Reenzarini

Friday 1 November 2013

AWAK!!!PRINCE CHARMING SAYA KE?13



BAB 13

            "Sofea……."lembut Aliya memanggil nama Sofea. "Ini ada aku bawakan kau bubur dan ubat demam. Kau makanlah bubur ayam ni dulu sebelum kau makan ubat. Perut kau tu masih kosong. Sejak semalam kau tak makan apa-apa."Dahi Sofea disentuhnya lembut. Masih panas lagi. Nampaknya demam Sofea belum kebah. Dia harus buat sesuatu. Nak minta tolong  angah Zarul dan alang Zarif , mereka sudah balik ke university untuk menyambung pengajian mereka di luar negara.
Nak beritahu walid dan umi nanti mereka risau pula melihatkan keadaan Sofea itu. Apa yang perlu dilakukannya untuk mengembalikan semangat Sofea. Kata orang putus cinta tu sakit ,tapi manalah aku tahu kerana aku pun tak pernah bercinta.Gumam Farah Aliya dalam hati.

            "Sofea……bangunlah aku nak suapkan kau bubur ayam ni. " Direnungnya wajah Sofea yang pucat itu. Dibantunya Sofea duduk untuk bersandar dikatil. Disuapnya bubur ayam itu.Hanya sedikit saja bubur ayam yang dimakan oleh Sofea. Cukuplah untuk melapik perut Sofea yang kosong sejak semalam. Setelah makan, dihulurnya dua butir ubat paracetamol pada Sofea. Setelah ubat itu dimakan Sofea dia membantu Sofea baring di katil semula. Mata Sofea bengkak kerana banyak menangis. Sofea memejamkan matanya semula.

                "Sofea……esok kalau kau demam lagi, aku bawa kau ke klinik. Kau kena dapatkan surat  mc . Mana boleh kau ponteng kelas macam tu saja. Mujurlah hari ini hari Ahad, tak ada kelas." Sofea hanya diam. Sejak semalam sepatah pun Sofea tak bersuara. Mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku.

                "Sofea……kau kena kuat menghadapi semua ini. Kau kena bangkit semula. Jadikan semua itu satu semangat untuk melawan mereka di luar sana. Lupakan saja lelaki yang telah melukakan hati kau. Anggaplah semua itu satu pengalaman yang mengajar kau menjadi lebih dewasa."Nasihat Farah Aliya. Aliya membawa bekas bubur dan mug kosong untuk di bawa ke dapur bila nasihatnya tak dipedulikan oleh Sofea.

            "Aliya….. "Dia berhenti di muka pintu bila namanya dipanggil.

            "Aliya……terima kasih kerana kau sudi menjaga aku. Aku dah banyak menyusahkan kau. Aku janji aku akan bangkit semula. Memang betul kata kau Aliya. Dalam dunia reality ini mana ada prince charming. Tidak ada lelaki yang sempurna dalam dunia ini." Dia tidak akan mencari prince charming lagi.


            "Baguslah kalau kau dah sedar. Aku tumpang gembira tengok kau dah mula dapat menerima apa yang berlaku." Sebelum Aliya menutup pintu sempat lagi dia memberi semangat pada Sofea.

            "Sofea!! Aja! Aja! Fighting!" Tangannya menggengam penumbuk. Entah betul ke tidak, belakang kira. Yang penting dia perlu hiburkan hati sahabat karibnya itu.

            Sofea ketawa mengekek melihatkan perangai gilakan  K- pop  Aliya tu. Aliya turut ketawa dan  menyanyikan  lagu K-pop. Entah apa lagu pun Sofea tak tahu. Hatinya sedikit terhibur dengan telatah Aliya.

            "Alhamdulillah….ya-Allah kerana masih memberikan aku peluang bernafas dibumi yang bertuah ini. Akan kuteruskan hidup ini selagi hayat dikandung badan. Tidak akan aku menyerah kalah pada mereka yang memberikan kelukaan padaku." Kedua tapak tangan yang ditadah di raupkan kemukanya.

            Gambar-gambarnya bersama Zik yang terdapat dalam handphone di delete. Biarlah semuanya hilang ditelan masa. Ya…..masa akan dapat mengubat kelukaannya itu.Insya-Allah!

***********
 Di Villa Indah          
           
           "Tokkk! Tokkk!" Bunyi ketukan di pintu biliknya membuatkan Arryan Zikri terjaga dari tidur. Kepalanya terasa berat. Panas badannya menyebabkan dia tidak mampu untuk bangun.

            "Zik……tubuh anaknya dihampiri. Dahi anaknya yang masih berselubung didalam selimut dipegang. Panas. Demam anaknya belum sembuh. Doktor peribadi mereka iaitu doctor Akil telah memberikan ubat demam pada anaknya semalam. Lebam dipipi  anaknya masih kelihatan membiru. Kuat juga anaknya ditampar. Siapalah yang berani menampar  wajah kacak anaknya itu?

           
            "Zik……ini mama ada bawakan bubur ayam dan ubat. Bangun nak!" Panggilnya lagi. Dia tahu bubur ayam adalah kesukaan anaknya jika demam.
Ditariknya semut yang menyelimuti anaknya. Tuala lembab dilap dikepala anaknya. Setelah basah diletak tuala itu di dalam mangkuk kecil ditepi meja.

                 "Mama……Zik demam, tak ada selera nak makan." Perlahan Arryan Zikri berkata.Lengan mamanya dipeluk.Ini sorang lagi anak manja.

            "Mana boleh tak makan, kena makan juga sebab nak makan ubat . Mana boleh perut tu dibiarkan kosong nanti melarat pula." Dibantu anaknya duduk menyandar dikatil.
Mangkuk bubur yang dah suam diambilnya dan disuapkan ke mulut anaknya. Semalam anaknya balik dengan lebam dipipi  dan mulut yang berdarah. Bila ditanya, anaknya hanya meluru  masuk ke bilik.

            "Mama….. Zik tak lalu nak makan, mama." Hanya sedikit saja bubur yang dimakannya. Mulutnya terasa pahit. Langsung tak berselera nak makan. Ubat yang dihulur mamanya diambil dan dimakannya .

Datin Aminah ingin tahu apa yang telah berlaku pada anaknya?
               
           
            "Zik……ceritakan apa yang berlaku pada Zik semalam? Kenapa Zik balik dengan pipi yang merah macam kena tampar, bibir pula luka berdarah, "tanya  datin Aminah . Rambut Arryan Zikri diusapnya lembut.
           
            "Zik dah buat silap, mama."

            "Apa yang Zik dah buat? "Tanya datin Aminah.

           
            "Zik dah lukakan hati seorang gadis, mama."Tubuh mamanya dipeluk.


            "Siapa gadis tu?" Soal datin Aminah lagi.

           "Nama gadis tu Sofea, nama sebenarnya Zik tak tahu kerana Zik tak pernah bertanya apa nama sebenarnya. " jawab Arryan Zikri.

          "Apa yang Zik dah buat?" Soal datin Aminah. Bimbang hatinya jika anaknya merosakkan anak dara orang. Minta dijauhkanlah semua itu.

            "Zik sahut  cabaran Hakim untuk bercinta dan kemudiannya melukakan hati gadis tu. Bila Zik dah berjaya memikat Sofea, Zik dikehendaki memutuskan percintaan kami itu. Sebenarnya Zik cintakan Sofea. Tapi kerana malu dengan fizikal Sofea, Zik enggan mengaku yang Zik cintakan Sofea. Zik dibayar sepuluh ribu untuk melukakan hati Sofea."

      "Ya-Allah! Apa yang dah merasuk  Zik  ni? Mama tak sangka anak mama sanggup  mempermainkan hati orang. Siapa yang bayar?"

            "Hakim yang bayar pada Zik mama. Dia berdendam pada seorang kawan karib Sofea kerana telah memalukannya."

            "Kawan Sofea yang salah kenapa pula Sofea yang terima akibatnya," tanya datin Aminah.

            "Farah Aliya nama kawan Sofea yang telah menyakitkan hati Hakim. Aliya sangat sayangkan Sofea. Kalau hati Sofea disakiti  dia pun akan turut terluka bila hati Sofea terluka. Zik tak boleh nak lupakan pandangan mata Sofea pada Zik. Matanya sayu bila dia tahu  Zik telah menipu dirinya. Sebenarnya mama, sejak dulu Zik dah jatuh cinta pada  Sofea. Tapi Zik malu kerana Zik telah jatuh cinta pada Sofea yang gemuk . Zik cuba menidakkan hati Zik padanya."

            "Sekarang  Sofea dah bencikan Zik. Dia tak nak bercakap dengan Zik lagi. Zik dah kehilangan cinta pertama Zik. Zik cintakan Sofea mama."Arryan Zikri memeluk mamanya. Dia menangis dibahu mamanya. Dia tidak malu mengaku pada mamanya yang dia telah jatuh cinta pada Sofea.

            "Apa yang perlu Zik lakukan mama. Zik tak nak kehilangan Sofea. Sebenarnya semalam Zik berjumpa dengan Hakim kerana nak berterus terang dengan Hakim yang Zik dah jatuh cinta pada Sofea dan Zik nak kembalikan duit yang  Hakim bagi tu. Mana Zik tahu Sofea telah terdengar perbincangan  kami tanpa sempat Zik menceritakan yang Zik dah jatuh cinta pada Sofea. Zik tak nak putuskan hubungan kami , Zik dah jatuh sayang pada Sofea. Sofea adalah gadis yang baik mama."


            "Zik…..dengar sini cakap mama. Zik kena minta maaf pada hati yang telah Zik lukakan tu. Cinta tak semestinya memiliki. Kalau ada jodoh tak akan kemana? Pi mai pi mai bertemu juga .Cuma lambat atau pun cepat saja." Nasihat datin Aminah.

            "Dah, Zik berehatlah. Jangan fikir lagi. Lepas ni mama tak nak Zik buat perangai macam tu lagi. Tak elok mainkan anak dara orang. Kalau jadi pada keluarga kita macam mana? Memanglah mama hanya ada seorang saja anak. Mama kata kalau….."
**********

            Setelah sehari diberi mc , Hani Sofea mula kembali ke kolej. Demamnya pun dah sembuh. Hari ini dia tidak ditemani oleh Farah Aliya. Mereka berjanji selepas kuliah mereka akan berjumpa di kafe.

            "Sofea…….boleh  Zik  jumpa  Sofea  sekejap." Suara lelaki itu amat dikenalinya.

       "Eh! Kau dah tak tahu nak bagi salam ke?" Tanya Sofea sambil menjeling. Kini bahasa percakapannya juga turut berubah. Dia sudah menjadi seperti Farah Aliya.

            "Maafkan  Zik, assalamualaikum Sofea!" Arryan Zikri memberi salam pada Sofea.

            "Waalaikumussalam,"perlahan saja Sofea menjawab. Wajah jejaka disebelahnya langsung tak dipandang. Buat apa nak pandang wajah yang telah merobek hatinya. Buat hatinya sakit saja.

           
            "Sofea…..Zik nak minta maaf atas apa yang berlaku. Zik sayangkan Sofea. Zik nak teruskan hubungan kita." Harapan Arryan Zikri supaya Sofea dapat menerimanya kembali.

            "Malangnya aku dah tak boleh nak terima lagi pembohongan kau tu. Aku harap cukuplah setakat ini saja hubungan kita. Lepas ni jangan nak tegur aku lagi. Anggaplah kita tak pernah kenal." Hatinya sudah tak percaya lagi pada Arryan Zikri. Sofea terus meninggalkan Arryan Zikri. Langkahnya menuju ke kafe untuk bertemu dengan Aliya.

            "Hoi! Sofea…… kenapa kau lambat. Aku dah lama tunggu kau. Aku dah beli makanan dulu sebab aku dah lapar. Kau tak marahkan kalau aku makan dulu?

            "Makanlah, aku tak kisah. Aku nak pergi beli makanan sekejap. Kau makanlah lambat-lambat sikit."

            "Baiklah cik Sofea, cepatlah sikit. " Farah Aliya mula menyuap nasi kemulutnya.

          "Okey! Okey! Aku nak pergi ambil makananlah ni." Aliya hanya memerhati Sofea yang sedang menuju ke tempat makanan disediakan.

        "Bersyukurlah Sofea dah okey. Mujurlah sekejap saja dia bersedih." Dari jauh dilihatnya Lukman Hakim sedang bercakap dengan Sofea. Tak apa biarlah dia tengok dulu apa yang lanun tu hendak dari Sofea.

No comments:

Post a Comment