Reenzarini

Sunday 5 July 2015

JUJUR AKU MENCINTAIMU 12

BAB 12


“KAU nak pergi honeymoon tak?” Tanya Hijaz Saufi .

“Entahlah. Awak nak pergi tak?” Soal Rania Adira kembali.

“Tak boleh minta pendapat langsung. Semuanya tak tahu!” Marah Hijaz Saufi.

“Marah pula......Abang nak pergi tak?” Soal Rania Adira pada Hijaz.

“Tak payah nak panggil abang! Aku bukan abang kau. Tapi di depan orang kau boleh panggil aku abang!”

"Pulak! Tadi cakap tak boleh. Sekarang boleh pula." Rungut Rania Adira.

“Apa kata kita pergi honeymoon tapi bawa haluan masing-masing. Setuju tak?” Soal Hijaz Saufi.

“Baik tak payah pergi. Serupa pergi sorang diri.” Balas Rania Adira geram.

“Apa kau cakap? Aku tak dengar.” Hijaz pandang Rania Adira.

“Tak ada apa. Saya cakap tak sangka dalam bilik ni ada cicak.” Rania Adira tunjukkan seekor cicak yang sedang merayap di dinding bilik.

Hijaz Saufi pandang ke atas. Terdapat seekor cicak di situ.

“Dengar tak apa aku cakap tadi?” Soal Hijaz Sauf

Okey! Tak payah pergi.” Satu keputusan sudah dicapai.

“Siapa nak bagi tahu abah dan mama?” Tanya Hijaz Saufi.

“Awaklah yang beritahu  mereka, kenapa saya pulak yang kena bagi tahu?” Balas Rania Adira.

“Kau kalau tak bantah cakap aku memang tak sah!” Bidas Hijaz Saufi.

“Apa pulak saya, awak la yang cakap.”

“Yalah! Nanti aku cakap. Minta tolong sikit pun tak boleh.” Isterinya yang sedang menyikat rambut dipandangnya lama. Cantik bini aku, getusnya dalam hati. Cakap tak serupa bikin, Dulu cakap lain sekarang cakap lain. Bisik hati Hijaz Saufi.

“Apa pandang-pandang? Ada hutang?” Tanya Rania Adira. Dia perasan suaminya sejak tadi asyik memandangnya.

“Pandang pun tak boleh, bukannya luak pun.” Sinis Hijaz Saufi berkata.

**********

“HA! Hijaz, Nia. Macam mana? Kamu berdua dah tahu ke mana nak pergi bercuti?” Soal Dato’ Amar.

“Tak jadilah abah, lain kali saja. Nia ni, tak boleh nak lanjutkan cuti.” Terasa pahanya dicubit.  Tangan isterinya dipegang kuat.

“Betulkah Nia, kamu tak boleh bercuti?” Soal Dato’ Amar kembali.

“Betul abah! Nia sibuk sikit lepas cuti nikah ni. Lain kali saja kami pergi abah.” Ujar Rania Adira dengan terpaksa. Tak guna punya suami. Aku juga yang dia bagi alasan.

“Baiklah, jika itu kata Nia. Jika ada masa nanti beritahu abah.”

“Baiklah abah. Jika boleh bercuti, Nia bagitahu abah.” Rania Adira pandang wajah suaminya.

Hijaz Saufi mengangkat kening.

Rania Adira mengetap bibir menahan geram. Tangan yang dipegang suaminya ditarik kuat hingga terlepas dari genggaman tangan suaminya.

**********

“KAU kemas semua barang-barang kau!” Ujar Hijaz Saufi setelah masuk ke bilik tidur mereka.

“Kenapa? Tiba-tiba saja suruh berkemas. Awak nak ceraikan saya ke?” Soal Rania Adira. Terasa lemah lututnya untuk berdiri. Dilabuhkan punggungnya ke tilam.

“Apa kau merepek ni? Belum sampai masanya kita bercerai!” Marah Hijaz Saufi. Tiba-tiba hatinya panas dengan pertanyaan isterinya itu. Dah tak sabar nak bercerai ke Nia ni?

“Habis, kenapa saya perlu kemaskan pakaian saya?” Tanya Rania Adira.

“Bukan pakaian kau saja kau kena kemas, tapi pakaian aku pun kau kena kemas sekali. Kita pindah!”

“Pindah? Kenapa nak pindah? Pindah ke mana?” Tanya Rania Adira.

“Sebab aku nak kita tinggal di rumah kita sendiri.”

“Mama dan abah dah tahu ke kita nak pindah?”  Soal Rania Adira.

“Nanti kau cakap kau yang nak pindah!”

“Kenapa pulak saya yang kena cakap? Awak yang nak pindah, awaklah yang cakap.” Balas Rania Adira.

“Kalau aku yang cakap, mesti abah tak benarkan kita pindah.”

“Habis! Kalau saya cakap abah akan benarkan kita pindah?”

“Dengan kau abah akan bertolak ansur.”

“Kalau rumah awak tu jauh dari tempat kerja saya, malaslah saya nak pindah! Duduk di sini dekat saja nak ke tempat kerja.” Bantah Rania Adira.

“Aku dah pilih rumah yang berdekatan dengan pejabat kau!  Kau ingat aku ni tak ada otak nak fikirkan semua tu.” Bidas Hijaz Saufi.

“Yalah! Nanti saya bagitahu mama dan abah.” Akhirnya Rania Adira mengalah juga dengan kehendak suaminya.

**********

“KAMI nak pindah,” ujar Hijaz Saufi sewaktu mereka berehat di ruang tamu.

“Pindah?”

“Ya abah, kami nak pindah.”  Jawab Hijaz Saufi. Dalam hati berdebar-debar takut abahnya melarang mereka berpindah.

“Kenapa nak pindah?” Soal Dato’ Amar.

“ Yalah Hijaz! Kenapa nak pindah? Baru berapa hari kamu menikah, dah nak pindah. Mama belum pun sempat berkenalan dengan menantu mama.”

“Biarlah kami tinggal sendiri mama, abah. Sampai bila kami nak tinggal dengan mama dan abah.”

“Hijaz nak pindah ke kondo yang abah beli tu ke?” Soal Dato’ Amar.

“Err,” Hijaz telan liur. Hijaz dah cari kondo lain. Kondo yang abah bagi tu jauh dari tempat kerja Nia.” Alasan Hijaz Saufi berikan pada Dato’ Amar.

“Eloklah kalau macam tu. Abah harap Hijaz pandai-pandailah menjaga kebahagiaan rumahtangga Hijaz.” Pesan Dato’ Amar.

“Hijaz! Jaga menantu mama baik-baik. Jadi apa-apa pada Nia siap Hijaz dengan mama.”

“Isteri Hijaz, mestilah Hijaz jaga dengan baik, mama.” Jari jemari isterinya digenggam erat. Belakang tangan isterinya dikucup lembut. Cara Hijaz seperti mereka pasangan yang sedang bercinta.

Pandai kau berlakon Hijaz. Tangannya yang berada di dalam genggaman suaminya direntap dari pegangan Hijaz Saufi tanpa pengetahuan mertuanya.

Hijaz Saufi tersengih. Suka hatinya bila melihat isterinya marah dan dapat menyakitkan hati isteri yang tak dicintai. Hatinya tetap pada Julia kekasih hatinya. Takkan berubah walaupun bidadari sekali menjelma di hadapannya. Belagaklah kau Hijaz. Baru beberapa malam sebilik dengan isteri secantik Rania Adira kau sudah kelabu mata. Kutuk hati Hijaz Saufi.

**********

 AKHIRNYA Dato’ Amar dan Datin Ariana membenarkan mereka berpindah. Sebuah kondo yang terletak di tingkat empat dan hanya setengah jam perjalanan untuk ke pejabat. Memudahkan Rania Adira untuk ke pejabat. Berdekatan dengan pusat Bandar.

Rania Adira meninjau dari balkoni. Sayup kelihatan pemandangan di luar sana. Walaupun hanya bangunan yang kelihatan tapi tetap indah di mata Rania Adira.

“Kau pilihlah mana satu bilik yang kau nak. Ada empat bilik semuanya.”

“Awak duduk bilik mana?” Tanya Rania Adira.

“Mana-mana pun boleh. Aku tak kisah! Asalkan ada katil dan tilam. Semua bilik mempunyai perabut yang mewah.” Jawab Hijaz Saufi.

“Saya pilih bilik utama.” Terus Rania Adira menarik beg berodanya ke dalam bilik utama. Bilik yang paling besar dan cantik. Biarlah Hijaz nak kata apa pun. Siapa suruh aku pilih. Rania Adira senyum sendiri.

Hijaz Saufi mengetap giginya hingga bergerak-gerak rahang di pipinya. Siapa suruh kau minta isteri kau buat pilihan, kan dah kena. Rungut hati Hijaz Saufi.

** Harap semua pembaca terhibur. Ini adalah last N3. Jangan lupa komen dari pembaca semua.


Sunday 21 June 2015

JUJUR AKU MENCINTAIMU 11

BAB 11

 SAKIT hati Rania Adira bila diperlakukan tanpa kerelaannya. Cakap tak suka tapi apa yang berlaku sebentar tadi……. Rania Adira mengesat bibirnya dengan perasaan benci. Turun naik dadanya menahan marah.

“Awak dah gila Hijaz? Awak cakap bencikan saya. Apa yang awak buat dekat saya tadi tu, apa?” Jerit Rania Adira kuat. Nafasnya turun naik kerana geramkan suaminya. Tubuhnya masih mengigil dengan perlakuan suaminya tadi. Terasa ingin menangis tapi dia cuba bertahan, tak mahu menunjukkan kelemahannya pada Hijaz Saufi.

Pantas Hijaz menutup mulut Rania Adira dengan tapak tangannya. “Jangan nak menjerit. Kalau mama dan abah dengar, nahas kau aku kerjakan,” ugut Hijaz sekali lagi.

 “Awak dah curi ciuman pertama saya!” Dada suaminya, Rania Adira pukul dengan kedua belah tangannya kerana geram.

“Ada aku kisah! Kau halal untuk aku sentuhi, kalau aku buat lebih lagi pun tak berdosa.” Bisik Hijaz Saufi di telinga isterinya. Tubuh isterinya dihimpitnya sekali lagi.

“Apa awak nak lagi? Lpaskan saya!” Bibir Rania Adira bergetar hebat. Takut terjadi lagi apa yang telah Hijaz lakukan padanya tadi.

“Aku nak kau layan aku. Berdosa kalau menolak ajakan suami.” Hijaz Saufi tersengih sambil memeluk tubuh isterinya.

Pandai pula bercakap pasal dosa pahala. Gerutu Rania Adira dalam hati.

“Awak tak boleh paksa saya, Hijaz. Saya tak rela! Kita dah buat perjanjian, awak akan lepaskan saya bila sampai masanya.” Rania Adira meronta untuk  melepaskan diri dari pelukan suaminya. Apalah sangat kudrat yang dia ada dibandingkan dengan tenaga Hijaz Saufi.

“Lepaskan saya, Hijaz!” Bentak Rania Adira.

“Aku tak akan lepaskan kau, Nia.” Pipi gebu isterinya menarik perhatiannya. Tergerak hatinya untuk mencium pipi gebu isterinya. Makin geram bila menerima penolakkan dari isterinya.

“Awak tak boleh buat saya macam ni Hijaz! Jangan sampai saya bencikan awak! Saya tak akan benarkan awak sentuh saya selagi awak tak anggap saya isteri awak.”

“Siapa cakap tak boleh? Aku tak paksa kau menikah dengan aku. Kau sendiri yang rela.” Pipi gebu isterinya dicium kiri dan kanan bila isterinya terleka. Dapatlah dia melepaskan geramnya sejak beberapa hari yang lalu.

Tak guna, gumam Rania Adira dalam hati. Tanpa Rania Adira sedari kakinya telah menyepak bahagian yang tak sepatutnya sewaktu bergelut dengan Hijaz. Segera dia melepaskan diri dari Hijaz.

“Argh!!” Jerit Hijaz Saufi sambil memegang celah kangkangnya. Hijaz Saufi sudah terduduk di atas lantai.

“Apa kau buat ni, sakit tau!” Marah Hijaz Saufi.

“Op! Sorry tak sengaja,” ucap Rania Adira sambil menutup mulut dengan tapak tangan. Dia sendiri tak sangka, boleh menyepak bahagian itu. Mungkin sudah biasa dengan langkah yang pernah dipelajari di Universiti dulu.

“Kalau awak buat lagi, lebih teruk awak kena dengan saya! Cepat turun bawah, mama dan abah dah tunggu nak sarapan.” Tombol pintu Rania Adira pulas dan keluar dari bilik tidur mereka. Keluar saja dari bilik itu, Rania Adira tergelak sambil menahan perutnya. Terasa lucu pula.

“Kenapa Nia? Apa yang melucukan?” Tanya Datin Ariana.  Dia baru saja keluar dari biliknya dengan membawa beg bimbit suaminya.

“Er….tak ada apalah mama. Tiba-tiba saja rasa nak gelak.” Tak sangka Datin Ariana masih ada dekat biliknya.

“Ada-ada sajalah kamu laki bini. Mana Hijaz?” Soal Datin Ariana.

“Ada dalam bilik, sekejap lagi abang turun.” Jawab Rania Adira.

“Jom kita turun bawah. Tunggu laki kamu, entah makan tengahari baru nak turun.” Tahu sangat perangai anaknya. Kalau hari minggu jangan harap nak bangun awal. Bila malam, merayap entah ke mana?

Rania Adira mengikut Datin Ariana turun ke ruang makan.

“Ha! Mana Hijaz?” Tanya Dato’ Amar bila dilihatnya hanya isteri dan menantunya saja yang muncul di ruang makan.

“Macam biasalah bang. Pukul berapa nak bangun pun tak tahu? Tak berubah langsung.” Rungut Datin Ariana.

“Dahlah tu, makan dulu. Tak payahlah tunggu suami kamu, Nia. Tunggu Hijaz, laparlah perut kamu tu.” Datin Ariana menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan suaminya.

“Ha!! Makan tak tunggu abang!” Tiba-tiba saja datang Hijaz menyergah mereka yang sedang makan.

“Uhuk! Uhuk!” Rania Adira tersedak nasi goreng yang sedang dikunyahnya akibat sergahan suaminya tadi.

“Astaghfirullahalazim! Boleh tak elok-elok perangai tu Hijaz?” Tegur Datin Ariana.

Terasa belakang Rania Adira diusap kasar. Rania Adira pandang wajah suaminya. Tak sukalah dia buat macam ni. Dijauhkan tubuhnya dari Hijaz.

“Dah okey!” Tanya Datin Ariana.

“Dah okey mama.” Jawab Rania Adira. Terasa pedih hidungnya kerana tersedak tadi.

“Bik! Mana roti bakar!” Jerit Hijaz Saufi tiba-tiba.

“Hijaz!” Tegur Dato’ Amar.

“Ini tuan Hijaz. Bik baru saja bakar.” Sepiring roti bakar bibik letakkan di hadapan Hijaz. Tanpa berlengah Hijaz mencapai roti bakar yang masih panas itu. Digigitnya dengan gelojoh.

“Aduh! Panas.” Roti bakar itu diletak kembali dalam pinggannya. Dicapainya air milo disebelahnya.

“Err…….Air milo saya tu.”

Sorry! Ingatkan tadi air milo siapa?” Cawan kosong diserahkan kembali pada isterinya.

“Gelojohlah lagi. Macam tak makan bertahun.” Tegur Datin Ariana.

“Laparlah mama. Semalam tak ada selera nak makan,” jawab Hijaz sambil mengigit kembali roti bakarnya.

“Banyaklah tak ada selera. Abah tengok bukan main lagi Hijaz melantak ayam masak merah dengan nasi tomato semalam.” Tahu sangat ayam masak merah adalah lauk kesukaan anaknya.

“Ya ke abah. Tak perasan pula Hijaz.” Meletus ketawa dari bibir Hijaz Saufi.

“Kalau Nia nak tahu, Hijaz bersarapan roti bakar setiap hari. Tak kiralah roti apa asalkan berasaskan roti. Lauk kesukaan suami Nia ialah ayam masak merah. Tak kiralah ayam masak apa pun Hijaz suka. Ikan Hijaz kurang sikit.” Datin Ariana menceritakan makanan kegemaran anaknya, Hijaz.

Hijaz hanya menganggukkan kepalanya sambil menikmati roti bakarnya.

“Dengar tu sayang, belajar dengan mama apa yang abang suka dan tak suka,” sampuk Hijaz Saufi tanpa memandang wajah isterinya.

Uhuk! Uhuk!” Merepek, apa pula panggil abang. Semalam bukan main marah lagi bila aku panggil  dia, abang. Boleh sewel aku, kalau hari-hari macam ni. Nak ikut kepala dia saja.

Secawan milo dihulurkan pada isterinya. Rania Adira cepat-cepat menyisip air milo yang dihulurkan padanya.

“Kamu berdua tak nak pergi honeymoon?” Soal Dato’ Amar.

Honeymoon?” Tanya Hijaz sambil meneguk air milonya. Tersekat kerongkongnya bila dengar honeymoon. Sudahlah duduk di sini pun hampir terbabas berdepan dengan isteri yang cantik jelita. Inikan pula pergi honeymoon. Mahu tak keluar dari bilik.

“Hijaz banyak kerjalah abah. Kerja dekat pejabat tu dah menimbun agaknya bila Hijaz cuti kahwin. Ini nak pergi honeymoon pula. Lagilah menimbun kerja Hijaz tu.” Alasan Hijaz Saufi berikan pada Dato’ Amar.

“Apalah salahnya pergi honeymoon? Boleh mengeratkan kasih sayang.” Nasihat Datin Ariana pula.

Eratlah sangat. Entah-entah asyik bergaduh saja semasa honeymoon tu, kutuk Rania Adira dalam hati.

“Nia pula bagaimana?” Tanya Dato’ Amar pada menantunya.

“Nia ikut saja kata abang. Kalau abang sibuk tak payahlah abah.” Takkanlah dia nak cakap tak nak pergi. Apa pulak kata mama dan abah? Ikutkan hati dia, memang malas nak pergi.

“Bagaimana Hijaz? Kerja dekat pejabat tu tinggalkan saja pada staf yang ada. Buat apa ada pekerja kalau tak boleh di harap,” ujar Datin Ariana.


“Nantilah kami bincang dulu,”  ujar Hijaz Saufi.


*** Harap apa yang kak Reen tulis memuaskan hati pembaca. Sila komen agar kak Reen dapat memperbaiki penulisan kak Reen. Thank you. 

Wednesday 10 June 2015

JUJUR AKU MENCINTAIMU 10




BAB 10

Alarm handphone yang berbunyi segera Rania Adira matikan. Dia mengeliat untuk membetulkan urat-uratnya yang terasa tegang. Kusyen-kusyen kecil yang ada di sofa diaturnya supaya kelihatan tak berserabut. Selesa juga tidur di sofa lembut ini. Tapi tidaklah seselesa tidur di atas katil. Semasa mengemas sofa itu dia perasan sofa itu adalah sofa bed. Terima kasih ya-Allah! Saja Hijaz jadi pendengki tak cakap ini sofa bed.

Rania Adira mengambil pakaian yang masih berada di dalam beg beroda yang dibawanya semalam. Tuala yang berada di penyidai dibawa masuk sekali ke dalam bilik air. Sebelum masuk ke bilik air, dia pandang suaminya yang masih nyenyak tidur.  

Amboi sedapnya dia tidur, nanti kau. Tahulah aku apa nak buat dekat orang macam kau. Rania Adira masuk ke bilik air untuk mandi dan berwuduk. Usai berwuduk dia mengambil sehelai tuala kecil good morning kemudian dibasahkannya. Perlahan dia menghampiri Hijaz, dan digoyangnya kaki Hijaz yang bertutup dengan selimut.

“Hijaz bangun, dah subuh,” panggil Rania Adira perlahan sambil menarik selimut di tubuh Hijaz.

Tubuh Hijaz bergerak sedikit, kemudian dia  menarik selimut hingga ke leher.

Eh! Sedapnya dia tidur. Tanpa berlengah Rania Adira membuka tuala yang dah dibasahkan tadi. Segera tuala itu diusap ke wajah suaminya.

“Woi! Apa ni? Basah muka aku.” Terperanjat Hijaz Saufi. Dia sudah terduduk di atas katil sambil mengusap mukanya yang basah.

“Dah subuh, bangun. Jangan nak tidur balik, nanti saya simbah dengan air,” ugut Rania Adira. Dia berundur beberapa tapak ke belakang.

Mencerlung mata Hijaz memandang Rania Adira.

Marah ke? Ada aku kisah! Rania Adira terus membentangkan sejadah dan solat subuh ditunaikan tanpa menunggu suaminya.

Usai solat subuh Rania Adira lihat Hijaz sudah tidur semula. Aik! Belum bangun lagi. Liatnya dia nak bangun solat subuh. Agaknya tak pernah solat subuh. Dekat kampung tu berlakon aje, gumam Rania Adira dalam hati.

“Hijaz….kalau awak tak bangun, saya simbah awak dengan air.” ugut Rania Adira sekali lagi. Tanggungjawab dia mengejutkan suaminya untuk menunaikan solat subuh.

“Hish! Kau memang tak boleh tengok aku senang. Kalau nak solat tu, solatlah. Tak payahlah nak kejutkan aku. Menyusahkan aku saja!” Hijaz melangkah masuk ke bilik air dengan langkah longlai. Masih mengantuk kerana semalam asyik merenung wajah isterinya hingga lewat malam. Entah pukul berapa dia tertidur, dia sendiri tidak tahu.

Rania Adira mengemas katil yang berselerak dengan bantal dan selimut. Bunga-bunga yang dah layu dikutip dan diletakkan di dalam sebuah bekas. Bolehlah dia buat mandi nanti. Membazir kalau dibuang begitu saja. Setelah berpuas hati melihat katil kemas. Dia menuju ke almari pakaian Hijaz. Kain pelekat dan baju t berlengan pendek diletakkan di atas katil. Nak pakai atau tidak terpulanglah pada dia. Asalkan dia dah tunaikan tanggungjawabnya.

Rania Adira keluar dari bilik sebelum Hijaz selesai mandi. Dari arah tangga sudah kelihatan cahaya menerangi ruang tamu yang serba mewah. Tiada siapa pun di situ. Mungkin mama dan abah masih di bilik mereka? Perlahan dia menuju ke dapur melihat apa yang boleh dibantu. Kedengaran suara bercakap-cakap dari arah dapur.

**********

“ASSALAMUALAIKUM……Boleh saya bantu?” Tanya Rania Adira pada seorang wanita. Mungkin seorang pembantu di rumah itu. Dia belum lagi berkenalan dengan mereka.

“Waalaikumussalam…….Tak ada yang nak dibantu puan. Semuanya dah siap dimasak, cuma tunggu Dato’ sekeluarga turun bersarapan.” Beritahu seorang pembantu rumah.

“Puan duduk saja di ruang tamu. Sebentar lagi bila Dato’ dan Datin dah turun kami akan panggil puan bersarapan.”

“Panggil saja Nia.Tak perlu nak berpuan dengan saya.” Ucap Rania Adira sebelum beredar dari dapur. Langkah diatur ke pintu utama bila dilihatnya pintu utama terbuka lebar. Seorang pembantu sedang mengemas di bahagian ruang tamu.

“Selamat pagi puan,” ucapnya kepada Rania Adira.

“Panggil saja Nia, tak perlu nak berpuan dengan saya.” Rania Adira terus keluar ke taman bunga yang dilihat semalam. Pagi terasa begitu nyaman sekali. Udara dipenuhi dengan bau bunga-bunga  mawar yang sedang berkembang. Dia duduk di kerusi batu di tepi kolam ikan kap sambil memerhati ikan-ikan kap berebutkan makanan.

“Assalamualaikum puan.” Serak suara yang menegurnya dari belakang.

“Waalaikumussalam……..Abang Lan, awal sampai.” Tegur Rania Adira.Azlan adalah pemandu kepada Dato’ Amar.

 “Hari ini Dato’ ada mesyuarat. Sebab tu abang Lan sampai awal. Awal puan bangun?”

“Abang Lan ni, berapa kali Nia cakap, panggil saja Nia, tak perlulah nak berpuan dengan Nia.” Tegur Rania Adira.

“Okeylah Nia. Tuan Hijaz mana?” Tanya abang Lan.

“Masa saya turun tadi, dia baru nak solat subuh. Entah dah tidur balik agaknya?” Jawab Rania Adira sambil tergelak. Azlan turut tergelak mendengar kata-kata menantu bosnya. Seronok berbual dengan Rania Adira. Kelembutan wajah Rania Adira tak jemu dipandang. Nasib baik menantu bos, kalau tidak dah lama dia pikat.
  
Hijaz yang sedang tidur terjaga bila terdengar suara orang bercakap diselang seli dengan ketawa. Matanya yang mengantuk tadi terbuka luas. Suara siapa yang sedang bergelak ketawa itu? Hijaz bangun dari katil dan mengintip di sebalik tirai.

“Eh! Tu bini aku. Amboi…..bukan main lagi kau layan driver abah aku. Dengan aku, kau sombong ya!” Cemburu melihat Rania Adira yang sedang berbual dengan pemandu abahnya. Sudahlah Azlan tu boleh tahan kacaknya. Tiba-tiba timbul cemburu dalam hatinya.

“Abang Lan, saya masuk dulu. Nak kejutkan Hijaz turun bersarapan.”

Iyelah! Abang Lan pun nak bersihkan kereta dulu, sekejap lagi Dato’ Amar nak ke pejabat.” Rania Adira mendongak ke arah biliknya. Dia dapat melihat bayang seseorang dibalik tirai tingkap biliknya. Hijaz sedang mengendap aku kut? Teka Rania Adira dalam hati.

**********

“Dah siap semuanya?” Tanya Datin Ariana sebaik saja dia berada di ruang makan.

“Sudah siap Datin.” Jawab mak Nah pembantu rumahnya.

“Mana Hijaz dan isterinya? Belum turun lagi ke kak Nah?” Datin Ariana melabuhkan duduknya di sebelah suaminya.

“Puan Nia dah bangun. Ada dekat luar. Hijaz masih belum turun Datin.”

“Nia …….Mari sarapan dengan kami. Ketika itu Rania Adira baru saja melangkah masuk ke dalam rumah.

“Mana Hijaz?” Tanya Datin Ariana.

“Tidur balik agaknya mama. Nia naik atas dulu, nak kejutkan Hijaz bangun. Sekejap lagi Nia turun sarapan dengan mama dan abah.”

“Kenapa panggil Hijaz? Panggil abang, sedap sikit telinga mendengarnya.” Datin Arianna menegur menantunya.

“Nia terlupalah mama. Nia naik atas dulu nak kejutkan abang.”

“Kalau tak bangun juga Hijaz tu, simbah saja dengan air.” Selamba saja Dato’ Amar berkata. Rania Adira  tersenyum sambil melangkah satu-satu anak tangga menuju ke tingkat atas.

Pintu bilik, Rania Adira buka perlahan. Ya-Allah! Masih lagi berselimut, gerutunya dalam hati. Habis siapa yang aku lihat dekat tingkap tadi? Mata aku tersilap pandang agaknya. Dia mendekati katil dimana suaminya tidur. Kaki Hijaz digoyang perlahan.

“Hijaz….bangun, mama panggil sarapan. Hijaz bangunlah, mama dan abah tunggu kita dekat bawah.” Rania Adira duduk di birai katil. Susahnya nak kejutkan dia bangun.

“Hijaz, abah cakap kalau awak tak bangun juga saya boleh simbah awak dengan air sejuk.” Rania Adira sudah bangun dan mengambil tuala good morning yang dibasahkannya pagi tadi. Setelah membasahkan tuala itu dia duduk semula dibirai katil. Perlahan dia letakkan tuala basah tadi ke muka Hijaz.

“Hoi! Apa ni?” Hijaz terduduk di atas katil. Mukanya yang basah, dilapnya dengan selimut.

Nia yang melihat, sembunyi senyum. Rasakan malas lagi bangun pagi.

“Susah sangat nak bangun, Nia laplah muka awak dengan tuala basah,” ujar Rania Adira sambil ketawa.

Hijaz mengetap giginya kerana geram. Jaga kau Nia. Hijaz bergerak pantas ke arah isterinya.

Tiba-tiba tubuh Rania Adira dipeluk dan dijatuhkan ke tilam. Kini dia berbaring dan Hijaz menekan kedua belah tangannya.  Dia tidak dapat bergerak hanya memerhati wajah Hijaz yang semakin dekat dengan wajahnya.

“Hijaz….. Apa awak buat ni? Lepaskan saya! Mama dan abah dah lama tunggu dekat bawah.”

 Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan di pintu bilik. Selamat dia.

“Hijaz! Lepaskan saya.” Rayu Rania Adira.  

Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan di pintu menyelamatkan Rania Adira.

“Rania! Hijaz! Kenapa lama dekat dalam tu. Abah dah tunggu nak sarapan sama-sama. Sekejap lagi abah dah nak ke pejabat. Cepat sikit, abah ada benda nak cakap ni.” panggil  Datin Ariana dari luar bilik.

“Baiklah mama, sekejap lagi Hijaz turun!” Laung Hijaz dari dalam bilik.

“Kau selamat kerana mama, lepas ini kau buat lagi,  tahulah apa aku nak buat dengan kau,” ugut Hijaz Saufi.

“Hijaz lepaskan saya. Sakitlah awak tekan macam ni!” Kaki dan tangan Rania Adira sudah tidak dapat bergerak.

Rania Adira memejamkan matanya kerana tak sanggup bertentangan mata dengan suaminya. Tiba-tiba terasa bibir suaminya melekap ke bibirnya. Seketika Rania Adira terkedu dengan perlakuan Hijaz Saufi. Jauh dari jangkaannya, bibirnya terus menerus dikucup tanpa rela. Dia cuba menjauhkan wajahnya dari Hijaz. Akhirnya berjaya juga dia menolak tubuh Hijaz jauh darinya.

Pang!! Hijaz Saufi mengusap pipinya sambil tersengih. 

** Jangan lupa komen.