Reenzarini

Sunday 5 October 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 17




BAB 17

“Tak perlu nak berebut. Saya boleh bagi elok-elok.” Jaket yang tersarung di badan aku buka dan serahkan pada gadis itu.

Encik Eric pun satu hal.Kenapa jaket kepunyaan orang lain diberinya pada aku?

“Kau dah curi jaket boss, kurang ajar pula.” Selina mengangkat tangan untuk menampar pipi gadis itu.

Aku menahan tangan gadis itu dari menampar pipiku. Tadi dah lukakan dahi aku. Ingat aku nak biarkan dia tampar muka aku. Silap banyaklah.

Alisa menghalang Selina menghampiri cik Afika. Tubuh Selina dijauhkan dari gadis itu.

“Selina sudahlah.” Nasihat Alisa.

“Mana boleh biarkan dia pergi macam tu saja. Entah apa barang lagi yang diambilnya dari bilik boss.” Mata Selina tajam merenung gadis di depannya.

“Sudahlah Selina. Aku yakin tak ada apa yang diambilnya dari bilik boss.”

“Kau bernasib baik kerana Alisa selamatkan kau.Kalau ikutkan hati, aku serahkan kau pada polis!” Tubuh Alisa yang menghalangnya ditolak ke tepi.

Alisa mengelengkan kepalanya dengan perangai Selina itu.

“Cik ni Afika Najwa kan?” Soal Alisa. Wajah jelita di depannya dipandang lama. Patutlah boss suruh layan elok-elok. Cantik orangnya. Apakah hubungan boss dengan gadis ini? Soal Alisa dalam hati.

“Ya, saya Afika Najwa. Panggil saja Fika.” Jawabku. Dahi yang berdarah tadi aku tekap dengan tissue.

“Cik Afika boleh tunggu di luar. Sekejap lagi nama cik akan dipanggil.” Beritahu Alisa sambil tersenyum pada gadis itu. Nak cari pasal dengan encik Eric. Tadi encik Eric dah bagitahu suruh layan gadis itu baik-baik.

“Terima kasih, saya keluar dulu.” Tanpa berlengah aku keluar dari bilik itu.

“Alisa! Kenapa kau biarkan perempuan itu?” Bentak Selina.

“Afika Najwa itu kenalan boss. Boss yang benarkan dia guna bilik air boss.” Terang Alisa sebelum keluar dari pejabat boss. Malas dia nak layan orang macam Selina. Tanpa usul periksa nak serang orang. Nasiblah kalau boss tahu.

**********
Aku duduk menunggu giliranku dipanggil. Ke mana pula lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Eric tadi? Dia tak kerja di bahagian ini ke? Tanyaku  dalam hati.

“Cik Fika. Jemput masuk.” Panggil gadis yang memperkenalkan namanya Alisa.

“Ya, saya.” Jawabku sambil melangkah agak lemah. Mungkin sebab kejadian tadi  membuatkan aku hilang mood nak temuduga. Dahiku pula terasa berdenyut sakit. Rasa nak pengsan pun ada. Pandangan mataku pun sekejap terang sekejap gelap.

            “Cik Fika boleh masuk sekarang.” Pintu bilik temuduga di bukakan untukku.

“Terima kasih kak,” ucapku sambil tersenyum pada Alisa.

“Sama-sama,” jawab Alisa sambil  membalas senyumanku.

“Assalamualaikum……Bila aku pandang orang yang akan temuduga aku, pandangan mataku terus gelap.

**********

Aku mengeliat sambil memeluk bantal pelukku. Nyamannya tidur. Terasa hawa dingin yang terpasang menyapa wajahku. Sejuk terasa. Tanganku cuba mengagau mencari selimut.  Mana pula selimut kesayangan aku itu?

 Aku membuka mataku. Di manakah aku berada? Ini bukan hospital. Rasanya aku pernah berada di sini? Aku pandang di sekeliling bilik. Perlahan aku duduk di sofa berangkai tiga. Kepalaku, aku usap dengan jari bila terasa ada sesuatu di dahiku.

“Aduh! Sakit……”ucapku tanpa sedar.

“Dia dah bangun boss.” Ujar seorang wanita. Seorang lelaki yang berada tak jauh dari situ menerpa kearahku.

 Siapa lelaki ini? Soalku dalam hati. Aku pandang lama lelaki itu. Encik Eric! Ucapku dalam hati.

“Eloklah awak dah sedar? Kak Lia buatkan dia milo suam.” Arah Eric pada kak Lia.

“Baiklah encik, saya keluar sekejap.” Aku pandang orang yang dipanggil kak Lia. Siapakah dia? Aku tak kenal siapa wanita itu. Apa yang berlaku padaku? Gerutu aku dalam hati.

“Kenapa dengan saya encik Eric?” Tanyaku sambil cuba menanggalkan sesuatu di dahiku.

“Jangan buang. Kepala awak luka.” Tangan Eric menggenggam jari jemariku dari membuka kain yang menutup lukaku itu. Bergetar dadaku bila jari jemariku berada dalam gengaman tangan Eric. Amer pun tak pernah memegang jari jemari aku.

Ish! Kenapa diingat lagi pada lelaki itu. Hati kenapa kau berdebar? Tangan kiriku memegang dadaku

“Apa kena dengan kepala saya ini encik?” Langsung aku tak ingat apa-apa.  Aku menarik perlahan jari jemariku dari genggaman encik Eric.

“Tadi awak terjatuh dalam bilik temuduga. Entah-entah awak dah hilang banyak darah tak? Sebab tu awak pitam.” Soal encik Eric padaku.

Ish! Ada pula macam tu? Banyak sangatkah darah yang keluar. Eh! Nanti dulu. Darah yang dimaksudkan oleh encik Eric ini darah apa? Seketika aku berfikir.Oh! Itu maksud encik Eric rupanya.Boleh lagi dia ingat pasal tu.

“Bukan pasal tu la encik, saya terperanjat tengok encik saja tadi.” Jawabku malu-malu.

“Kenapa dengan kepala saya ini encik Eric?”Tanyaku ingin tahu.

“Kepala awak terhantuk ke bucu meja masa awak pengsan tadi. Kenapa pula awak nak terperanjat tengok saya? Handsome sangat ke saya?” Tanya Eric sambil tergelak.

Lawak sangatlah tu. Aku jeling sekali. Terus terdiam encik Eric.Tahu takut.

Tok….tok…..tok. Bila pintu terbuka kelihatan wanita yang dipanggil kak Lia membawa dulang kecil yang berisikan mug.

“Boss ini milo suam yang boss minta tadi.” Beritahu kak Lia pada encik Eric.

“Saya keluar dulu boss. Nak siapkan kerja-kerja yang belum siap.”

“Baiklah kak Lia.” Tinggallah aku mengadap lelaki yang di panggil boss itu. Eh! Encik Eric ini boss ke? Tanyaku dalam hati.

“Minum dulu milo ini. Saya dah suruh kak Lia buatkan milo suam untuk awak.” Mug tadi di hulurkan padaku.

Hati-hati aku menyambut mug yang di hulurkan padaku.

Aku teguk sedikit air milo itu. Tak adalah panas sangat.  Aku minum air milo tu hingga tak berbaki lagi. Dahaga sangat.

“Terima kasih encik,” ucapku lembut.

“Makan ni buat alas perut. Tengahari tadi pun awak tak makan apa-apa.” Piring berisikan sekeping pizza di hulurkannya padaku.

“Terima kasih.” Ucapku sambil menyambut piring pizza.

“Encik tak makan ke?” Soalku.

“Saya dah makan tadi.” Jawab Eric.

Selesai membaca doa makan aku terus menyuap pizza itu ke mulutku. Lapar-lapar  macam ni sedap pula aku makan. Tapi mulut aku, walau sesedap macam mana pun aku hanya makan sekeping pizza saja.

Jam di pergelangan  tangan kananku aku belek. Beberapa kali aku usap kelopak mataku. Mati pula jam ni. Maklumlah jam dari pasar malam. Nak kena beli jam baru ni. Alah! Bukan mahal pun. Sepuluh ringgit saja.

“Sekarang dah pukul berapa encik? Jam saya dah rosak. Maklumlah jam pasar malam.”

 Eric memandang jam di pergelangan tangannya.


*Maaf tadi silap masukkan n3.Harap-harap pembaca semua terhibur.

No comments:

Post a Comment