Reenzarini

Saturday 7 December 2013

BILA CINTA MULA BERBISIK 10



BAB 10

            Alya Maisarah yang sedang memeluk mak Nab terus meleraikan pelukannya. Dia ni memang, tak boleh tengok orang nak berkasih sayang dengan mak Nab. Dengki….
               
            "Asyik berpeluk saja. Dah siap masak ke? Sudah-sudahlah tu nak buat drama king pun." Ady Ikram  bertanya sambil berjalan ke peti sejuk. Setelah peti sejuk di buka tangannya terus mencapai sekotak  apple hijau yang telah di buka. Alya pantas mencapai gelas dan di hulurkannya pada Ady Ikram.

            "Abang dah lapar ke? Sekejap lagi Alya hidangkan . Abang pergilah solat dulu." Alya sabar menanti jawapan dari Ady Ikram yang sedang meneguk air apple.

            "Perut aku dah lapar, takkan nak tunggu sekejap lagi. Tak boleh nak makan dulu ke?" Wajah Alya yang sedang berdiri direnungnya. Gelas ditangannya dihulurkan pada Alya.

            "Ady…..kalau iye pun lapar, pergilah solat dulu." Mak Nab menyampuk percakapan pasangan suami isteri itu.

            "Ady bukan apa mak Nab….perut ni dah lapar. Tak sabar nak makan masak asam pedas ikan merah kesukaan Ady."Terliur air liurnya bila teringatkan asam pedas Alya. Dirinya mengaku masakan asam pedas Alya kena dengan tekaknya. Sepanjang ingatannya,apa saja yang dimasak Alya semuanya kena dengan tekaknya. Walaupun selama ini Alya sering menjauhi dirinya tapi bila Alya balik Alya selalu menghantar hasil masakannya pada mak tuk.

            "Tunggulah sekejap Ady! Elok Ady pergi solat dulu. "Arah mak Nab. Sungguh pun mak Nab hanya pembantu dirumah itu tapi Ady Ikram amat menghormati mak  Nab. Sudah dianggap mak Nab seperti ibunya sendiri. Selama ini mak Nab adalah orang yang mengasuhnya sejak kecil.

            "Baiklah  mak Nab! Ady naik ke atas dulu. Sekejap lagi Ady turun makan." Laju saja kakinya melangkah keluar dari dapur. Sempat lagi dia menjeling Alya yang sejak tadi masih berdiri macam patung di situ. Comel pula bini aku, getusnya dalam hati. Mulut saja kata tak nak tapi hatinya siapa yang tahu? Ego!

            "Alya tunggu apa lagi ! Cepat hidangkan makanan .Sekejap lagi suami Alya nak makan. Kalau dia turun tengok makanan belum siap dihidang ,mahu mengamuk suami Alya tu. Alya bukan tak tahu perangai Ady . Nak mengamuk saja kerjanya! Apa yang tak puas hati pun mak Nab tak tahu?" Tangannya sibuk menyenduk lauk ke dalam mangkuk.

            "Mak Nab….biar Alya bawa ke depan."Alya terus membawa mangkuk ke depan tanpa menunggu jawapan dari mak Nab. Cepat-cepat dihidangkannya makanan supaya bila Ady Ikram turun nanti semuanya dah siap dihidang. Setelah memastikan semuanya telah dihidang, barulah Alya boleh bernafas lega.

            Usai solat Ady Ikram turun ke ruang makan . Tak sabar nak makan ikan asam pedas kegemarannya. Agak lama juga dia tak makan masakan asam pedas. Kalau orang lain masak tak pernah nak kena dengan seleranya.

            Alya sendukkan nasi ke pinggan Ady Ikram. Ady Ikram yang tak  sabar terus menghirup kuah asam pedas. Huh! Sedap. Pekat dan cukup masamnya.

            "Ady! Kalau iye pun tak sabar nak makan masakan bini kamu, tak boleh ke kamu duduk dulu. Ini tidak ,makan sambil berdiri. Tak senonoh betul kamu ni Ady, " tegur mak Nab.

            Cepat saja Ady Ikram duduk bila ditegur oleh mak Nab.  Punya tak sabar nak hirup kuah asam pedas hingga terlupa dia sedang berdiri.


            "Mak Nab jemputlah  makan  sekali. Ramai-ramai makan tak adalah sakit mata tengok orang  tu." Sempat lagi nak kutuk Alya. Alya diam  saja. Disenduknya nasi ke dalam pinggannya dan untuk mak Nab disenduknya sekali.

            "Kejap lagi mak Nab makan. Mak Nab ada kerja nak dibuat dekat belakang tu." Sengaja nak biarkan pasangan pengantin itu makan tanpa ganguannya.

            "Mak Nab duduk sini." Tangan mak Nab ditarik dan di dudukkan mak Nab dikerusi.
Biarlah mak Nab temankan mereka berdua makan . Rasa kekok bila makan berdua dengan Ady Ikram. Nampaknya Ady Ikram dah tak pandang kiri kanan dah. Asyik dengan asam pedasnya.

            Mak Nab turutkan saja permintaan dari Alya . Kesian pula bila melihat muka kesian  Alya tu. Tak sampai hati nak hampakan permintaan Alya itu. Mak Nab juga makan dengan berselera. Sesekali makan masakan orang laian barulah terbuka seleranya.

            "Pandai Alya masak asam pedas ni.Cukup terasa semuanya, "puji mak Nab.

            "Mak Nab juga yang ajar Alya kan?" Jawab Alya.

            "Tapi sekarang Alya dah lawan tokeh, masakan Alya lebih sedap dari mak Nab." Puji mak Nab.

            "Mana ada mak Nab. Sama macam mak Nab ajar Alya."Jawab Alya Maisah bila mak Nab terus memuji dirinya.

            "Ha! Ady! Kamu kalau dapat makan asam pedas bini kamu masak dah tak ingat dunia dah, "tegur mak Nab.

            "Sedap mak Nab!" Jawab Ady Ikram. Nasi di dalam pinggannya sudah habis.
                "Alya! Tambah nasi untuk abang Ady." Pinggannya dihulurkan pada Alya. Tanpa banyak bicara Alya menambah nasi ke dalam pinggan Ady Ikram. Sedap sangat ke masakan aku ni, gumam Alya dalam hati.

*********
            Tak sangka pula Datuk Sulaiman dan Datin Aminah bertolak balik ke kampung hari itu juga.  Kata mereka ada urusan di lading .Tinggallah Alya dan Ady Ikram dalam rumah itu. Mak Nab juga ikut balik ke kampung. Peti sejuk telah mak Nab penuhkan awal-awal lagi. Macam ada komplot saja. Datin Aminah telah berpesan supaya mereka berdua balik setelah seminggu berada di KL.
               
            Kini hanya tinggal mereka berdua di banglow itu. Terasa begitu sunyi bila di tinggalkan sendirian . Sejak petang tadi Ady Ikram telah keluar entah ke mana? Jumpa kawan kut?Getus Alya dalam hati.

            Kedengaran bunyi kereta masuk ke halaman banglow.Panjang pun umur. Baru sebut dah muncul. Pintu di buka dari luar kerana Ady Ikram telah berpesan dia ada membawa kunci . Tak perlulah nak susahkan diri nak buka pintu untuk Ady Ikram. Jangan nak cari pasal dengan Ady Ikram.Silap-silap mengaum saja kerjanya. Itu baru mengaum kalau di ngapnya Alya, lagi naya. Ady Ikram tu di mulut saja kata tak suka tapi dalam hati ada taman. Kerana malu dengan kawan-kawannya langsung tak nak mengaku sukakan Alya. Hipokrit.

            Alya diam tanpa menegur Ady Ikram yang baru saja masuk ke dalam rumah. Takut sebenarnya dengan Ady.  Ady Ikram juga naik ke tingkat atas tanpa menegur Alya. Alya juga malas nak menegur Ady Ikram. Hairan juga dengan Ady Ikram. Sekejap elok sekejap tak elok. Kalau nakkan sesuatu barulah Ady Ikram bertegur sapa dengannya.

            "Benci tau dengan abang Ady ni. Tak sukalah dia buat Alya macam ni." Gumam Alya perlahan.
            Televisyen  yang  sedang  menayangkan  drama  Korea sudah tidak menarik tumpuannya. Tumpuannya kini hanya pada Ady Ikram yang telah berada di dalam bilik mereka. Sampai bila nak macam ni ? Sedangkan mereka adalah suami isteri. Macam orang asing saja. Punat off ditekan. Malas nak tengok bila hati dah ke tempat lain.

            Dengan lambat-lambat Alya mendaki tangga menuju ke tingkat atas. Tombol bilik di pulas perlahan. Dadanya berdebar-debar sewaktu menapak ke dalam bilik. Tidak ada sesiapa di dalam bilik. Sliding door yang terbuka ,membuatkan angin yang bertiup terasa nyaman.

            Perlahan Alya meninjau ke balkoni. Ady Ikram sedang berdiri di sana. Alya berpatah balik ke almari pakaian dan mengambil sehelai gaun tidurnya. Di bawanya masuk ke bilik air dan membersihkan diri dan berwuduk. Solat Isyak di tunaikannya.

            Usai solat Alya menyikat rambutnya yang semakin panjang dan menyapu lotion badan supaya kulitnya sentiasa lembab. Lebih-lebih lagi tidur dengan memasang hawa dingin. Dicalitnya sedikit pewangi jenama Avon Far Away di pergelangan tangan dan di cuping telinganya. Entah kenapa sejak sepuluh tahun yang lalu bila tidur dia akan memakai wangian tersebut.. Hanya itu pewangi yang sesuai dengan dirinya sejak sepuluh tahun yang lalu. Jika memakai pewangi lain dia akan mengalami alahan atau pening.

            Alya mendekati sofa dengan sehelai selimut. Direbahkan dirinya di sofa. Dengan berselimut hingga ke paras dada Alya cuba melelapkan matanya. Tak dipedulikannya Ady Ikram yang sedang termenung di balkoni.Terdengar sliding door ditutup. Matanya semakin kejap dipejamnya. Kenapa hatinya asyik berdebar-debar sejak siang tadi.Terasa tubuhnya terawang-awang di udara.  Mata yang terpejam rapat tadi terus terbuka.

            Macam tak percaya pula dengan apa yang sedang di alaminya. Adakah dia sedang bermimpi? Adakah  apa  yang  dilihatnya  kini  hanya  mainan tidurnya. Tapi bukankah dia belum tidur lagi? Bagaimana semua ini berlaku? Monolog Alya dalam hati.

            "Abang!! Apa yang abang buat ni? Abang letakkan Alya ke bawah kalau tidak Alya menjerit." Ugut Alya. Terperanjat melihat Ady Ikram sedang mencempung dirinya.

            "Menjeritlah! Kalau Alya nak abang campak Alya dekat luar tu. Nak!" Soal Ady Ikram sambil tersenyum sinis. Sakit hati Alya melihat senyuman Ady Ikram.

            "Abang nak angkat Alya ke mana ni? Janganlah campak Alya ke bawah." Rayu Alya.Takut …..kalau Ady Ikram betul-betul campak dia ke bawah.

            "Mulai malam ini aku nak kau tidur bersama aku. Kau nak sangat jadi isteri aku kan?Sekarang aku nak kau layan aku. Kau taka da pilihan lagi." Tubuh Alya di campaknya di atas katil yang bertilam lembut. Lampu yang tidur yang malap membuatkan wajah Alya samar-samar dimatanya. Ady Ikram terus mendekati Alya.

            "Abang….ampunkan Alya bang. Alya belum bersedia untuk semua ini. Alya tak mahu bang. Tolonglah Alya." Tangisan Alya tak dipedulikan oleh Ady Ikram . Apa yang dia tahu hatinya sakit bila Qaser mengatakan dia penakut kerana belum pernah bersama dengan Alya. Dia akan buktikan dia bukannya penakut seperti yang dikatakan oleh Qaiser. Akan dibuktikannya.

            "Ini yang kau nakkan ? Kau  yang  nak sangat bersama dengan aku kan?" Kini Alya sudah berada di dalam pelukannya. Hatinya sudah dikuasai dengan dendam  dan  keinginan untuk  membuktikan  pada  Qaiser  dan  kini  nafsunya   sedang bergelora. Dengan kata-katanya yang lembut. Di pujuknya Alya hingga Alya merelakannya.

           
            Di lekapkan jarinya ke bibir Alya membuatkan Alya terdiam. "Alya….. abang sayangkan Alya," tanpa  disedarinya  dia sendiri sudah menyayangi Alya sejak dulu. Tapi hingga kini Ady Ikram masih dengan egonya. Enggan mengakui dirinya sudah mencintai Alya. Entah bilalah Ady Ikram akan sedar dengan kesilapannya itu.

Friday 6 December 2013

BILA CINTA MULA BERBISIK 9



BAB 9
            "Cepatlah aku dah dahaga ni !" Panggil Ady Ikram kuat. Tak lama kemudian muncul Alya menatang dulang yang berisikan air milo. Dulang itu diletakkan di atas meja.

            "Abang Ady minumlah air milo ni tapi masih panas. " Alya duduk disebelah Ady Ikram dan menyendukkan mee goreng untuk Ady Ikram. Untuk dirinya disenduk sedikit saja mee goreng itu. Entahlah rasa macam tak ada selera nak makan.

            "Mak Nab …..mana mak tuk dan tuk ayah? Dari tadi Ady tak nampak mereka? "Tanya Ady Ikram bila mak Nab muncul dari dapur.

            "Datuk dan Datin dah ke pejabat. Ada mesyuarat hari ini." Jawab mak Nab.

            "La! Kenapa tak cakap dengan Ady, selama ini Ady pun selalu menghadiri setiap mesyuarat yang diadakan?" Tanya Ady Ikram.

            "Datuk dan datin cakap tak payah  . Alya tak sihat. Datin pesan biar Ady jaga Alya yang tak sihat," jawab mak Nab.

            "Dah besar panjang macam tu pun nak suruh orang jaga, mengada-ngada !" Kata Ady Ikram sebelum berlalu ke ruang tamu.

            "Alya! Jangan ambil hati dengan Ady tu. Lepas makan nanti, Alya makan ubat ni." Beberapa paket ubat mak Nab serahkan pada Alya. Datin Aminah telah berpesan padanya supaya menjaga Alya. Ady Ikram? Bukannya boleh harap sangat dengan Ady tu.

            "Baiklah mak Nab nanti Alya makan, " jawab Alya. Mak Nab terus ke dapur menyiapkan kerjanya.

            Setelah mengemas meja makan, Alya ke bahagian belakang rumah untuk membasuh pakaiannya dan Ady Ikram. Dimasukkan pakaian kotor suaminya dan pakaian dirinya ke dalam mesin basuh. Pakaian pengantin mereka diasingkan kerana kata mak tuk pakaian itu akan dihantar ke cucian kering. Entahlah dirinya pun tak tahu bagaimana cucian kering tu. Ikut sajalah kata mak tuk.

            "Lah! Dekat sini rupanya Alya. Puas mak Nab cari Alya. Ingatkan Alya dah naik ke bilik untuk berehat." Terkejut Alya bila ditegur dari belakang.

            "Mak Nab….terperanjat Alya. Kenapa mak Nab cari Alya ke?" Soalnya pada mak Nab.

            "Ni mak Nab nak tanya Alya. Hari ini Alya nak makan apa? Alya cakap saja nanti mak Nab masak." Mak Nab kalau dengan Alya ,apa saja makanan kesukaan Alya di masaknya.Maklumlah dia sendiri tak ada anak. Pada Alya Maisarah dan Ady Ikram saja tempat dia tumpang bermanja.

            "Apa saja mak Nab masak Alya makan. Abang Ady nak makan apa?" Soal Alya pada mak Nab.

            "Ady tu….apa mak Nab masak semuanya dia makan." Ady Ikram memang seorang yang tak cerewet pasal makan. Semua yang dimasak dia bedal .

            "Alya….mak Nab dah pesankan, biar mak Nab buat semua ni. Nanti datin Aminah marahkan mak Nab biarkan Alya buat kerja. Tengok tu dahi Alya pun masih ada kesan benjol. Jom ikut mak Nab ke dapur. Biar mak Nab tuamkan dahi Alya tu."Tangan Alya ditariknya dengan lembut. Alya mengikut saja bila tangannya ditarik oleh mak Nab.

            "Duduk sini, arah mak Nab." Alya mengikut saja arahan mak Nab. Mak Nab mengambil sesuatu di dalam mangkuk.

            "Apa tu mak Nab?" Soal Alya Maisarah.

            "Telur rebus ! Buat tuam dahi Alya yang benjol tu." Jawab mak Nab.

            "Kepala abang Ady pun benjol mak Nab," beritahu Alya malu-malu.

            "Mak Nab tahu. Mak Nab dah suruh dia tuam kepalanya sendiri." Entah apa-apalah pengantin baru berdua ni. Baru semalam dah benjol-benjol kepala. Ganas betul. Gumam mak Nab dalam hati.

            "Biar Alya tuam sendiri mak Nab. Mak Nab kan banyak kerja nak buat." Telur yang berbungkus dengan tuala nipis itu diambil dari tangan mak Nab. Dituamnya di dahi yang benjol itu.

            "Alya!! "Jerit Ady Ikram dari ruang tamu.Terperanjat Alya hingga terlepas bungkusan telur ayam yang dibungkus dengan tuala nipis itu.

            "Apa hal dengan Ady tu Alya ?Asyik menjerit saja kerjanya. Dah kena fenomena menjerit ke? Soal mak Nab sambil gelak. Tak habis-habis nak protes Ady tu.  Dapat teman tidur malam pun masih lagi nak protes. Apa lagi yang tak kena entahlah?Gumam mak Nab dalam hati.

            "Alya!! Terdengar jeritan Ady Ikram lagi. Apalah yang Ady Ikram mahu dari Alya .

            "Alya ke depan dulu  mak Nab. Lambat-lambat nanti runtuh pula rumah ni." Gelak Alya dan mak Nab bersatu.

            "Ada apa abang panggil Alya?"Tanya Alya lembut. Dengan singa ni kena cakap lembut-lembut takut kena baham pula.Ya- Allah berdosa pula gelarkan suami aku singa. Rasanya hanya gelaran itu yang sesuai kut. Gelaknya dalam hati.
           
           "Kau ke mana Alya? Dari tadi aku menjerit panggil nama kau , macam nak tercabut anak tekak aku ni." Marah Ady Ikram. Alahai! Kenapalah dengan Ady Ikram ni. Tak habis-habis nak menyinga dengan Alya. Asyik nak cari pasal saja kerjanya. Mujurlah Alya tu boleh bersabar dengan kerenah Ady Ikram tu.

            "Alya sedang basuh baju dekat belakang tu, kenapa abang panggil Alya?" Tanya Alya lagi.

            "Abang Ady nak makan asam pedas, boleh Alya buatkan untuk abang Ady? Boleh pula buat baik kalau nak minta sesuatu. Kalau tidak tu…. aku ,kau saja bahasanya sejak menikah dengan Alya.

            "Boleh…..nanti Alya buatkan untuk abang. Ada apa-apa lagi yang abang nak Alya masakkan untuk abang?" Tanya Alya.

            "Kau ingat aku nak melantak macam kau tu." Badan Alya dipandang atas bawah. Nak perli  la tu.

            Kurus pula aku tengok Alya ni. Sejak bila dia mula kurus ni . Cuma muka Alya masih nampak chubby tapi comel,puji Ady Ikram tanpa sengaja. Patutlah semalam senang saja dia mencempung Alya ke katil. Malam ni kalau ada peluang nak cuba lagi. Dia kan bini aku,dah halal pun. Buat apa aku tengok saja. Bodoh betul aku ni. Tapi ego mau ada babe!Gumamnya dalam hati.

            "Tak adalah saja Alya tanya , kalau-kalau abang nak makan benda lain lagi?"Perlahan Alya bertanya.

            "Aku nak makan kau, boleh." Tanya Ady Ikram sambil merenung Alya dengan pandangan mata nakal.. Menyampah Alya tengok muka gatal Ady Ikram.

            "Abang jangan nak mengarut boleh tak?" Geram Alya dengan Ady Ikram.Laju Alya berlalu dari situ. Tiba di dapur Alya mengurut dadanya yang berdebar.

            "Kenapa Alya?" Soal mak Nab bila dilihatnya Alya Maisarah mengurut dadanya.

            "Tak ada apa mak Nab? Abang Ady nak makan asam pedas buatan Alya." Laju saja kakinya melangkah ke peti sejuk. Dikeluarkan ikan merah kesukaan Ady Ikram. Hari ini dia nak ikat perut Ady Ikram dengan masakannya. Biar Ady Ikram tak boleh lupakannya. Sentiasa teringatkannya.

            "Hari ini biar Alya yang masak mak Nab. Alya nak tambat hati abang Ady dengan air tangan Alya." Jawab Alya sambil tersenyum.

            "Biar mak Nab bantu Alya. Alya tu bukannya sihat lagi. Nanti apa-apa hal jadi pada Alya teruk mak Nab kena marah dengan Datin Aminah."

            "Baiklah  mak  Nab boleh bantu Alya."Tangan mak Nab di tariknya mendekati meja di dapur. Selepas itu hanya kedengaran suara mereka berdua bergurau senda sambil memasak.

            "Mak Nab…… Alya nak ke belakang sekejap.Nak tengok mesin basuh. Terlupa pula tadi Alya sedang membasuh baju." Alya bergerak untuk ke belakang.

            "Mak Nab dah sidai pun baju tu. Tak payahlah Alya ke belakang. Semuanya mak Nab dah uruskan.  Itukan kerja mak Nab."Beritahu mak Nab.

            "Lah! Kenapa mak Nab tolong sidai baju tu? Alya baru nak merasa menjadi seorang isteri." Beritahu Alya.

            "Tak mengapa Alya. Alya dah penat memasak tadi, sebab tu mak Nab bantu Alya sidaikan baju-baju tu."

            "Terima kasih mak Nab kerana membantu Alya . Sayang mak Nab!" Alya memeluk mak Nab.

            "Mak Nab sayangkan Alya seperti anak mak Nab sendiri. Mak Nab nak lihat Alya bahagia mulai hari ini. Jangan sedih-sedih lagi." Mak Nab membalas pelukan Alya.

            "Apa hal berpeluk di dapur ni! "Tanya satu suara . Menyibuk saja kerjanya. Orang nak berpeluk pun tak boleh…

Thursday 5 December 2013

BILA CINTA MULA BERBISIK 8



BAB 8

            Usai solat subuh, Alya mendekati Ady Ikram. Serba salah….nak kejut ke tidak? Monolog Alya dalam hati. Ah! Kejut sajalah. Apa nak risau. Diakan suami aku.

            Alya Maisarah mendekati abang Ady yang masih berselimut. Ditatapnya wajah Ady yang sedang tidur. Dilabuhkan punggungnya dibirai katil.

            Maafkan Alya bang! Alya tahu abang tak pernah mengingini diri ini. Alya tahu abang terseksa dengan pernikahan kita. Tapi apakan daya Alya bang! Semuanya  atas  kehendak  ibu. Alya tak nak jadi anak yang derhaka. Dengan memenuhi permintaan ibu ini, Alya harap ibu akan menerima Alya. Sudah puas Alya menderita…..semoga dengan pernikahan ini akan beraraklah mendung yang meliputi hati Alya.

            Alya janji, satu hari abang akan dapat kebebasan abang semula,itu janji Alya pada abang. Alya harap abang dapat bersabar ya! Alya tahu abang tak bersalah. Kalau hati tak suka , tak perlulah abang memaksa diri abang untuk menerima Alya.Dapat menjadi isteri abang pun satu rahmat buat Alya. Alya pasrah bang!Bisik Alya dalam hati. Tangannya mengusap lembut rambut suaminya. Dikucup lembut pipi suaminya.

              Mata Ady Ikram terbuka luas bila terasa pipinya disentuh seseorang.

         "Kau buat apa ni Alya? Kau jangan berani nak sentuh aku."Laju saja Ady Ikram duduk. Dahinya terus terhantuk dahi Alya yang sedang duduk berdekatan dengannya.

       "Aduh! " Kedua-duanya mengaduh kesakitan bila dahi mereka terhantuk. Alya mengusap dahinya yang dah terasa benjol. Sakit….. Sudahlah semalam dahinya  terluka . Kini dahinya benjol pula. Memang tak boleh dekat dengan abang Ady ni. Ada saja kecederaan yang terjadi padanya.

        "Alya! Kan aku dah cakap. Kau ni kalau tak susahkan hidup aku memang tak boleh senang,kan? Suka sangat buat aku marah." Dahinya yang dah benjol diusapnya perlahan.

            "Alya cuma nak kejutkan abang bangun . Dah subuh," jawab Alya takut-takut. Kini dia sudah berdiri berhampiran katil Ady Ikram.

            "Lain kali panggil saja aku . Aku bukannya jenis tidur mati. Boleh ke tepi tak? Aku nak lalu." Marah Ady Ikram. Alya menjauhkan diri dari katil. Pagi-pagi dah nak naik angin.

            Setelah Ady Ikram ke bilik air, Alya mengemas tempat tidur. Biar nampak kemas dan sedap mata memandang. Baju Ady Ikram diletaknya  di atas katil bersama dengan kain pelekat. Dia tahu tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Semua tu diketahuinya semasa kursus nikah dulu. Walaupun bukan isteri pilihan suaminya tapi dia kena menjalankan kewajipannya sebagai seorang isteri.Sejadah dibiarkan di atas permaidani supaya mudah abang Ady menunaikan solat.

            Setelah menyediakan segala kelengkapan  buat suaminya dia pun keluar dari bilik menuju ke dapur. Tudung yang tersarung di kepala dibetulkannya. Kedengaran dari arah dapur bunyi orang sedang memasak. Tentu mak Nab dah bangun,bisiknya dalam hati.

      "Assalamualaikum  mak Nab!" Salam diucapkan buat mak Nab yang belum perasaan kehadiran Alya di ruangan dapur itu.

            "Waalaikumussalam……..hai senyap-senyap saja pengantin baru kita ni masuk ke dapur. Nasib baik mak Nab tak bersilat tadi.Kalau tak habislah Alya kena lipat dengan mak Nab" Sempat lagi mak Nab mengusik Alya. Ini yang membuatkan wajah Alya blusher pagi-pagi buta ni.

            "Awalnya Alya bangun? Kenapa tak tidur lama sikit?Alya tak berapa sihat,kan? Semalam mak Nab tidur mati ,langsung tak dengar apa-apa.Maafkan mak Nab , tak jenguk Alya pun semalam. Pagi ini baru datin Aminah beritahu mak Nab."

            "Tak mengapa mak Nab , sikit aje! Alya okey lagi ni." Senyuman diberikan pada mak Nab.

            "Eh! Kenapa kepala Alya ni benjol? Datin Aminah cakap Alya luka saja. Tak cakap pun kepala Alya ni benjol. Nanti tuamkan. Biar cepat susut benjol ini." Kata mak Nab sambil membelek benjol di kepala Alya Maisarah.

            "Sikit saja mak Nab.Terhantuk tadi. Itu yang benjol sedikit." Jawab Alya.

         "Jangan lupa sekejap lagi tuamkan."Arah mak Nab. Alya tak kisah kalau mak Nab nak arah-arah, sebab dia tahu mak Nab sayang padanya.

            "Baiklah mak Nab. Sekejap lagi Alya tuamkan. Mak Nab masak apa pagi ini?" Tanya Alya.

            "Mak Nab nak masak mee goreng dan cucur bawang ikan bilis." Jawab mak Nab.

            "Sedapnya mak Nab. Tak sabar Alya nak makan. Biar Alya bantu mak Nab.,Kesian mak Nab, sorang-sorang buat kerja rumah." Tangannya sudah mencapai daun sawi di atas meja.

            "Tak perlu, Alya pergilah naik ke atas, berehat."Ditepuknya bahu Alya perlahan. Daun sawi diambilnya dari tangan Alya Maisarah.

           "Baiklah mak Nab. Alya naik ke atas dulu."Perlahan langkahnya diatur ke tingkat atas.Tombol pintu dibuka dari luar. Kelihatan Ady Ikram sedang berselimut di atas katil.

       " La !…..sambung tidur rupanya."  Pintu di kunci dari dalam. Pakaian Ady Ikram yang tersangkut di kerusi meja solek dikutip dan dimasukkan ke dalam bakul di bilik air. Dipungutnya tuala yang terdampar di atas permaidani dan dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Bakul itu dibawa keluar dari bilik air dan di tempatkan di sebelah pintu bilik air.

         Baru nampak kemas. Tanpa pengetahuannya , Ady Ikram sengaja  menyepahkan bajunya supaya Alya mengemasnya. Saja nak sakitkan hati Alya Maisarah. Sebenarnya Ady Ikram berpura-pura tidur.
               
            Puas hatinya kalau dapat sakitkan hati Alya. Sakit hatinya kerana Alya menerima lamaran dari Datuk Sulaiman dan Datin Aminah. Kini dia yang terpaksa mengadap muka Alya setiap hari. Ini baru beberapa hari. Kalau seumur hidupnya kena mengadap muka Alya, mahu gila otaknya, gumam Ady Ikram dalam hati.

            Alya melangkah ke sofa berangkai tiga. Tak perasan pula dalam bilik ni ada sofa, kalau dia tahu dah lama dia tidur di sofa.Tubuhnya dilabuhkan ke sofa. Bolehlah aku lelapkan mata sekejap. Gebu juga sofa ini. Mungkin inilah tempat tidur aku setiap malam?Kepalanya dilabuhkan ke lengan kerusi. Kusyen kecil digunakan buat lapik kepalanya. Satu lagi kusyen dipeluknya. Sekejap saja matanya sudah terpejam rapat.

            "Alya! Alya! Bangun…. Dah lewat ni. Kenapa kau tak kejutkan aku? Marah Ady Ikram. Entah bagaimana dia boleh tertidur  setelah berpura-pura tidur tadi.

            Tahu nak marah saja Ady Ikram. Alya mengusap mukanya dengan tapak tangannya.

               
            "Kenapa ni bang? Alya mengantuklah! Alya nak tidur sekejap. Sekejap lagi Alya bangun." Alya memejamkan matanya semula.

            "Kau  memang  suka  buat  aku  marah. Sekarang kau bangun! Tahu tak sekarang kau dah jadi bini orang? Ini yang kau nakkan? Nak sangat jadi bini aku . Mulai hari ini kau kena layan aku . Pergi  siapkan makanan untuk aku. Aku dah lapar!" Baju yang baru dipakainya dicampak ke muka Alya Maisarah. Sengaja nak sakitkan hati Alya. Lambat-lambat Alya mencapai baju yang dicampak  ke mukanya. Wajah Ady Ikram dipandang dengan hati yang pedih.


            "Kenapa? Tak puas hati dengan aku?"Tanya Ady Ikram sebelum masuk ke bilik air.

            Alya menapak ke katil dan mengemas semula katil yang dah berselerak itu. Setelah berpuas hati dia keluar dari bilik itu sambil membawa bakul baju kotor yang diletaknya berhampiran pintu bilik air.  

            "Mak Nab …..maafkan Alya kerana tertidur tadi. " Malu kerana dah pukul 10 pagi baru dia terjaga. Itu pun sebab dikejutkan oleh Ady Ikram.

            "Tak mengapalah Alya, mak Nab tahu Alya tak sihat. Mana Ady?Tanya mak Nab bila dilihatnya Alya Maisarah seorang diri turun ke bawah.

            "Abang Ady tengah mandi mak Nab, sekejap lagi dia turun." jawab Alya.

            "Alya nak makan dulu atau nak tunggu Ady?"  Tanya mak Nab.

            "Tak mengapalah mak Nab, Alya nak tunggu abang Ady. Nanti Alya makan dengan abang Ady. Mak Nab….Alya nak basuh baju. Mana mesin basuh? Tanya Alya Maisarah.

            "Tak payah basuhlah Alya. Letak saja dekat situ, nanti mak Nab basuh. Semua ni kerja mak Nab . Biar mak Nab buat semua tu." Mak Nab  mengambil bakul di tangan Alya.

            "Biarkan saja mak Nab! Itu yang dia nak. Biar saja dia yang basuh semua tu. Nak sangat jadi bini Ady.Dia ingat dia boleh bersenang lenang dalam rumah ni." Ady Ikram terus menuju ke meja makan.

            "Alya!! Mana air aku?" Kuat Ady Ikram menjerit.

            "Inikan airnya Ady, " beritahu mak Nab.

            "Alya ! Buatkan aku air milo panas. Ku nak bagi aku minum air milo yang dah sejuk ni." Marah Ady Ikram. Mak Nab hanya mengelengkan kepalanya.

            "Biar mak Nab yang buatkan, Alya tak sihat. Biar dia berehat Ady." Mak Nab terus ke dapur.

            "Tak payah! Tak payah! Ady nak Alya yang buatkan untuk Ady. Buat apa ada bini kalau nak jaga makan minum Ady pun dia tak mampu." Kata Ady Ikram.

            "Tak mengapalah mak Nab , biar Alya buatkan air milo untuk abang Ady. Mak Nab pergilah buat kerja lain." Alya terus ke dapur. Mak Nab mengikut Alya dari belakang. Risau dengan kesihatan Alya.

            Alya pantas membancuh air milo untuk Ady Ikram. Dia dah biasa membuat air milo untuk Ady Ikram. Selama ini dia yang membancuh air untuk Ady Ikram.Hanya Ady Ikram yang tak tahu.

            "Alyaaa!!!! Jerit Ady Ikram kuat. Tu dia ah! Kalah tarzan panggil bini dia. Gerutu Alya dalam hati.