Reenzarini

Friday, 4 October 2013

AWAK!!! PRINCE CHARMING SAYA KE? 6



                                                              
                                                    Arryan Zikri



BAB 6

            Tak sangka Aliya begitu berani menuang air milo ke dalam baju Lukman Hakim. Siapa tak kenal Lukman Hakim . Anak jutawan . Tapi entah kenapa dia belajar dikolej swasta di sini. Padahal dengan kekayaan milik keluarganya dia boleh belajar diluar Negara. Ini mesti anak emak tak boleh nak berenggang dari bawah ketiak emaknya. Gerutu Hani Sofea dalam hati.

            "Hoi!Singa betina. Apa kau buat ni?" Sergah Lukman Hakim sambil mengibas bajunya yang dah lencun basah dengan air milo. Kiub ais yang berada di dalam bajunya jatuh ke lantai.

             Habis basah baju aku . Sejuk pula tu. Sudahlah aku jenis tak tahan sejuk. Nak kena dengan aku Aliya ni, bisik Lukman Hakim dalam hati.

            "Kau marah tak?" Tanya Aliya garang. Aku sudah menarik tangan Aliya. Aliya menepis tanganku .

            "Mestilah aku marah. Kau ingat sedap kau siram aku dengan air milo ais ni, sejuk tahu tak?" Jawab Lukman Hakim.

            "Ha! Sekarang barulah adilkan? Sama-sama basah."Perli Aliya. Terasa seronok sebab dapat kenakan lanun tu.
     

            Marah sungguh Lukman Hakim kerana telah  dimalukan oleh Aliya. Lantas dicapainya  gelas yang dipegang oleh seorang siswa yang sedang berdiri berhampiran mereka. Di tuangkannya  diatas  kepala  Farah Aliya. Apa lagi, Habis basahlah  tudung yang dipakai oleh Aliya. Semuanya terjadi secara spontan.


        "Oi! Apa ni?" Jerit Aliya.  Terkejut dia ,tak sangka Lukman Hakim berani siram kepalanya dengan air teh ais.
          
         "Apa? Itulah balasannya pada orang yang berbuat jahat pada orang lain.Aku hanya tertumpah  air milo pada kawan kau ni. Kau pula sengaja siram aku dengan air milo.  Aku pula secara spontan tersiram kau . Adillah tu, kan? "Tanya Lukman Hakim .

            "Kau….". Aliya terus terdiam. Jari Lukman Hakim sudah berada dibibir Aliya.

            "Shuh! Boleh tak kau diam?" Jari Lukman Hakim ditepis Aliya kasar. Semua yang memerhati sudah berbisik sendiri.

            "Berani kau sentuh aku . Kita bukan mahram , jangan nak sentuh aku sesuka hati kau" marah Farah Aliya.

            "Itulah caranya nak buatkan orang yang degil diam, kalau tak nak diam juga… aku boleh tutup dengan bibir aku,nak?"  Lukman Hakim  berkata sambil tersenyum.

     
     "Sofea ……..kita bungkus saja semua makanan ni. Aku pun dah tak ada selera nak mengadap muka lanun tak siap ni,"  Aliya menarik tanganku ke kaunter untuk membuat bayaran. Sebelum pergi Farah Aliya sempat menendang celah kelangkang dan memijak kaki Lukman Hakim. Apa lagi mengaduh kesakitanlah orang tu .Terduduk Lukman Hakim, sebab kuat juga Aliya menendang bahagian sensitifnya .

            "Tak guna punya singa betina, berani kau pijak kaki aku . Lepas tu panggil aku lanun tak siap. Nanti kau, aku akan kenakan kau cukup-cukup. Berani kau malukan aku ya. Apa tengok-tengok dah tak ada benda lain nak tengok?"Marahnya pada siswa dan siswi yang sedang memandangnya. Terus dia membayar harga makanan yang diambilnya tadi.
           
            Setelah membayar harga makanan yang diambilnya tadi, dia terus balik kerumahnya. Terbantut seleranya untuk makan ikan keli berlada itu.Tadi bila melihat ikan keli itu kecur air liurnya.  Ikan keli berlada adalah lauk kesukaannya. Nasib  baik  petang  nanti tak  ada kuliah, bolehlah dia  terus balik ke rumah. Cadangnya tadi nak ke library. "Musnah rancangan aku, "gerutu Lukman Hakim sendiri.
           
            Masuk saja kedalam kereta ditanggalkannya baju kemeja yang basah tadi dan di pakainya jaket yang berada di dalam keretanya. Di zip jaketnya sampai keatas untuk memberikan kehangatan pada badannya yang terasa sejuk akibat terkena siraman milo ais tadi.  Menderum laju keretanya dipandu meninggalkan kolej. Sakit hatinya  pada gadis itu belum lagi reda. Dia berdendam pada gadis itu.

            "Jaga kau singa.Aku kenakan kau cukup-cukup!"Jerit Lukman Hakim sendiri.

***         
           
         "Aliya kenapa kau berani sangat marahkan Lukman Hakim tu. Bukan kau tak tahu Lukman tu pantang orang malukan dia. Diakan  hotter guy, jatuhlah maruah dia bila kau buat macam tu depan students lain. Konon musuh jangan dicari ,tapi sekarang kau dah jadi musuh Lukman Hakim. Kalau dia balas dendam pada kau macam mana? "Tanya aku bimbang.

            "Alah! Jangan takutlah Sofea , dia tak berani nak apa-apakan aku." Aliya cuba menyedapkan hati aku .

          "Lain kali kau janganlah berani sangat dengan lelaki. Kau tu perempuan. Kalau dia berdendam dengan kau macam mana?" Aku masih lagi risaukan Aliya.

           
            "Tak ada apa-apalah Sofea, kau janganlah risau."Jawab Aliya.

            "Macam mana aku tak risau , kaulah satu-satunya orang yang aku sayang dekat kolej ni . Janji dengan aku jangan buat lagi macam tu."

            "Yalah! Aku janji lepas ni aku tak buat lagi." Aliya mengangkat tangannya seperti janji budak pengakap. Masih lagi nak main-main Aliya ni.
           
            "Sekejap aku nak singgah beli air  milo." Mereka singgah digerai berdekatan dengan rumah sewa mereka untuk membeli air milo ais.
               
            "Nasib baik gerai ni buka, kalau tidak kempunanlah aku nak minum air milo ais." Aliya menunjukkan 2 bungkus milo ais.

            Aku   mengelengkan kepalaku  melihatkan perangai Aliya . Macam budak-budak Aliya ni.

*********
           
            Kereta yang dipandu oleh  Lukman Hakim memasuki perkarangan Villa Angsana .  Pintu Villa Angsana dibuka oleh bibik . Tanpa menegur bibik, Lukman Hakim terus meluru kedalam rumah. Baju yang kotor tadi dilemparnya ke atas lantai dengan geram.
           
            "Jaga kau singa betina ," gumam Lukman Hakim sendiri. Tanpa disuruh bibik mengutip baju tuan mudanya .

            "Bik! Buatkan saya air sejuk. Tak nak air milo. Letak ais banyak-banyak." Arah Lukman Hakim pada bibik.

            "Tuan muda nak minum air apa?" Tanya bibik. Selama ini air milo adalah air kesukaan tuan mudanya.

              "Mulai hari ini saya tak nak minum air milo lagi. Air lain tak apa." Jawab Lukman Hakim.

           " Tapi tuan muda tak boleh minum banyak ais nanti lelah."Bibik masih menanti jawapan dari Lukman Hakim.

            " Hari ini dikecualikan, "jawab Lukman Hakim.

         "Baiklah nanti bibik ambilkan air oren untuk tuan muda. Bibik berlalu menuju kedapur. Sekejap saja bibik muncul dengan segelas air oren.
           
             "Ini minumannya tuan muda." Berhati-hati bibik meletakkan segelas oren di meja kopi.

              Cepat saja dicapai gelas itu dan diminumnya. Lega sikit, bisiknya.

            "Terima kasih bik. Maafkan saya , tadi saya terlebih emosi."Rasa bersalah pula melontar baju ke lantai." Ucap Lukman Hakim.Selalu dengan bibik dia tak macam tu. Ikut sangat kemarahannya ,bibik jadi mangsa.

            Kini kemarahannya sudah beransur hilang. Bibik hanya menggangukkan kepalanya tanpa bersuara dan beredar ke dapur.

            "Awal anak mama balik, tak ada kuliah ke petang ni, Hakim? " Tanya Puan Sri Laila Hanim.
           
            "Kelas petang nanti batal. " Jawab Lukman Hakim.

                "Selalu kalau tak ada kuliah Kim selalu ke library. Kenapa hari ni balik awal? "Soal puan Sri Laila Hanim lagi.

            "Baju  Hakim  basah kena siram dengan air milo. Badan  Hakim  pun dah melekit  semacam ni" Jawab Lukman Hakim.

            "Siapa yang siram anak mama ni ? Kesiannya anak mama ni." Tanya Puan Sri Laila Hanim.
           
            "Entah…….singa betina mana entah?  Terlepas dari zoo agaknya ? Jawab Lukman Hakim.

            "Anak mama ni macam-macamlah. Ada pula gelarkan orang singa betina. Tak baik tau  kita  gelarkan  orang  dengan  panggilan tak elok. Berdosa. Jangan panggil macam tu lagi. Mama tak suka. Siapa nama dia?" Tanya puan Sri Laila Hanim.

            "Siapa? "Tanya Lukman Hakim.

            " Siapa orang yang berani siram air milo dekat anak mama ni? "Mamanya cuba mengorek rahsia dari Lukman Hakim.

            "Farah Aliya. Entah datang dari ceruk mana entah?Tahu nak marah orang saja. Pantang terserempak dengan Kim asyik nak menjeling saja. Apa salah Kim pun tak tahu?"Mengadu Lukman Hakim pada puan Sri Laila Hanim.

            "Kim ada buat salah dengan dia kut?" Serkap puan Sri Laila Hanim. Mamanya memang pandai mengorek rahsia darinya. Mana boleh simpan rahsia dengan mamanya.

            "Mana  ada  Kim buat apa-apa pun. Kim  tertumpahkan air milo ke baju kawan dia. Kim  dah  minta  maaf  pun  dengan kawan dia tu. Bukannya  Kim  sengaja. Tiba-tiba saja dia naik angin dengan Kim. Padahal  yang  patut  marah  kawannya  bukan dia.  Lepas tu dia curah  Kim dengan  air  milo  ais, sejuk  tau mama. Mama bukan tak tahu Kim tak tahan sejuk. Kalau  tidak  dah  lama  Kim  belajar  dekat luar Negara tu. Kaki  Kim dipijaknya mama, malu tau sebab ramai yang perhatikan kami. Sakit  hati  Kim ."

           "Cantik ke orangnya?Tanya puan sri Laila Hanim lagi. Masih lagi nak korek rahsia hati anaknya.

             "Cantik pun buat apa garang macam singa." Jawab Lukman Hakim.
           
            "Kesian anak mama. "Lukman Hakim terus merebahkan kepalanya diriba mamanya. Anak manja. Adik perempuannya pun tak manja macam Lukman Hakim.

            "Kim sukakan gadis tu ke ? "Tanya puan Sri Laila Hanim .
           
            "Mana ada mama. Dia tu garang macam singa. Takut  Kim  dengan dia." Puan Sri laila Hanim ketawakan anak terunanya. Tak sangka anaknya telah dikalahkan oleh seorang gadis kampung.

            "Mama teringin nak berjumpa dengan gadis tu. Kim ajaklah dia datang ke Villa Angsana. Ajak dia makan tengahari dekat sini." Cadang puan Sri Laila Hanim.
           
            "Tak  naklah  mama.  Tak  sanggup  Kim  nak  ajak  dia. Garang macam singa. Silap-silap ditelannya anak mama ni sebelum sempat sampai ke Villa Angsana." Puan Sri Laila Hanim  ketawa lagi. Ada-ada saja anak teruna dia ni. Takkanlah dengan gadis tu  anaknya kalah?

            "Macam-macamlah anak mama ni. Dah solat zohor ke belum? Kalau belum pergi mandi dan solat. Lepas solat  kita makan sama-sama."Bahu anak lelakinya ditepuk perlahan.

            "Kim nak naik ke atas dulu mama.  Nak mandi , badan pun dah melekit ni. Sekejap lagi Kim turun makan." Lukman Hakim terus beredar menuju ke biliknya ditingkat atas.

            "Jangan lupa solat, "pesan puan Sri Laila Hanim lagi. Kalau tak dipesan berkali-kali tentu anaknya akan lalai dalam soal solat. Dia tidak suka dengan sikap anaknya yang lalai dalam soal solat kerana solat adalah tiang keimanan. Kalau tak dipesan berkali-kali. Culaslah jawabnya dalam mengerjakan solat.

            "Baiklah mama , Kim solat sekejap lagi."Laju saja kakinya melangkah. Lama lagi dekat situ tak habislah mamanya akan menyoalnya. Bukan dia tak tahu mamanya memang pandai dalam soal mengorek rahsianya. Dia pula bukannya pandai nak berahsia dengan mamanya. Sebelum semua rahsianya terbuka lebih baik dia melarikan diri ke biliknya.

            Tadi pun dia hampir-hampir tertangkap dengan soalan mamanya. Selama ini dia suka melihat Farah Aliya .Suka merenung Aliya tanpa pengetahuan gadis itu. Tidak  ada  siapa pun diantara kawan-kawannya tahu dia meminati Farah Aliya.  Sejak Farah Aliya masuk belajar di Kolej  itu dia sudah berminat pada Farah Aliya.

            Walaupun dia digelar  hotter guy tapi dalam soal memikat hati Aliya dia jadi malu untuk memulakannya. Hingga kini dia menjadi peminat rahsia Farah Aliya .

3 comments: