BAB
9
“Ops….sorry
tak sengaja,” jawab Imran Danish.
“ Saya cuma
nak ajak awak
pergi minum di kafe. Awal
lagi ni kalau
awak nak balik
ke bilik.” Jam di pergelangan tangannya dibelek.
Memanglah
awal sebab masa
aku nak study
tadi kau
dah ganggu mood aku
nak belajar. Aku
hanya marah dalam
hati. Tak terluah kata-kata
tu sebab aku bukan jenis
yang suka bercakap
kasar sebenarnya.
"Ajak pakai mulut, bukannya
pakai tangan," marah aku pada lelaki itu.
'Sorry, silap saya. Saya Cuma nak
ajak awak pergi minum." Ucap Imran Danish.
“Eh! Awak ni
tak faham ke? Saya kata
tak nak…tak nak la!
Saya mana kenal awak, kut, kut , awak ni perogol bersiri ke, penyangak ke, apa
ke? Nanti saya
juga yang susah, kan?” Jawab
aku sambil memandang
lelaki tu. Ambik
kau… siapa suruh kau kacau aku
, kan dah kena dengan aku.
Mak ai!
Terus terang betul dia ni,
tak ada nak berlapik ke apa ke? Imran
Danish ketawa bila mendengar kata-kata dari gadis kesayangannya itu. Suka
sangat Imran Danish berceloteh dengan gadis yang sedang berjalan seiring dengannya itu. Bukan saja rupa gadis itu menawan tetapi sikap gadis itu
juga membuatkan Imran Danish tertawan. Tertawan dengan kata-kata gadis itu…..tertawan dengan
kemanjaanya. Pokoknya kalau
hati dah suka
semuanya indah dipandangan
mata Imran Danish . Aduh! Angau
lagi la aku
balik ni, bisik Imran Danish dalam
hati.
“Awak ni, kan….
kalau nak tuduh saya pun
agak-agak la sikit . Takkan muka kacak macam saya ni perogol
bersiri
atau penyangak pula. Kalau
saya ni perogol bersiri dah lama awak saya
ngap .”
Lelaki itu
menunjukkan kedua-dua tangannya membentuk seperti
buaya yang sedang membuka mulut . Luculah pula aku
tengok gayanya itu.
“Saya tak tunggu-tunggu lagi , saya terus
terkam dan
ngap awak tahu tak? Tapi saya bukan
macam tu . Saya masih punya keimanan.” Sinis lelaki
itu berkata .
“Mana la
saya tahu? Saya cakap kut, kut, saya bukan tuduh
awak pun, yang awak nak ambil
hati kenapa?” Bidas Dania sambil menjeling
lelaki yang sedang berjalan bersama dengannya.
“Banyak la awak
punya kut, kut. Mestilah saya ambil hati sebab
hati saya awak dah curi, “ beritahu Imran Danish
pada gadis tu
“Pandai-pandai saja nak
tuduh
aku curi hati dia. Kenal pun tidak."
“Apa awak
cakap saya tak dengar
la?” Soal Imran Danish. Dia hanya
melihat
bibir gadis itu bergerak
- gerak, tetapi dia tidak tahu apa
butir bicara gadis itu. Hai! Buat aku geram saja minah ni.Gerutu
Imran Danish dalam hati.
“Tak ada apalah, saya cuma cakap dengan diri
saya saja.”Aku terus melangkah pergi. Malas
nak layan cakap
dia. Makin dilayan, makin menjadi - jadi pula dia ni.
Jadi apa ? Jadi apa - apalah? Aku pun tak
tahu jadi apa
? Macam-macam boleh jadi. Jadi gatal
kut, hatiku berbisik.
Lelaki
itu terus bersaing dengan aku. Buat apa la dia ni ikut aku,
aku tak suka la. Gerutu
aku lagi dalam hati.
“Kalau awak tak kenal saya, sekaranglah
waktu untuk kita
berkenalan. Tak rugi awak
kenal dengan saya.”
Imran Danish tersenyum lagi.
“Ish! Tak ingin saya berkenalan dengan awak, menyampah.”Imran
Danish ketawa bila mendengar ucapan gadis itu.
"Jadi awak nak cakap, awak
menyampah dengan sayalah ni?"Tanya Imran Danish sambil tergelak.
Huh! Gelak la gelak , kutuk aku dalam hati.
“Tak habis-habis nak gelak. Lucu sangat ke apa
yang aku katakan tadi? “Gumam aku lagi.
"Kenapa awak menyampah dengan
saya,"tanya Imran Danish.
"Saya bukan menyampah, cuma
saya tak berapa sukakan awak. " Jawabku.
"Cuba bagi sebab kenapa awak tak sukakan saya ,” tanya Imran
Danish.
“Sebab hari
tu awak dah marah dan tengking
saya sebab tu la saya tak sukakan awak,” jawabku perlahan.
“Oh!
Sebab saya tengking awak hari tu, sebab tu awak
menyampah dengan saya.
"Saya bukan menyampah , saya cuma tak suka saja." Jawabku lagi.
"Dalam erti kata lain awak
memang tak sukakan saya. "Tanya Imran Danish.
Aku hanya menganggukkan kepalaku.
"Hari tu saya
marahkan awak kerana
badan saya terkena air kopi panas
tu, sebab tu
secara
spontan saya tengking awak. Sebenarnya
saya tak maksudkan semua kata-kata saya tu.
Dah la
masa tu saya
dah lambat nak
ke kelas. Baju pula kotor. Air kopi saya pula
tertumpah.”Terang Imran Danish.
“Awak tahu tak saya
kalau
tak minum kopi, mata
saya mudah saja terlelap sebab tu walaupun dah terlewat
, saya beli juga kopi
tu. Sepatutnya saya minta maaf dengan awak,
tapi masa
tu saya terkejut sebab terkena kopi panas
tu.
Maafkan saya sekali lagi
sebab tengking awak hari tu,
maafkan saya,” ucap Imran Danish lagi.
“Kalau sebab kejadian hari tu awak ikut saya. Okeylah
saya maafkan awak,
lepas ni tak payahlah
awak ikut saya lagi. Saya tak suka."Ucapku.
“Betul ni awak
dah maafkan
saya,”
tanya Imran Danish.
”Tak mengapalah , lengan saya
pun dah nak sembuh
pun,”
balasku.
“Whatttt!!! Awak cedera ke? ” Jeritan kuat
lelaki tu membuatkan aku sekali
lagi terkejut.
Dia
ni kalau tak
terperanjatkan aku, memang tak
sah. Marahku dalam hati.
”Awak !! Yang awak menjerit ni kenapa?” Terperanjat saya , nanti tak pasal-pasal
saya mati sebab terkejutkan jeritan awak tu,”
marahku sambil mengurut
dada. Dah banyak kali lelaki ini
mengejutkan aku dengan sergahan yang tiba-tiba itu.
“Menjerit
dahlah mengalahkan puntianak.
Puntianak pun boleh surrender tak
boleh nak cari makan lagi.“ Sinis aku
berkata.
“Sorry!
Saya tak sengaja,”
Imran Danish berkata sambil gelak.
Suka sangat dia tengok rupa gadis
idamannya itu, comel
sangat.
“Sorry, awak pergi naik lori la.” Aku cuba menstabilkan semula jantungku yang terkejut tadi. Dada kuurut perlahan.
“Kus semangat,” bisikku untuk mengembalikan semangatku
semula.
“Awak okey
tak?”
Imran Danish bertanya.
“Okey la, belum mati lagi! Lain kali awak menjerit
lagi macam tu
, jaga awak. Saya gigit-gigit awak. Dah tahu saya ni lemah semangat ,suka
sangat terperanjatkan saya.” Aku bagi amaran pada dia.
Imran Danish ketawa lagi, lucu
mendengar kata-kata gadis itu.
"Dia ni , kan tak habis-habis nak ketawa."Gerutuku.
“Awak ni kenapa
dari tadi asyik gelak saja,” Tanyaku
.
“Lucu sangat awak ni. Saya lagi suka kalau
awak gigit saya,
lebih-lebih lagi kalau awak
gigit saya dekat leher
saya ini. " Tunjuk Imran Danish dekat lehernya.
"Tak pernah lagi saya dapat gigitan
cinta.”Ucap Imran Danish lagi sambil tersenyum. Sengaja dia mengusik gadis di depannya itu.
"Awak ni betul ke
tak ada sakit otak? Jangan-jangan awak ni sewel?Suka cakap yang bukan-bukan."Tanyaku pada lelaki itu.
"Aduh! Sampainya hati awak kata
saya sewel."
“Entah apa-apa? Gatal,” jawabku geram sambil menjeling.
”Mana ada orang yang suka di
gigit melainkan dia tu sewel,” ujarku pada lelaki
itu. Memang tak betul dia ni. Sah dah,
memang dia ni sewel. Wajah saja kacak
tapi sayang , tak betul rupanya. Kesian! Aku kena cakap
baik-baik dengan dia
takut aku tak
dapat nak lari dari dia.
Liaa……tolong!
Mana aku nak lari ni,
dahlah aku pakai baju kurung. Macam mana aku
nak lari dari lelaki ini? Aku hanya mampu menjerit di
dalam hati.
Eh! Kalau sewel
, macam mana boleh belajar di sini? Otak dia
ke atau otak aku
yang dah sewel
agaknya , hingga ingat yang bukan-bukan.
Jangan-jangan lelaki ini ada niat tak baik pada aku. Berbagai persoalan timbul
difikiranku.
“Tak payahlah
awak risau, lecur di lengan saya ni sikit saja. Tak
adalah sampai saya nak
saman awak”, kataku lagi. Aku menunjukkan lenganku yang sedikit melecur. Kini bahagian yang terkena air kopi
panas itu sudah mula mengelupas dan semakin sembuh.
”Alamak!!
Kuranglah belanja awak nanti,” jerit Imran Danish.
"Hish! Awak ni entah apa-apa?
Suka sangat menjerit.
Terasa seperti nak
gugur jantung saya , "marahku.
“Awak!!
Berapa kali saya nak
cakap , jangan menjerit.
Terkejut saya tau .” Aku terus menampar
lengan lelaki itu.
Kuat
juga aku menampar
lengan dia.
Baru padan dengan
muka
dia. Suka sangat
buat aku terkejut . Mujur lelaki itu memakai baju berlengan panjang.
Tak adalah aku tersentuh lengannya.
Imran Danish hanya tersenyum sambil
mengosok lengannya yang
ditampar oleh gadis itu.
" Tadi awak ada cakap pasal
belanja, kan? Belanja apa pula awak cakap
ni?” Soalku hairan.
Sambil tersenyum,
Imran Danish berkata. ”Kalau awak kahwin
nanti, kuranglah duit belanja
hantaran awak. "
"Eh! Kenapa pula nak
kurang?" Tanyaku kurang faham.
"Sebab lengan awak dah berparut ,” terang Imran Danish.
“Entah apa-apa
awak ni?
Awak janganlah nak menakutkan saya. Mana
ada berparut pun lengan saya ini.” Terus
aku berhenti melangkah. Kini aku sedang berdiri
mengadap lelaki itu.
“ Janganlah awak risau, saya akan bagi
awak duit hantaran
lebih,” kata Imran Danish sambil tersenyum. Sukanya dia dapat mengusik gadis
itu.