Reenzarini

Sunday 22 September 2013

AWAK!! PRINCE CHARMING SAYA KE?5



BAB 5

            Selepas makan angah membantuku naik ke bilik. Sebelum  angah  turun  ke bawah  semula , aku  meminta  bantuan  angah  untuk  membawaku  ke bilik  air  kerana  aku  hendak  mengambil wuduk. Aku hanya sembahyang di atas kerusi kerana  lututku  masih  terasa  sakit.

            Sepanjang  2  hari  mc , aku  sentiasa  ditemani  oleh  angah  dan  alang  termasuk  juga  walid  dan umi. Walid mengambil cuti untuk menemaniku yang sedang  sakit  ini. Mengada  betul  aku  ni. Sakit  sikit  pun  nak  semua ada berdekatan denganku. Semalam  along juga  buat  video  call  dengan aku  bertanyakan  tentang  kesihatanku. Aku beritahu along  yang  aku  tak  apa-apa. Tak  payahlah  along  nak  balik. UK tu jauh. Bukan Ulu Kelang tau,  tapi dekat  luar  Negara.  Bukannya dekat kalau nak balik. Nak  Final  exam  pula  tu. Along kena tumpu pada pelajaran kerana ini adalah sem terakhir along.
       
             Aku  mendapat  2 hari cuti tambahan kerana luka yang dah kering tu membuatkan  aku susah untuk bergerak. Dengan bantuan senior angah yang bekerja sebagai seorang  doctor aku dapat 2 hari lagi cuti. Kalau dicampur dengan Sabtu dan Ahad dapatlah aku   bercuti selama enam hari. 

            Aku kembali ke rumah sewa  pada hari Sabtu. Ada  assignment  yang perlu di hantar. Aku  meminta kebenaran  walid dan umi  untuk  kembali semula ke rumah sewa.
   
             Angah  dan  alang  juga  yang  menghantarku  kembali  ke rumah sewa. Pada mulanya angah dan alang  memberi  kesanggupan  untuk  menghantar  dan  mengambil  aku  dari kolej tetapi  aku  membantah kerana   kesiankan  Aliya . Aliya tu bukan ramai sangat kawannya. Mulut becok macam  Aliya tu bukan boleh nak control  , kalau dia nak cakap dia cakap saja tanpa menjaga perasaan orang lain. Lebih kurang macam direct to the point la. Jenis yang suka cakap berterus terang.
      
           Bila  aku sampai ke rumah  sewa , Aliya  telah menantiku . Sebelum balik alang dan angah  sempat  lagi  meninggalkan  berbagai  pesanan  untukku. Aliya  turut merasa tempiasnya bila angah dan alang meninggalkan berbagai  pesanan untuk dia.
               
            Kesian aku tengok Aliya  terkebil-kebil  biji matanya  bila  mendengar  pesanan dari angah dan alang. Nasib kau la Aliya dapat kawan yang ada abang-abang macam aku ni.

            Aliya membantu ku mendaki anak  tangga  ketingkat  atas. Mujurlah di dalam bilik kami  berdua  terdapat  bilik  air  tak  perlulah  aku  turun  naik tangga. Rumah yang kami sewa tu ada tiga bilik dan kami tinggal bersama empat orang kawan kami.  Aku sebilik dengan Farah  Aliya.
 
             “Sofea ….. kau  berehat  dulu , aku  nak  pergi  belikan  kau  makanan.”Aliya mencapai beg duitnya.

             “Tak  payahlah  susah-susah  nak  belikan  aku  makanan, tu dalam beg  plastic tu umi dah bekalkan dengan  makanan ,”ujarku pada Aliya .

              “Kenapa  kau  tak  cakap  umi  dah  bekalkan  makanan, mesti  sedap ni.Tak sabar aku nak makan. Cepatlah  Sofea, aku dah lapar ni!” Aku tahu  Aliya suka makan masakan  yang dimasak oleh umiku.

             “Kau  hidangkanlah  nanti  kau  pergi  panggil  teman  serumah  kita  untuk  makan bersama  kita.”

             “Hari  minggu  macam  ni  mana  ada  sesiapa  pun,  semua  dah  keluar. Kau  ni  macam  tak  tahu  pula  dengan  perangai  mereka  tu,”kata  Farah Aliya.

              “ Terlupa  pula  aku. Marilah  kita  makan  Aliya!” Aliya  membantuku duduk  di kerusi.
            “Terima kasih  Aliya  kerana  kau dah banyak membantu aku, kalau kau tak ada bersama aku tak tahu la apa nak jadi pada aku” beritahu aku pada Aliya.
            
             “Janganlah  kau  pertikaikan  apa  yang  aku  buat  ni, aku  buat  semua  ni  sebab  aku sayangkan kau.Sampai bila-bila pun aku tetap akan menjadi kawan baik kau. Dahlah , aku dah lapar ni. Jom kita makan!"

            Selepas makan, aku ingin membantu Aliya membasuh pinggan tetapi Aliya  melarangku  kerana  tapak tanganku baru saja kering lukanya. Dia takut kalau-kalau bekas luka  itu akan menanah. Ada -ada saja  Aliya ni. Bimbangkan aku saja kerjanya.
           
             “Kau  pergilah  solat  dulu lepas tu  kau berehatlah. Sekejap lagi aku nak pergi  jumpa kawan  sekejap  nak  bincangkan pasal projek kami tu. Petang nanti aku belikan kau makanan. Kau nak makan apa?”  

            "Aku ingat aku nak makan bihun sup pak Samad."Aku hulurkan duit pada Aliya.
"Nanti kau nak makan apa kau belilah dengan duit aku tu."Aku tahu  keluarga Aliya bukan orang senang macam keluarga aku.  Apa yang dapat aku bantu aku akan bantu.

            "Alhamdulillah! Rezeki aku, "jawab Aliya tersenyum manis. Aliya memang cantik orangnya. Tanpa mekap pun dia masih cantik. Walaupun bertudung wajahnya masih cantik. Tudungnya pula dibelit dengan berbagai cara. Tapi dia ni garang sangat . Siapa yang berani nak dekat dengannya? Tak pasal-pasal kena sembur.

            "Okey! Sofea . Aku pergi dulu. Kau tak payah gatal nak turun kebawah. Kalau kau nak minum air aku dah bawa naik ke atas." Baru aku perasan ada sebotol air dan sebiji gelas di meja ditepi katil kami.

            "Jom aku bantu kau naik keatas dulu." Aku naik kebilik di bantu oleh Aliya. Selepas solat Zohor aku makan ubat dan merehatkan diri. Akhirnya  aku tertidur .     
     
        
              “ Sofea! Sofea! Bangun.”Terasa  tubuhku digoncang  . Aku membuka  mataku  perlahan-lahan.
               
            "Aliya! Ada apa? "Tanyaku , masih lagi mamai. Terasa baru sekejap  aku melelapkan mata. Ah! Mengantuknya.

            "Kenapalah susah sangat nak kejutkan kau ni Sofea? Kalau campak bom pun belum tentu kau nak jaga. Dah lama aku panggil kau. Ini aku ada belikan kau bihun sup pak Samad . Pergi  basuh  muka kau dulu . Biar  aku  masukkan  makanan  ni  ke dalam  pinggan. Nanti  kita  makan  sama-sama. Dah…. cepat  bangun! biar  aku  pimpin kau  ke  bilik  air .”Aliya ni dah macam mak-maklah pula kalau membebel. Aku bangun perlahan.Aliya cuba membantuku.

             “Tak payahlah Aliya, aku boleh berjalan sendiri. Tak payahlah kau nak manjakan aku sangat. Aku nak solat Asar sekejap. Kau keluarlah dulu, nanti aku turun sendiri.  Aku  nak  mandi sekali nanti tak payah nak ulang  alik kebilik  air.” Aku  membawa  tuala  dan  pakaian  tidurku  sekali. "Aliya …… kau  pergilah  hidangkan  makanan. Aku  nak  mandi  sekejap.”Kataku lagi bila kulihat Aliya masih duduk dibirai katil.

            "Ya-Allah Sofea! Sekarang ni dah pukul enam. Cepat pergi mandi. Jangan lama-lama dalam bilik air tu. Cepat solat dah lewat ni." Aliya berkata sambil memandang jam ditangannya.

            "Yalah! Kalau kau asyik bercakap saja sampai bila aku nak masuk ke bilik air?"Aku pula kenakan Aliya.

            "Ha! Menjawab…..menjawab saja kerja kau."Tanpa memperdulikan bebelan Aliya ,aku terus masuk ke bilik air.

             
             “Ok! Aku  pergi hidangkan  makanan . Hati-hati….jangan sampai kau jatuh  lagi.”Jerit Aliya dari luar bilik air.
           
            Sekejap saja  aku  mandi  , kini  aku  sudah  berada  di dalam  bilik . Lututku yang luka  pun  dah  mula nak  sembuh . Tak perlulah aku nak  risau lagi. Tapi dah berparutlah pula lutut  aku ni. Usai  solat,  aku  turun ke tingkat bawah. Perlahan dan hati-hati aku memijak anak tangga untuk ke bawah.  Kemudian aku menapak ke dapur tanpa disedari oleh Aliya.
        
             "Wah! Banyaknya  makanan  kau  beli .  Berapa  harga makanan  ni. Biar  aku  bayar  kepada kau." Aku tahu duit yang aku berikan pada Aliya hanya cukup untuk dua bungkus makanan dan dua bungkus air milo. Kalau  nak  dikira  makanan  yang  Aliya beli  tentu mahal harganya.

          “Sofea....Kalau kau nak tahu semua ni bukan  aku  yang beli  tapi  lelaki  yang  langgar  kau  hari tu  yang  belanja . Lelaki tu  yang  belikan  untuk  kau  sebagai  ucapan maaf  kerana  sebabkan  kau  cedera. Dia suruh  kau  makan  banyak-banyak  supaya  cepat  sembuh.”  Jawab Aliya.
       
            “La....kenapa  kau  terima. Bukan  salah lelaki  tu  tapi  aku  yang  terlanggar  dia. Mentang-mentang  badan  aku  ni  montel , nak  suruh  makan  banyak-banyak. Perli  aku  la  tu.” Farah  Aliya ketawa mendengar kata-kataku .
           
             “Apa  kau  tunggu  lagi  Sofea , cepatlah  makan . Aku  dah  terliur  sejak  tadi. Rezeki  jangan  ditolak, musuh  jangan  dicari.”
           
            “Banyaknya Aliya . Bolehkah kita berdua habiskan semua makanan ni ? La …bihun sup pun kau beli ?  Tanyaku.

            "Tadi  kau  cakap kau mengidam nak makan bihun sup . Aku beli juga sebab aku takut  kau  kempunan  pula. Apa susah malam nanti kau boleh panaskan dan makan bihun sup ni, betul tak?"
            "Tengoklah macam mana? Aliya ....lain  kali kalau ada orang bagi kepada kau apa-apa janganlah kau terima. Aku tak nak terhutang budi dengan lelaki tu.”
     
            “Ok! Aku janji lain kali aku tak akan terima lagi kalau ada orang bagi  apa-apa. Sekarang ni boleh kita makan  dulu . Please! Perut aku ni dah berbunyi irama macam-macam ni.”
           
              “Makanlah, kesian  pula  aku  tengok  kawan  aku ni. Macam orang kebulur pula”, usikku .
    
               Aliya  langsung tak ambil hati dengan apa yang  aku  katakan  padanya.  Memang  Aliya  kalau  dengan aku tak  kisah sangat kalau aku  kutuk dia pun. Kami makan sambil berbual tentang kuliah . Langsung tak sebut pasal lelaki  yang  berlanggar  dengan  aku tu. Selepas makan  Aliya meminta  aku  naik  ke bilik  untuk  berehat. Tak  payahlah  nak bantu dia mengemas meja makan. Dia boleh buat sorang-sorang , katanya. Sengaja mereka  makan awal sebab Aliya ada kelas malam nanti.

             Terlalu banyak budi  Aliya  pada  aku  sejak  belajar  di sini. Tak  terbalas budi  Aliya  padaku. Dia  umpama  seorang  penjaga  padaku. Segala urusan aku di sini, dia yang akan membantu aku .
           
            Walaupun  aku boleh berdikari tapi  Aliya tetap nak lindungiku.  Ada juga pelajar di sini yang  suka  membuli  aku  jika  aku berjalan bersendirian. Aku tahu sebab aku berbadan montel sebab  itulah mereka suka membuliku. Bukan aku tak nak melawan tapi belum sampai masa untuk aku membalas perbuatan mereka padaku. Tapi kenapa mereka marah sangat denganku? Kenapa nak tergugat dengan diriku yang tak cantik ini? Hairan juga aku…..

             Sedang aku memilih makanan terasa sejuk belakangnya. Allah! Siapa pula yang tumpahkan air kebelakang aku ni? Rungutku dalam hati.

            Bila aku berpaling kebelakang seorang lelaki kelihatan sedang berdiri tegak sambil memegang  pinggan berisikan  makanan  dan gelas yang dah kosong. Mungkin terasa bersalah dengan  apa yang berlaku.

            "Maafkan saya, saya tak sengaja . Air milo saya tertumpah dibelakang awak." Aku kenal  siapa lelaki itu. Belum sempat aku menjawab, Aliya terlebih dahulu memarahi lelaki itu.
           
            "Hei! Awak ni butakah hah! Mata awak letak dekat lutut ke?" Marah Aliya sambil mengelap belakang aku yang basah. Aku boleh bayangkan macam mana rupa bekas air milo tu . Kardigan yang  kupakai berwarna kelabu cerah , tentulah jelas kotoran bekas air milo itu.

            "Masalahnya  aku  tak  tahu pula dekat lutut aku ni ada mata," sengaja Lukman Hakim  menambahkan kemarahan gadis didepannya itu. Orang dah elok-elok mohon maaf, dia pula garang gila. Telan singa ke apa? Gerutu Lokman Hakim dalam hati. Sudahlah setiap kali terserempak dengan gadis itu asyik menjeling saja. Entah apa salah dia pun pada gadis tu pun dia tak tahu? Bukan dia tak teringin nak berkenalan dengan gadis yang bernama Farah Aliya tu. Tapi keinginan tu hilang begitu saja kerana setiap kali dia cuba mendekati gadis itu. Dia akan dijeling .Terus hilang keinginan tu.
           
            Memang  sengallah lanun ni.Gerutu Aliya dalam hati. "Lain kali…… dalam sesak macam ni , kau jagalah air milo kau tu elok-elok. Ini tidak habis tumpah kena baju kawan aku ni." Menyusahkan orang saja , rungut Aliya.
           
            "Habis……apa aku nak buat kalau dah ditakdirkan nak tumpah kebaju kawan kau ni. Eh! Nanti dulu. Kawan kau ni tak kisah pun, yang kau angin satu badan tu apa hal?" Tanya Lukman Hakim sambil tersengih. Matanya merenung gadis didepannya itu. Cantik tapi garang macam singa.

            "Sini ……kita tengok pula samada kau ni nak angin atau pun tidak?" Air milo yang berada didalam gelasnya terus dituang kedalam baju lelaki didepannya pula. Terpukau semua yang sedang menonton pergaduhan mereka tadi.  Beraninya Aliya…..

Saturday 7 September 2013

SOLAT PERFUME



 Dihasilkan khas untuk dipakai ketika solat dan aktiviti harian tanpa keraguan kerana patinya disahkan halal oleh JAKIM. Pilihan bau yang pasti membangkitkan aura pemakai. Antara produk Solat Perfume, Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Jumaat.Solat perfume adalah produk keluaran muslim yang bermutu yang berlainan daripada perfume biasa kerana ia tidak mengandungi alkohol.



 
Harga produk:
RM 33 (semenanjung Malaysia)

RM 38 (sabah / sarawak)




Hubungi

Ada sebarang pertanyaan tentang produk Solat Perfume.
HUBUNGI :
EMAIL : siti.sara192088@yahoo.com

WEBSITE :
 http://perfumesolat.com/



                                  INGAT SEMBAHYANG,INGAT 'SOLAT'

Friday 6 September 2013

AWAK!! PRINCE CHARMING SAYA KE? 4



BAB 4

             “Dah  makan  ubat,” tanya  umi lagi.

              “Belum  umi, makan  pun  belum lagi. Sejak  pagi  tadi  acik  tak  makan  apa-apa  pun.” Hani Sofea mengadu pada uminya.

           “Kesiannya  anak  manja  umi  ni. Ada  doctor  bagi  ubat  sapu  tak?”  Soal  uminya lagi .

            “Ada dalam beg acik tu, tunjuk Hani Sofea pada uminya.” Angahnya  bangun  dan mengambil beg sandang Hani Sofea di atas meja kopi. Di ambilnya plastik  berisi  ubat dan diserahkannya pada umi. Umi menyapu ubat kuning di betis, jari kaki dan tapak tanganku . Darah  dilututnya  telah berhenti dan luka itu pedih semula bila uminya  menyapu  ubat  pada tapak tangan dan lututnya.
                                                                
                 " Umi....pedih," rengek Hani Sofea manja.

               “Kesiannya  adik  alang  ni , sakit sangat ke?” kata alang  sambil  mengusap  kepala adiknya.

               “Anak   manja walid  dah  balik?” Tanya  walid  yang sedang  menuruni  tangga. Walid  menghampiri  mereka. Walid tersenyum pada Hani Sofea, anak manjanya .
               
                 “Anak  walid  ni  macam mana? Ada  rasa sakit lagi?” Soal walid pada Hani Sofea sambil  bersalaman dengan anaknya. Perlahan saja Hani Sofea  bersalam dengan walid sebab tapak tangannya masih terasa sakit. Kini badannya turut terasa sakit akibat terjatuh tadi.
               
              “Sakit  walid.”  Hani Sofea  tunjukkan  tapak  tangannya yang  luka  semasa jatuh dan  terkena  tar jalan. Walidnya  duduk disebelah Hani Sofea. Walid  mencapai  tangan Hani Sofea dan melihat luka di tapak  tangannya itu . Seperti  yang dilakukan oleh angah dan alang begitulah juga dengan  walid. Tapak  tangan Hani Sofea  di cium  lembut.
                 “Nanti  sembuh  la tu, walid  dah  bagi  penawarnya,” kata walid sambil memeluk dan mengusap lembut kepala Hani Sofea .  Hani Sofea adalah anak yang  sering dimanjakan oleh mereka.

              " Umi...... acik  lapar , nak makan.”Rengek Hani Sofea . Perutnya  dah berbunyi minta diisi.
               
               “Kesiannya  anak  umi  ni, sekejap  lagi  umi hidangkan makan tengahari. Sebelum tu biar  umi  tolong  sapukan  ubat  luka  di tapak tangan acik dulu. Selain dari tapak tangan dekat mana lagi yang cedera?” Tanya umi .
                 
            Hani Sofea  selak  kain  baju  kurungnya hingga  paras  lutut.  Di tunjukkannya lutut yang  terluka tadi sudah tidak berdarah lagi kerana nurse di klinik tadi dah mencuci  lukanya itu. Tetapi  lututnya  ada  kesan  berlubang  mungkin terkena batu kecil  bila dia terjatuh tadi. Mesti ada kesan parut bila dah sembuh nanti, bisik Hani Sofea dalam hati.

            "Tak  ada umi, itu saja." Jawab Hani Sofea.
    
            Selepas  itu  umi  kedapur  untuk  hidangkan  makan  tengahari  untuk  mereka  dengan di bantu oleh angah dan  alang.  Angah  dan alang memang ringan tulang . Mereka berdua akan membantu umi memasak dan mengemas rumah. Kalau bab membasuh pinggan ,itu adalah perkara  biasa  bagi  mereka  berdua. Seronoknya  ada  abang-abang  yang  rajin  macam  mereka berdua. Tak la teruk aku didapur. Ada saja yang sudi membantuku  di dapur.
               
                 “Macam  mana  boleh  terjatuh  ni  acik?”  Soal  walid  pula.
  
              “Acik  terlanggar  dengan  seorang  siswa  semasa  tergesa-gesa  nak  berjumpa dengan  Aliya. Acik  tak tahu  macam  mana  acik  boleh  terjatuh  padahal  bukan  kuat sangat  acik  terlanggar  lelaki  tu. Dah  nasib  tak  baik  nak  buat  macam  mana. Salah acik juga asyik memandang handphone, padahal bateri dah kong. Itu yang tak perasan siswa tu sampai terlanggar.
               
            “Kaki  acik  terseliuh  tak?” Soal  walid  sambil  mengurut  kaki  Hani Sofea  perlahan.
   
          “Acik  rasa  tak  ada  yang  terseliuh,  cuma  luka saja. Doktor cakap nanti acik akan terasa  sakit  sikit  sebab  kulit  yang  terluka tu akan mula kering dan membuatkan luka terasa  tegang  sikit. Tetapi  sekarang  pun  acik  dah  rasa  sakit  walid,  tak  payah  nak tunggu  kulit kering.” Hani Sofea  mengadu kepada walidnya.
      
             “Kesiannya  anak  manja  walid  ni! Tak apa cuti 2 hari ni boleh manja-manja dengan walid.” Kata  walid  sambil  memeluk  bahu Hani Sofea.  Hani Sofea  adalah  puteri  bongsunya .  Dia juga  satu-satunya  anak  perempuan  dalam  keluarga  mereka. Disayangi  oleh mereka semua.
     
            “Walid...umi  panggil  makan. Acik… jom  angah  papah  ke meja makan,” tiba-tiba saja angah bersuara menjemput Hani Sofea dan walid makan. Terkejut Hani Sofea dibuatnya.
                 
             “Yalah! Tolong  bantu  acik  ke meja  makan , "arah  walid  pada  angah.
               
              “Eii!! Angah ni terkejut acik dengar suara angah tetiba aje. Kalau ya pun bagi la salam dulu. Nasib  baik  tak  tercabut  jantung  acik  ni  kalau  tidak susah angah nak kena betulkan semula jantung  acik yang dah tanggal ni.” Hani Sofea kalau dengan mereka suka sangat merapu.
       
             “Ala!Sorrylah  acik. Angah  ingatkan  acik  perasan  angah  yang  kacak  ni  sedang  menuju kearah  acik.”
               
            “Angah macam tak tahu pula, acikkan asyik berbual dengan walid yang lebih kacak dari angah …….tu yang acik tak sedar angah menuju kearah acik.”  Hani Sofea sengaja  menjelirkan lidahnya pada angah.
               
             “Jelirlah lidah tu nanti angah potong lidah acik biar bisu tak dapat nak bercakap dengan angah lagi.”
              “Potonglah  kalau  berani, acik  mengadu  dengan  walid.”Jawab Hani Sofea.

             “Hish! Budak ni ada aje yang nak dijawabnya,” celoteh angah .

              “Acik! Angah  cepatlah . Semua  dah  tunggu  acik dan angah saja,”panggil alang dari meja makan. Entah  bila walid  dah  beredar  dari ruang tamu . Hani Sofea pun tak perasan bila walid dah menyertai umi dan alang di meja makan. Hanya tunggu mereka berdua saja.
       
             Angah memapah  Hani Sofea  perlahan-lahan  ke meja  makan. Allah! Sakitnya lututku . Terasa perit  untuk  melangkah.  Aku  kuatkan  juga kakiku untuk melangkah walaupun perlahan saja  aku   melangkah. Akhirnya  sampai  juga  aku ke meja makan. Angah menarik kerusi untukku  dan membantu  aku duduk.

            “Silakan  tuan  puteri  yang  cantik  manis,”  kata  angah  sambil  ketawa.Terhambur  ketawaku  mendengar  kata-kata  angah.  Angah  dia  ni  memang  suka  buat lawak. Bila dah puas buat lawak, mulalah nak buli aku. Tapi alang selalu membantuku  bila dibuli oleh angah.

              “Sudahlah   tu angah, biar  acik  makan  dulu. Kesian  acik  sejak  pagi  lagi  belum makan  apa-apa. ” Tegur alang.

             “Yalah  angah  ni , acik  ni  tengah  lapar  ni,”  sengaja Hani Sofea  mengusik angah. Umi  menepuk  bahu  angah  perlahan. Tahu  sangat anak keduanya itu kalau berjumpa dengan  adik bongsunya itu tak habis-habis nak mengusik saja kerjanya.

              “Angah  bukan  apa  umi  saja nak  lepaskan  rindu  pada acik ni umi. Dah seminggu tak  berjumpa  dengan  acik.”

             Ya la tu …nak  lepaskan  rindu  pada  aku,  bukan   aku   tak   tahu   perangai   angah ni.  Suka   sangat   mengusik   aku,  bisik Hani Sofea  dalam hati.

            “Angah.... kesian  dekat  acik  tu. Biarlah  acik  makan dulu nanti baru angah usik dia.” Alang  menegur  angah  yang  suka sangat mengusik adik kesayangannya itu. Bukan  dia tak tahu angah  sayangkan acik tapi angah lebih suka mengusik dan alang lebih suka memanjakan acik.
               
             “Ala! Kesiannya  adik  angah ni.  Lapar ya!  Dah  berapa  hari  tak  makan?” Usik angah lagi.
               
           “Mana  ada  berapa  hari , pagi  tadi ajelah acik tak makan. Matilah acik kalau tak makan berhari-hari ,” jawab Hani Sofea  sambil  mencebikkan bibirnya.

            “Elok  sangatlah  buat  bibir  macam  tu , nanti angah ikat  boleh buat penyangkut  baju baru tahu,” kata angah sambil menghamburkan ketawa yang kuat.

           “Angah…….acik….. sudahlah  tu,  cepat   makan, “ arah abah pada mereka berdua.  Padan dengan muka mereka . Big boss dah bagi arahan.

           Alang  tolong  sendukkan  nasi  untuk aku  dan  angah membantu  mengambil  lauk .  Kedua-duanya   memang  tak  nak mengalah kalau pasal memanjakan  aku. Setelah  keperluan  untuk  aku  telah mereka penuhi barulah mereka berdua makan.
                 
             “Ini yang buatkan acik sayang sangat dengan angah dan alang ni,” kata Hani Sofea sambil memeluk lengan angah dan alang.  Dia  duduk  di tengah-tengah   diantara  angah dan alang.

       “Tahu !!Tak cakap pun kami tahu,” jawab angah dan alang serentak. Mereka ketawa serentak.Lucu sangatlah tu.

               Mengeleng kepala walid dan umi melihat kenakalan  mereka. Walaupun dah besar panjang tapi perangai  mereka kalau  dah  berjumpa masih bersikap kebudak-budakan. Alahai!! Abang-abangku ini. Pantang dipuji angah dan alang ni.  Kami makan sambil berbual-bual.