BAB 3
“Ish!
Ish! Aliya ni
ingat dia boleh
masuk sampai ke dalam
lubang cacing , buat lawaklah
pula kau ni.” Sempat lagi Sofea
perli Aliya.
“ Itu perumpamaan aku
sajalah Sofea .” Jawab Farah
Aliya sambil ketawa . Kau boleh jalan ke Sofea? Tadi aku dah telefon abang-abang kau, sekejap lagi
sampailah mereka. Aku pesan suruh jumpa kita dekat klinik.
“La! Aliya
....kau ni pun satu.
Bila masanya kau telefon angah dan alang aku tu? Buat apalah kau
beritahu angah dan
alang aku . Bukan kau tak
tahu angah dan alang aku tu. Aku
baru sakit sikit saja
tau, bukan teruk sangat pun.
Nanti tak pasal-pasal along pun boleh terbang
balik dari luar
Negara kau tahu tak. Nasib baik angah dan alang sedang bercuti. Kalau tidak mereka pun sama dengan
along aku tu. Terlampau perihatin.”
Kali ini biar aku pula
membebel macam mak nenek pada
Aliya. Baru padan dengan muka dia.
“Sorry la Sofea. Tadi aku risau tengok kau dah
berdarah, sebab tu aku sms angah dan alang kau. Ala….bukan jauh pun rumah kau nak ke
sini.”
“Awak… kami
pergi dulu.” Kataku
pada lelaki tadi.
“Bolehkah
awak berjalan . Kalau
tak keberatan boleh
saya hantar awak
ke klinik.” Tanya lelaki tu.
“Tak
payahlah , saya tak apa-apa
sedikit saja ni,” kataku
lagi. Kami tinggalkan lelaki tu
untuk ke klinik. Bila aku
berpaling kebelakang kulihat
lelaki tu masih
lagi berdiri di
situ.
Farah
Aliya memimpin aku
untuk ke klinik. Nasib
baiklah klinik tak
jauh dari situ. Kalau
tidak tak tahulah
macam mana aku
nak ke klinik tu? Dengan
badan aku yang
montel ni siapa
yang mampu nak
angkat aku? Gerutuku sendiri
sambil tersenyum. Kalaulah along
ada disini? Along kan kuat. Dia saja yang boleh
angkat aku.
“ Kau
ni dah kenapa
Sofea? Jatuh tadi sampai
otak kau dah
biul agaknya,” soal Farah
Aliya padaku.
“ Kau ni
Aliya memang tak
sayang mulutlah. Sedap-sedap saja kau
kata dekat aku. Kalau orang
lain buli aku,
kau marah tapi kau
pun sama suka
buli aku juga,” sinis aku berkata.
“Bukan
aku buli kau
Sofea , saja aku gurau
dengan kau. Janganlah ambil
hati Sofea . Aku sayangkan kau , aku tak nak apa-apa jadi pada kau . Aku
ni kan bodyguard kau." Pujuk
Farah Aliya sambil memimpin
aku ke klinik.
"Aku
tahu kau sayangkan
aku, Aliya . Aku tak
kecil hati pun
dengan kata-kata kau
tu."Kataku pada Farah Aliya.
Setelah mendapatkan
rawatan di klinik kami berjalan
perlahan keluar dari klinik. Aku lihat sebuah kereta yang sangat di kenali berhenti di depan kami . Dari dalam kereta muncul dua lelaki kacak
menghampiri kami berdua. Siapa lagi kalau bukan angah dan
alang aku yang kacak tu. Bagi akulah
mereka paling kacak. Takkanlah aku nak puji orang lain, baik aku puji angah dan alang aku. Ada juga
faedahnya.
“Acik! Bagaimana keadaan acik? Teruk
tak luka acik?” Tanya mereka serentak.
Ini yang
aku lemah ni. Tahu la aku ni satu-satunya
adik perempuan mereka tapi
janganlah over sangat . Malu aku ramai yang
sedang perhatikan kami. Aku
tahu la angah dan alang tu kacak bergaya sebab tu la banyak perempuan yang bagi
perhatian kalau mereka berjalan bersama dengan
aku.
Kalau
nak dibandingkan dengan
aku yang montel ni jauh panggang
dari api. Tentu orang tak menyangka aku ni adik perempuan kesayangan mereka.
“Angah
…..alang. Sakitnya tapak
tangan acik!" Sofea tunjukkan tapak tanganku yang luka tadi. Angah
mencapai tanganku dan meniup tapak
tangan yang luka itu.
Aku pula bukan boleh angah dan
alang manjakan mula la aku nak
menangis.
“Sakit lagi?"
Tanya angah padaku yang dah serupa
orang nak menangis. Tunggu masa saja nak mengalir.
“Sakit....”
jawabku manja. Laju saja air matanya mengalir . Nak minta perhatian dari angah dan alang la tu. Alang pula mencapai tanganku
, diperhatinya tapak tanganku yang luka
itu. Sama seperti angah, alang juga
meniup tapak tanganku.
“Kalau sakit sangat jom
ikut alang pergi klinik kawan alang.” Alang
menarik aku lembut dan membawaku
masuk ke dalam kereta. Air mataku diusap dengan
jarinya.
“Tak payahlah
alang ….. acik baru keluar dari
klinik tadi, dah ambil ubat pun dan dah kena suntik
satu jarum,” beritahuku pada mereka.
“Berapa hari acik dapat
cuti?” Tanya angah pula.
“Acik dapat 2
hari mc,” jawabku sambil tersenyum. Seronok.....walaupun sakit tetapi dapat balik ke rumah.
“Kalau macam tu jom ikut angah dan
alang balik ke rumah kita ,umi dan walid minta angah dan
alang bawa acik balik kalau acik cuti. Umi dan walid pun
bimbangkan acik dekat rumah tu. Jom ikut
angah balik.” Ajak mereka.
“Aku rasa baik
kau ikut angah
dan alang balik. Kalau dekat rumah sewa susah sikit . Lutut kau tu bukannya elok lagi. Nanti bila dah sembuh
barulah kau kembali ke sini,” kata Farah
Aliya .
“Baiklah kalau macam tu kata kau, aku nak ikut angah
dan alang balik ke rumah. Jangan lupa serahkan
mc aku pada pihak pengurusan. Nanti kalau sakit
sangat aku akan sambung cuti. Apa-apa
aku akan sms kau.
“Baiklah ,janganlah kau risau nanti aku
sampaikan pada mereka, kau nak balik ke
rumah sewa dulu ke nak ambil pakaian kau
?”Soal Farah Aliya.
“Aku rasa tak payahlah Farah . Baju aku masih
banyak dekat rumah kami ,aku pergi dulu. Jomlah
kita balik bersama, boleh angah dan alang
hantarkan kau balik ke rumah sewa. Aku cuma nak singgah sebentar ke rumah sewa
nak ambil laptop aku dan bahan untuk assignment aku yang belum siap tu.”Beritahu aku pada Aliya.
“Tak payahlah
Sofea. Aku ada
kelas pukul tiga nanti. Sekarang
aku nak ke
kafe dulu , nak makan sebelum ke kelas. ”
“Kalau macam tu aku balik dulu Aliya , terima kasih sebab dah bantu aku .
Jumpa lagi bila aku dah sembuh nanti. Okey! Malam nanti kita cakap lagi.” Aku tunjukkan isyarat telefon.
Aku masuk ke dalam kereta diikuti oleh
angah dan alang. Alang yang memandu kereta . Aku melambai
tangan pada Aliya selepas
mengucapkan terima kasih pada Hani.
Angah dan alang
juga turut mengucapkan
terima kasih pada Aliya kerana membantu aku. Aku
melambaikan tangan perlahan-lahan kerana tangan aku masih sakit kepada Aliya yang masih berdiri di situ.
Aku tertidur didalam kereta sehingga tidak sedar kami telah sampai ke rumah. Angah
mengejutkan aku yang nyenyak tidur di kerusi penumpang.
“Acik....Bangun kita dah sampai ni!”Angah
masih cuba mengejutkan Sofea yang tidur mati. Mungkin kesan ubat yang di suntik
tadi yang membuatkan
Sofea mengantuk .
“Hai! Acik
ni kalau tidur tak
kira tempat… nyenyak sangat tidur,” bisik angah perlahan.
Kalau
badan acik kecil boleh juga dia cempung acik masuk ke
dalam rumah. Ini berat acik dah mencecah 80 kg. Mana mampu dia nak angkat acik .
Umi yang mendengar mereka telah sampai terus
membuka pintu dan meluru menghampiri Hani Sofea di dalam kereta.
“Macam mana keadaan acik ,angah?”Soal umi pada
angah.
“Acik cedera sikit umi ,doctor bagi mc 2 hari. Angah ajak acik balik dan berehat di rumah. Senang boleh kita tengokkan
dia.”Terang angah pada umi.
“Acik....bangun sayang. Kita masuk berehat
dekat dalam rumah. Hani Sofea membuka matanya, bila dilihat umi didepan matanya
cepat saja dia memeluk uminya.
“Umi....Sakit
umi.” Aku mengadu pada umi . Nak minta perhatian dari umi la pula.
“Jom kita masuk kedalam dulu sayang.
Nanti umi ubatkan mana yang sakit tu. Pujuk umiku pula.”
Umi menarik
aku perlahan keluar dari kereta. Angah dan alang memapah
membantunya masuk ke dalam rumah.Takkanlah nak suruh angah dukung aku. Aku ni dah
la montel tak larat angah nak mendukung aku. Kalau along ada sudah pasti dia dah cempung aku bawa masuk ke dalam rumah kerana
along aku tu badannya sasa sangat. Best kalau along ada di sini.
Angah
dan umi membantu aku duduk di sofa.
Alang membawa masuk beg laptop dan
buku-buku aku dari dalam kereta.
Umi sedang memeriksa luka ditapak tanganku. “Dekat
mana lagi luka ,” tanya umi pada aku. Aku tunjukkan pada umi
lutut dan jari kakiku yang terluka tadi.
“Umi ....sakit,” Hani Sofea mengadu
pada uminya yang
sedang membelek lututnya yang terluka.
Terasa berdenyut luka itu bila umi
menyentuh bahagian kulit yang melecet itu.