Reenzarini

Monday 15 April 2013

My Anniversary

Semalam kak reen sambut ulangtahun perkahwinan kak reen yang ke 26. Insyaallah  semoga  jodoh kami  berpanjangan hingga akhir hayat. Sambutan biasa saja,makan-makan dengan hubby dan 4 anak perempuan kak reen. Bulan depan 2 anak teruna kak reen akan balik ke rumah. Rindu tak sabar nak jumpa anak-anak teruna kak reen. Seorang sedang menuntut ditahun akhir di uitm  Shah Alam dan seorang lagi dah bekerja di Shah Alam.

Sunday 7 April 2013

SUAMIKU PENDENDAN NOMBOR SATU BAB 5



   Bila Reen Zarini  menulis.

Maaf  kerana  laptop  buat  hal  esok  nak  hantar  pergi  baiki.  Line  kaw. kak  Reen  pula  slow. Novel  ni  pun  kak  Reen  kena  buat  semula.  Habis  semua  bercelaru.  Nasib  baik  otak  kak  Reen  tak  bercelaru. Masih  boleh  nak  tulis  semula  tapi  banyak  yang  dah  tukar.  Kira  okeylah  lagi. Nak  jadi  cerita  lupa  nak  save  dalam  pd  yang  latest  punya.Lepas  ni  kak  Reen  sibuk  nak  mengarang  semula  tak  ada  masa  nak  jenguk  blog  kak  reen.Harap  maaf. Bab  cerita  pun  dah  lari  habis. Rasa  nak  fed up  pun  ada.Tapi  bila  tak  menulis  rasa  ada  yang  tak  kena  pula. Hantar  dekat  penulisan 2u  pun  susah  nak  siarkan. Kalau  susah  juga  nak  masuk  kak  Reen  nak  hantar  novel  kak  Reen  ke  Alaf  21.       
          

BAB 5

         Setibanya aku  di  bilik.  Segera kubersihkan badan yang terkena air kopi tadi. Aku terasa rimas dengan  badan  yang melekit dengan air kopi.  Selepas  mandi aku  menyapukan krim yang doktor bagi tadi.  Aku renung lenganku yang dah kelihatan agak  kemerahan  itu.

            
             “Habislah lengan aku. Kalau  parutnya  tak hilang  macam mana?” Risau pula  aku melihat lenganku  yang selama ini aku jaga dengan baik, sudah  ada kesan lecur.

                  Aku selak baju yang menutupi perutku.
           
               "Perut aku juga ada sedikit kesan  merah  terkena  air  kopi panas  tadi. Mujurlah tak teruk sangat. " Bisik aku lagi. Lega rasanya. Alhamdulillah!

             “Lelaki  tu  punya  pasal la ni. Siapa  suruh  bawa  minuman  merata tempat. Kalau  nak   minum,  minum  sajalah  dekat  kafe.  Ini  tak,  bawa minuman  merata  tempat.  Siapa  yang  susah?  Akuuu…… juga  yang  susah. Kalau  lelaki  tu  susah  sama  tak  apa  la juga ,  ini  aku  sorang-sorang  yang  susah,  apa  kes? Ini  yang  buatkan  aku  geram  ni!”  Aku masih  lagi  membebel  seorang  diri.
        
            “Nasib  baik sedikit  saja lecur di lengan  aku  ni. Kalau  tidak  aku  nak  saman  lelaki  tu.  Hish! Macam   mana   aku  nak  saman   lelaki  tu , nama  pun aku tak  tahu?" Getusku.
           
            "Kenapalah aku tak minta nombor handphone dia. Kalau tidak, bolehlah aku saman dia kalau lengan aku ni berparut. Selama ini tak pernah pula aku  terserempak dengan lelaki tu.

            "Tadi  boleh  pula aku terserempak dengan dia dekat klinik.  Selama  beberapa bulan ini, aku  langsung  tak  pernah terserempak dengan dia. "            
          
               “Baik  aku  lupakan  saja  lelaki  tu , tak  ada  faedah  pun  kalau  aku  nak  ingatkan  dia pun.  Harap-harap  lecur  di  lengan  aku  ni  tak  meninggalkan  kesan  parut. Kalau  berparut lengan  aku ni siap kau.  Aku  akan  cari  kau  sampai   ke  lubang  cacing. “  Bentak  aku  sendiri.
            
            "Malas   pula  aku   nak   ke  library,  lebih   baik   aku   belajar  di  bilik  saja.” 

            Aku mula leka  menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof. Hamdan. Esok  kenalah  aku  pergi  ke  library   untuk  mencari  maklumat  untuk  assignment aku.
           
            “Ini lelaki tu  punya  pasallah hingga aku tak dapat nak pergi  library. Kalau baju  aku tak kotor dah lama aku cari bahan rujukan dekat library bersama dengan  kawan - kawanku.  Apa  nak  buat  tak  ada  rezeki  aku  nak  study  dengan  mereka." Gerutu aku lagi.
               
                 Awal-awal lagi aku dah setkan alarm  untuk  ke  kelas  petang.  Kalau   tak  setkan  alarm ,  jawabnya aku akan  terlupa  petang  nanti  aku  ada  kelas.
           
             Aku membelek lenganku yang dah mula terasa berkurangan sakitnya. Mungkin  kesan dari ubat yang aku makan tadi sudah mula bertindak balas. Terdapat sedikit kesan kemerahan di lenganku itu.  Tapi  tak  ada lah  teruk sangat kesan akibat tumpahan air kopi tu. Krim tadi aku sapu lagi. Mudah-mudahan cepat sembuh, doa  aku dalam hati.
           
             Handphone yang berbunyi, membuatkan aku berhenti menyapu krim itu. Cepat-cepat aku jawab handphone yang berada di atas meja tulisku.

            "Assalamualaikum,"salam aku berikan.

            "Waalaikumussalam,"jawab pemanggil di sana.

            "Dania, aku ni, "beritahu Nur Alia.

            "Tahu,"jawab aku sepatah.

            "Kau dah pergi jumpa doktor ke Nia?"Tanya Nur Alia.

            "Sudah, dalam perjalanan balik ke kolej kediaman aku singgah sebentar di klinik."Beritahu aku pada Nur Alia.

            "Doktor cakap apa?" Tanya Nur Alia lagi.

            "Macam biasalah, "jawab aku. Terasa malas pula nak menerangkan pada Lia secara terperinci apa kata doktor.

            "Ok!  Aku nak masuk ke  dalam library." Beritahu Lia padaku.

            "Eh! Dari tadi kau belum masuk ke?" Soal aku.

            "Tadi dah masuk. Aku keluar sekejap nak tanya pasal kau."Beritahu Lia.

            "Aku okey! Kau jangan risaulah."Kata aku memberi salam sebelum memutuskan panggilan.

            Bunyi pintu dibuka membuatkan aku terkejut. Kelihatan wajah Yana di situ.

            "Assalamualaikum!" Yana memberi salam padaku.

            "Waalaikumussalam!" Jawab Dania perlahan.

            "Awal kau balik Yana?" Soal Dania. 

            "Badan aku rasa nak demam. Sebab tu aku balik awal. Tak tahan nak duduk dalam library yang sejuk tu." Beritahu Yana.

            "Dah pergi ke klinik ke? "Tanya aku sambil mengadap Yana yang sedang mencari sesuatu di dalam beg sandangnya. Beg plastik berisikan beberapa jenis ubat dikeluarkan Yana dari beg sandangnya.

            "Dah pergi, aku baru saja balik dari klinik." Botol air mineral di tuangnya ke dalam gelas kaca di atas meja tulisnya. Beberapa butir pil di keluarkannya dari plastic ubat dan di telannya.

            "Kau pula macam mana, Nia? Kau dah pergi ke klinik ke?" Tanya Yana pada aku.

            "Masa nak balik tadi aku dah pergi." Jawab aku.

            "Tengok tangan kau tu. Dah okey ke? " Yana mendekati aku.

            Tangan yang telah di sapu dengan krim tadi aku tunjukkan pada Yana.

            "Tak adalah teruk sangat, nanti eloklah tu."Yana berkata sebelum baring di katilnya. Baik dia berehat saja. Doktor dah bagi cuti dua hari padanya. Tak perlulah dia ke kelas petang nanti. Harap-harap esok dah baik demamnya.

            " Masa aku dekat klinik tadi, aku terserempak dengan lelaki yang tumpahkan air kopi dekat tangan aku ni."Beritahu aku.

            "Ya ke Nia? Kau tahu tak siapa nama dia? Handsome tak, Nia?"Soal Yana laju.

            "Manalah aku tahu nama dia? Handsome? Bolehlah dikatakan handsome," jawab aku sambil tergelak.

            "Dia cakap dengan kau ke?" Yana sudah duduk di katilnya. Teruja nak tahu cerita aku.

            "Dia minta maaf dengan aku, tapi aku buat tak dengar saja. Malas aku nak layan orang macam tu."

            "Kenapa pula kau tak nak maafkan dia?" Tanya Yana. Pelik betul Yana dengan perangai Dania ni. Selalu kalau orang minta maaf senang saja dia maafkan orang tu.

            "Entah…..aku pun tak tahu? Selalu aku tak macam ni. Selama ini aku mudah sangat   memaafkan kesalahan orang. Kenapa aku tak boleh nak maafkan lelaki tu? Tak boleh aku nak terangkan pada kau,Yana?Aku sendiri pun hairan juga dengan  perangai aku ni. Tak pernah aku macam ni. Tiba-tiba saja aku berubah perangai sampai macam ni sekali. " Dania meluahkan rasa hatinya pada Yana.

            " Kau  tahu ke apa nama lelaki tu?" Tanya Yana lagi.  

            "Entah, manalah aku tahu? Itu pun baru pertama kali aku terjumpa dengan dia." Jawab aku.

            "Aku nak tidur sekejap. Rasa mengantuklah pula lepas makan ubat selesema ini." Yana baring semula di katilnya siap berselimut lagi.

            Aku hanya mengelengkan kepalaku. Aku teruskan menyiapkan segala tugasan yang ada di depanku. Tak mahu mengingati lelaki itu lagi. Lagi pun aku telah bertunang. Tak elok mengingati lelaki lain. Teringatkan tunangku, aku mula mengeluh.

            Apa khabar Ilham Fahmi di sana? Tanyaku dalam hati. Rindunya aku pada dia.

            "Kenapa awak buat saya macam ni Ilham? Apa salah saya pada awak hingga awak langsung tak hubungi saya lagi?" Entah dimana silapnya hingga hubungan kami kini menjadi hambar.                
                     
            "Sudah berbulan lamanya Ilham Fahmi  menyepikan diri. E-mel dari aku pun  langsung  tak dibalasnya.  Mungkinkah  Ilham  Fahmi  sibuk  dengan  pelajarannya  seperti  diriku di sini  yang  sentiasa  sibuk  dengan  pelajaran  yang   tak  pernah  habis.  Walaupun   sibuk  aku  masih  lagi  ada  masa  untuk  menghantar  e-mel  pada Ilham Fahmi.  Masih  lagi  ada  masa  untuk  beriadah dengan  kawan-kawan.  Bohonglah kalau langsung tak ada masa untuk membalas e-mel dari aku."Gumam aku sendiri.
           
            "Entah-entah dia dah terpikat pada gadis lain," getus aku. Hatiku dilanda resah lagi bila teringatkan Ilham Fahmi. Sekali  ombak  datang  sekali  pantai  berubah. Begitulah hati manusia. Jodoh masing-masing telah di tentukan oleh Allah. Hanya Allah  yang  mengetahui  segalanya.

            "Siapa yang tak sayangkan tunang. Sedikit sebanyak perasaan tu ada. Janganlah Ilham Fahmi berubah hati. Beberapa tahun mengenali Ilham Fahmi, membuatkan hatiku terpikat dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Ilham Fahmi. Perasaan cinta tu tetap wujud walaupun kami berjauhan. "

               Aku pasrah dengan dugaan- MU ya-ALLAH.