayyan yang
sudah tidur.Kata doctor yang merawat Rayyan, mungkin esok Rayyan dah
boleh keluar wad kerana keadaannya sudah stabil.
Taufik sudah pulang setelah melawat
Rayyan tadi. Hairan melihat Taufik yang agak peramah macam dah kenal aku
bertahun-tahun lamanya.
Bunyi pintu di buka membuatkan aku
berpaling melihat siapa yang datang?Masuk sepasang suami isteri yang lebih
kurang sebaya dengan ibu dan abahku.
Taufik sudah khabarkan padaku yang
ibubapa Rayyan sudah tahu tentang
keadaan diri Rayyan. Mungkin ini adalah ibubapa Rayyan?Gumamku dalam hati.
"Rayyan….."Panggil wanita
itu. Aku tak tahu siapa wanita itu kerana aku belum berkesempatan untuk
bertegur sapa dengannya. Baru aku teringat ,inilah wanita dan lelaki yang
menyambut kepulangan Rayyan di KLIA dulu. Tentu ibubapa Rayyan. Aku sudah ke tepi memberi ruang pada mereka untuk melihat Rayyan.
"Rayyan…."panggil wanita
itu lagi. Aku lihat air mata sudah mengalir di pipi wanita itu. Kepala Rayyan
diusap lembut. Dahi Rayyan di kucup oleh wanita itu. Aku hanya mendiamkan diri
di sudut wad itu.Hati turut merasa sebak melihat kasih seoramg ibu pada anaknya.
"Sabarlah Fiah….Rayyan tak
apa-apa. Doktor dah cakap tadi dia dah
stabil. " Datuk Ariff cuba meredakan kebimbangan isterinya.
"Selagi Fiah tak lihat sendiri
Rayyan membuka matanya, selagi itulah Fiah takkan berpuas hati bang."
Wanita itu kulihat sudah berada dalam pelukan lelaki yang masuk bersamanya
tadi.
"Mama….. " panggil Rayyan.
Aku lihat Rayyan sudah membuka matanya. Alhamdulillah! Rayyan dah bangun. Bisik hatiku.
"Rayyan anak mama kenapa dengan
Rayyan? Kenapa Rayyan tak berhati-hati semasa makan. Rayyan sendiri tahu Rayyan
tak boleh makan kacang tanah kenapa Rayyan makan juga?" Datin Sufiah dah
mula bising.
"Fiah….Rayyan tu baru saja
bangun awak dah nak bebelkan dia. Kalau ia pun tunggulah bila Rayyan dah balik
ke rumah dulu." Nasihat Datuk Ariff.
"Saya bukan
apa bang, saya geramkan
Rayyan . Dah tahu tak boleh makan kacang tanah , nak
makan juga. Tak sayang nyawa langsung."Bebel mama Rayyan lagi.
"Mama……. maafkan Rayyan .
Rayyan tak perasan dalam makanan tu ada kacang tanah." Dengan lemah Rayyan
menerangkan pada mamanya. Sebenarnya dia takut diri Lisa yang dipersalahkan
bila mamanya tahu perkara sebenar. Kalau boleh dia mahu diri Lisa baik-baik
saja di mata mamanya.
"Lain kali jangan buat macam tu
lagi. Mama risau tahu tak?"Pesan mamanya.
"Baiklah mama, lain kali Rayyan
tak akan risaukan hati mama," jawab Rayyan dengan lemah.
"Cik ini siapa?" Tanya
Datuk Ariff. Tadi tak sempat nak tegur kerana terlalu risaukan anaknya.
"Saya Lisa Adrianna , uncle."
Takut-takut Lisa Adrianna menjawab.
"Kawan Rayyan ke ?" Soal
Datin Sufiah. Matanya sudah memandang gadis berhampiran mereka.Boleh tahan dengan pakaian yang berjenama.Manis orangnya.Datin Sufiah sudah menilai Lisa Adrianna.
"Ya auntie." Jawab Lisa
Adrianna.
"Sejak bila kenal dengan
Rayyan?"Datin Sufiah ingin tahu kerana dia tak suka anaknya berkawan
dengan sebarang orang. Rasanya dia pernah melihat gadis ini tapi tak tahu di
mana?
"Dah lama auntie. Hampir lima
tahun." Jawab Lisa Adrianna. Hatinya sudah tidak keruan. Rasanya ingin
saja dia keluar dari bilik itu. Tapi apa
kata mama dan abah Rayyan.
"Lisa anak Samadkan?"
Tanya Datuk Ariff. Hari itu semasa menjemput Rayyan dia ada terlihat Lisa
Adrianna bersama dengan Samad dan isterinya.
"Ya uncle , "jawab Lisa
Adrianna.
"Mama…..abah….Lisa yang bawa
Rayyan ke sini. Kalau dia tak ada, tak tahulah apa yang akan terjadi pada
Rayyan." Terang Rayyan pada ibubapanya.
"Lisa…..terima kasih kerana
menolong saya. Saya minta maaf kerana tak dapat menghantar Lisa balik."
"Tak mengapalah Rayyan . Awak
berehatlah, saya nak balik dulu. Hari pun dah malam ni. Nanti risau pula ibu
dan abah saya."Alasan aku berikan pada Rayyan.
"Lisa …..awak bawa balik kereta
saya. Nanti bila saya keluar wad awak datanglah jemput saya."Sengaja Rayyan ingin bertemu dengan Lisa selalu. Tak sangup nak tunggu tiga hari lagi baru boleh bertemu.
"Tak mengapalah Rayyan. Saya
boleh balik sendiri naik teksi.."Jawabku.
"Jangan degil Lisa. Dengan
pemandu teksi pun saya tak percaya. Awak bawalah kereta saya balik."Pujuk
Rayyan lagi. Matanya sudah dipejam rapat .Sudahlah kepalanya masih pening, nak
bercakap banyak pun dia tak larat.
"Macam
ni lah Lisa….Awak bawalah balik kereta Rayyan tu. Nanti bila Rayyan dah sembuh
barulah awak pulangkan kereta tu semula. " Datuk Ariff sudah membuat
keputusan.
Mahu tak mahu terpaksalah aku
memandu kereta Rayyan sekali lagi. Kereta tu ada GPS . Kemudahan dah ada, tak
usah nak tolak lagi.
"Baiklah, Kalau macam tu saya
balik dulu." Rayyan buka mata bila
mendengar aku sudah bersetuju untuk membawa keretanya. Aku bersalaman dengan
Datin Sufiah. Pada Datuk Ariff aku hulurkan senyuman. Datin Sufiah pula sejak
tadi hanya mendiamkan diri. Takut aku dengan pandangan Datin Sufiah tu. Apa pandangan dia pada aku pun aku tak tahu? Ish! Yang aku takut tu pasal apa? Aku bukan calon menantu datin tu yang aku nak takut sangat padanya.
"Rayyan…..saya balik dulu. Nanti bila awak dah boleh keluar wad, awak call saya. Saya akan datang menjemput awak."Tak ada alasan lagi terpaksalah aku menerimanya.
"Lisa……pandu cermat ya. Jangan cepat
gelabah. Apa-apa hal bertenang okey!" Pesan Rayyan padaku.
"Insya-Allah! Jaga diri awak. Rehatlah
jangan banyak bercakap lagi." Senyuman aku berikan pada Rayyan dan ibubapanya.
Setelah mengambil beg tanganku .Aku keluar dari bilik itu. Dah keluar dari situ barulah aku tarik nafas panjang-panjang . Lega rasanya hatiku. Kakiku melangkah ke kawasan parking untuk mengambil kereta
Rayyan. Rasanya aku dah pandai membawa kereta automatic. Pengalaman telah membuatkan
aku berani memandu kereta auto. Alarm kereta BMW Rayyan aku tekan.
"Lisa!! "Kuat sekali suara
memanggil namaku. Aku terpaku di situ.
balik dr lunch tgk ade entri baru.. hati terus menjerit yes!!!... Alhamdulillah entri tak mengecewakan... hurm tq kak.. btw mak akak macam mana keadaannya? semakin pulih atau sebaliknya? hope semakin sembuh
ReplyDeleteAlhamdulillah.Dh boleh jalan sikit sejak terapi dekat KPJ Shah Alam setiap minggu.Dan masih berurut.Dugaan dtg lagi. Anak lelaki kak Reen yg baru saja terima ijazah di uitm 12 hb yg lalu kemalangan dan kini ada sedikit loss memori. Kini kak Reen kena lebih tumpukan perhatian padanya untk kembalikan ingatannya semula.Macam cerita novel pula. Terima kasin menjadi pembaca kak Reen.
ReplyDeletebest! spe lah yg jerit pnggil lisa tu? i wonder . btw, ala last entry ke ni? hmmm :(
ReplyDelete