BAB
14
“Fika!”
Hilang segala lamunanku bila dikejutkan dengan jeritan Aniza. Suka sangat menjerit.
Buat aku terperanjat saja.
“Astagfirullahalazim. Aku di sini,”
jawabku sambil meraup wajahku.
“La! Suka sangat duduk termenung.
Sudah-sudahlah Fika. Lupakan dia. Masih ramai lagi lelaki di luar sana yang
lebih baik dari Amer.” Nasihat Aniza bila dilihatnya aku duduk bersendiri di
situ.
“Aku
bukan apa Niza, aku sedih sangat bila teringatkan harapan aku yang tak tercapai tu.
“Tak
usah nak sedih lagi. Orang tu dok seronok. Kau dekat sini bersedih. Buang masa saja.
Lupakan saja Amer tu. Binalah hidup baru.” Nasihat Aniza padaku.
“Betul
cakap kau. Seteruk mana pun aku bersedih
Amer tak mungkin kembali pada aku. Aku janji Aniza, mulai hari ini aku akan
buang jauh-jauh kenangan kami.” Baru aku sedar hidup harus aku teruskan tanpa abang
Amer di sisiku. Rahsia ALLAH tiada siapa pun yang tahu.
“Baiklah
Fika. Aku pegang janji kau. Jangan lepas ini kau meroyan nakkan Amer pula.” Ujar Aniza. Sedapnya mulut mengata
orang.
“Itu tak akan terjadi Niza.” Janjiku pada Aniza.
“Fika,
Tadi abang Am ada bagi tahu aku. Ada temuduga sebagai akauntan dekat Syarikat
Maple. Syarikat tu kepunyaan family
kawan abang Am. Kalau kau nak abang Am boleh aturkan temuduga untuk kau. Nak
tak Fika?” Soal Aniza ingin tahu.
“Naklah!
Siapa yang tak nak kerja? Jauh tak dari sini?”Tanyaku pada Aniza.
“Dekat
saja, tak jauh dari sini. Apa kata kau pergi temuduga. Mana tahu rezeki kau,
dapatlah kau kerja dekat situ.” Cadang Aniza kepadaku.
“Bila
Niza?”Tanyaku berminat.
“Tarikhnya, minggu depan. Hari
isnin, pukul lapan setengah pagi. Kau pergilah temuduga dulu, mana tahu rezeki
kau. Nanti abang Am akan uruskan dengan kawannya tu.”
“Baiklah Aniza, nanti aku pergi temuduga.
Doakan aku berjaya.” Fika….mulakan hidup baru, lupakan masa lalu. Pandang ke
depan. Azamku dalam hati.
“Okey! Nanti aku bagi tahu abang
Am.” Kata Aniza sebelum keluar dari bilikku.
“Sudah-sudahlah
termenung tu. Tak takut ke, buatnya ada yang terbang di udara?” Soal Aniza
sambil ketawa sebelum berlalu pergi.
Hish!
Aniza ni meremang pula bulu roma aku. Baik aku masuk ke dalam. Kalau betul
benda tu terbang depan aku, boleh pengsan aku. Sudahlah aku ni penakut orangnya.
Pintu
gelongsor aku tutup perlahan. Badan yang lemah aku rebahkan ke tilam. Aku memejamkan mataku.
Cuba memujuk mataku lena. Akhirnya aku terlena juga.Walaupun tidurku lena tapi
diganggu pula mimpi yang mengerikan.
“Sayang…..push sayang. Sayang boleh, demi anak
kita.” Jari jemari aku digenggam erat oleh seorang lelaki. Tetapi wajahnya
kurang jelas dipenglihatanku. Telingaku menangkap suara memberikan dorongan
padaku.
“Abang
sakit,” ucapku lemah. Kesakitan di perutku sudah tak tertanggung. Terasa
kepalaku diusap lembut. Dahiku dikucup lelaki itu.
“Sayang….bertahan
demi anak kita.” Ujar lelaki itu padaku. Peluh di dahiku dilapnya dengan
lembut. Jari jemariku masih dalam genggamannya.
“Puan,
bila saya kata push….puan push sekali lagi.” Seorang doktor wanita memberikan
tunjuk ajar padaku.
Aku
hanya menganggukkan kepalaku. Tiba-tiba kesakitan datang lagi.
“Puan,
push …..lagi…. puan…..lagi.” Dengan sekuat hati aku terus meneran hingga aku
menjadi lemah.
Tiba-tiba
terdengar suara tangisan bayi menangis. Seorang doktor meletak seorang bayi di
atas dadaku. Anak siapakah ini? Comelnya.
“Tahniah
puan, puan mendapat seorang bayi lelaki.”
“Terima
kasih sayang, comelnya anak kita.” Dahiku dikucup lembut oleh lelaki itu.
“Ya
ALLAH! Jeritku. Peluh merenik di dahiku sewaktu aku terjaga dari mimpi tadi.
Aku memegang perutku. Mujurlah hanya mimpi.
Fuh! Seramnya bila terkenangkan
mimpi tadi. Terdengar-dengar suara tangisan bayi tadi. Masih terasa bagaimana
sakitnya semasa hendak melahirkan anak itu. Macam betul-betul aku yang
bersalin. Mujurlah hanya mimpi saja. Lega….
Sampai ke pagi aku tak dapat
melelapkan mata. Takut kalau mimpi itu berulang kembali.
**********
**********
Amer
Rafik termenung setelah membersihkan diri. Tak sangka begini kesudahan
hubungannya dengan Fika. Entah ke mana Fika membawa diri? Tubuhnya dibawa
baring merehatkan badan yang keletihan kerana kenduri siang tadi.
Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan di pintu
tidak dipedulikannya. Matanya dipejam rapat. Enggan melihat wajah yang
membuatkan hatinya panas.
“Abang Amer, mak panggil makan.” Panggil
Iffah Najihah. Suaranya dilembutkan selembut-lembutnya. Moga terbuka hati suami
yang baru dinikahi menerimanya.
“Jangan panggil aku abang. Aku tak
suka!” Bentak Amer Rafik. Sakit hatinya kepada Iffah Najihah tak pernah hilang.
Sampai mati pun dia tak akan maafkan Iffah Najihah.
“Iffah dah jadi isteri abang Amer. Iffah
layak panggil abang Amer dengan panggilan yang sepatutnya.” Tangan Amer Rafik
dipautnya.
Amer Rafik menepis tangan yang
menyentuh dirinya. Marahnya pada Iffah kerana memerangkapnya tak pernah padam.
“Amer, jom turun makan.”Ajak Iffah
Najihah. Dia cuba berlembut dengan Amer Rafik. Walau bagaimana pun Amer Rafik
berjaya dirampas dari Fika. Amer Rafik kini sudah menjadi suaminya.
“Aku dah kenyang, kau pergilah
makan.” Seleranya hilang bila teringatkan Fika. Ke manalah Fika menghilangkan
diri.
“Baiklah
Iffah turun dulu. Sekejap lagi Iffah naik semula.” Lemah Iffah melangkah keluar
dari bilik. Rasakan diri sendiri yang cari pasal. Tanggunglah sendiri
akibatnya.
“Tak
naik pun tak apa, aku tak kisah. Kau ada ke tak ada sama saja,” bisik Amer
Rafik. Hatinya tak pernah terbuka untuk Iffah Najihah. Kecuali kehamilan Iffah itu adalah kerana paksaan atau dirogol. Itu dapat dimaafkan. Kesalahan Iffah terlalu banyak. Sukar untuk dimaafkan.
Assalamualaikum...kak xd ke sambungan cerita saat cinta bersemi untk sambungan lg ke...kira mcm fika ngn eric brkahwin ke??
ReplyDeleteCerita dah best sngt2 tp tersangkut plk
Assalamualaikum...kak xd ke sambungan cerita saat cinta bersemi untk sambungan lg ke...kira mcm fika ngn eric brkahwin ke??
ReplyDeleteCerita dah best sngt2 tp tersangkut plk