Reenzarini

Thursday 31 October 2013

AWAK!!! PRINCE CHARMING SAYA KE?11


                                 ARRYAN ZIKRI                                  HANI SOFEA

BAB 11

            "Sofea……are you okey?" Sekali lagi Arryan Zikri bertanya. Dilihatnya Sofea tersenyum manis. Entah apa yang diangankan gadis ini?

            "Oh Zik! Err ……. Alhamdulillah! Saya okey! Awak jangan risau. Terima kasih kerana membantu saya tadi." Ucap Hani Sofea  sambil tersenyum.

            "Sama-sama……itulah pentingnya seorang kawan. Sudikah awak menjadi teman wanita saya." Arryan Zikri sedang melamar  Hani Sofea  untuk menjadi teman wanitanya.

            Hani Sofea terdiam seketika.  Terkejut  dia dengan permintaan Zik itu.  Dia masih berfikir untuk menerima atau pun tidak permintaan Arryan Zikri itu?
               
            "Kenapa awak nak jadikan saya teman wanita awak? "Tanya Hani Sofea .

            "Sofea…..sejak  pertama  kali  saya  berlanggar dengan awak hari  itu,  hati saya sudah  terasa lain. Saya dah jatuh cinta dengan awak Sofea. Sudikah awak terima saya sebagai teman lelaki awak?" Tanya Arryan Zikri lagi.

            "Zik….. saya  tak  sesuai  untuk menjadi teman wanita awak . Awak tengoklah fizikal saya. Saya  gemuk , tak sepadan dengan awak yang kacak. " Hanya dalam mimpi saya boleh bersama dengan awak . " Awak tu ramai peminat . Tak takut ke peminat awak lari? " bisik Hani Sofea dalam hati.

            "Sofea……saya tak peduli semua tu. Saya suka awak Sofea. Tolonglah Sofea! Tolonglah  terima  saya!" Rayu  Arryan Zikri . Dia mesti memenangi hati Sofea walau apa pun yang terjadi.  

           
            "Adakah awak ikhlas Zik?" Tanya Hani Sofea . Hatinya masih berbelah bahagi untuk menerima Arryan Zikri.

            "Saya  ikhlas  Sofea." Jawab Arryan Zikri yakin. Terlupa dengan perjanjiannya dengan Lukman Hakim. Apa yang dia tahu, hatinya telah terpaut pada Hani Sofea.

            "Baiklah…… kerana awak ikhlas nak berkawan dengan saya, saya terima awak sebagai teman saya. Tapi kalau  saya tahu awak saja nak mainkan perasaan saya ,  tahulah  saya apa nak buat nanti." Amaran Hani Sofea berikan pada

            "Awak  sudi terima  saya  Sofea? Terima kasih Sofea. Terima kasih kerana sudi menerima saya." Berseri-seri wajah Arryan Zikri bila Hani Sofea menerima  dirinya. Tak sangka dapat juga dia bercinta dengan Sofea.

            Entah  apa-apa  seronok sangat ke dapat jadikan aku teman wanitanya? Getus Hani Sofea dalam hati. Hani Sofea memungut buku-bukunya yang terjatuh tadi.
               
            "Zik…..saya pergi dulu," Hani Sofea  mula  bergerak  untuk  ke kafetaria. Perutnya dah mula berkeroncong minta diisi .
           
            "Sofea…….saya ikut awak, perut saya pun dah lapar ni." Kata Arryan Zikri.

            "Mana awak tahu saya nak kemana?"Soal Hani Sofea.

            "Tentulah saya tahu .Sekarangkan dah tengahari tentulah awak nak ke kafe, takkanlah pergi solat pula. Masih awal lagi, belum masuk waktu lagi."Kata Arryan Zikri.

            "Awak tak menyesal  ke ikut saya , nanti lari pula peminat awak?" Tanya Hani Sofea.
            "Nak lari pun saya tak kisah, sekarang awak dah jadi teman wanita saya." Arryan Zikri memberikan senyuman padaku. Membuatkan  aku melarikan pandanganku ke tempat lain.

            "Suka hati awaklah Zik! Saya dah bagi awak amaran tapi kalau awak masih berdegil juga, apa saya nak buat?" Hani Sofea terus berjalan menuju ke kafetaria.

            Mereka berjalan sambil berbual. Mata-mata yang memerhati ,tidak mereka pedulikan. Yang  penting ,  perut  mereka  perlu  diisi. Dalam hatinya  masih  risau jika apa yang  dia  lakukan  adalah  satu  kesilapan . Adakah  Arryan Zikri ikhlas berkawan dengannya .

            Arryan  Zikri  pula kadangkala balik kerumah sewa dan kadangkala balik kerumah keluarganya. Selalunya bila bercuti atau hari minggu barulah dia balik kerumah keluarganya. Faktor  jalan  raya  yang  sesak  setiap pagi membuatkan dia lebih selesa tinggal dirumah sewa yang berdekatan dengan kolej mereka.
               
            Sampai di kafe, tanpa membuang masa mereka terus memilih makanan dan memesan minuman. Hani Sofea  perasan  semasa  mereka  hendak  duduk  disebuah meja, Arryan Zikri melambaikan tangannya pada seseorang.  
               
                Terdengar  sorakkan  dan  bunyi  bising  datang  dari meja tak jauh dari mereka. Hani Sofea  juga ikut memandang arah yang sama dengan Arryan Zikri. Lukman Hakim dan kawan-kawannya , bisik Hani Sofea dalam hati. Dia memandang wajah Arryan Zikri.

            "Kenapa  Sofea  pandang  Zik macam tu?" Tanya Arryan Zikri.  Sofea hanya  mengelengkan kepalanya . Entah  kenapa  hatinya  berdebar-debar  mendengar  sorakkan  itu. Rasa tak sedap hati bila mendengar sorakan  mereka itu. Macam mereka sorakkan aku pula. Perasaan aku saja kut?  Sofea  cuba  menyedapkan hatinya. Insya-Allah tak ada apa-apa yang akan berlaku .

            Kini  mereka menjadi  tumpuan  siswi  dan  siswa yang berada di situ. Mungkin peminat  Zik sedang menahan hati melihat Sofea makan bersama pujaan hati mereka.

            Sambil  makan  mereka  berbual tentang  kehidupan  di kolej.  Usai makan barulah  mereka balik ke rumah sewa.  Zik menghantar  Sofea balik ke rumah sewa. Walaupun  dia  cuba  menolak  tapi  Zik masih juga berdegil untuk menghantar  dia  balik kerumah sewa.
           
            "Terima kasih Zik !  Susahkan awak saja. Saya dah biasa naik bas ."Ucap Hani Sofea.

            "Perkara  biasa  saja Sofea. Awak tu teman wanita saya. Mestilah saya ambil berat pasal awak." Arryan Zikri menunggu Sofea masuk ke dalam rumah barulah dia pergi dari situ .

            Arryan  Zikri dengan cermat memandu pulang ke rumah sewanya. "Yes! Berjaya juga  awak  masuk  keperangkap  saya  Sofea. Hari tu awak jual mahal sangat , sekarang awak dah jadi teman wanita saya,"bisik Arryan Zikri.

            Sampai saja dirumah sewanya sudah kelihatan siswa yang ditumbuknya tadi.
               
             "Kenapa kau lambat Zik? Aku dah lama tunggu kau." Tanya Sufian.
               
            "Kalau iye  pun , kau sabarlah sikit. Aku tak kemana pun." Jawab Arryan Zikri sambil tersengih.

            "Kau memang tak patutlah Zik . Kalau  kau nak tumbuk aku pun janganlah kuat sangat. Kau  tengok  muka  aku ni dah lebam dah kau tumbuk. Ha….cepatlah mana upah aku? Aku nak ke klinik. Sakit kau tahu tak?"
               
            Arryan Zikri menyerahkan beberapa keping duit kertas untuk bayaran upah tadi. Rupa-rupanya apa yang berlaku tadi adalah angkara orang upahan Arryan Zikri.

**********   
           
        "Sofea!!" Tu dia bergegar rumah sewa mereka dengan suara Farah Aliya. Pintu bilik  dibuka dengan kasar.

            "Sofea!!" Jerit Farah Aliya lagi.

            "Ada apa Aliya, dari tadi kau menjerit memanggil nama aku. Glamour sangatkah nama aku sampai kau panggil banyak kali," Tanya Hani Sofea pada Aliya .

            "Sofea , betulkah apa yang aku dengar ni?" Soal Farah Aliya.

            "Apa yang kau dengar Aliya? "Soal Hani Sofea kembali.

            "Aku dengar kau keluar makan tengahari dengan Zik, betulkah Sofea?"

            "Betul, kami dah couple sekarang." Jawab Hani Sofea tenang.

            "Kau jangan Sofea!" Jerit Aliya.

            "Kenapa pula? "Tanya Sofea kembali.

            "Sofea……kenapa kau tak cakap dengan aku , aku takut Zik tu tak ikhlas nak berkawan dengan kau." Farah Aliya menyuarakan kebimbangannya.

            "Zik yang nak sangat berkawan dengan aku , Aliya. Aku pun sukakan Zik. Aku rasa Zik tu prince charming yang aku tunggu selama ini."Ujar Hani Sofea gembira. Wajahnya kelihatan berseri-seri.

            "Aku harap kau jangan mudah percayakan Zik tu Sofea. Kau perlu hati-hati. Kalau ada apa-apa kau cakap saja dengan aku."Pesan Farah Aliya, dia masih ragu-ragu dengan Zik.Tak sampai hati pula nak halang keinginan Sofea itu. Sofea nampak gembira bila bercakap tentang Zik.

            "Baiklah , aku janji aku akan berhati-hati dengan Zik."  Sofea memeluk Aliya.
           
********       
            "Assalamualaikum  Zik! Dah lama tunggu? "Tanya Sofea .

            "Waalaikumsalam! Baru  saja  Sofea." Jawab Arryan Zikri. Suka dia melihat wajah Sofea yang putih bersih. Walaupun Sofea montel tapi Sofea tetap manis dimatanya. Kalau dah suka semuanya indah.

            "Sofea nak makan apa? Biar Zik ambilkan untuk Sofea." Arryan Zikri menawarkan diri untuk mengambil makanan untuk Sofea.

            "Tak mengapa biar saya ambil sendiri. Saya nak tengok dulu apa yang ada, tak tahu nak makan apa?"Jawab Hani Sofea malu-malu.

            "Kalau macam tu eloklah kita pilih makanan sekarang, nanti nak pergi solat pula."  Sejak bercinta dengan Sofea , dia sentiasa menunaikan solat lima waktu. Hatinya juga tenang setiap kali merenung wajah comel Sofea. Bagaimanakah caranya dia hendak melukakan hati Sofea sedangkan dia sudah jatuh sayang pada Sofea. Dia akan berterus terang pada Lukman Hakim serta  memulangkan semula duit yang diterimanya sebagai wang pendahuluan.

            Setiap hari mereka akan bertemu dan makan bersama-sama di kafe. Solat zohor berjemaah  di masjid  dan  sama-sama belajar di library. Mereka  berdua  sentiasa  ditemani oleh Aliya.  Bodyguard la katakan. Kini dah hampir tiga bulan usia percintaan mereka. Zik sentiasa melayan Sofea dengan baik. Begitu  manisnya  alam percintaan mereka. Hingga Zik sendiri terlupa tentang perjanjiannya dengan Lukman Hakim. Apakah yang akan terjadi kalau Sofea tahu perjanjian Zik dengan Hakim?

No comments:

Post a Comment