Reenzarini

Wednesday 22 October 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 20



BAB 20

“Fika, saya berjaya habiskan semua level permainan ini.” Encik Eric tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Mataku ralit memerhati encik Eric. Kacak! Pujiku dalam hati. Ini yang aku lemah dengan encik Eric ini. Senyumannya bagaikan pembunuh bagiku.

“Fika….kenapa awak pandang saya macam tu? Jatuh cinta dengan saya ke?” Bisik encik Eric di telingaku.

Terperanjat aku bila aku lihat encik Eric sudah duduk rapat denganku. Sejak bila dia duduk di sini? Tanyaku dalam hati.

“Hah! Apa encik Eric cakap?” Soalku kembali. Betulkah apa yang aku dengar encik Eric tanya tadi? Jatuh cinta dengan encik Eric? Tidak…..tak mungkin hatiku tersentuh lagi. Tak mungkin aku dilanda perasaan ini lagi. Tak mungkinnn….

Tiba-tiba saja encik Eric tergelak. Gila apa boss aku ni.

“Kenapa encik Eric ketawa?” Aku bertanya pada encik Eric yang masih tergelak.

“Awak tu dari tadi asyik pandang wajah saya. Awak sukakan saya ke?”

“Mana ada saya sukakan encik Eric.” Jawabku. Kenapa la dia boleh tanya aku pasal ini.

“Jadi….maksudnya awak bencikan saya?” Soal encik Eric.

“Saya tak benci …..saya sukakan encik.” Erk! Apa aku cakap ni.

“Bukan….bukan….Bukan macam tu.”Aku gawangkan tanganku di hadapan encik Eric. Menidakkan apa yang aku cakap tadi. Hish ! Dia ni buat aku gelabah saja.

“Encik Eric jangan tanya lagi boleh tak?” Aku muncungkan mulutku, tanda sudah geram dengan encik Eric.

“Buat mulut macam tu lagi comel. Geramnya saya tengok.” Encik Eric tergelak lagi. Dia kembali ke kerusinya.

Aku menjeling encik Eric. Aku cakap betul dia main-main pula. Dah memang stail aku kalau geram aku akan muncungkan mulut aku. Geramnya!

“Okey! Kita lupakan dulu soal ini. Satu hari nanti saya tuntut jawapan dari awak. Fika ….saya dah berjaya.” Beritahu encik Eric sambil tersenyum. Lebar senyumannya.

“Berjaya apa encik Eric?” Soalku. Masih tak faham apa yang dikatakan oleh encik Eric.

           “Sudah berbulan saya cuba menghabiskan permainan angry bird ini. Akhirnya saya berjaya juga menghabiskan kesemua levelnya.” Makin lebar senyuman Eric.

           “Laa! Yang sibuk tadi tu, sedang menghabiskan permainan angry bird tu la ya?” Tanyaku pada encik Eric. Rasa nak tergelak pun ada. Apa kelas main angry bird? Boss syarikat besar macam encik Eric main permainan angry bird. Macam tak percaya pun ada. Tapi dah ada bukti di depan mata pun. Kenalah percaya.

            “Kenapa tak boleh ke?” Soal encik Eric.

            “Bukan tak boleh.  Banyak lagi permainan yang lebih mencabar. Angry bird juga yang encik Eric pilih.” Aku menahan ketawaku.

            Tapi bila encik Eric ketawa. Pecah juga ketawaku.

            “Saja saya nak release tension. Banyak sangat bekerja.”

“Orang kalau nak  release tension pergilah bercuti. Baru best.”

“Pergi sendiri tak seronok.” Jawab encik Eric.

“Pergilah dengan kawan-kawan encik Eric.” Aku bagi cadangan pada encik Eric.

“Semua mereka sibuk dengan kerjaya masing-masing.”

“Kahwinlah. Ada juga orang yang temankan encik Eric.” Sekali lagi aku bagi cadangan pada encik Eric.

“Saya tunggu Fika.” Ujar encik Eric sambil tersenyum. Senyuman yang boleh membunuh.

“Erkk! Encikkkk!!" Jeritku kerana geram. Ada pula main-mainkan orang. Muncungku dah sedepa.

Tergelak Eric melihat tingkah gadis itu. Comel! Terhibur setiap kali berbual dengan Fika.

Tok! Tok! Tok! Pintu yang diketuk membuatkan kami memandang kearah pintu.

“Masuk!”

“Boss! Boleh I jumpa you sekejap.” Tanya Ray. Di tangannya ada beberapa gulung kertas.

“Boleh,” jawab encik Eric.

“Hai si cantik manis! Setiap hari I tengok you semakin manis. Apa rahsia you?” Ray menegurku. Suka sangat memanggilku si cantik manis. Buat malu aku saja. Langsung tak sesuai dengan aku.

Aku hanya tersenyum pada Ray. Beberapa hari bekerja di sini aku sudah lali dengan perangai Ray. Tak habis-habis dengan kata-kata manisnya.

Ray duduk di sebelahku.

“Fika…..tengahari temankan I pergi lunch!”Ajak Raymond sambil memandang wajah jelita di sebelahnya.

“Fika puasa tak boleh keluar makan.” Jawab encik Eric sambil menumpukan perhatian pada laptop di depannya.

Eh! Bila masa aku puasa? Pandai-pandai saja dia cari alasan untuk aku. Tapi baik juga macam tu. Dapatlah aku mengelak dari Ray.  Setiap hari ada saja bahasa manisnya.

“Puasa, bukankah puasa bulan depan/”Soal Raymond ingin tahu.

“Puasa ganti!” Jawab encik Eric. Matanya masih pada laptop.

“Fika! Kerja yang saya bagi tu cepat siapkan. Pukul dua nanti saya nak atas meja saya. Asap!” Serius encik Eric berkata.

“Terlepas lagi. Kalau tak boleh lunch. Kita pergi makan malam ke tengok wayang ke?” Ray masih lagi mencuba tanpa jemu mengajak aku keluar.

“Fika tak suka tengok wayang. Gelap!” Alasan encik Eric berikan pada Ray sekali lagi. Memang tak masuk di akal alasan yang diberi.

“La tengok wayang mestilah dalam gelap. Ada ke orang tengok wayang dalam cahaya terang.” Jawab Raymond sambil tergelak.

Aku pandang wajah encik Eric. Mana dia tahu aku tak berapa suka tengok wayang? Bukan tak suka tapi hanya tak berapa nak suka saja. Getusku dalam hati.

“Jangan pandang saya. Semua tu Am yang cakap.”

“Habis bila Fika ada masa lapang?” Soal Ray lagi.

“Fika sibuk! Dia kena siapkan semua kerja yang I bagi. You jangan ganggu dia. You pergilah ajak teman wanita you yang ramai tu.” Encik Eric menjawab bagiku. Terasa legalah juga bila ada alasan aku untuk menolak ajakkan dari Ray itu.

Kerja apa yang encik Eric cakap ni? Mana ada kerja yang dia bagi pada aku. Yang ada pun hanyalah tentang cek pembayaran projek-projek yang sedang dijalankan. Aku pandang wajah encik Eric. Mohon penjelasan darinya.

“Ada apa you jumpa I , Ray?” Soal encik Eric.

“Oh! Terlupa pula I nak bagi you sample kertas dinding ini.” Beberapa sample dihulurkan pada encik Eric.

“Ini saja?”  Encik Eric pandang Ray yang duduk di hadapannya.

“Itu saja,” jawab Ray sambil mengerutkan keningnya.

You keluar dulu. I ada hal nak bincang dengan Fika.” Kalau boleh Eric mahu Ray jauh dari kekasih hatinya.

“Okey! I keluar dulu. Cik adik manis lain kali kita keluar makan bersama. Janji tau!” Ucap Ray sambil tersenyum padaku.

Aku hanya membalas senyumannya. Tak tahu apa alasan yang harus aku berikan.

“Ehem! Ehem! Tak habis lagi senyum tu?” Serius encik Eric pandang aku.

Apa kena dengan encik Eric ini? Sekejap elok sekejap macam orang tak betul.

“Saya dengar tadi Fika nak belanja saya makan tengahari. Bila?” Soal Eric ingin tahu.

            Lunch. Hari ini.”

“ Hari ini tak boleh.. Saya dah ada temu janji. Tak boleh batalkan nanti berdosa. Janji haruslah ditepati.”

            “Temu janji dengan client ke?” Soalku kembali.

            “Bukan. Tapi temu janji istimewa. Mana boleh batal.”  Eric berkata sambil  tersenyum.

            “Tak mengapalah. Tak ada rezeki encik Eric nak buat macam mana. Saya keluar dulu.” Kenapa aku rasa kecewa tak dapat keluar makan dengan encik Eric? Mungkin sebab aku masih terhutang budi pada encik Eric kerana menerima aku bekerja di sini.

            “Fika…..apa kata malam nanti awak belanja saya, boleh?” Eric memandang wajahku sambil menanti jawapan dariku.
           
“Betulkah encik Eric?” Tanyaku kembali. Mataku kembali bercahaya. Entah kenapa aku boleh tersuka pula nak pergi makan dengan encik Eric? Tak faham betul dengan perangai aku akhir-akhir ini.

            “Malam nanti saya pergi jemput awak. Suka?”

Macam tahu-tahu saja encik Eric ni. Gerutu aku dalam hati.

“Baiklah encik Eric.”  Persetujuan aku berikan pada encik Eric
           
“Encik Eric, bolehkah saya ajak Aniza dan abang Am dengan isterinya sekali?” Pergi ramai-ramai lebih selesa. Tak adalah kami berdua saja yang pergi. Kekok pula aku rasa.
           
“Fika…..boleh tak awak panggil saya, Eric. Tak payahlah nak berencik dengan saya. Apa kata mulai hari ini anggap saja saya kawan awak.”

            “Tapi encik Eric boss saya. Tak manis saya panggil nama saja.” Jawabku.

            “Baiklah Fika sayang. Ikut suka awaklah nak panggil apa pun. Nak panggil abang pun boleh macam awak panggil Am tu!” Usik Eric.

“Tak nak…. nak panggil encik Eric juga.” Tegasku.

“Okey! Suka hati awaklah Fika.” Kalau dah kahwin kena panggil abang tau. Hanya dalam hati Eric berani berkata.

“Boleh tak saya ajak Aniza dengan abang Am dan isterinya makan malam sekali dengan kita?”

            “Tak boleh! Malam ini  temu janji untuk   kita berdua saja.” Ujar encik Eric.



Jam di pergelangan tangannya dibelek. Fika….. Saya dah terlewat. Saya pergi dulu.” Tergesa-gesa Eric keluar dari pejabatnya. Aku juga keluar dari bilik itu bersama dengannya.

            “Fika tolong kuncikan pintu office saya. Kuncinya minta dengan kak Milah.” Ucap encik Eric tanpa menoleh lagi. Laju langkahnya meninggalkan tempat itu.

“Nak jumpa kekasihlah tu.” Bisikku perlahan. Hatiku tiba-tiba rasa cemburu. Eh! Kenapa pula nak cemburu?Buang masa nak cemburu buta. Gerutuku dalam hati.

“Kak Milah…… mana kunci pintu pejabat encik Eric? Encik Eric minta saya kuncikan pintunya.”

“Mana encik Eric?” Tanya Jamilah. Dia ialah kerani di situ. 

            “Dah pergi. Tergesa-gesa, nak jumpa kekasih kut?” Ucap Fika geram. Kenapa dengan aku? Biarlah dia nak jumpa dengan kekasih hatinya. Kenapa aku ambil hati pula?

            “Yalah! Kekasih abadi.”Jamilah ketawa. Dia tahu ke mana encik Eric pergi.

“Memang nak jumpa kekasih. Kekasih hati saya sedang menunggu. Cemburu ke? Okey! Jangan lupa jumpa malam nanti.” Tergesa-gesa encik Eric pergi dari situ selepas masuk semula kerana tertinggal kunci keretanya.

“Kak Milah mana kuncinya?” Tanyaku lagi setelah terperanjat dengan encik Eric tadi.

“Nah! Ini kuncinya.” Segugus kunci dari meja Selina , kak Milah hulurkan padaku.Tanpa berlengah  aku ke bilik encik Eric. Mula-mula aku pastikan aircond ditutup. Barulah aku keluar dari bilik encik Eric.

“Fika!! Kau buat apa tu?”Suara menjerit kedengaran di belakangku. Telan rimau  gamaknya orang ni.. Garang gila.

“Encik Eric minta saya kuncikan pintu biliknya.” Jawabku sambil menutup pintu pejabat encik Eric.

“Ini kerja aku. Kau janganlah menyibuk.” Tubuhku ditolak kasar. Tak sempat aku nak kunci pintu itu.

Mujur aku sempat berpaut di dinding. Kenapa dengan Selina? Tak bolehkah berlembut sikit.

“Selina! Kenapa kau tolak Fika?” Tanya kak Milah.

“Ini kerja saya kak Milah. Kenapa pula dia yang sibuk nak buat.” Pintu bilik itu dikunci dan kunci di simpan di dalam laci mejanya.

“Encik Eric yang minta Fika kuncikan biliknya. Kau tu merayap ke mana?” Tanya kak Milah.

“Saya ke toilet sekejap tadi.” Jawab Selina. Tubuh Fika yang masih berdiri di hadapan bilik encik Eric dijeling sekilas.

“Sekejap apa dah hampir sejam kau pergi. Berak batu ke?” Sempat kak Milah perli Selina.

“Saya sakit perut.” Selina menekan perutnya.

“Sakit perut. Tadi bukan main kuat lagi kau tolak Fika. Sakit perut apa macam tu?” Bidas kak Milah lagi.

“Fika okey?” Tanya kak Milah setelah menghampiriku.

Aku anggukkan kepalaku.

“Lain kali jangan sibuk nak buat kerja orang.” Amaran Selina berikan padaku.

“Kalau kau tak berak batu tak adalah boss suruh Fika kunci pintu bilik dia.” Bidas kak Milah kerana geram.

“Kak Milah! Saya sakit perutlah bukan berak batu.” Marah Selina pada kak Milah.

Aku sembunyikan senyumanku. Perlahan aku menapak masuk ke bilikku. Malas nak masuk campur. Biarlah kak Milah yang basuh otak Selina tu. Suka dia saja nak tengking dan tolak orang. Nasib baik tak cedera.
 


 Semoga terhibur . Kali ini atas permintaan baby mio , kak Reen tulis lebih panjang. Suka tak ? Komen dari pembaca semua amat kak Reen hargai.Jgn lupa komen.

 

Wednesday 15 October 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 19



BAB 19

“Eric…..you dah nak balik ke?” Soal Susan setelah menghampiri Eric. Lelaki pujaannya dalam diam.

“Yes!” Jawab Eric tanpa memandang wajah Susan. 

Encik Eric membantu aku menarik tali pinggang keselamatan yang tersangkut di celah kerusi. Masa ini jugalah nak tersangkut.

“ Eric……I nak minta tolong you hantarkan I balik.” Rengek Susan. Naik geli telinga aku mendengar rengekan wanita itu.

“Kereta you mana?”  Soal Eric Lim.

“Rosak. I Dah hantar ke bengkel.” Beritahu Susan dengan harapan Eric sudi menghantarnya balik.

Sorry! I nak cepat. Tak boleh hantar you balik.” Eric sudah berdiri mengadap Susan.

“Eric! Siapa perempuan ni?” Soal Susan. Matanya tajam merenung perempuan yang sedang duduk di dalam kereta Eric. Baru kini dia perasankan gadis itu.


Hish! Cara dia soal macam encik Eric tu laki dia.Gerutu aku dalam hati.

“Oh! Terlupa pula I nak kenalkan you.  Cik Afika Najwa adalah staf baru dekat syarikat I.”

“Hai!” Ucapku sambil menghulurkan tangan pada wanita yang dipanggil Susan itu.

Susan menjeling gadis itu. Menyampah bila ada yang rapat dengan Eric.

“Staf baru? Ericcc…. kenapa I tak tahu pun you nak ambil staf baru?” Agak kuat wanita yang bernama Susan itu berkata.

“ Eh! I kena bagitahu you ke? I boss….suka hati I la nak ambil siapa pun.” Jawab Eric.

Terus terdiam Susan. Malu dengan gadis yang diperkenalkan dengannya.

“Fika…..kenalkan, ini Susan ……pegawai pemasaran di syarikat kita.” Senyuman aku berikan pada Susan setelah encik Eric memperkenalkan kami.

“Apa khabar? Selamat berkenalan.” Ucapku ramah. Sekali lagi aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dari dalam kereta.

Hanya hujung jariku di sentuh oleh Susan. Jijik sangat ke nak pegang tangan aku?Ah! Sudahlah. Ada aku kisah? Gumamku dalam hati.

Sorry Susan! I dah lewat ni.” Tanpa berlengah encik Eric terus masuk ke bahagian pemandu.

“Eric! Takkanlah you tak boleh tumpangkan I balik?” Rengek Susan lagi.

“Macam mana I nak hantar you balik? Kereta I cuma ada dua seat saja.Kalau you nak duduk atas bumbung boleh saja!” Eric ketawa bila melihat Susan menghentak kasutnya di tar. Tiba-tiba saja Susan hilang keseimbangan. Dia jatuh terduduk di atas tar.

Aku yang melihat Susan jatuh terus menutup mulutku dengan tapak tanganku. Terperanjat aku.

You okey tak ni Susan?” Soal Eric dari dalam kereta. Cermin kereta sudah separuh diturunkannya.

“Eric……tolong I. Kaki I dah terseliuh.” Rengek Susan sambil mengosok pergelangan kaki yang terasa sakit.

Lagi lama aku dekat sini. Muntah hijau gamaknya aku. Aku mana boleh tengok orang gedik sikit mulalah aku nak muntah.

“Tak mengapalah encik Eric. Saya boleh balik naik bas. Encik Eric hantarlah Susan balik. Kesian dia.” Aku tanggalkan tali pinggang keselamatan di tubuhku.

“Tak perlu!” Encik Eric menahan aku dari membuka tali pinggang keselamatan.

“Ray!” Encik Eric memanggil seorang lelaki yang baru saja tiba di kawasan parkir kereta.

Lelaki yang dipanggil Ray tadi menghampiri encik Eric yang berada di tempat duduk pemandu. Pintu kereta dibuka encik Eric.

“Kenapa boss?” Tanya lelaki yang bernama Ray itu sambil tersenyum padaku. Aku balas senyumannya. Takkan nak sombong pula.

Encik Eric menjeling padaku. Terus aku pandang ke depan.

“Ray! Hantar Susan balik. Kakinya terseliuh.” Arah encik Eric.

“Okey! Okey! Boss, siapa si cantik manis ni?” Soal Ray. Dia berada di sebelah pintu kereta yang terbuka.

“Staf baru dekat syarikat.” Jawab Eric.

“Hai! Saya Ray. Selamat berkenalan.” Tangan dihulurkan untuk salam perkenalan.

Encik Eric menyambut huluran tangan Ray itu. “Bukan mahram tak boleh salam.”

“Boss ni tak bagi peluang langsung.” Rungut Ray.

“Peluang apa? Peluang nak kacau anak dara orang.” Pintu kereta ditutupnya. Encik Eric memandu keluar dari kawasan pakir kereta.

“Jangan layan Ray tu. Playboy.” Pesan encik Eric tanpa memandang wajahku.

Aku hanya anggukkan kepala.

**********
Kini…. sudah  seminggu aku bekerja dengan Syarikat Maple. Semuanya atas jasa encik Eric. Tak sangka encik Eric adalah ceo dekat situ.

            Tok! Tok! Tok! Kedengaran suara memberi kebenaran masuk. Perlahan aku menolak pintu.

Good morning Encik Eric…..boleh saya masuk?” Tanyaku pada encik Eric.

Yes….masuklah Fika.” Tangannya sudah mengamit aku masuk. Matanya kembali merenung di laptop. Sibuk tangannya menekan laptop.

“Jemputlah duduk Fika.” Dipersilakan gadis itu duduk tanpa memandang wajah gadis itu.
           
“Encik Eric……tengahari encik Eric sibuk tak?” Soalku. Encik Eric masih dengan kerja-kerjanya menekan laptop.  Sibuk sangat ke? Langsung tak memandang aku.

            “Kenapa?” Tanya encik Eric. Matanya masih memandang laptop.

“Saya bercadang nak ajak encik Eric makan di luar. Saya pernah berjanji nak belanja encik kalau saya dapat kerja. Itu pun kalau encik Eric tak sibuk. Tapi saya tengok encik Eric sibuk sangat. Mungkin lain kali saja.” Ucapku.
           
            “Bingo! Berjaya juga,” jerit encik Eric.

“Oh mak kau!” Terperanjatnya aku dengan jeritan encik Eric yang tiba-tiba tu.