Reenzarini

Wednesday 24 July 2013

KENANGAN TENTANG CHIKI .....KUCING KESAYANGAN KAMI

Semalam adalah birthday saya tapi semalam  juga anak kucing kesayangan kami si Chiki telah mati .Mungkin dilanggar basikal atau motorsikal jemaah yang hendak kemasjid. Chiki selalu merisaukan kami kerana dia tak pernah takut dengan sebarang bunyi atau kenderaan yang sedang bergerak.Kalau terlihat sesuatu bergerak dia akan terus  menerkam  apa saja yang bergerak itu.
Tengahari semalam Chiki terperangkap dalam kereta. Mujurlah seorang kawan suami yang datang kerumah ternampak Chiki yang berada didalam kereta. Macam nak putus nafas kami kerana terkejut.Perangai Chiki dalam sebulan ini juga membuatkan kami serba salah dengan jiran sebelah rumah.Chiki kerap kerumah sebelah dan membawa balik pampers ,stokin sekolah anak jiran sebelah.
Chiki juga boleh memanjat grill sliding door jiran macam cat woman panjat bangunan. Memang aneh dengan Chiki sebab kami belum pernah berjumpa seekor kucing seperti Chiki.
Sejak 2 hari yang lalu Chiki asyik tidur saja. Bila anak-anak lalu tepi Chiki yang sedang tidur anak-anak selalu berkata comelnya Chiki.
Bila bangun nakalnya masyaallah . Beberapa hari  ini Chiki juga lebih manja.Rupa-rupanya itulah tanda-tanda Chiki akan meninggalkan kami.
Anak perempuan ketiga saya lebih terasa kerana Chiki amat manja dan rapat dengannya. 2 bulan yang lalu kaki Chiki patah, anak perempuan sayalah yang menjaganya siang dan malam. Minum air pun anak terpaksa titiskan menggunakan tissue. Masa tu Chiki betul-betul macam dah nak mati.Dengan demamnya ,selesemanya dan kaki pula patah. Kesian sungguh melihatnya.
Kini kenakalan Chiki hanya dalam kenangan.Sayang kami pada Chiki tak terucap dengan kata-kata.


No comments:

Post a Comment