BAB
4
“Dah makan ubat,” tanya umi lagi.
“Belum umi, makan pun belum
lagi. Sejak pagi tadi acik tak makan apa-apa pun.” Hani Sofea mengadu pada uminya.
“Kesiannya anak manja umi ni.
Ada doctor
bagi ubat sapu
tak?” Soal uminya lagi .
“Ada dalam beg acik tu, tunjuk Hani Sofea pada
uminya.” Angahnya bangun dan mengambil beg sandang Hani Sofea di atas
meja kopi. Di ambilnya plastik berisi ubat dan diserahkannya pada umi. Umi menyapu ubat
kuning di betis, jari kaki dan tapak tanganku . Darah dilututnya telah berhenti dan luka itu pedih semula bila
uminya menyapu ubat pada tapak tangan dan lututnya.
" Umi....pedih," rengek Hani Sofea manja.
“Kesiannya adik alang
ni , sakit sangat ke?” kata alang sambil mengusap kepala adiknya.
“Anak manja walid dah balik?” Tanya walid yang
sedang menuruni tangga. Walid menghampiri
mereka. Walid tersenyum pada Hani Sofea, anak manjanya .
“Anak walid ni
macam mana? Ada rasa sakit lagi?” Soal walid pada Hani Sofea sambil
bersalaman dengan anaknya. Perlahan saja
Hani Sofea bersalam dengan walid sebab
tapak tangannya masih terasa sakit. Kini badannya turut terasa sakit akibat
terjatuh tadi.
“Sakit walid.”
Hani Sofea tunjukkan tapak tangannya
yang luka semasa jatuh dan terkena tar jalan. Walidnya duduk disebelah Hani Sofea. Walid mencapai tangan Hani Sofea dan melihat luka di tapak tangannya itu . Seperti yang dilakukan oleh angah dan alang begitulah
juga dengan walid. Tapak tangan Hani Sofea di cium lembut.
“Nanti
sembuh la tu, walid dah bagi penawarnya,” kata walid sambil memeluk dan
mengusap lembut kepala Hani Sofea . Hani
Sofea adalah anak yang sering dimanjakan
oleh mereka.
" Umi...... acik lapar , nak makan.”Rengek Hani Sofea .
Perutnya dah berbunyi minta diisi.
“Kesiannya
anak umi ni,
sekejap lagi umi hidangkan makan tengahari. Sebelum tu biar
umi tolong sapukan ubat luka di
tapak tangan acik dulu. Selain dari tapak tangan dekat mana lagi yang cedera?”
Tanya umi .
Hani Sofea selak kain baju
kurungnya hingga paras lutut.
Di tunjukkannya lutut yang terluka tadi sudah tidak berdarah lagi kerana nurse di klinik tadi dah mencuci lukanya itu. Tetapi lututnya ada kesan berlubang mungkin terkena batu kecil bila dia terjatuh tadi. Mesti ada kesan parut
bila dah sembuh nanti, bisik Hani Sofea dalam hati.
"Tak ada umi, itu saja." Jawab Hani Sofea.
Selepas
itu umi kedapur untuk hidangkan makan tengahari untuk mereka
dengan di bantu oleh angah dan alang. Angah
dan alang memang ringan tulang . Mereka
berdua akan membantu umi memasak dan mengemas rumah. Kalau bab membasuh pinggan
,itu adalah perkara biasa bagi mereka
berdua. Seronoknya ada abang-abang yang rajin macam mereka berdua. Tak la teruk aku didapur. Ada
saja yang sudi membantuku di dapur.
“Macam mana
boleh terjatuh ni acik?” Soal walid
pula.
“Acik terlanggar
dengan seorang siswa semasa
tergesa-gesa nak berjumpa dengan Aliya. Acik tak tahu macam mana acik
boleh terjatuh padahal bukan kuat
sangat acik terlanggar lelaki tu. Dah nasib tak baik nak buat
macam mana. Salah acik juga asyik memandang handphone, padahal bateri dah kong. Itu
yang tak perasan siswa tu sampai terlanggar.
“Kaki acik terseliuh tak?” Soal walid sambil
mengurut kaki
Hani Sofea perlahan.
“Acik rasa tak ada
yang terseliuh, cuma luka saja. Doktor cakap nanti acik akan terasa
sakit sikit sebab kulit yang terluka tu akan mula kering dan membuatkan
luka terasa tegang sikit. Tetapi sekarang pun acik
dah rasa sakit
walid, tak payah nak tunggu kulit kering.” Hani Sofea mengadu kepada walidnya.
“Kesiannya anak manja walid ni! Tak apa cuti 2 hari ni boleh manja-manja
dengan walid.” Kata walid sambil
memeluk bahu Hani Sofea. Hani Sofea adalah puteri bongsunya .
Dia juga satu-satunya anak perempuan dalam keluarga mereka. Disayangi oleh mereka semua.
“Walid...umi panggil makan. Acik… jom angah papah ke meja makan,” tiba-tiba saja angah bersuara
menjemput Hani Sofea dan walid makan. Terkejut Hani Sofea dibuatnya.
“Yalah! Tolong bantu acik ke
meja makan , "arah walid pada
angah.
“Eii!! Angah ni terkejut acik dengar suara angah tetiba aje. Kalau ya
pun bagi la salam dulu. Nasib baik tak tercabut jantung acik ni
kalau tidak susah angah nak kena betulkan semula jantung
acik yang dah tanggal ni.” Hani Sofea
kalau dengan mereka suka sangat merapu.
“Ala!Sorrylah
acik. Angah ingatkan acik perasan
angah yang kacak ni sedang menuju kearah acik.”
“Angah macam tak tahu pula, acikkan asyik
berbual dengan walid yang lebih kacak dari angah …….tu yang acik tak sedar
angah menuju kearah acik.” Hani Sofea
sengaja menjelirkan lidahnya pada angah.
“Jelirlah lidah tu nanti angah potong lidah
acik biar bisu tak dapat nak bercakap dengan angah lagi.”
“Potonglah kalau berani, acik mengadu dengan walid.”Jawab Hani Sofea.
“Hish! Budak ni ada aje yang nak dijawabnya,”
celoteh angah .
“Acik! Angah cepatlah . Semua dah tunggu acik dan angah saja,”panggil alang dari meja
makan. Entah bila walid dah beredar
dari ruang tamu . Hani Sofea pun tak perasan bila walid dah menyertai
umi dan alang di meja makan. Hanya tunggu mereka berdua saja.
Angah memapah
Hani Sofea perlahan-lahan ke meja makan. Allah! Sakitnya lututku . Terasa perit untuk melangkah.
Aku kuatkan juga kakiku untuk melangkah walaupun perlahan
saja aku melangkah. Akhirnya sampai juga aku ke meja makan. Angah menarik kerusi
untukku dan membantu aku duduk.
“Silakan tuan puteri
yang cantik manis,” kata angah sambil ketawa.Terhambur ketawaku mendengar kata-kata angah. Angah
dia ni memang
suka buat lawak. Bila dah puas buat lawak, mulalah
nak buli aku. Tapi alang selalu membantuku bila dibuli oleh angah.
“Sudahlah tu angah, biar acik makan
dulu. Kesian acik sejak pagi lagi belum
makan apa-apa. ” Tegur alang.
“Yalah angah ni , acik ni tengah lapar ni,” sengaja
Hani Sofea mengusik angah. Umi menepuk bahu angah
perlahan. Tahu sangat anak keduanya itu kalau berjumpa
dengan adik bongsunya itu tak
habis-habis nak mengusik saja kerjanya.
“Angah bukan apa umi
saja nak lepaskan rindu pada acik ni umi. Dah seminggu tak berjumpa dengan acik.”
Ya la tu …nak lepaskan rindu pada aku, bukan aku tak
tahu perangai
angah ni. Suka sangat mengusik
aku, bisik Hani Sofea dalam hati.
“Angah.... kesian dekat acik
tu. Biarlah acik makan
dulu nanti baru angah usik dia.” Alang menegur
angah yang suka sangat mengusik adik kesayangannya itu. Bukan
dia tak tahu angah sayangkan acik tapi angah lebih suka mengusik
dan alang lebih suka memanjakan acik.
“Ala! Kesiannya adik angah ni.
Lapar ya! Dah berapa hari
tak makan?” Usik angah lagi.
“Mana ada berapa
hari , pagi tadi ajelah acik tak makan. Matilah acik kalau
tak makan berhari-hari ,” jawab Hani Sofea
sambil mencebikkan bibirnya.
“Elok sangatlah buat bibir
macam tu , nanti angah ikat boleh buat penyangkut baju baru tahu,” kata angah sambil
menghamburkan ketawa yang kuat.
“Angah…….acik….. sudahlah tu, cepat
makan, “ arah abah pada mereka
berdua. Padan dengan muka mereka . Big
boss dah bagi arahan.
Alang tolong sendukkan
nasi untuk aku dan angah membantu mengambil lauk . Kedua-duanya
memang
tak nak mengalah kalau pasal
memanjakan aku. Setelah keperluan
untuk aku telah mereka penuhi barulah mereka berdua
makan.
“Ini yang buatkan acik sayang sangat dengan
angah dan alang ni,” kata Hani Sofea sambil memeluk lengan angah dan alang. Dia duduk di
tengah-tengah diantara angah dan alang.
“Tahu
!!Tak cakap pun kami tahu,” jawab angah dan alang serentak. Mereka ketawa serentak.Lucu
sangatlah tu.
Mengeleng kepala walid dan umi melihat
kenakalan mereka. Walaupun dah besar
panjang tapi perangai mereka kalau dah
berjumpa masih bersikap kebudak-budakan. Alahai!! Abang-abangku ini.
Pantang dipuji angah dan alang ni. Kami
makan sambil berbual-bual.
best...
ReplyDelete