Reenzarini

Saturday 20 September 2014

SAAT CINTA MULA BERSEMI 14



BAB 14

“Fika!” Hilang segala lamunanku bila dikejutkan dengan jeritan Aniza. Suka sangat menjerit. Buat aku terperanjat saja.

            “Astagfirullahalazim. Aku di sini,” jawabku sambil meraup wajahku.
           
            “La! Suka sangat duduk termenung. Sudah-sudahlah Fika. Lupakan dia. Masih ramai lagi lelaki di luar sana yang lebih baik dari Amer.” Nasihat Aniza bila dilihatnya aku duduk bersendiri di situ.

“Aku bukan apa Niza, aku sedih sangat bila teringatkan harapan  aku yang tak tercapai tu.

“Tak usah nak sedih lagi. Orang tu dok seronok. Kau dekat sini bersedih. Buang masa saja. Lupakan saja Amer tu. Binalah hidup baru.” Nasihat Aniza padaku.
           
        “Betul cakap kau.  Seteruk mana pun aku bersedih Amer tak mungkin kembali pada aku. Aku janji Aniza, mulai hari ini aku akan buang jauh-jauh kenangan kami.” Baru aku sedar hidup harus aku teruskan tanpa abang Amer di sisiku. Rahsia ALLAH tiada siapa pun yang tahu.
           
“Baiklah Fika. Aku pegang janji kau. Jangan lepas ini kau meroyan nakkan  Amer pula.” Ujar Aniza. Sedapnya mulut mengata orang.

“Itu tak akan terjadi Niza.” Janjiku pada Aniza. 

“Fika, Tadi abang Am ada bagi tahu aku. Ada temuduga sebagai akauntan dekat Syarikat Maple. Syarikat tu kepunyaan family kawan abang Am. Kalau kau nak abang Am boleh aturkan temuduga untuk kau. Nak tak Fika?” Soal Aniza ingin tahu.

“Naklah! Siapa yang tak nak kerja? Jauh tak dari sini?”Tanyaku pada Aniza.

“Dekat saja, tak jauh dari sini. Apa kata kau pergi temuduga. Mana tahu rezeki kau, dapatlah kau kerja dekat situ.” Cadang Aniza kepadaku.

“Bila Niza?”Tanyaku berminat.         

          “Tarikhnya, minggu depan. Hari isnin, pukul lapan setengah pagi. Kau pergilah temuduga dulu, mana tahu rezeki kau. Nanti abang Am akan uruskan dengan kawannya tu.”

            “Baiklah Aniza, nanti aku pergi temuduga. Doakan aku berjaya.” Fika….mulakan hidup baru, lupakan masa lalu. Pandang ke depan. Azamku dalam hati.

            “Okey! Nanti aku bagi tahu abang Am.” Kata Aniza sebelum keluar dari bilikku.

“Sudah-sudahlah termenung tu. Tak takut ke, buatnya ada yang terbang di udara?” Soal Aniza sambil ketawa sebelum berlalu pergi.

Hish! Aniza ni meremang pula bulu roma aku. Baik aku masuk ke dalam. Kalau betul benda tu terbang depan aku, boleh pengsan aku. Sudahlah aku ni penakut orangnya.

Pintu gelongsor  aku tutup perlahan.  Badan yang lemah  aku rebahkan ke tilam. Aku memejamkan mataku. Cuba memujuk mataku lena. Akhirnya aku terlena juga.Walaupun tidurku lena tapi diganggu  pula mimpi yang mengerikan.


“Sayang…..push sayang. Sayang boleh, demi anak kita.” Jari jemari aku digenggam erat oleh seorang lelaki. Tetapi wajahnya kurang jelas dipenglihatanku. Telingaku menangkap suara memberikan dorongan padaku.


“Abang sakit,” ucapku lemah. Kesakitan di perutku sudah tak tertanggung. Terasa kepalaku diusap lembut. Dahiku dikucup lelaki itu.

“Sayang….bertahan demi anak kita.” Ujar lelaki itu padaku. Peluh di dahiku dilapnya dengan lembut. Jari jemariku masih dalam genggamannya.

“Puan, bila saya kata push….puan push sekali lagi.” Seorang doktor wanita memberikan tunjuk ajar padaku.

Aku hanya menganggukkan kepalaku. Tiba-tiba kesakitan datang lagi.
“Puan, push …..lagi…. puan…..lagi.” Dengan sekuat hati aku terus meneran hingga aku menjadi lemah.

Tiba-tiba terdengar suara tangisan bayi menangis. Seorang doktor meletak seorang bayi di atas dadaku. Anak siapakah ini? Comelnya.

“Tahniah puan, puan mendapat seorang bayi lelaki.”

“Terima kasih sayang, comelnya anak kita.” Dahiku dikucup lembut oleh lelaki itu.

“Ya ALLAH! Jeritku. Peluh merenik di dahiku sewaktu aku terjaga dari mimpi tadi. Aku memegang perutku. Mujurlah hanya mimpi.  

 Fuh! Seramnya bila terkenangkan mimpi tadi. Terdengar-dengar suara tangisan bayi tadi. Masih terasa bagaimana sakitnya semasa hendak melahirkan anak itu. Macam betul-betul aku yang bersalin. Mujurlah hanya mimpi saja. Lega….

  Sampai ke pagi aku tak dapat melelapkan mata. Takut kalau mimpi itu berulang kembali.

**********


Amer Rafik termenung setelah membersihkan diri. Tak sangka begini kesudahan hubungannya dengan Fika. Entah ke mana Fika membawa diri? Tubuhnya dibawa baring merehatkan badan yang keletihan kerana kenduri siang tadi.

 Tok! Tok! Tok! Bunyi ketukan di pintu tidak dipedulikannya. Matanya dipejam rapat. Enggan melihat wajah yang membuatkan hatinya panas.

 “Abang Amer, mak panggil makan.” Panggil Iffah Najihah. Suaranya dilembutkan selembut-lembutnya. Moga terbuka hati suami yang baru dinikahi menerimanya.

  “Jangan panggil aku abang. Aku tak suka!” Bentak Amer Rafik. Sakit hatinya kepada Iffah Najihah tak pernah hilang. Sampai mati pun dia tak akan maafkan Iffah Najihah.

   “Iffah dah jadi isteri abang Amer. Iffah layak panggil abang Amer dengan panggilan yang sepatutnya.” Tangan Amer Rafik dipautnya.

 Amer Rafik menepis tangan yang menyentuh dirinya. Marahnya pada Iffah kerana memerangkapnya tak pernah padam.
           
 “Amer, jom turun makan.”Ajak Iffah Najihah. Dia cuba berlembut dengan Amer Rafik. Walau bagaimana pun Amer Rafik berjaya dirampas dari Fika. Amer Rafik kini sudah menjadi suaminya.

 “Aku dah kenyang, kau pergilah makan.” Seleranya hilang bila teringatkan Fika. Ke manalah Fika menghilangkan diri.

“Baiklah Iffah turun dulu. Sekejap lagi Iffah naik semula.” Lemah Iffah melangkah keluar dari bilik. Rasakan diri sendiri yang cari pasal. Tanggunglah sendiri akibatnya.

“Tak naik pun tak apa, aku tak kisah. Kau ada ke tak ada sama saja,” bisik Amer Rafik. Hatinya tak pernah terbuka untuk Iffah Najihah. Kecuali kehamilan Iffah itu adalah kerana paksaan atau dirogol. Itu dapat dimaafkan. Kesalahan Iffah terlalu banyak. Sukar untuk dimaafkan.

 

2 comments:

  1. Assalamualaikum...kak xd ke sambungan cerita saat cinta bersemi untk sambungan lg ke...kira mcm fika ngn eric brkahwin ke??
    Cerita dah best sngt2 tp tersangkut plk

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...kak xd ke sambungan cerita saat cinta bersemi untk sambungan lg ke...kira mcm fika ngn eric brkahwin ke??
    Cerita dah best sngt2 tp tersangkut plk

    ReplyDelete