BAB 8
Hisyam tergelak kuat hingga
mengundang perhatian orang yang duduk berhampiran mereka. Suka sangat dapat
menyakat Lisa Adrianna.Walaupun baru saja berkenalan tapi dia sudah serasi
dengan Lisa.
"Sorry Lisa! Saya teringin
nak rasa kek tu sebab
tengok awak makan dengan penuh perasaan. " Bibir
merahnya masih lagi menguntumkan senyuman.
"Kalau
nak….. pergilah ambil
sendiri. Ini tidak orang
punya yang awak
makan."Balas Lisa Adrianna. Hisyam
ketawa lagi. Sejak dari
tadi tak habis-habis dia ketawa. Seronok sangat dapat berbual dengan
Lisa Adrianna. Hatinya rasa tenang dapat merenung wajah cantik Lisa.
"Lisa belajar
dalam bidang apa dekat oversea tu. " Soal Hisyam ingin
tahu setelah reda ketawanya.
"Bussiness study,"
jawab Lisa perlahan. Dari jauh
dia melihat kak
Shila menjeling dirinya. Apa lagi
yang kak Shila
tak puas hati dengan
aku, aku pun tak
tahu.Bisik Lisa dalam hati.
"Lepas ni
Lisa nak kerja
dimana? Tanya Hisyam lagi.
"Tak
tahu lagi. Ingat nak rest
dulu. Lepas dah puas
berehat barulah saya
fikirkan kemana arah
nak saya tuju." Jawab Lisa Adrianna.
"Siang tadi
kenapa Lisa lari
bila nampak saya?" Soal Hisyam.Soalan berapi tu.
"Lagi mau tanya ke ? Macam mana
saya tak lari ,
saya tak
perasan masa tu saya hanya
berseluar tidur paras
lutut."Jawab Lisa Adrianna. Hisyam
ketawa bila mendengar cerita dari Lisa itu. Patutlah pagi tadi Lisa lari
macam tak cukup tanah saja.
"Lisa! Kau dah tak
tahu nak tolong
mak Siti dekat
dapur, sedarlah diri tu
sikit . Dasar menumpang .Jangan
nak mengatal di sini," entah dari
mana Shila muncul . Tiba-tiba saja datang menyergah
Lisa Adrianna.
"Shila! Kenapa you
cakap macam tu
dengan Lisa? " Tanya Hisyam.
"Saya cakap
apa yang betul. Dasar
menumpang…tak sedar diri. Sekarang kau balik
nak bolot harta
yang kami ada, jangan
harap kau nak rampas
harta yang kami
ada."Kepala Lisa ditunjalnya dengan jarinya. Geram melihatkan Lisa
yang asyik berbual dengan Hisyam .Sedangkan selama ini Hisyam enggan melayan
dirinya. Kenapa dengan Lisa semua orang suka sedangkan Lisa tu hanya menumpang
dalam rumah mereka.
"Shila!! You dah melampau, tak
patut you cakap macam
tu dengan adik you
sendiri."
"Siapa
adik I? Lisa ni
bukan adik I, dia
adalah anak pungut. Kami
tak ada hubungan
pun."Tajam sekali kata-kata
Shila.
"Kalau
dia bukan adik you
sekali pun, you tak layak
nak hina dia begitu
sekali. I tak sangka
perangai you macam ni
sekali. Sebab tu selama ini I malas nak melayan kerenah you Shila! "
Suara Hisyam masih lagi perlahan kerana tak mahu orang sekeliling tahu mereka
sedang bertengkar.
"You
nak bela
sangat anak pungut
ni kenapa?" Soal Shila .
"Masalahnya bukan
I nak bela
Lisa ni , tapi apa
yang you cakap
tadi memang tak
patut you cakap."
Lisa hanya tunduk
memandang hujung kasut sendiri. Apa yang
hendak di sangkalkan
lagi. Dia memang anak
pungut. Kalau abah dan
ibu tak ambil
dia jadi anak
angkat, tak tahulah apa
yang akan jadi
dengan dirinya. Air mata yang
menitis Lisa seka dengan
jarinya supaya tak
ada yang melihatnya.
"Hisyam…..saya nak
masuk dulu. Awak duduklah berbual dengan
kak Shila." Lisa bangun untuk
masuk ke dalam rumah. Hisyam masih lagi melihat Lisa hingga
bayang Lisa sudah tidak kelihatan dimatanya.
"I
pun dah nak
balik, esok I kerja. Tak
ada kerja I
nak mengadap muka perempuan
yang sesuka hati
menghina orang." Hisyam bergerak
untuk berjumpa dengan
tuan rumah sebelum beredar. Sejak dulu
dia kurang berkenan
dengan perangai Shila. Tetapi
memandangkan mereka berjiran
terpaksa juga dia
melayan Shila.
Lisa
masuk ke dapur untuk
membantu mak Siti . Dipeluknya mak Siti dari
belakang. " Lisa… terkejut
mak. Nasib baik mak
tak bersilat tadi. " Pipi Lisa dicubit
oleh mak Siti. Mak
Siti sedang memotong
puding pelangi.
"Mak…biar
Lisa bantu mak susun puding pelangi
ni dalam bekas . Kesian mak banyak
buat kerja ."Dipeluknya lagi mak Siti.
"Apalah
sangat Lisa….hanya puding
dan kek saja
yang lain dah katering siapkan. Pinggan pun
tak payah basuh. Semuanya katering
yang uruskan."Ucap mak Siti.
"Lisa tolong susun
puding pelangi ni
dalam bekas, mak nak
bawa keluar kek
coklat moist ni
dulu." Arah mak Siti pada Lisa Adrianna.
"Baiklah mak. Kalau
mak nak makan,
mak makanlah dulu. Lisa
boleh uruskan semua
ni."
"Mak
dah makan tadi. Sekejap
ya mak nak
keluar dulu. Sekejap
lagi mak masuk
semula." Sepeninggalan mak Siti , Lisa
terus menyusun puding pelangi
dalam bekas khas.
" Lisa!! Kau ni dasar
anak pungut. Tak sedar
diri. Kerana kau aku
dah bergaduh dengan
Hisyam. Kenapa kau balik
kesini ha… Lebih baik
kau berambus dari
rumah kami. Tak habis-habis
nak menumpang kekayaan
kami. Jangan kau harap
dapat bekerja dalam
syarikat abah. Aku tak
suka. Selepas ini
aku dah tak
nak tengok muka
kau dalam rumah
kami lagi. Tolong keluar
dari rumah ini."Kepala Lisa ditumjalnya dengan
geram.
"Shila….kenapa ni
nak? Kenapa marah-marah ni?" Tanya mak
Siti.
"Mak Siti
jangan masuk campur
dalam urusan Shila. Mak
Siti tu siapa? Mak
Siti tu hanya
orang gaji saja. Hidup
menumpang harta kami…… menyibuk
saja, "tengking Shila.
"Kak Shila! Sampai hati
kak Shila hina
mak Siti. Tolong hormat
dengan mak Siti." Tegur Lisa Adrianna.
"Kau siapa nak arah-arah aku. Dasar anak
pungut. Kau dengan orang
gaji ni memang
sepadan. " Kak Shila berlalu
dengan menghempas pintu
dapur. Air mata yang mengalir Lisa
usap dengan jarinya.
"Mak……maafkan kak
Shila. Dia tak sengaja
nak hina mak
tadi. Sebenarnya dia marah
dengan Lisa tadi. Itu
sebab dia cakap
yang bukan-bukan dengan
mak tadi."Pujuk Lisa
Adrianna.
"Tak apalah
Lisa. Mak dah biasa
dihina oleh Shila." Selama ini
Shila selalu mengherdik
dan menghina dirinya.Tetapi dia
tidak pernah mengadu
dengan sesiapa pun. Biarlah….dia hanya
orang gaji dirumah
ini. Terima sajalah.
"Lisa….mak tak
faham kenapa Shila
panggil Lisa anak
pungut?" Tanya mak Siti.
"Sebenarnya Lisa
hanyalah anak angkat
ibu dan abah. Lisa
hanya menumpang dalam
rumah ini." Mak Siti
terus memeluk Lisa
yang dalam kesedihan. Air mata disekanya dengan jari.
"Tak mengapa
Lisa, mak sayangkan Lisa. Sudahlah nak! Jangan sedih-sedih lagi
"Pujuk
mak Siti.
"Lisa keluar dulu mak. Nak
layan tetamu dekat luar tu."
"Pergilah Lisa. Mak pun ada
kerja nak buat ni."Mak Siti memerhati Lisa yang berjalan keluar dari dapur.
Kesiannya Lisa,bisik mak Siti dalam hati.
"Auntie Lisa! Jom temankan Danny main game."Terperanjat Lisa
dengan panggilan Danny anak abang Am.
"Auntie tak berapa pandai la sayang." Sejak sampai semalam
anak abang Am, Danny agak manja dengannya. Masa abang Am kahwin dulu dia sedang sibuk dengan
kuliah. Tak sempat nak menghadiri majlis perkahwinan abang Am . Danny baru saja berusia hampir empat tahun tapi mulutnya
petah macam budak dah sekolah.Walaupun baru saja kenal dengan Danny tapi mereka
berdua sudah serasi.
Isteri abang Am pula kurang bercakap dengannya.Entah
kenapa Lisa pun tak tahu. Setiap kali Lisa cuba berbual dengan kak Hanim tapi
kak Hanim cuba mengelak dari berbual dengannya.Mungkin kak Hanim tak biasa
dengan Lisa kut,pujuk hati Lisa.
Diruang tamu Lisa melihat abang Am
sedang duduk sendirian. Penat agaknya setelah melayan tetamu yang dating ke
majlis itu.
"Abang Am…..penat ke melayan
tetamu,"tanya Lisa .
Amran yang terkejut dengan
pertanyaan dari Lisa terus membuka matanya.
"Lisa…..Penatlah
juga .Abang Am baru semalam balik dari kerja luar.Tentulah masih letih." Jawab Amran . Rasa kekok bila
bercakap dengan Lisa. Sedangkan selama ini dia sangat sayangkan diri Lisa.
“Kenapa
abang Am dah
lama tak hubungi
Lisa ? Abang Am
dah tak sayangkan
Lisa ke?” Lisa ingin
tahu kenapa Amran
telah berubah. Kalau dulu
Amran sangat sayangkannya. Dia begitu
terasa kehilangan seorang
abang yang penyayang.
“Abang Am
tak pernah berubah
Lisa. Abang Am tetap
sayangkan Lisa macam
dulu juga. Lisa adalah
adik bongsu abang
Am . Lisa kena ingat
tu. Cuma sekarang abang Am sibuk sikit.”
“ Kenapa abang
Am tukar nombor
telefon tak cakap dengan
Lisa pun. Sampai kehari
ini Lisa tak
tahu nombor baru handphone abang Am.” Tanya Lisa
Adrianna lagi. Hatinya belum
berpuas hati dengan penerangan
abangnya.
“Handphone abang
hilang sebab tu
abang Am tukar
nombor baru.”Jawab Amran.
Sebenarnya dia sengaja menukar nombor handphonenya
kerana isterinya Hanim cemburu setiap kali Lisa menghubunginya. Untuk mengelak
dari bergaduh dengan Hanim dia terpaksa menukar nombor handphonenya.
“Apa
rancangan Lisa sekarang?
Tak nak kerja
dengan abah ke ?”Soal
Amran cuba menukar perbualan mereka ke topik lain. Sebenarnya dia juga
merindui adiknya itu.
“Entahlah abang
Am. Lisa pun tak
tahu lagi. Lisa cadang
nak berehat dulu
buat sementara waktu .
Abah dah ajak
Lisa bekerja dalam
syarikat abah tapi
Lisa kurang berminat. Teringat kembali kata-kata amaran
dari Shila membuatkan Lisa mengeluh.“
“Elok sangatlah
tu kalau Lisa
bekerja dengan abah.
Dapatlah Lisa membantu
abang Am di
syarikat.” Kata Amran jujur.
“Nantilah Lisa
fikirkan . Sekarang Lisa
nak main game
dengan Danny. Tengok Danny
dah kalahkan Lisa
banyak kali. Aduh … auntie kalah
lagi. Tak nak
mainlah kalau macam
ni.” Danny ketawa mengekek
kerana dapat mengalahkan
auntie Lisa. Abang
Am juga turut
ketawakan Lisa kerana
dikalahkan oleh budak
kecil.
“Abang!!”
Panggilan dari isterinya
membuatkan mereka terus
berhenti ketawa. Bala dah datang,
bisik hati Amran.
akak, nak lagi :DD best! cepat2 yaa >.< hehe -Nisa-
ReplyDelete