Reenzarini

Sunday 22 September 2013

AWAK!! PRINCE CHARMING SAYA KE?5



BAB 5

            Selepas makan angah membantuku naik ke bilik. Sebelum  angah  turun  ke bawah  semula , aku  meminta  bantuan  angah  untuk  membawaku  ke bilik  air  kerana  aku  hendak  mengambil wuduk. Aku hanya sembahyang di atas kerusi kerana  lututku  masih  terasa  sakit.

            Sepanjang  2  hari  mc , aku  sentiasa  ditemani  oleh  angah  dan  alang  termasuk  juga  walid  dan umi. Walid mengambil cuti untuk menemaniku yang sedang  sakit  ini. Mengada  betul  aku  ni. Sakit  sikit  pun  nak  semua ada berdekatan denganku. Semalam  along juga  buat  video  call  dengan aku  bertanyakan  tentang  kesihatanku. Aku beritahu along  yang  aku  tak  apa-apa. Tak  payahlah  along  nak  balik. UK tu jauh. Bukan Ulu Kelang tau,  tapi dekat  luar  Negara.  Bukannya dekat kalau nak balik. Nak  Final  exam  pula  tu. Along kena tumpu pada pelajaran kerana ini adalah sem terakhir along.
       
             Aku  mendapat  2 hari cuti tambahan kerana luka yang dah kering tu membuatkan  aku susah untuk bergerak. Dengan bantuan senior angah yang bekerja sebagai seorang  doctor aku dapat 2 hari lagi cuti. Kalau dicampur dengan Sabtu dan Ahad dapatlah aku   bercuti selama enam hari. 

            Aku kembali ke rumah sewa  pada hari Sabtu. Ada  assignment  yang perlu di hantar. Aku  meminta kebenaran  walid dan umi  untuk  kembali semula ke rumah sewa.
   
             Angah  dan  alang  juga  yang  menghantarku  kembali  ke rumah sewa. Pada mulanya angah dan alang  memberi  kesanggupan  untuk  menghantar  dan  mengambil  aku  dari kolej tetapi  aku  membantah kerana   kesiankan  Aliya . Aliya tu bukan ramai sangat kawannya. Mulut becok macam  Aliya tu bukan boleh nak control  , kalau dia nak cakap dia cakap saja tanpa menjaga perasaan orang lain. Lebih kurang macam direct to the point la. Jenis yang suka cakap berterus terang.
      
           Bila  aku sampai ke rumah  sewa , Aliya  telah menantiku . Sebelum balik alang dan angah  sempat  lagi  meninggalkan  berbagai  pesanan  untukku. Aliya  turut merasa tempiasnya bila angah dan alang meninggalkan berbagai  pesanan untuk dia.
               
            Kesian aku tengok Aliya  terkebil-kebil  biji matanya  bila  mendengar  pesanan dari angah dan alang. Nasib kau la Aliya dapat kawan yang ada abang-abang macam aku ni.

            Aliya membantu ku mendaki anak  tangga  ketingkat  atas. Mujurlah di dalam bilik kami  berdua  terdapat  bilik  air  tak  perlulah  aku  turun  naik tangga. Rumah yang kami sewa tu ada tiga bilik dan kami tinggal bersama empat orang kawan kami.  Aku sebilik dengan Farah  Aliya.
 
             “Sofea ….. kau  berehat  dulu , aku  nak  pergi  belikan  kau  makanan.”Aliya mencapai beg duitnya.

             “Tak  payahlah  susah-susah  nak  belikan  aku  makanan, tu dalam beg  plastic tu umi dah bekalkan dengan  makanan ,”ujarku pada Aliya .

              “Kenapa  kau  tak  cakap  umi  dah  bekalkan  makanan, mesti  sedap ni.Tak sabar aku nak makan. Cepatlah  Sofea, aku dah lapar ni!” Aku tahu  Aliya suka makan masakan  yang dimasak oleh umiku.

             “Kau  hidangkanlah  nanti  kau  pergi  panggil  teman  serumah  kita  untuk  makan bersama  kita.”

             “Hari  minggu  macam  ni  mana  ada  sesiapa  pun,  semua  dah  keluar. Kau  ni  macam  tak  tahu  pula  dengan  perangai  mereka  tu,”kata  Farah Aliya.

              “ Terlupa  pula  aku. Marilah  kita  makan  Aliya!” Aliya  membantuku duduk  di kerusi.
            “Terima kasih  Aliya  kerana  kau dah banyak membantu aku, kalau kau tak ada bersama aku tak tahu la apa nak jadi pada aku” beritahu aku pada Aliya.
            
             “Janganlah  kau  pertikaikan  apa  yang  aku  buat  ni, aku  buat  semua  ni  sebab  aku sayangkan kau.Sampai bila-bila pun aku tetap akan menjadi kawan baik kau. Dahlah , aku dah lapar ni. Jom kita makan!"

            Selepas makan, aku ingin membantu Aliya membasuh pinggan tetapi Aliya  melarangku  kerana  tapak tanganku baru saja kering lukanya. Dia takut kalau-kalau bekas luka  itu akan menanah. Ada -ada saja  Aliya ni. Bimbangkan aku saja kerjanya.
           
             “Kau  pergilah  solat  dulu lepas tu  kau berehatlah. Sekejap lagi aku nak pergi  jumpa kawan  sekejap  nak  bincangkan pasal projek kami tu. Petang nanti aku belikan kau makanan. Kau nak makan apa?”  

            "Aku ingat aku nak makan bihun sup pak Samad."Aku hulurkan duit pada Aliya.
"Nanti kau nak makan apa kau belilah dengan duit aku tu."Aku tahu  keluarga Aliya bukan orang senang macam keluarga aku.  Apa yang dapat aku bantu aku akan bantu.

            "Alhamdulillah! Rezeki aku, "jawab Aliya tersenyum manis. Aliya memang cantik orangnya. Tanpa mekap pun dia masih cantik. Walaupun bertudung wajahnya masih cantik. Tudungnya pula dibelit dengan berbagai cara. Tapi dia ni garang sangat . Siapa yang berani nak dekat dengannya? Tak pasal-pasal kena sembur.

            "Okey! Sofea . Aku pergi dulu. Kau tak payah gatal nak turun kebawah. Kalau kau nak minum air aku dah bawa naik ke atas." Baru aku perasan ada sebotol air dan sebiji gelas di meja ditepi katil kami.

            "Jom aku bantu kau naik keatas dulu." Aku naik kebilik di bantu oleh Aliya. Selepas solat Zohor aku makan ubat dan merehatkan diri. Akhirnya  aku tertidur .     
     
        
              “ Sofea! Sofea! Bangun.”Terasa  tubuhku digoncang  . Aku membuka  mataku  perlahan-lahan.
               
            "Aliya! Ada apa? "Tanyaku , masih lagi mamai. Terasa baru sekejap  aku melelapkan mata. Ah! Mengantuknya.

            "Kenapalah susah sangat nak kejutkan kau ni Sofea? Kalau campak bom pun belum tentu kau nak jaga. Dah lama aku panggil kau. Ini aku ada belikan kau bihun sup pak Samad . Pergi  basuh  muka kau dulu . Biar  aku  masukkan  makanan  ni  ke dalam  pinggan. Nanti  kita  makan  sama-sama. Dah…. cepat  bangun! biar  aku  pimpin kau  ke  bilik  air .”Aliya ni dah macam mak-maklah pula kalau membebel. Aku bangun perlahan.Aliya cuba membantuku.

             “Tak payahlah Aliya, aku boleh berjalan sendiri. Tak payahlah kau nak manjakan aku sangat. Aku nak solat Asar sekejap. Kau keluarlah dulu, nanti aku turun sendiri.  Aku  nak  mandi sekali nanti tak payah nak ulang  alik kebilik  air.” Aku  membawa  tuala  dan  pakaian  tidurku  sekali. "Aliya …… kau  pergilah  hidangkan  makanan. Aku  nak  mandi  sekejap.”Kataku lagi bila kulihat Aliya masih duduk dibirai katil.

            "Ya-Allah Sofea! Sekarang ni dah pukul enam. Cepat pergi mandi. Jangan lama-lama dalam bilik air tu. Cepat solat dah lewat ni." Aliya berkata sambil memandang jam ditangannya.

            "Yalah! Kalau kau asyik bercakap saja sampai bila aku nak masuk ke bilik air?"Aku pula kenakan Aliya.

            "Ha! Menjawab…..menjawab saja kerja kau."Tanpa memperdulikan bebelan Aliya ,aku terus masuk ke bilik air.

             
             “Ok! Aku  pergi hidangkan  makanan . Hati-hati….jangan sampai kau jatuh  lagi.”Jerit Aliya dari luar bilik air.
           
            Sekejap saja  aku  mandi  , kini  aku  sudah  berada  di dalam  bilik . Lututku yang luka  pun  dah  mula nak  sembuh . Tak perlulah aku nak  risau lagi. Tapi dah berparutlah pula lutut  aku ni. Usai  solat,  aku  turun ke tingkat bawah. Perlahan dan hati-hati aku memijak anak tangga untuk ke bawah.  Kemudian aku menapak ke dapur tanpa disedari oleh Aliya.
        
             "Wah! Banyaknya  makanan  kau  beli .  Berapa  harga makanan  ni. Biar  aku  bayar  kepada kau." Aku tahu duit yang aku berikan pada Aliya hanya cukup untuk dua bungkus makanan dan dua bungkus air milo. Kalau  nak  dikira  makanan  yang  Aliya beli  tentu mahal harganya.

          “Sofea....Kalau kau nak tahu semua ni bukan  aku  yang beli  tapi  lelaki  yang  langgar  kau  hari tu  yang  belanja . Lelaki tu  yang  belikan  untuk  kau  sebagai  ucapan maaf  kerana  sebabkan  kau  cedera. Dia suruh  kau  makan  banyak-banyak  supaya  cepat  sembuh.”  Jawab Aliya.
       
            “La....kenapa  kau  terima. Bukan  salah lelaki  tu  tapi  aku  yang  terlanggar  dia. Mentang-mentang  badan  aku  ni  montel , nak  suruh  makan  banyak-banyak. Perli  aku  la  tu.” Farah  Aliya ketawa mendengar kata-kataku .
           
             “Apa  kau  tunggu  lagi  Sofea , cepatlah  makan . Aku  dah  terliur  sejak  tadi. Rezeki  jangan  ditolak, musuh  jangan  dicari.”
           
            “Banyaknya Aliya . Bolehkah kita berdua habiskan semua makanan ni ? La …bihun sup pun kau beli ?  Tanyaku.

            "Tadi  kau  cakap kau mengidam nak makan bihun sup . Aku beli juga sebab aku takut  kau  kempunan  pula. Apa susah malam nanti kau boleh panaskan dan makan bihun sup ni, betul tak?"
            "Tengoklah macam mana? Aliya ....lain  kali kalau ada orang bagi kepada kau apa-apa janganlah kau terima. Aku tak nak terhutang budi dengan lelaki tu.”
     
            “Ok! Aku janji lain kali aku tak akan terima lagi kalau ada orang bagi  apa-apa. Sekarang ni boleh kita makan  dulu . Please! Perut aku ni dah berbunyi irama macam-macam ni.”
           
              “Makanlah, kesian  pula  aku  tengok  kawan  aku ni. Macam orang kebulur pula”, usikku .
    
               Aliya  langsung tak ambil hati dengan apa yang  aku  katakan  padanya.  Memang  Aliya  kalau  dengan aku tak  kisah sangat kalau aku  kutuk dia pun. Kami makan sambil berbual tentang kuliah . Langsung tak sebut pasal lelaki  yang  berlanggar  dengan  aku tu. Selepas makan  Aliya meminta  aku  naik  ke bilik  untuk  berehat. Tak  payahlah  nak bantu dia mengemas meja makan. Dia boleh buat sorang-sorang , katanya. Sengaja mereka  makan awal sebab Aliya ada kelas malam nanti.

             Terlalu banyak budi  Aliya  pada  aku  sejak  belajar  di sini. Tak  terbalas budi  Aliya  padaku. Dia  umpama  seorang  penjaga  padaku. Segala urusan aku di sini, dia yang akan membantu aku .
           
            Walaupun  aku boleh berdikari tapi  Aliya tetap nak lindungiku.  Ada juga pelajar di sini yang  suka  membuli  aku  jika  aku berjalan bersendirian. Aku tahu sebab aku berbadan montel sebab  itulah mereka suka membuliku. Bukan aku tak nak melawan tapi belum sampai masa untuk aku membalas perbuatan mereka padaku. Tapi kenapa mereka marah sangat denganku? Kenapa nak tergugat dengan diriku yang tak cantik ini? Hairan juga aku…..

             Sedang aku memilih makanan terasa sejuk belakangnya. Allah! Siapa pula yang tumpahkan air kebelakang aku ni? Rungutku dalam hati.

            Bila aku berpaling kebelakang seorang lelaki kelihatan sedang berdiri tegak sambil memegang  pinggan berisikan  makanan  dan gelas yang dah kosong. Mungkin terasa bersalah dengan  apa yang berlaku.

            "Maafkan saya, saya tak sengaja . Air milo saya tertumpah dibelakang awak." Aku kenal  siapa lelaki itu. Belum sempat aku menjawab, Aliya terlebih dahulu memarahi lelaki itu.
           
            "Hei! Awak ni butakah hah! Mata awak letak dekat lutut ke?" Marah Aliya sambil mengelap belakang aku yang basah. Aku boleh bayangkan macam mana rupa bekas air milo tu . Kardigan yang  kupakai berwarna kelabu cerah , tentulah jelas kotoran bekas air milo itu.

            "Masalahnya  aku  tak  tahu pula dekat lutut aku ni ada mata," sengaja Lukman Hakim  menambahkan kemarahan gadis didepannya itu. Orang dah elok-elok mohon maaf, dia pula garang gila. Telan singa ke apa? Gerutu Lokman Hakim dalam hati. Sudahlah setiap kali terserempak dengan gadis itu asyik menjeling saja. Entah apa salah dia pun pada gadis tu pun dia tak tahu? Bukan dia tak teringin nak berkenalan dengan gadis yang bernama Farah Aliya tu. Tapi keinginan tu hilang begitu saja kerana setiap kali dia cuba mendekati gadis itu. Dia akan dijeling .Terus hilang keinginan tu.
           
            Memang  sengallah lanun ni.Gerutu Aliya dalam hati. "Lain kali…… dalam sesak macam ni , kau jagalah air milo kau tu elok-elok. Ini tidak habis tumpah kena baju kawan aku ni." Menyusahkan orang saja , rungut Aliya.
           
            "Habis……apa aku nak buat kalau dah ditakdirkan nak tumpah kebaju kawan kau ni. Eh! Nanti dulu. Kawan kau ni tak kisah pun, yang kau angin satu badan tu apa hal?" Tanya Lukman Hakim sambil tersengih. Matanya merenung gadis didepannya itu. Cantik tapi garang macam singa.

            "Sini ……kita tengok pula samada kau ni nak angin atau pun tidak?" Air milo yang berada didalam gelasnya terus dituang kedalam baju lelaki didepannya pula. Terpukau semua yang sedang menonton pergaduhan mereka tadi.  Beraninya Aliya…..

1 comment: