BAB
6
"Semoga iman Ilham Fahmi masih
kuat. Masih kuat mencintai diriku. Tapi jodoh itu milik
Allah. Siapa yang dapat menduga?"Bisik aku perlahan.
"Kembalikanlah Ilham Fahmi
padaku seandainya dia adalah jodohku. Dan sekiranya dia bukannya jodohku ,
Engkau temukan aku dengan jodoh yang
baik-baik jika Ilham Fahmi bukan
jodoh untukku. Amin………"
"Buat masa ni biarlah
aku tumpukan perhatian pada pelajaranku dulu. Insya ALLAH! Kalau sudah
jodoh kami tak akan ke mana. Aku cuba memujuk hatiku.
"Cuma
dengan lelaki tadi aku terasa lain sangat, sebab itulah aku enggan melayan
lelaki tu. Takut hatiku terpikat padanya.
Aku tidak mahu diriku dituduh curang pada Ilham Fahmi." Perlahan
aku berkata. Tak mahu kata-kataku mengganggu tidur Yana.
"Jantung aku akan berdebar bila
terpandangkan lelaki tu tadi. Gila, nak kata aku ada penyakit jantung. Sah, aku ini sihat walafiat.
Ya ALLAH janganlah kau balikkan hati aku pada lelaki lain." Gerutu aku sendiri.
"Wahai hati….. tolonglah hilangkan perasaan aku pada
lelaki itu. Aku
tak nak jatuh cinta dengan lelaki itu.
Aku masih ingat yang
diriku telah pun
bertunang dan akan
berkahwin bila telah tamat
pengajian nanti. " Doaku lagi.
"Dania…..apa
yang kau membebel tu?"Soal Yana, bila dia terdengar aku bercakap sendiri.
"Tak ada apa-apalah Yana. Aku
ganggu kau tidur ke? Maafkan aku. Aku sedang membaca assignment aku ni. Banyak lagi tak lengkap. Sebab itulah aku
membebel. Esok aku nak pergi cari bahan assignment
aku dekat library." Dalih aku.
"Oh! Sebab assignment tu ke? Kalau aku sihat, bolehlah aku ikut kau pergi library esok. Assignment aku pun belum siap lagi. Ashum!"Tiba-tiba Yana
bersin.
"Ini yang aku tak tahan ni,"kata
Yana sambil mengambil kertas tisu di atas mejanya.
"Aku nak tidur sekejap, petang
nanti aku tak pergi kuliah. Nanti berjangkit pula selesema aku ni dengan semua
orang." Kata Yana sambil memejamkan matanya. Selimut ditarik sampai ke lehernya.
*****
Di
kolej kediaman putera.
”Kenapa dengan otak
aku ni? Asyik
teringatkan gadis tu."Ujar Imran
Danish sendiri.
Beberapa hari telah berlalu sejak dia terlanggar dengan gadis yang tidak
di ketahui namanya itu semasa sedang berjalan menuju ke bilik kuliahnya. Entah kenapa
dia boleh terlewat hari itu dan membeli minuman panas tu dari kafetaria.
Sebenarnya dia dah biasa minum kopi
panas sebelum kuliah bermula kalau tidak
dia akan mengantuk sepanjang masa di bilik kuliah.
Bukan gadis itu saja yang terkena
tumpahan air kopi itu, dia juga turut
terkena tempias air kopi itu. Itulah
yang telah menyebabkan dia marahkan
gadis itu kerana badannya terkena tumpahan kopi
panas tu. Sejak hari itu hatinya
asyik teringat pada gadis itu.
“Walaupun garang tapi
suaranya lembut dan
manja sekali. Comel pula tu.Ish! Ish! Siapa nama gadis tu?” Perlahan Imran Danish
berkata. Keinginan untuk mengenali gadis tersebut melonjak-lonjak dalam dirinya.
“Kenapa
dengan aku ni? Mungkinkah
ini cinta pandang
pertama?
Macam ni ke kalau dah
jatuh cinta? Hish!!
Susah betullah! Bak kata
orang makan tak
kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah?Tapi
kalau mandi tu memang basahlah, aku bukan ahli
sihir sampai mandi pun tak basah. Entah betul ke tidak perumpamaan aku ni, aku hentam saja.
Nama tak tahu? Tahu-tahu dah jatuh
cinta pula. Tak ke gila
namanya tu? Memang cinta gila
pun!” Ucap Imran Danish
sendiri.
“Aku dah minta maaf dengan dia, tapi
dia tak nak maafkan aku. Macam mana aku
nak buat ni? Aku kena cari jalan supaya gadis tu maafkan aku,” getus Imran Danish lagi. Bibirnya menguntumkan senyuman bila teringatkan sesuatu.
“Malam ni aku nak video
call dengan Daniel, nak bagi tahu dia aku dah jatuh cinta. Mesti Daniel gelakkan aku punya,”
Imran Danish tersenyum sendiri.
“ Mahunya tak gelak, nama tak tahu? Tup, tup jatuh cinta.
Tak ke pelik tu? Silap-silap orang kata aku gila, gelak
sorang-sorang. Silap-silap kena hantar Tanjung Rambutan. Baru kes naya ,” Imran Danish ketawa.
“Lucu pula
rasanya perasaan cintaku ni.
Pernahkah orang lain merasakan apa yang
aku
rasakan saat ini?”
Imran Danish masih
lagi duduk bergumam sendiri.
Dari tadi
bibirnya tak habis-habis mengukir
senyuman bahagia. Bahagia
sangat kerana dapat
bertemu dengan gadis
comel itu di klinik
tadi. Imran Danish
tidak menyangka dirinya
masih diberi kesempatan
untuk berjumpa dengan gadis
itu.
”Danish! Hang
ni awat?
Gelak
sorang-sorang? Hang mau ka nak jadi penghuni dekat Tanjung Rambutan tu ?” Tanya Zamil Ariff teman
sebilik Imran Danish. Dari tadi dilihatnya Imran Danish
tersengih sendiri.
Zamil Ariff
ni orang Penang.
Loghat cakap dia memang tak boleh nak ubah. Pi
mana pun loghat Penang tu la yang dia bawa.
“Oi! Zamil! Kalau ya pun bagi la
salam dulu , ni
main sergah
saja. Terkejut aku. Bukan saja
boleh masuk Tanjung Rambutan tapi terus
ke wad ICU
kau tahu
tak
? Silap-silap boleh padam terus,” balas Imran
Danish.
Terkejut dengan teguran tiba-tiba dari Zamil Ariff tu membuatkan angan-angannya tentang gadis itu,
terbang melayang entah ke
mana? Tak guna punya kawan, habis terbang bayangan
gadis yang aku angau
tu. Gumamnya dalam hati.
Zamil
Ariff menghamburkan ketawa bila mendengar kata-kata dari Imran
Danish itu. Lucu pula dirasakannya.
”Macam-macamlah hang
ni Danish. Hang ni Danish, aku tengok makin parah. Bercakap dan gelak sorang
diri. Gelak macam orang tak betui.
Hang ni dah buang tabiat ka apa? Jom! Hang ikut aku pi library,
boleh kita study
bersama.” Zamil Ariff mengajak
Imran Danish menemaninya
ke library.
“Malaslah
aku
nak pergi, aku ingat nak
study
dekat bilik saja.
Kau ajaklah orang lain,” jawab Imran
Danish.
“Study hang kata? Dari tadi aku
tengok
hang senyum tak habih-habih . Study apa namanya tu? Ni mesti hang tengah angaukan budak tu kan?
Ini dah kes teruk ni Danish. Bukan
aku tak tau angau hang tu. Hang nak tau dak
apa maklumat yang aku dapat?“
Tanya Zamil Ariff sambil
tersenyum.
Tak habis lagi dengan loghat Penang dia.
“Maklumat apa Zamil? Cakaplah
cepat, saja kau
nak buat
aku tertanya-tanya?” Soal Imran Danish
sambil memandang Zamil.
“Ada la!
“Jawab Zamil Ariff lagi.
“Dah
macam wartawan pula kau ni Zamil. Maklumat apa yang kau dapat tu? Cepatlah bagi
tahu aku,” Soal Imran Danish lagi sambil memejamkan matanya setelah baring dikatil.
Penat pula kerana asyik berangan
saja sejak tadi, gerutunya dalam hati.
“Hang
nak tau ka dak, maklumat yang aku
dapat ni?” Tanya Zamil Ariff bila
melihat Imram Danish telah memejamkan matanya.
“Maklumat apa?” Soal Imran Danish
lagi. Masih memejamkan matanya. Macam detektif pula Zamil ni.
Maklumat apa pula yang dia dapat
tu?
“Maklumat pasal budak yang hang angau
sangat tu. Budak yang
pernah bergaduh dengan hang masa
hang tertumpahkan ayaq
kopi
ke bajunya tu. Kalau tak
silap aku, hang
juga pernah tunjukkan
dekat aku
masa kita makan dekat kafe dulu. Gadis yang dok cuba sembunyi, bila nampak
hang
tu. Aku ada nampak dia dekat
library."
“Betulkah Zamil?" Tanya Imran Danish ingin tahu.
"Betullah…..aku pun pernah
berminat nak kenal dengan gadis tu dulu tapi manalah dia nak dengan aku ni?Aku
dah tak berminat dah dengan dia tu." Ucapan Zamil itu melegakan hati Imran
Danish.
"Iakah Zamil,"tanya Imran
Danish.
“Takkanlah aku nak
tipu
hang. Sumpah! Aku dah tak berminat
dengan
dia lagi . Aku nak tolong kawan aku
yang tengah dok angau ni. Tak sanggup aku nak
tengok kawan aku yang tengah syok
sendiri. Bercakap sorang-sorang , macam orang tak betui pula aku tengok.
Kalau hang tak percaya
jom ikut
aku. Itu pun kalau ada
rezeki
hang , dapatlah jumpa budak tu ,” kata Zamil Ariff.
“Jom la aku dah tak
sabar nak jumpa awek aku tu!” Ajak Imran Danish dengan wajah
ceria. Laju saja dia bangun dari katil. Tak sabar nak
bertemu dengan gadis
idamannya itu.
Perasan betui
Danish ni , nama pun tak
tau
nak mengaku awek dia,
gerutu Zamil Ariff
dalam hati.
“ Danish……. Aku dengar kawan aku
cakap budak tu susah
sikit nak usha .
Dia tak layan kalau nak usha dia. Aku pun tak tau, pasai apa? Entah betui
ntah
dak!
Tapi hang cuba dulu? Kalau dia tak terima hang,
janganlah hang patah hati
pulak nooo. Tak pasai-pasai hang masuk
Tanjung Rambutan pulak ."Gelak Zamil Ariff.
"Aku tak mau hang kecewa Im,” beritahu
Zamil Ariff. Kesian pulak kawan
aku ni kalau gadis tu tak mau terima dia. Apa-apa
pun aku doakan
Im akan berjaya
memikat gadis tu.
“Itu yang aku suka
tu, ada cabaran. Kita tengok dulu macam mana? Kau ada tanya nama dia?”Imran Danish ingin
tahu nama gadis
itu .
“Sorry!
Aku lupa pulak apa nama
dia, Na ka Nana ? Tapi ada bunyi macam
tu la,” jawab Zamil Ariff sambil memandang Imran Danish
.
“Lain kali aku tanya
kawan aku lagi.” Ucap Zamil Ariff sebelum mengajak
Imran Danish pergi library.
Imran Danish dan
Zamil Ariff pun bergerak menuju ke library yang terletak di Universiti Tempatan. Mereka berpecah bila masuk ke dalam library. Imran Danish terus ke
tempat yang selalu
dia duduk bila ke
library.
Dia bernasib baik kerana hari ini library agak lengang
, mungkin masih ramai yang sedang
makan di kafetaria. Kalau ke library Imran Danish
jarang duduk bersama
Zamil
Ariff kerana Zamil lebih suka
duduk di tingkat
atas dan dia
pula hanya berada di tingkat
bawah.
Terima kasih kerana sentiasa memberi komen untuk novel RZ.
ReplyDelete