Reenzarini

Friday 1 November 2013

AWAK!!! PRINCE CHARMING SAYA KE?12



BAB 12

            Hani Sofea telah berjanji untuk makan bersama Arryan Zikri di kafe. Sebelum itu Sofea  bersama Farah Aliya bergegas ke mesin ATM  . Selepas mengeluarkan wang dari mesin ATM , dia  pergi  ke kafe  bersama  Farah  Aliya. Dari jauh dilihatnya  Arryan Zikri menuju ke belakang kafe.

             Kenapa pula dia ke belakang kafe? Apa yang dibuatnya disana? Getus hati Hani Sofea.

         "Sofea …..Zik nak kemana tu? Bukankah dia dah berjanji nak makan dengan kau?" Tanya Farah Aliya.

            "Entahlah ! Manalah aku tahu?" Jawab Hani Sofea. Matanya masih mengikut langkah kekasih hatinya.

       "Jom kita selidik . Apa Zik buat di belakang kafe?" Aliya menarik tangan Sofea. Mereka bersembunyi di sebalik kotak  yang terdapat  disitu. Dah macam penyiasatlah pulak mereka berdua ni.

            Diam-diam  mereka  mendengar  perbualan  Zik bersama beberapa orang kawan-kawannya yang memang sangat Sofea dan Aliya  kenali.

            "Zik! Aku rasa dah sampai masanya kau putuskan perhubungan kau dengan Sofea tu.  Hari ini adalah hari penentunya. Kau putuskan saja hubungan kau tu. Ini baki upah kau untuk bercinta dan patahkan hati Sofea. Lukman Hakim  menghulur sampul yang berisikan baki duit yang dijanjikannya pada  Arryan Zikri.

           
            "Kim….aku ingat aku tak nak berpisah…..belum sempat Arryan Zikri memberitahu Lukman Hakim tentang perasaannya pada Sofea.

             Farah Aliya terlebih dahulu munculkan dirinya. Farah Aliya juga menarik  Sofea yang sudah lencun dengan air mata. Tak disangka  Zik sanggup mempermainkan dirinya. Sangkanya Zik itulah prince charming yang di tunggu-tunggu oleh dirinya  selama ini. Tapi begini pula jadinya. Sampainya hati Zik mempermainkan hatinya.

            "Sofea……." panggil  Arryan Zikri perlahan . Dia risau jika Sofea membenci dirinya. Tangan Sofea digenggamnya. Sofea meleraikan genggaman tangan Arryan Zikri.

            "Tergamak kau permainkan Sofea…..Zik. Aku tak sangka apa yang aku ragukan selama  ini  akhirnya  terbukti  juga."Farah Aliya menyatakan kekesalannya. Kesal kerana tidak menghalang mereka dari awal bila tahu mereka bercinta.

            "Zik! Ini upah kerana telah berjaya melaksanakan apa yang aku cadangkan hari tu ." Lukman Hakim menghulur  sampul  surat yang  berisikan  baki wang yang telah dijanjikannya . Huluran  itu  tak  bersambut. Lukman Hakim mencapai tangan  Arryan Zikri dan meletakkan sampul itu ketangan Arryan Zikri. Arryan Zikri melepaskan sampul berisikan duit baki upahnya ke lantai. Dia tidak akan menerima duit itu. Tidak sama sekali.

            "Jadi semua ini berlaku kerana kau yang mengupah Zik untuk menipu Sofea? Kenapa kau tergamak buat semua ini Kim? Kau tak kesian ke dengan Sofea? Apa salah Sofea pada kau Kim?"Tanya Farah Aliya sambil menangis.

            "Aku lakukan semua ini kerana dendam aku pada kau. Kau telah memalukan aku ." Jawab Lukman Hakim.

            "Aku yang bersalah. Kenapa kau nak balas dendam pada Sofea. Kenapa Kim? Kenapa?" Air mata Aliya terus  mengalir membasahi dipipinya. Sakit hatinya melihat kesedihan Sofea. Gara-gara dirinya Sofea menderita.

            "Nasib Sofea la kerana menjadi kawan kau. Aku saja buat macam tu supaya kau juga akan terasa apa yang Sofea rasakan." Lukman Hakim ketawa kerana telah dapat membalas dendam kepada Aliya. Tetapi ketawanya adalah ketawa palsu kerana hatinya yang sakit melihat air mata yang mengalir dipipi Farah Aliya. Gadis kesayangannya.

            "Kau pula Zik!! Manusia apa kau ni Zik? Sanggup mempermainkan hati Sofea. Apa salah Sofea pada kau hingga tergamak kau buat Sofea macam ni?"Aliya mula menyinga dengan mereka. Sakit hatinya dengan apa yang berlaku.

            "Maafkan aku , aku dah berjanji dengan Kim. Sebenarnya aku juga sayangkan Sofea. Aku cintakan Sofea. Sofea saya cintakan awak." Arryan Zikri cuba menarik semula perhatian dari Sofea.
               
            "Sofea…..cakaplah sesuatu. Sekurang-kurangnya luahkan kemarahan kau pada mereka. Please Sofea!" Sedih hati Farah Aliya melihatkan Sofea yang diam seperti tak berperasaan. Mungkin terkejut dengan apa yang berlaku.

            "Ini semua salah kau. Kau yang telah lukakan hati Sofea. Farah Aliya menumbuk Lukman Hakim dan memijak kaki Lukman Hakim. Selepas itu hujung kasutnya menendang dibahagian alat sulit Lukman Hakim. Apa lagi meraunglah Lukman Hakim.
           
            "Aduh!! "Lukman Hakim jatuh terduduk  kerana menahan kesakitan akibat ditendang Farah Aliya.  Tangannya memegang bahagian yang di tendang oleh Aliya.

            "Rasakanlah  akibatnya  kerana  berani  melukakan  hati orang yang aku sayang. Kalau  benda  ini berlaku pada adik atau kakak kau orang….. apa perasaan kau orang?" Marah Farah Aliya. Alif dan Hisyam hanya terdiam disitu. Takut mereka pula yang akan menerima nasib yang sama seperti Lukman Hakim. Tak berani mereka bila melihat Aliya sedang mengamuk dengan Lukman Hakim. Wah! Ganas gila Aliya ni. Macam gangster pun ada.

            "Kalau  aku  tahu  kau orang berdua juga bersubahat dalam kes ini, nahas aku kerjakan kau orang berdua." Farah Aliya berikan amaran pada mereka berdua.
               
            "Jaga kau Aliya …….kalau aku mandul…..aku paksa kau kahwin dengan aku." Lukman Hakim masih lagi terduduk di situ. Ini kali kedua Aliya tendang bahagian yang tak sepatutnya dan ini amaran kedua Lukman Hakim berikan pada Aliya.

            "Kau  balik cermin diri kau dulu. Kalau begini perangai kau ,aku pun tak hingin nak jadikan kau suami aku. Perangai macam lanun." Tangan Sofea ditarik untuk beredar dari situ. Kalau lama lagi dia disitu entah apa lagi yang akan dia lakukan pada mereka yang menyakitkan hati . Ketika mereka hendak berlalu dari situ ,muncul siswa yang pernah bertengkar dengan Sofea.Mungkin dia tak perasankan wajah Sofea .

            "Hello bro! Ada apa-apa job tak, nak upah aku ?" Tanya Sufian kerana poketnya kini telah kekeringan. Dia perlukan job untuk memenuhkan poketnya.

            "Kau kenapa Kim? Sampai duduk atas lantai ni?" Soal Sufian bila dilihatnya Lukman Hakim sedang duduk diatas lantai jubin dibelakang kafe. Tempat itu adalah tempat mereka berkumpul bila ada perkara rahsia yang hendak mereka bincangkan.

            Sofea menghentikan  langkahnya dan berpaling  menghampiri Arryan Zikri semula. Farah Aliya juga turut berhenti melangkah.

            "Awak kenal lelaki ni Zik? "Tanya Sofea. Perasaan sedihnya sudah bertukar dengan hatinya yang panas.

         "Saya…..saya…..", tergagap-gagap Arryan Zikri hendak menjawab. Masalah pula nak terangkan pada Sofea. Dah memang salah aku pun, bisik Zik dalam hati.

            "Awak  yang upah dia ganggu sayakan  Zik?" Sofea terus menumbuk muka siswa lelaki itu. Jatuh  terlentang  lelaki  itu. Rasakan  nak sangat rasa penumbuk sulung aku ni, desis Sofea dalam hati.

            "Hoi! Apahal kau tumbuk aku? "Tanya Sufian pada Sofea.
           
          Bila Sofea menggenggam penumbuknya,terus Sufian menundukkan kepalanya. Tak pasal-pasal nanti kena tumbuk sekali lagi. Baik aku diam,bisik Sufian dalam hati.

            "Terima kasih Zik diatas kesengsaraan yang telah awak berikan pada saya. Saya bersyukur kerana akhirnya tersingkap juga apa yang telah awak lakukan. Alhamdulillah! Saya bersyukur sangat kerana semuanya dah berlalu. Selama ini saya memang meragui keikhlasan awak berkawan dengan saya , tapi tak sangka secepat ini semuanya terbongkar."

            "Sofea…..maafkan saya. Saya tak tipu awak, saya sayangkan awak."Arryan Zikri cuba meraih tangan Sofea lagi tapi ditepis kasar oleh Sofea.

            "Zik!Jangan kau berani nak pegang tangan aku.Satu lagi tak payah nak ucapkan sayang , kalau hati kau yang busuk tu  tak tahu apa maknanya sayang . Hanya kerana diupah untuk melukakan hati aku.  Kau sanggup terima cabaran itu. Kalau tak cukup ini aku boleh tambah untuk kau." Duit seribu yang baru saja dikeluarkan dari mesin ATM tadi dicampak kemuka Arryan Zikri. Dia tak peduli kehilangan duit seribu  itu asalkan hatinya puas meluahkan segalanya pada lelaki itu.

            Terkejut Arryan Zikri bila duit  yang dicampak itu mengenai mukanya. Dibiarkan duit itu jatuh bertaburan  di atas dilantai.
            
         "Mulai hari ini saya anggap awak dah mati. Saya benci awak Zik! "Jerit Sofea . Hatinya betul-betul sakit di permainkan mereka. Sebelum pergi ditamparnya pipi Arryan Zikri sekuat hatinya hingga berdarah bibir itu. Dia tak peduli kalau lelaki itu mati sekali pun.
               
       "Pap!!" Arryan Zikri memegang pipinya yang terasa sakit. Bibirnya turut terluka dan menerbitkan darah . Dibiarkan darah itu menitis jatuh kebajunya. Matanya memerhati Sofea yang berjalan laju meninggalkannya.
Matanya sudah berkaca kerana dia tahu dia sudah kehilangan orang yang dicintainya. Sampul surat yang berisikan duit di atas lantai diambil dan diserahkan pada Lukman Hakim.

            "Maafkan aku Kim, aku tak dapat nak terima duit ini kerana aku sayangkan Sofea. Aku benar-benar dah jatuh cinta pada Sofea sebelum kau upah aku lagi." Dipulangkannya juga duit pendahuluan yang diterimanya dulu. Duit yang dicampak oleh Sofea tadi dipungutnya dengan dibantu oleh Alif dan Hisyam. Dia akan pulangkan semula duit itu  pada Sofea. Dia bukan mata duitan seperti yang disangka Sofea. Dia hanya khilaf membuat keputusan.

            "Selepas ini janganlah kau suruh aku lukakan  hati mana-mana gadis lagi. Aku dah tak sanggup Kim." Darah dibibirnya dilap dengan sapu tangannya.

            "Zik…..maafkan aku. Aku tak sangka kau sukakan Sofea. Kalau aku tahu aku tak akan suruh kau lukakan hati Sofea tu. Aku tersilap Zik. Aku minta maaf Zik." Kini baru dia sedar kesilapannuya itu. Banyak hati yang telah terluka kerana dia. Kenapalah diikutkan sangat sakit hatinya  itu. Semuanya sudah terlambat. Dia juga bakal kehilangan gadis yang ducintainya.

            "Aku juga minta maaf Zik kerana aku yang cabar kau." Melihatkan apa yang berlaku tadi membuatkan dirinya insaf. Semuanya kerana sakit hatinya dengan Farah Aliya. Sofea yang jadi mangsa sakit hatinya. Kenapalah aku kejam sangat, bisik hati Lukman Hakim.
           
             "Bukan pada aku kau harus minta maaf tapi pada Sofea dan Aliya. Mereka yang terluka  Kim . Aku balik dulu, aku tak ada mood nak study dekat library hari ini. " Tanpa menunggu jawapan dari mereka dia terus balik ke rumahnya. Dia melangkah dengan langkah yang lemah.

No comments:

Post a Comment