Reenzarini

Wednesday 30 October 2013

AWAK !!! PRINCE CHARMING SAYA KE?10



 BAB 1O

            Setelah  selesai  memakai kasut, Hani Sofea  mengorak langkah tanpa mempedulikan Arryan Zikri yang sedang berdiri di situ.

            "Sofea…….kalau ya pun….tunggulah  saya  sekejap ! " Panggil Arryan Zikri. Sofea terus  berjalan  tanpa  menghiraukan  Arryan Zikri yang sedang mengikutnya  dari belakang.

             "Nak mati….biarkan  dia berjalan dengan aku. Nanti tak pasal-pasal aku kena serang dengan peminat-peminat dia.  Aku  bukannya  penakut  tapi aku malas nak bergaduh  pasal  benda  yang  tak  berfaedah  ini. Kalau  diikutkan  kata  hatiku, mahu saja kulesing  mereka  yang  suka  mencari gaduh denganku . "Bisik  Hani Sofea sendiri.

            Mana mereka tahu aku ada ilmu mempertahankan diri. Tapi tak mengapalah aku masih boleh bersabar. Tapi tak tahulah satu hari nanti aku mengamuk cukup-cukup dengan mereka. Baru mereka tahu langit tu tinggi ke rendah, bicara Sofea lagi dalam hati.
           
            "Sofea….. tunggulah dulu, "panggil  Ar!yan Zikri. "Sofea ni tak nampakkah aku yang  siap  senyum  menawan  ni. Senyuman menawan macam aku pun dia boleh buat tak tahu saja." Gerutu Arryan Zikri.
           
            "Awak nak apa Zik?" Saya tak ada masa nak layan awak. Janganlah awak ganggu saya . Janganlah tambahkan masalah saya lagi. Tolonglah fahami hati  saya ini.  Saya dah cukup banyak masalah dengan pelajar dekat kolej ini." Rayu Hani Sofea .
               
            Terdiam Arryan Zikri bila mendengar rayuan dari Sofea. Kesian pun ada tapi dia mana boleh mengaku kalah sebelum berjuang. Malu la dia dengan kawan-kawannya .
               
                "Sofea……saya  bukan  nak  buat  apa-apa  pada  awak. Saya cuma nak berkawan saja dengan awak." Arryan Zikri cuba merenung mata Sofea.

            "Tapi Zik, saya tak nak berkawan dengan awak?" Sofea cuba mengelak dari bertentang mata dengan Arryan Zikri.

            "Ala Sofea! Boleh la. Saya nak berkawan dengan awak." Arryan Zikri cuba memujuk Hani Sofea  lagi.

            "Zik…… awak  tak  faham  ke  apa  yang  saya  katakan  tadi ? Saya  tak  nak…… tak naklah! Kenapa  awak  nak sangat berkawan dengan saya? Entah-entah awak sengaja nak kenakan saya macam orang lain juga?" Soal  Hani Sofea. Hairan juga  dia , angin tak ada…… puting beliung pun tak ada…… tiba-tiba  lelaki  tu ingin berkawan  dengannya . Aku bukannya  jelitawan , kalau aku  jelitawan,  tak heranlah juga, bisik Hani Sofea dalam hati .

            Arryan  Zikri  menelan  air liurnya. Sofea ni macam tahu-tahu saja aku nak kenakan dia. Adakah dia dapat membaca apa yang aku fikirkan? Ini tak boleh jadi. Aku kena yakinkan dia. Aku tak boleh mengalah dengan mudah.

            "Percayalah kepada saya. Saya  ikhlas  nak berkawan dengan awak."Sengaja dibuatnya muka sedih supaya dapat mengumpan belas kasihan dari Sofea.

            "Maafkan  saya  Zik, saya  tak  dapat  nak  terima  awak  sebagai kawan saya. Saya tak  standing dengan  awak. Maafkan saya." Hani Sofea  terus  beredar dari situ. Tak sanggup lagi mendengar  rayuan  dari  lelaki  itu  untuk berkawan dengannya . Biarlah  Sofea tenangkan hatinya di library.

            "Maafkan saya Zik, saya tak sesuai berkawan dengan awak , "bisik Hani Sofea perlahan.

            "Sofea …….saya  akan  dapatkan  awak  satu hari  nanti." Walau apa cara pun dia akan gunakan untuk mendapatkan Sofea. Penolakan dari Sofea membuatkan Zikri rasa terhina. Selama ini tidak ada seorang pun yang pernah menolak permintaan darinya. Sekarang dia berazam  akan membuatkan Sofea jatuh cinta dengannya. Tunggulah Sofea, aku akan pastikan kau jadi milikku.

**********
            Sebulan telah berlalu setelah penolakan dari Sofea.

            Sedang  Hani Sofea  berjalan menuju ke bilik kuliah, dia  telah  terlanggar  bahu seorang  siswa  yang  sedang  berjalan  dengan  seorang siswi.  Mungkin teman wanita siswa itu? Habis jatuh bertaburan buku-buku Sofea .

            "Hoi! Gemuk! Kau  butakah , tak nampak aku yang sedang berjalan ni? Dahlah badan kau tu gemuk, ada hati nak langgar aku pula." Jerkah siswa itu. Siswi itu menjeling Sofea.

            Amboi sedapnya mulut dia panggil aku gemuk. Aku cilikan mulut tu baru tahu, getus hati Hani Sofea .

            "Maafkan saya, saya tak sengaja nak langgar awak, "ucap Hani Sofea lembut.

            "Kau  memang  sengajakan  nak  langgar  aku?  Kau  sengaja  nak  ambil perhatian aku , kan" tanya siswa tu kepada Sofea .
           
            "Awak! Jangan nak salah faham. Saya  tak ada apa-apa perasaan pada awak. Saya tahu orang macam mana, yang saya suka. Awak jangan risau, saya tak ada hati dengan awak. Awak bukan taste saya." Jawab Hani Sofea .
           
            "Maafkan  saya  kalau  tadi  salah  saya. "Sambung Sofea lagi. Dia  mengutip  buku  yang jatuh di atas tar. Semasa dia hendak  mengatur langkah berlalu dari situ……Lengannya  ditarik  dengan  kasar. Buku-buku yang  dipegangnya  jatuh bertaburan sekali lagi. Main kasar nampak, gerutu Hani Sofea dalam hati .

            "Aduh! Kenapa awak tarik lengan saya? Awak tak tahukah kita bukannya mahram. Suka-suka awak saja nak pegang lengan saya." Marah Hani Sofea .
               
            "Kau saja nak malukan aku,kan? " Tanya siswa tu garang.
               
            "Ya-Allah! Tak terniat hati saya nak malukan awak." Jawab Hani Sofea  sambil mengerling gadis disebelah  siswa  itu. Gadis itu menjelingnya semula . Alah! Ingat aku hadap sangat kekasih dia tu.Getus Sofea dalam hati.
           
            "Kau sengaja nak cakap aku ni bukan taste kau, kan?Kau  sengaja  nak malukan aku?"Marah siswa tu pada Sofea.

            "Maafkan saya , saya malas nak bertekak dengan awak. Kalau saya salah , awak maafkanlah saya. Saya pergi dulu." Buku-buku yang jatuh bertaburan tadi Sofea pungut semula.

            "Kau ni memang nak kena dengan aku," balas siswa tu lagi. Lengannya  sekali lagi ditarik kasar.

            Aku dah mula geram. Tunggu masa saja aku nak hempuk jantan ni.Dia ni dah lebih, Main kasar nampak, getus Sofea dalam hati
           
                "Hoi lelaki! Aku tak kacau kau kenapa kau nak kacau aku? Aku langsung tak hingin dengan orang macam kau. Bercakap dengan kau buat habis air liur aku saja. Kau nak marahkan aku tu kenapa ? Sebab aku terlanggar kau?  Atau sebab aku cakap kau ni bukan taste aku? Kau ingat kau tu kacak sangatlah sampai aku nak pikat kau!
               
            Aku pun ada prince charming aku sendiri. Yang penting kau bukan orangnya," marahku . Rasanya baru hari ini aku  naik angin. Selalu tu  aku masih boleh bersabar lagi. Entah kenapa hari ini hatiku mengelegak saja mendengar kata-kata lelaki itu. Mungkin dah puas bersabar kut.
               
            Bulat biji mata lelaki tu bila mendengar kata-kataku itu. " Kau ni memang kurang ajar! Tak padan dengan gemuk! Kau ingat aku hadap sangat dengan orang gemuk macam kau ni! Girlfriend aku ni jauh lebih cantik dari kau, "marah lelaki tu. Tangannya diangkat untuk menampar Hani Sofea.

            Belum sempat Hani Sofea menepis , terdengar  suara  lelaki  yang menyergah siswa yang cuba menamparnya .

             "Hoi! Tak malu ke kau nak pukul perempuan?"
               
            "Aku nak tampar perempuan gemuk ni. Dahlah  huduh ,kurang  ajar  pula." Kata siswa yang cuba menampar Hani Sofea tadi.
           
            "Kalau kau berani kau tamparlah, kita tengok siapa yang tersungkur nanti,"marah Arryan Zikri.

            "Kau bernasib baik kerana ada yang datang membela kau. Jangan sampai aku jumpa kau lagi, teruk aku kerjakan kau, "amaran lelaki tu berikan padaku . Daguku dipegang kuat hingga aku mengerutkan mukaku kerana sakit.
           
            Hani Sofea  menepis tangan yang memegang dagunya. Lelaki  itu ditolaknya  hingga terdorong ke belakang. Jangan ingat dia tak berani nak melawan. Cubalah kalau nak berumah di hospital, getus Hani Sofea dalam hati . Kini dia  sudah bersedia untuk mempertahankan dirinya .

            "Jangan nak kurang ajar dengan aku. Aku bukan mahram kau  nak  sentuh  aku  sesuka hati." Marah Hani Sofea .

            "Beraninya kau tolak aku !" Lelaki itu menerpa kearah Hani Sofea .Tiba-tiba saja sebiji penumbuk hinggap dimuka lelaki tu . Jatuh terduduk lelaki  tu diatas tar. Ala…..tak sempat nak tunjukkan seni mempertahankan diri aku , rungut Hani Sofea  dalam hati. Penyibuk betulah Zik ni.

            "Kalau kau tak nak masuk hospital lebih baik kau pergi dari sini.Jangan berani nak kacau Sofea lagi." Amaran Arryan Zikri berikan pada siswa itu.

            "Apa  kau  tunggu lagi, cepatlah  blah  dari  sini! "Siswa itu tergesa-gesa pergi bersama dengan siswi itu. Hani Sofea  melihat pasangan itu berlalu pergi. Tak padan dengan tak sekacak mana. Ingat aku nak goda dia. Perasan saja lebih !
               
            "Sofea……awak okey tak? "Tanya  prince charming aku. Prince charming aku ke?  Perasan juga  aku ni. Apa salahnya bukannya dia tahu pun, gelak Hani Sofea dalam hati.

1 comment: