Reenzarini

Tuesday 30 September 2014

AL- FATIHAH

Al-Fatihah buat pelajar dari sekolah men. Syed Alwi yang terjatuh dari bumbung dewan bestari.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama golongan yang beriman. Buat ibubapa pelajar itu bersabarlah. Sudah itu janjinya dengan ALLAH. Memang senang kita berkata tapi yg mengalaminya dalam kesedihan.

Pagi tadi seorang guru telefon my hubby supaya pergi sekolah kerana seorang pelajar ting. 3 telah meninggal dunia. Sewaktu hubby sampai ke sekolah seorang guru wanita juga jiran kak Reen menangis. Hubby kak Reen dah gelisah. Apa hal pula cik gu ni menangis. Kebetulan anak kak Reen juga ting. 3 dan seorang lagi ting. 6. Bila tahu kejadian yang sebenar barulah lega hati hubby kak Reen. Tapi sedih juga kerana kemungkinan pelajar itu adalah jiran sebelah taman perumahan kak Reen. Sejam yg lalu belum lagi dapat dicam kerana wajahnya berdarah dan guru-guru sedang buat pengecaman. Semoga dipermudahkan segalanya.

Kak Reen yg sedang memasak ketika itu hanya ALLAH yang tahu hati kak Reen bagaimana. Hanya yg dapat kak Reen berdoa. Selamatkanlah anak-anakku.

Hanya dlm 5 minit saja hubby berada di sekolah kerana ramai polis yg berada di sekolah dan tak nak ganggu mereka buat kerja.. Bila balik ke rumah hubby cerita apa yg berlaku barulah hati kak Reen lega. Bila tahu kemungkinan anak jiran taman bersebelahan dgn rumah kak Reen. Kak Reen jadi sedih semula. Kak Reen juga seorang ibu. Tahu bagaimana hati seorang ibu.

Arwah dikatakan hendak mengambil bola takraw yg terjatuh atas bumbung dewan.Arwah adalah seorang budak yg baik. Semua cikgu sayangkan arwah. Arwah selalu membantu di masjid depan rumah kak Reen setiap kali jumaat. Kira kerja gulung karpet tu kerja arwah setiap kali solat Jumaat.

Yang pergi biarkanlah pergi. Doakanlah untuk arwah. Jangan di buat spekulasi yg bukan-bukan. Kesian keluarga arwah. Jgn. diaibkan arwah. Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment