BAB
7
"Rasakan kau siapa
suruh cari pasal
dengan aku?" Ady Ikram melangkah
menghala ke almari pakaian yang berada di penjuru bilik . Ditinggalkannya Alya
yang masih terbaring di celah katil pengantin mereka. Setelah membuka pintu
almari, dicapainya sehelai baju tidur dan seluar longgar.
Aik! Dari tadi kau tak bergerak,
masih lagi kau nak baring di tepi katil
tu. Memang kau sengaja nak sakitkan hati aku. Gumamnya dalam hati.
"Alya! Alya! Bangun, takkanlah
kau nak tidur celah katil ini?" Tanya Ady Ikram. Alya masih seperti
tadi,hanya mendiamkan diri di celah katil.
"Alya!" Panggil Ady Ikram
lagi. Dihampirinya Alya yang terbaring dicelah katil.Digoncangnya tubuh Alya Maisarah . Tidur mati ke Alya ni?
"Alya!! " Kau jangan nak
berpura-pura tidur pula. Geram melihat Alya yang masih tak bergerak. Alya masih seperti tadi , hanya kaku terbaring di atas lantai. Ady memusingkan Alya
mengadapnya.
"Ya-Allah! Alya….kenapa dengan
kau? Alya kau kenapa ?"Kelam kabut Ady Ikram mencapai tisu dari meja kecil
di tepi katil. Dahi Alya yang berdarah dilap dengan tisu. Mungkin dahi Alya
terkena bucu meja ditepi katil?
"Alya kau jangan takutkan aku.
Maafkan abang Ady." Dahi Alya yang masih berdarah dilapnya lagi. Tubuh
Alya digoncangnya. Tak boleh jadi ni…..kena panggil tuk ayah dan mak tuk. Sebelum
keluar sempat kepala Alya di lapik dengan bantal. Ady Ikram berlari keluar dari
bilik mengetuk pintu bilik Datuk Sulaiman dan Datin Aminah.
"Mak tuk…..tuk ayah…..tolong!
Alya pengsan." Jerit Ady Ikram. Pintu bilik Datin Aminah dan Datuk
Sulaiman diketuknya bertalu-talu. Kalau boleh nak dirobohnya pintu itu.
"Kenapa ni Ady?
Malam-malam buta menjerit?" Datin Aminah bertanya pada Ady Ikram setelah
pintu biliknya di buka.
"Mak tuk! Tolong Ady….Alya pengsan." Ady Ikram terus berlari masuk
ke biliknya.Tak sedar dirinya masih lagi belum memakai pakaian.Hanya bertuala.
"Apa! Alya pengsan." Jeritan datin Aminah sampai ke telinganya
yang dah berada di dalam bilik . Mujurlah sanak saudara telah balik ke rumah
masing-masing.
"Kau buat apa sampai Alya
pengsan ni, Ady?" Soal datin Aminah. Dia juga ikut melutut mengadap Alya
yang sedang pengsan. Kerisauan melanda hatinya. Hatinya sangat sayangkan Alya.
"Ya-Allah sampai berdarah
kepala Alya ni, kenapa Ady?" Datin Aminah masih merenung wajah Ady Ikram.
"Mak tuk…….sebenarnya
Ady….."belum sempat Ady menyambung kata-katanya ,datuk Sulaiman sudah
bersuara.
"Ady…… ambilkan tuk ayah air."
Datuk Sulaiman memeriksa nadi Alya. Ady kembali dengan segayung air paip. Datuk
Sulaiman mengusap muka Alya dengan
air.Wajah Alya kelihatan agak pucat. Muka Alya ditepuknya
beberapa kali supaya Alya sedar. Alya mula sedar dan mengerang kesakitan.
"Ya- Allah ! Sakitnya dahi Alya
mak tuk. Sakit……" Kata Alya dalam keadaan lemah.
"Ady tolong tuk ayah angkat Alya ke atas katil."Permintaan
dari datuk Sulaiman cepat saja di penuhinya. Sekali cempung saja Alya sudah Ady
baringkan di atas katil. Tak sangka Alya yang montel itu boleh diangkatnya dengan mudah sekali. Hatinya dah takut
kalau-kalau mak tuk tahu kecederaan Alya adalah disebabkan dirinya.
"Ady….. call doktor Rashid !" Tanpa menunggu lagi, Ady Ikram terus
meminta doktor Rashid datang ke rumah mereka. Doktor Rashid adalah doktor
peribadi keluarga mereka.
"Kenapa dengan Alya ni Ady ?
Sampai pengsan bini kau ni. Kalau ia pun nak berseronok janganlah ganas sangat.
Tengok sampai tak sempat nak berpakaian," tegur datin Aminah.Matanya memandang
Ady yang masih bertuala.
Baru Ady Ikram perasan
dirinya masih lagi belum berpakaian. Baju yang diambilnya dari almari pakaian tadi jatuh bertaburan di atas lantai. Cepat saja Ady mencapai pakaiannya dan masuk ke bilik air
untuk memakai pakaiannya.
"Mana ada
mak tuk ….Ady tak buat apa-apa pun. "
Kata Ady Ikram sebelum menutup pintu bilik air. Apalah mak tuk. Ingat aku hadap
sangat dengan Alya tu?Tak ada keinginan langsung nak mendekati Alya.
Doktor Rashid yang tiba, memeriksa
Alya yang terbaring lemah. Luka di dahi Alya diperiksanya untuk memastikan
samada luka itu perlu dijahit atau pun tidak.
"Alhamdulillah! Luka di dahi
ini tak perlu dijahit kerana darahnya sudah berhenti dan lukanya hanya sedikit
sahaja." Penerangan dari doktor Rashid membuatkan hati mereka lega. Datuk
Sulaiman mengiringi doktor Rashid hingga ke pintu vila.
"Alya…." panggil datin
Aminah lembut. Kepala Alya diusapnya dengan penuh kasih dan sayang.
"Mak tuk….kenapa dengan
Alya?" Soal Alya ingin tahu. Denyutan didahinya membuatkan dia memegang
dahinya yang bertampal dengan kain pembalut.
"Mak tuk pun tak tahu apa yang berlaku
pada Alya?" Datin Aminah memegang tangan Alya yang sedang meraba dahinya.Alya
cuba mengingati apa yang berlaku?
" Alya jatuh dari katil." Jawab
Alya. Matanya memandang wajah Ady Ikram yang sudah berpeluh. Takut kalau-kalau
Alya menceritakan apa yang berlaku kepada mak tuk.
"Alya cuai tadi mak tuk, sebab
tu terjatuh." Alya lihat dirinya masih lagi memakai gaun pengantin.
Patutlah dari tadi terasa rimas.
"Mak tuk…. Alya nak mandi,
boleh tak mak tuk? "Tanya Alya.
"Sudah lewat ni Alya. Biar mak
tuk lap saja badan Alya ni. Lagipun Alya masih lemah. Buatnya terjatuh dalam
bilik air macam mana?" Tanya Datin Aminah.
"Tapi Alya dah tak tahan dah ni
mak tuk."Malu-malu Alya memberitahu datin Aminah.
"Nak buang air ke? Kalau macam
tu….Ady bawa bini Ady ni ke bilik air." Arah datin Aminah.
"Kenapa pula Ady yang kena
bawa Alya ke bilik air?"Tanya Ady
Ikram. Bodoh punya pertanyaan. Takkanlah nak suruh datin Aminah pula yang bawa
Alya ke bilik air.
"Ady kan suami Alya. Tentulah
Ady yang kena ambil berat pasal Alya." Tegur datin Aminah.
"Tak mengapalah mak tuk, Alya
boleh berjalan sendiri. Alya tak nak
susahkan Ady. Mak tuk masuklah tidur dulu. Hari pun dah lewat ni."Tak nak menyusahkan
datin Aminah. Kaki Alya sudah menjejak di lantai. Pening di kepalanya membuatkan dia
terketar-ketar untuk bangun. Terasa badannya
sungguh lemah. Kenapa dengan aku ni. Aku tak nak susahkan Ady Ikram. Allah
berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini.
Setelah berdiri , dia terhoyong
hayang berjalan setapak demi setapak ke bilik air.
"Ady Ikram!!!" Jerit datin
Aminah.
"Tak nampak ke Alya tu tengah
pening? "Tanya datin Aminah sambil menampar bahu Ady Ikram.Geram melihat Ady
yang masih kaku berdiri.
"Aduh!" Ady Ikram mengusap
bahunya yang di tampar oleh Datin Aminah. Dengan perasaan sebal Ady Ikram
melangkah menghampiri Alya.
"Kau ni menyusahkan orang saja
kerjanya."Rungut Ady Ikram perlahan. Mana dia berani nak cakap kuat , nak mampus kalau
mak tuk dengar. Lengan Alya dicengkamnya kuat hingga berbayang merah
dipergelangan tangan Alya.
Alya Maisarah berjalan perlahan
hingga masuk ke dalam bilik air.Tangan Ady yang mencengkam pergelangan tangannya
di tepis .Sakit hatinya dengan Ady Ikram. Dia mandi walaupun Datin Aminah
melarangnya mandi tadi. Sudah berada di dalam bilik air lebih baik dia mandi.Walaupun
tahu orang perempuan tak elok mandi malam.
Badannya pun dah melekit semacam .
Mukanya dicuci bersih hanya menggunakan sabun mandi. Pencuci mukanya masih
berada di dalam beg . Tak sempat nak ambil tadi.
Setelah mandi barulah Alya perasan
….dia tidak membawa tuala masuk ke bilik air tadi. Terpaksalah dia meminta
tolong dari Ady Ikram. Tak boleh….tak boleh……Aku tak boleh menyusahkan Ady
Ikram.Gumam Alya sendiri.
Pakaian pengantin dipakainya
semula. Mujurlah tak basah. Kalau tidak tak tahulah apa aku nak buat.
Alya membuka pintu dan menapak keluar dari bilik air.
"Lamanya …..mandi ke?"
Soal Ady Ikram . Sibuk nak ambil tahu. Alya hanya mendiamkan diri. Rasa tak
bersemangat nak bercakap. Agaknya diam lebih baik dari bercakap.
Kakinya terus melangkah menghampiri
beg bajunya. Setelah mengeluarkan pakaian tidurnya dia menapak semula ke dalam
bilik air. Tak dipedulikannya Ady Ikram yang sedang menunggu jawapan darinya.
Mujurlah mak tuk dan tuk ayah dah keluar dari bilik.
Selesai berpakaian Alya ke meja
solek. Rambut yang basah tadi dilap dengan lembut.Disikatnya rambut separas
pinggangnya itu dengan jari. Kemudian
diambilnya sehelai kain batik dan dihampar di atas permaidani yang tebal dan
bantal di atas katil diambil buat melapik kepalanya yang masih pening.
Direbahkan badannya yang lemah itu diatas permaidani berlapikkan kain batik
itu. Matanya terus dipejam rapat. Sekejap saja dia sudah tertidur. Enggan lagi melayan
fikirannya yang tengah kacau.Semoga esok menjanjikan kebahagiaan buat dirinya.
Ady Ikram mengelengkan kepalanya.
Ah! Lantak kaulah nak tidur dekat mana pun. Gumam Ady Ikram dalam hati.
Direbahkan badannya di atas katil. Badannya yang keletihan juga memerlukan
rehat. Akhirnya dia juga tertidur.
memang terbaik kak tq ya.
ReplyDeleteKak Reen tak sampai hati nak hampakan permintaan adik akak ni.
ReplyDelete