BAB 2
”Sofea!! Ada luka kat mana-mana tak?”Tanya
Farah Aliya cemas sambil memeriksa badan Hani Sofea yang montel
itu. Dia menyayangi Sofea seperti saudara sendiri.
"Darah!" Jerit Farah Aliya
."Tapak tangan kau ni dah berdarah."
“Ish! Ish! Aliya ni
buat malu aku
saja yang di periksanya di
seluruh tubuh aku
tu buat apa? Malu tau
dekat lelaki yang
sedang memandang kami
tu,” gerutu Sofea perlahan. Aku ini dah
la comel. He..he…he… Perah santan
pula kau ni
Sofea , bisik suara hatinya.
“ Darah!! Jerit Farah
Aliya sekali lagi. “ Hani Sofea yang
terkejut terus ikut
pandang ke bawah . Jari
kaki Hani Sofea
telah terluka dan
berdarah. Mungkin tergesel di tar semasa
dia terjatuh tadi.
Farah
Aliya menarik Sofea
supaya duduk di tebing koridor
bangunan berdekatan. Sofea ikutkan
saja apa yang
disuruh Aliya. Lelaki itu
juga mengikut mereka dan berdiri didepan
Hani Sofea yang sedang
duduk
di tebing koridor bangunan
berdekatan.
Farah Aliya menyelak
kain baju kurung
Hani Sofea hingga
ke paha . Aliya membelek
darah yang mengalir
dari lutut Sofea dan meleleh hingga ke betis . Ibu jari
kaki Sofea juga
terluka. Dikesatnya luka Sofea tu
dengan tissue yang di ambil dari beg galasnya. Aliya ni
buat apalah dia
selak kain baju kurung aku depan lelaki
ni. Tunggu la lelaki tu pergi dulu. Ini tak
menyempat nak
periksa semuanya sekarang juga.
Mata lelaki
tu turut sama
melihat lutut dan paha gebu gadis itu . Nama pun
lelaki mestilah ambil
peluang di depan mata. Free show pula
tu. Arryan Zikri
menelan air liurnya bila
melihat betis dan
paha gadis itu yang putih
melepak. Hatinya berdebar- debar bila
melihat semua itu.
”Aku
dah jatuh cinta
ke? Itu bukannya
jatuh cinta . Itu
nafsu namanya ,”bisik Arryan
Zikri lagi. Dia
tetap menafikan dia
sudah jatuh cinta
pada gadis didepannya
itu. Lelaki mana
yang tak terliur
bila melihat betis
dan paha yang
gebu tu. Lebih-lebih lagi
lelaki yang tak
kuat iman macam
dia tu. Sembahyang
5 kali sehari pun tak pernah
cukup . Macam mana iblis tak merasuk.
Hani Sofea menjatuhkan
semula kain baju
kurungnya itu bila
di lihatnya mata lelaki didepannya itu
turut terpaku pada
betis dan pahanya.
Ish!!
Gatal juga dia
ni . Ada
pula di renungnya paha dan betis gebu aku ni,
kata Hani Sofea dalam hati. Bahaya
betullah lelaki gatal ni. Nah! Padan dengan
muka lelaki tu
aku dah gelarkan
dia lelaki gatal sebab pandang paha dan
betis
aku . Cungkil biji mata
tu baru tahu , gerutu
Hani Sofea dalam
hati.
“ Sofea ! Jom aku bawa kau ke
klinik. Kau dah luka
ni. Sekali lagi
Farah Aliya cuba melihat
ke betis Sofea. Sofea
menampar tangan Aliya dan
menunjuk ke arah
lelaki di depannya .
“ Aliya ! Malulah aku,
kau selak kain aku
hingga ke paha ,” gerutu Hani Sofea
perlahan , Farah Aliya
yang baru perasan
kehadiran lelaki tu
di situ terus bertanya
pada lelaki tu.
“Awak yang
buatkan dia cederakan?” Tanya Farah
Aliya . Dah macam singalah pula Aliya ni.
“ Err…” tergagap-gagap lelaki
tu nak menjawab. Bukan Sofea tak
tahu Farah Aliya kalau pasal
orang kenakan Sofea
atau buli sahabatnya
itu siaplah orang
itu.
Aliya...... tahulah awak
tu ada seni
mempertahankan diri. Aku pun
ada juga tapi
tak adalah nak
tunjukkan kemahiran aku
tu. Biarlah satu hari nanti aku akan tunjukkan bakat terpendamku itu
hanya untuk kebaikan saja .
“Aliya bukan salah dia
pun , aku yang terlanggar
dia dulu,” beritahu Hani Sofea
pada Aliya.
“Betul ni bukan awak
yang cederakan kawan
saya ni ?” Tanya Farah
Aliya lagi.
“Ya! Betul aku
yang nak cepat
tadi . Aku yang tergesa-gesa
nak jumpa dengan
kau sebab tu aku terlanggar dia. Aliya sudahlah
tu. ”Lembut Hani
Sofea memujuk Aliya. Manalah tahu nanti tak pasal-pasal Aliya hempuk
lelaki tu.
Hani
Sofea bangun dan menghampiri Farah
Aliya dengan langkah yang perlahan kerana lututnya terasa sakit. Aliya ni bukan boleh percaya
sangat dengan angin dia. Nanti tak pasal-pasal dia
pukul lelaki tu. Jadi kes pulak. Tak pasal-pasal sampai ke pihak atasan. Tak nak
la aku jadi bualan
siswa dan siswi dekat kolej ni.
“Aku
tanya dia bukan
aku tanya kau. Kau nak
bela sangat dia
ni kenapa ? Kau dah
jatuh cinta dengan dia ke?”
Soal Aliya macam mulut mak nenek
. Mulut…. tak
jaga langsung.
Aliya ni kalau
bercakap suka-suka dia saja apa nak cakap. Tak ingat dunia dah. Ada pula
dikaitkannya aku dengan lelaki yang aku tak
kenal ni. Dah gila ke apa
kawan aku ni ? Tuduh
yang bukan-bukan.
“Hani
....aku mana kenal
dengan lelaki ni. Ini
baru pertama kali
aku jumpa dengan dia,”terang Hani
Sofea.
Muka lelaki tu blur semacam
aje aku tengok, mungkin terkejut dengan sergahan Aliya kut. Kesian
lelaki ni kena
serang dengan Aliya.
Tergagap-gagap dia nak menjawab pertanyaan
Aliya tadi. Aku juga malu
dengan pertanyaan Aliya pada dia.
Ada pula dia kata aku dah
jatuh cinta dengan
lelaki tu. Buat
malu muka aku
saja. Aku tahulah
aku ni tak
cantik , siapa yang nak
berkenan, gerutu Sofea
dalam hati.
Muka
aku pula tentulah
dah merah sebab
malu dengan lelaki
yang sedang melihat
kami berdua bercakap . Nanti dia ingat aku saja nak
goda dia bukan boleh kira sangat zaman sekarang ni. Suka sangat perasan . Ingat aku hadap
sangat dengan muka dia
tu. Aku tahulah
muka aku ni mana sesuai berpasangan
dengan lelaki kacak macam dia tu. Kacak ke? Ya la memang kacak pun!
Tak padan dengan
aku pun.
“Oh! Jadi ini
cinta pandang pertama kau la ya,” tanya Farah
Aliya pada Hani
Sofea lagi.
“Ya-Allah
Aliya apa yang kau dah
melalut ni?” Hani
Sofea tahu mulut Aliya kalau dah
bercakap tak boleh nak
berhenti. Macam bertih jagung….
Selagi hatinya belum puas dengan
penjelasan yang Sofea berikan selagi itu la dia akan menyoal
. Memalukan aku saja budak Aliya ni.
Sofea
menutup
mulut Aliya dan cuba menariknya
untuk beredar dari
situ . Aliya ni bukan
boleh kira sangat
kalau dah membebel
tu susah nak
berhenti. Macam-macam keluar
dari mulut dia
nanti. Memang laser
habis.
Walaupun lutut
dan jari kaki
Sofea tu dah berdarah tapi dia tahankan
saja kesakitan dia tu.
Lebih baik dia
bawa Aliya pergi
dari situ sebelum
lebih banyak lagi
pertanyaan dari Aliya kepada lelaki
tu.
“Aliya ! Nama
lelaki tu pun aku
tak tahu. Macam mana kau boleh kata aku dah jatuh
cinta dengan
lelaki tu. Aku sedar diri
aku ni tak cantik tak ada
siapa pun yang akan terpikat pada aku ,” perlahan Hani
Sofea bisikkan pada Aliya.
“Maafkan
saya semuanya salah
saya. Awak tak salah
apa-apa,” kata Hani Sofea pada
lelaki tu sambil tangannya
masih memekup mulut
Hani. Hani Sofea lepaskan Aliya bila
ada panggilan telefon
masuk. Hani Sofea biarkan Farah
Aliya menjawab handphonenya.
“Salah saya
juga tak berhati-hati,” terang lelaki
tu pada Hani
Sofea sambil tersenyum . “Nak saya
hantarkan awak ke klinik
ke? “ Senyuman yang menawan dihadiahkan pada gadis didepannya itu .
“Tak
payahlah saya boleh
pergi sendiri. Terima kasih saya ucapkan.”
La! Dia ni , aku
nak elakkan dia
dari di serang
Aliya . Yang dia baik sangat
mengaku salah dia tu buat apa?
Gerutu Hani Sofea
sendiri.
“Oh! Salah
awaklah ni,” tanya Aliya
pada lelaki tu setelah
selesai bercakap di telefon.
“ Aliya….Aliya…. Sudahlah
tu. Jom temankan aku
ke klinik. “ Hani
Sofea menarik tangan Aliya supaya
mengikutnya ke klinik.
“ Jaga
awak , kalau jadi
apa-apa pada Sofea . Saya
cari awak sampai
ke lubang cacing. Faham”
best..klakar la aliya tu..
ReplyDelete