BAB
14
Alahai
Dania! Janganlah kau manja-manja
dengan lelaki tu. Buatnya
dia terjatuh cinta pada kau macam
mana?
Susah kau nak lari jauh
dari dia tu.
“Habis tu
saya tak pernah nampak
awak berjalan dengan lelaki pun.”
“Dah memang
boyfriend
saya tak ada
dekat sini, macam
mana nak nampak.
“Kalau
macam tu apa kata saya temankan awak?” Cadang
Imran Danish .
Apa
hal pula nak temankan
aku, desis
Dania dalam hati.
“Tak naklah
saya. Awak datang dengan kawan-kawan awak, kan? Pergilah temankan kawan-kawan awak. Buat apa nak
temankan saya?” Ujarku padanya .
“Mereka
tak kisah pun kalau
saya temankan
awak.
Mereka faham perasaan saya. Saya dah tak
ada kelas lepas ni,” terang
Imran Danish.
“Tapi saya
kisah!”
Jawab aku selamba . Lelaki tu ketawa bila
mendengar kata-kata gadis
di depanku itu. “Eh! Tadi aku ada buat
lawak ke? " Bisikku sendiri.
“Awak dah makan ke?” Tanya
Imran
Danish. Imran Danish tengok
pinggan bekas makanan
ada di atas
meja. Dia ni selalu
makan mee goreng. Selalu juga
dia nampak gadis
ni makan mee
goreng. Dia tahu sebab
dia selalu memerhati
gadis tu. Sengaja dia
cuba menjauhkan diri
takut gadis tu
lari darinya.
“Saya
baru saja makan, awak
pergilah makan dengan
kawan-kawan awak,” lembut aku berkata
pada lelaki tu
sambil menunjukkan pinggan
di depanku.
“Awak halau saya ke?” Soal
Imran
Danish sambil memandang
wajah gadis itu.
“Ya la kut ,” kataku
tanpa memandang wajah
lelaki tu .
“Awak ada masa free tak Ahad ni?”
Soal
dia padaku.
“Kenapa?”
Tanyaku kembali sambil memandang wajah
lelaki di sebelahku itu. Aku
masih menanti jawapan
dari dia yang
duduk di sebelahku.
Agak dekat kami duduk membuatkan
aku rasa tidak selesa.
Hatiku rasa berdebar bila dia merenung mataku. Akhirnya
aku memandang ke depan semula, tak sanggup
aku merenung mata lelaki
tu lama-lama.
”Saya nak belanja awak
makan,” jawab Imran
Danish perlahan dan
masih lagi merenung
gadis itu . Terpukau
Imran Danish melihat
mata coklat gadis
itu.
“Awak pergilah belanja
orang lain, saya
sibuk.”
“Alah!
Sekejap saja,” Imran Danish
masih lagi memujuk.
“Sorry la awak!
Ahad
ni
ibu dan abah saya datang ,
saya tak ada masa
lapang langsung.”
“Tak apalah kalau macam tu . Lain kali bolehkan?”
Tanya Imran Danish.
“Insya-
Allah! Kalau di izinkan ALLAH .” Jawabku perlahan .
“Saya pergi dulu,
makanan saya dah sampai tu,” ujar
Imran
Danish bila melihat kawannya melambai tangan ke
arahnya. Dia membalas lambaian kawannya
itu. Mungkin memberi isyarat kepada kawannya supaya tunggu sekejap.
“Okey!
Nanti saya jumpa awak lagi ya. Bye
sayang.” Dia terus pergi menyertai kawan-kawannya makan . Sebelum
berlalu sempat lagi
dia memberikan senyuman
pada gadis itu.
Siapa
yang tak
terpikat dengan senyumannya
itu, lebih-lebih lagi
lelaki kacak macam
dia tu. Tetapi bukan aku.
Apa
kena dengan dia tu ,
nak bersayang-sayang pula dengan aku? Pada
hal kenal pun
tidak hanya bertegur sapa macam tu saja. Buang tebiat
apa dia ni? Tapi
aku senang
bila berbual dengan lelaki
tu. Tambah parah jadinya
kalau aku jatuh
cinta pada dia tu.
Leganya hati
aku bila lelaki tu dah pergi.
Aman
sikit dunia.
Tanpa
gadis itu sedari, Imran Danish telah menangkap beberapa keping gambar menggunakan
camera telefon bimbitnya.
Bila
gadis pujaannya
itu memandang kearahnya
dia berpura-pura menekan telefon
bimbitnya . Sebenarnya dia
sedang menangkap beberapa
keping gambar gadis
tu. Gambar
itu akan di
hantar pada kembarnya Imran Daniel . Dia akan
menceritakan betapa gembiranya dia dapat berkenalan dengan gadis tu.
“Tentu Daniel
akan cemburu kerana
aku mendapat seorang awek yang
sangat cantik ,”
gumam Imran Danish sendiri.
“Jangan
dia jatuh cinta pada
awek aku sudahlah.
Kalau Daniel jatuh
cinta dengan awek aku
, adakah aku sanggup lepaskan gadis tu padanya?
Demi Daniel, aku sanggup lakukan apa saja walaupun terpaksa melepaskan gadis kesayanganku itu walaupun
hatiku menderita, desis hati Imran
Danish. Hubungan mereka berdua sangat
rapat. Tidak ada rahsia antara mereka berdua.
Daniel juga tahu
betapa susahnya dia
untuk mendekati gadis
idamannya itu.
“Danish…. Kenapa kau bercakap sorang-sorang ni,” tanya Lukman Hakim . Hairan pula bila di
lihatnya Imran Danish bercakap sendiri dan tersengih-sengih tak habis-habis
sejak tadi.
“Biag
pi
kat dia Kim, orang
tengah angau la katakan.
Bukannya kita boleh nak
buat apa?” Kata Zamil Ariff
yang sedang makan tanpa mempedulikan Imran Danish. Dia
faham sangatlah perangai Danish yang
suka berangankan gadis idamannya itu. Lebih-lebih
lagi bila gadis idaman Danish
itu ada di depan mata. Bertambah angaulah
jadinya Danish tu.
“Apa!!
Danish kena penyakit
angau? Danish angaukan gadis mana
ni Zamil? Tak
pernah-pernah pun selama
ni dia sangkut
dengan siapa-siapa.” Pertanyaan dari Lukman Hakim di biarkan tanpa jawapan. Zamil Ariff meneruskan
suapan ke mulutnya
kemudian barulah dijawab
soalan Lukman Hakim
itu .
“Kau
tanyalah pada tuan punya badan tu,” juih bibir Zamil menunjukkan
kepada Imran Danish yang masih lagi tersengih
. Lansung tak sedar
apa yang sedang
dikatakan oleh kawan-kawannya.
“Danish! Danish! Panggilan dari
Lukman Hakim tadi masih tak
bersahut.
“Kau tengok kawan kita ni
Zamil , dah teruk angaunya
ni,” keluh Lukman Hakim.
“Oi Danish!” Kuat Zamil
Ariff
memanggil Imran Danish.
Geram pula bila
melihat Imran Danish yang
masih tersengih . Mata
Imran Danish masih
tertumpu pada buah
hatinya.
“Danish!” Terkejut Imran
Danish bila kuat
namanya dipanggil oleh
Zamil Ariff. Kau ni memang
tak boleh tengok
aku senang sikit , ada saja kau nak
tanya aku . Ada apa kau
panggil aku ni Zamil?” Soalnya pada Zamil Ariff.
“Danish…. kawan kita ni
tanya , awatlah angau hang tu teruk sangat?”
Tanya Zamil Ariff .
Imran Danish tergelak
mendengar pertanyaan dari Zamil
itu.
Ketawanya yang kuat
tu menyebabkan beberapa
orang siswa dan
siswi melihat ke
arah mereka. Dania
juga melihat kearah
yang sama. Imran
Danish melambai tangan
kepada Dania bila dilihatnya
gadis itu juga
sedang memandang kearahnya.
Cepat-cepat aku
menundukkan kepalaku. “Malu
la weh!" Bisikku
sendiri.
“Kau nak tahu tak
Kim? Aku sedang syok gila
dengan gadis yang duduk di meja tu.“ Tunjuk
Imran Danish kearah
gadis yang duduk
tak jauh dari
situ. Dari situ
dia boleh
lihat gadis tu cepat-cepat menundukkan
kepala bila bertembung
pandang dengannya.
“Malu-malu pula dia,” bisik Imran
Danish perlahan . Lukman Hakim
mengalihkan pandangan kearah yang ditunjukkan
oleh Imran Danish.
Kelihatan seorang gadis yang sangat menawan
sedang menyemak sesuatu di meja
itu. Padanlah Danish ni angau semacam saja. Rupa-rupanya dah terpikat
pada gadis rupawan,
desis hati Lukman Hakim.
“Wow!
Lawanya gadis tu Danish. Bidadari mana
pula tu? Patutlah selama
ini kau tak
layan gadis-gadis yang
tergedik-gedik nakkan kau. Rupa-rupanya dah
ada bidadari yang
menanti. Memang sesuailah dengan kau
yang tak berapa handsome
ni.”
Lukman Hakim ketawa bila Imran Danish menjuihkan mulutnya . Lucu bila melihat mulut sahabatnya
itu muncung seperti mulut itik.
“ Danish! Itu gadis
yang berlanggar dengan
kau hari tu
kan? Hari tu aku tengok
beria-ria kau marahkan
dia, tup, tup hari ni
dah berkenan pula. Hebat
juga gadis tu
boleh buatkan kau
angau macam ni.” Lukman
Hakim ketawakan Imran
Danish. Selama ini mana ada gadis
yang dapat menawan hati sahabatnya itu.
“Engkau
Kim
jangan nak potong line aku pula. Gadis
tu
dah macam nyawa aku.
Hati aku ni dah tak
tentu arah
kerana penangan gadis
tu,” seloroh Imran Danish. Dia
sajalah yang tahu
betapa susahnya dia
untuk mendekati gadis
tu. Asyik kena reject
dengan gadis tu
setiap kali bertembung
dengan gadis tu.
“Jangan risaulah Danish, aku
tak akan potong line
punya. Hani aku tu
aku nak campak ke
mana ?” Kata-kata dari Lukman
Hakim membuatkan Zamil Ariff
dan Imran Danish ketawa
kuat. Terlupa pula
yang Lukman Hakim
dah ada teman
wanita. Hani tu
sejak dulu digilai
oleh Lukman Hakim. Dulu
dia selalu ketawakan
Lukman Hakim kerana
tergila-gilakan Hani sekarang
dah kena batang
hidung sendiri.
“Mengapa…
tak percaya ke?” Tanya Lukman Hakim kepada mereka berdua.
“Aku bukan tak percaya Kim tapi
ragu-ragu saja,” gurau
Imran Danish.
“Kau jangan risaulah Danish. Aku ni setia hingga hujung nyawa pada Hani.”
Ce,ce,ce, macam tajuk novel pula,” Lukman Hakim
tergelak dengan pengakuannya
itu.
“Sudahlah
tu Danish, cepatlah makan. Sekejap lagi aku nak balik mandi sebelum
pergi jemput Hani. Kalau lambat kang merajuk pula buah hati aku tu.
Kau bukan tak tahu Hani aku tu manja,”
Kata Lukman Hakim pada mereka.
“Yang manja tu la yang
hang
dok gila separuh
mati
dari sekolah dulu sampai la ni
,” perli Zamil Ariff.
“Alah
kau ni Zamil
macam tak tahu
pula hati aku ni
macam mana? Aku macam Danish juga. Hani
tu la nyawa aku. Semput
aku nak dapatkan Hani tu
. Kau bukan tak tahu
perangai Hani masa sekolah dulu. Dia buat tak
endah saja kalau aku mengorat dia masa
sekolah dulu.
Hampir-hampir aku nak
kena tumbuk dengan
Hani masa tu.
Kau bukan tak
tahu Hani tu
perangai dia kasar
sikit masa sekolah
tu. Itu pun dah
masuk U barulah dia nak
dekat aku. Aku
ni punyalah angaukan dia siang dan malam.
Dia boleh buat dak saja. Memang
siksa habislah aku
masa tu. Ingatkan
aku dah gagal
dah nak pikat
Hani tu. Rupa-rupanya
dia pun sukakan
aku cuma dia
malu nak terima
aku masa tu
sebab nak berjaya
dalam pelajaran dulu.
Aku yang
terburu – buru nakkan dia masa
sekolah tu.” Celoteh Lukman Hakim lagi.
“Aku belajar dekat sini pun kerana
dia,
kalau tak dah lama aku belajar
dekat oversea tu. Aku
mana
boleh berpisah
lama-lama dengan Hani aku tu dah
dapat takkanlah aku
nak sia-siakan Hani
aku tu,” Lukman Hakim tergelak
mengenangkan cinta hatinya itu. Walaupun
dah lama mengenali
Hani tetapi kasihnya pada Hani
tak pernah berubah.
Malah semakin dia
menyayangi Hani.
“Kau macam mana pula Zamil?
Sampai bila kau nak
pendamkan perasaan kau pada Tina tu,” soal Lukman Hakim. Sejak di MRSM
lagi mereka tahu Zamil Ariff sukakan Tina tetapi
Tina pula sukakan Imran Danish
. Imran Danish pula
tak pernah pedulikan
Tina, Im hanya anggap
Tina tu kawan
saja. Tak lebih dari itu.