BAB
12
Imran
Danish tersenyum.
Mesti dalam hati siap kutuk aku ni perasan. Desis aku dalam hati.
“Apa….. tak percaya ke?” Tanya aku pada Imran
Danish sambil kelip-kelipkan mataku beberapa
kali.
“Percaya , siapa cakap saya
tak percaya?” Imran Danish tergelak perlahan.
Apa
saja yang diketawakannya tu.
Ini mesti perli
aku. Getus Dania dalam hati.
“Senyuman awak tu lain
macam saja saya tengok.
Macam senyum perli saya
pun ada.” Kata
aku sambil mencebikkan bibirku.
“Dah senyuman
saya ni macam tu. Nak diapakan?” jawab Imran Danish
. Matanya asyik merenung bibir gadis itu yang mencebik kepadanya. Dipandangan matanya comel sangat
bibir gadis itu.
Hishh! Gatalnya dia ni,
ada hati pula dia memerhatikan bibirku yang menawan ini. Aku perlu buat sesuatu supaya dapat lari dari
lelaki ni, getus hati
Dania.
“Aduh! Sakitnya perut saya. Saya
nak ke toilet sekejap. Awak jangan ikut
saya.
Saya nak ke toilet
aje,”
Aku memberi amaran pada Imran Danish. Tangannya di usap ke perutnya konon dia
betul-betul sakit perut. Kalau tak bagi amaran , Imran Danish akan ikut ke mana saja
aku pergi. Sengaja aku menipu konon aku nak ke toilet. Padahal aku nak
melarikan diri dari Imran
Danish. Tipu lagi…..Banyaknya dosa aku.
“Awak ingat, saya orang macam tu ke? Sampai ke
toilet pun nak ikut awak? Macam mana
dengan kanta lekap awak yang terjatuh tadi? Awak tak
nak cari ke?” Soal
Imran Danish.
“Tak mengapa, saya boleh beli yang lain. Lagi pun , tadi awak cakap saya ni cantik tanpa
kanta lekap, kan? Tak payahlah saya nak pakai kanta lekap lagi.” sengaja aku memerli Imran Danish.
Imran
Danish mengelengkan kepalanya dan tersenyum.
Senyum lagi. Dia macam tahu, aku menipu. Lebih baik aku
blah
sekarang , kalau tidak
pecah tembelang aku. Getus aku dalam hati.
Aku sempat mencapai buku dari rak yang
aku belek sebentar tadi. Buku itu
aku nak pinjam dan cepat-cepat aku bergerak ke meja yang
aku duduki tadi. Setelah mengemas segala
kertas di atas meja , barulah aku membawa
buku-buku itu kebahagian pinjaman buku.
Tanpa mengucapkan selamat tinggal pada Imran
Danish, aku terus keluar dari library. Aku tak nak Imran Danish ikut aku
lagi. Nanti macam-macam di tanyanya? Dahlah tadi aku berbohong mengatakan aku sakit perut.
Perasaan bersalah aku kerana berbohong pun, masih ada
lagi.
Tak mengapalah Dania….. lain hari
kau mintalah maaf dengan dia sebab kau tipu
dia tadi. Ya
tak ya juga! Nanti aku minta maaf dengan
lelaki tu lagi,
bisik hatiku.
Barulah
lega sedikit hatiku.
Apa yang penting , aku kena pergi dari situ dengan segera. Tanpa
berfikir panjang lagi , terus aku beredar dari situ.
Imran Danish yang masih berada
di dalam library
cuba menahan gelak dan terduduk
di lantai. Dia menutup mulut dengan tapak
tangannya untuk mengelak ketawanya kuat di dengari oleh pelajar-pelajar
yang sedang belajar di dalam library.
Mujurlah tempat dia duduk terlindung dengan rak buku dan jauh
dari pelajar yang berada di dalam library.
Macam-macamlah
gadis tu. Lucu sangat bila melihat wajah gelabah gadis tadi. Bukan dia tak
tahu gadis tu bersembunyi darinya. Bila dah terkantoi dengannya tadi, terus
gadis itu berpura-pura sedang mencari
kanta lekapnya yang tercicir
di lantai. Cari sampai bila pun tak
akan jumpa kerana
tak ada benda pun yang tercicir.
Aduh! Lucu sangat gadis tu. Bila dah
terkantoi macam tu terus cakap dia sakit
perut pula. Tengoklah sampai sekarang belum muncul lagi. Mesti dah larikan diri dari aku , getus
Imran Danish sambil
tersenyum sendiri.
Zamil Ariff yang sedang mencari Imran
Danish , hairan bila melihat
sahabatnya itu sedang duduk
di lantai. Imran Danish sedang
menutup mulut dengan
tapak tangannya .
“Danish! Hang buat apa duduk atas lantai ni?” Pertanyaan
dari Zamil Ariff mengejutkan Imran Danish.
“Kau ni Zamil dah berapa kali aku pesan, jangan main sergah
macam tu saja. Terkejut
aku. Kalau macam ni selalu, aku boleh
kena sakit jantung tau.”
“Sorry,
sorry. Aku tak sengaja . Ni! Pasai apa hang dok
duduk
atas lantai ni? Hang
dah buang tabiat ka apa Danish?
Kerusikan banyak tapi atas lantai ni jugalah hang
nak duduk. Tak
ketahwan hang
ni. Bangkitlah
woi!
Sampai bila la
hang
nak duduk atas
lantai ni? Tengok
orang dok tengok hang, depa
ingat hang
ni dah tak
betui
ka apa? Jom
pi
study dengan
aku,” ajak Zamil Ariff.
“Zamil…kau tahu
tak? Aku terjumpa
gadis yang aku
suka tu dekat
sini . Dalam library ni. “ Beritahu
Imran Danish.
“Mana?
Mana?” Kepala Zamil
Ariff terjenguk-jenguk ke sana
ke mari. Macam
itik angsa pula
rupa kepala Zamil
yang terjenguk-jenguk tu.
Terhambur ketawa dari
mulut Imran Danish tetapi
sempat ditutup mulutnya
dengan tapak tangannya.
Nasib baik sempat
tutup kalau tidak kena marah
dengan petugas di
situ.
Lawak gila,
bila dia tengok
kepala Zamil terjenguk-jenguk macam
itik angsa. Agaknya
hari ni lawak
sedunia kut bila
semua teman-temannya asyik
buat lawak saja
sejak tadi, getus
Imran Danish dalam hati.
“Oi Danish!
Hang sengih ni pasai
apa? Tadi hang nak cakap pasai awek hang, kan? Pasai apa
dengan awek hang tu? “Soal
Zamil Ariff perlahan,
takut mengganggu siswa
dan siswi yang
sedang study .
“Tak
ada apa-apalah Zamil , lupakan
saja apa yang aku
katakan tadi.”
“Pasai
apa pulak ni Danish? Cuba hang
cite kat aku.” Pinta Zamil
Ariff.
“Kau tahu
tak Zamil? Gadis tu
lucu sangat.” Beritahu
Imran Danish.
“Apa yang
lucunya Danish?” Tak
faham sungguh Zamil
dengan Danish ni. Gadis secomel
tu dikatakannya lucu. Tang
mana lucu pun dia tak tau.
“Kalau aku cerita dengan kau pun, bukannya kau
nak faham. Biarlah aku sorang
yang faham sudahlah.” Imran Danish enggan
berkongsi cerita dengan
Zamil Ariff.
“Yalah
Danish oi! Hang sorang
yang faham cukuplah.
Payah betui aku nak
faham bahasa orang angau
ni,” Gerutu Zamil
Ariff.
Imran
Danish menahan ketawanya
bila mendengar bebelan
Zamil Ariff itu. Esok
dah
kena batang hidung
dia baru tahu.
“Sudah-sudahlah tu Danish.
Jom pi study. Ajak Zamil
lagi.
Zamil ni jangan tak tahu , dia ni boleh dikatakan selalu dapat anugerah
dekan. Best student la katakan. Jarang sangatlah kalau nak
tengok dia ni duduk melepak. Buang masa
katanya. Dia sedar dia orang susah, kenalah berusaha lebih untuk kesenangan keluarganya. Dia ingin membantu keluarganya di masa depan.
Imran
Danish pula? Walaupun tak pernah dapat anugerah dekan tapi setiap
kali exam dirinya
tergolong dalam mereka yang berjaya. Okeylah
tu! Imran Danish tersenyum sendiri.
“Laa….. dok
sengih lagi. Biaq pi kat
hanglah aku tak
larat nak nasihat dah. Orang angau memang macam ni ka? Macam kera dapat bunga pula aku tengok
hang ni ,” tanya Zamil Ariff. Entah pada siapa dia bertanya.
Langsung tak ada
jawapan.
“Entah betui ka dak perumpamaan yang dia bagi tu
pun dia tak
tau. Ni…. Danish punya pasai la. Aku
pun naik biul
macam dia juga,” bisik Zamil Ariff pada dirinya sendiri.
“Biaq aku pi study,
lagi ada pekdah
dari dok mengadap muka hang ni
, buat aku sama
sewel
macam
hang ni. Sat lagi dah habih angau hang
tu, pi cari aku kat meja hujung sana nu .”
Zamil Ariff pandang
muka Imran Danish yang masih
lagi duduk tersengih.
“Aik! Bukankah
tadi kau duduk dekat
tingkat atas?” Tanya Imran
Danish masih lagi duduk
tersengih.
“Banyaklah
tingkat atas hang. Dekat
tingkat atas tu dah penuh
dan tak ada
kerusi kosong . Dari sampai
tadi aku dah dok
kat bawah
ni hang tak perasan ka?
Tak
ada jawapan dari
Imran Danish. Imran Danish
masih lagi tersenyum
sendiri.
“Haihh!! Dah tak dapat nak di tolong dah. Aku pi dulu,” kata Zamil Ariff sebelum
berlalu dari situ.
“Orang
yang dah kena
penyakit angau ni memang
teruk. Dah tak
peduli apa lagi. Hai!
Biag
pi la hang
Danish. Orang dah angau
ni susah nak
bagi nasihat. Asalkan
hang bahagia sudahlah.
Aku tak mau kata
apa dah. Lama-lama aku
yang pening tengok
angau hang ni.
Orang lain pun
bercinta juga tapi
tak dak la angau
macam Danish ni.”
********
Aku duduk bersendirian di kafetaria. Sengaja
aku duduk di situ sambil menyemak assignment
yang telah aku siapkan. Leganya hati. Esok boleh la aku hantarkan pada Dr Hashimah. Alhamdullillah! Semua tugasan telah aku siapkan mengikut tarikh yang telah di tetapkan. Lega hatiku seperti terangkat
segala beban dikepalaku bila semuanya dah selesai,
hanya tunggu masa untuk di hantar.
Kelas hari
ini dah lama tamat. Tak mengapa kalau aku
duduk di kafetaria lama sikit. Tak ada
apa benda pun aku
nak buat. Kalau balik ke kolej kediaman pun, bukannya ada sesiapa di bilik. Bosannya.
Teman sebilikku pulak ada hal masing-masing
tak dapat menemaniku .
Tumpuan aku terganggu, apabila mataku terpandangkan satu susuk tubuh yang sangat aku kenali. Aku usap mataku beberapa kali untuk memastikannya. Tak sangka
boleh jumpa lagi dengan Imran Danish. Dalam tak
pernah jumpa…. ini
dah berkali - kali pula
terserempak dengan Imran Danish.
Segera aku naikkan fail untuk melindungi wajahku dari dilihat
oleh Imran Danish. Sesekali
aku turunkan sedikit fail itu supaya aku
dapat memerhati lelaki tu dari
jauh.
Lelaki tu
berjalan bersama dua orang
kawannya. Aku perhatikan cara dia berjalan, cara dia berbual dengan kawan-kawannya. Leka aku memerhati
Imran Danish. Pakaian yang dipakai Imran Danish sangat sesuai dengan
susuk tubuhnya yang tinggi
tetapi nampak sasa. Tentu dia
ni banyak bersenam,
tengoklah badannya yang
sasa tu. Tinggi juga dia ni.
“Mesti dia anak orang
berada macam aku juga. Tengok pada
pakaian yang dipakainya, semuanya berjenama. Macam aku juga, suka beli pakaian yang berjenama walaupun
mahal tetapi berkualiti. Tapi abah dan ibuku yang kaya, aku hanya menumpang
saja kekayaan ibu
dan abahku." Getusku
sendiri.
“Alamak!
Dia perasan
ke aku sedang
mengintip dia ni?
Apa
aku nak buat
ni? Nak lari pun dah
tak sempat,” kataku sambil mengigit jari telunjukku .
Aku dah gelabah habis.
BEST NAK LAGI.
ReplyDeleteSabar ya.Kak Reen ada masalah nak bengkokkan lutut.Jatuh 3 minggu yg lalu.Nak menulis pun susah.Mood nak menulis pun hilang.Insya-Allah kalau ada mood kak Reen masukkan n3 baru.
Delete