Reenzarini

Thursday 7 November 2013

TAK MAMPU KU BERHARAP 1


Agak-agak novel baru kak Reen ni ada orang nak baca tak? Sementara tengah siapkan manuskrip APCSK.Kak Reen akan cuba masukkan n3 novel baru kak Reen ini. Itu pun insya-Allah jika ada masa dan line ok. Please!Komen la sikit buat kak Reen mencari idea untuk meneruskan novel ini.

 BAB  1
    
           Lisa  Adrianna  seindah  nama  dan  semanis  orangnya.  Seorang  gadis  yang  tinggi  lampai  persis  seorang  model.  Baru  saja  menamatkan  pengajiannya  dalam  bidang  business study. Ingin  menjadi  seorang  pensyarah  dalam  bidang  yang  dipelajarinya.
               
             Lisa Adrianna  baru  saja  mendarat  di bumi  Malaysia  yang  telah  lima  tahun  ditinggalkannya  demi  mencapai  cita-citanya. Dia menolak troli yang sarat dengan beg dan barangannya. Matanya  liar  memerhati  di sekeliling,  mencari  ibu  dan  abah  angkatnya. Keriuhan penumpang yang baru tiba di KLIA  tidak dipedulikannya. Matanya  masih liar memerhati sekeliling.
               
            Dia  cuma  membawa  balik  beberapa  buah  beg  yang  sarat  dengan  barangannya. Setengah  dari  barang-barangnya  telah  diberikan  pada  teman-teman  yang  masih  belajar  disana. Kalau  tidak  susah juga  dia  hendak  menolak  troli  yang  sarat  dengan barangannya. Hanya  buku-buku  dan barangan  yang  masih  diperlukannya  saja   yang  telah  dikirimkannya  melalui  kapal  kargo sehari  sebelum  dia  berlepas  pulang  ke  Malaysia.
       
             “Mana ibu dan  abah? Janji  nak  jemput  aku. Dari  tadi  tak  nampak  bayang  pun?” Bisik  Lisa  Adrianna  sendiri. Hatinya  resah  bila  orang  yang  ditunggunya  belum  muncul.
               
            “ Lisa!”  Suara  yang  memanggilnya  adalah  dari  wanita  yang  sedang berdiri tak jauh dari  ruang menunggu ketibaan  penumpang membuatkan  Lisa tersenyum  manis dan  melambai kearah  wanita yang sedang  melambai  kearahnya. Masih anggun walaupun telah berusia dalam lingkungan 50. Disebelah  wanita  itu  berdiri seorang  lelaki  yang  juga  dirinduinya  sekian  lama. Itulah  abah angkatnya. Masih segak dan bergaya walaupun uban dah penuh dikepala.
               
            Terburu-buru Lisa Adrianna menolak troli menuju  ke luar  dari balai  ketibaan menuju  kearah  ibu  dan  abah  angkatnya. Matanya  langsung tak berganjak dari wajah ibubapa  angkatnya. Rindunya  Lisa  Adrianna  pada  mereka. Hanya  pada  mereka  berdua  saja  tempat  dia  tumpang  bermanja  setelah  sekian  lama  tinggal  dirumah  anak  yatim.Bibirnya menguntumkan senyuman manis buat insan yang tersayang
               
            “Pranggg!!” Bunyi benda jatuh membuatkan semua  mata memandang kearah mereka. Kerana terburu-buru untuk mendapatkan ibu dan abahnya , Lisa Adrianna telah terlanggar sebuah troli seorang penumpang lelaki  yang  juga sedang menolak troli yang sarat dengan beg dan barangan lain. Kotak  yang  berada  didalam  troli  lelaki  itu  telah  terjatuh  ke lantai . Dengar  bunyi  pun  tahu  dia  telah  merosakkan  barangan  yang  berada  di dalam  kotak  itu. Lisa Adrianna mengelabah  kerana  takut  dimarahi  oleh  lelaki  itu.
               
             “Maafkan  saya  encik,  saya  tak  sengaja  terlanggar  troli  encik  tadi.”Takut-takut  dia  memohon  maaf  dari  lelaki  itu. Harap-harap  permohonan  maafnya  di terima dengan  baik. Lelaki  yang  sedang  mengambil  kotak  yang  terjatuh  tadi  berpaling  kearahnya.
        
              Terus Lisa Adrianna terpaku seketika. Oh!  Tidak!!!Kenapa dia?? Matanya masih merenung wajah lelaki  tak berperasaan didepannya itu. Tak sangka boleh bertembung dengan lelaki itu di KLIA. Puas sudah dia cuba mengelak dari bertembung dengan  lelaki  yang suatu masa dulu pernah  melukakan  hatinya .
       
             Selama  beberapa tahun ini dia dapat mengelakkan diri dari bertembung dengan lelaki itu. Lelaki yang suatu masa dulu  pernah  menolak  cintanya . Lelaki  yang  telah  menghina dan merobek hatinya  hingga  kini  tak  dapat  dilupakannya  mungkin  juga  sehingga   ke akhir  hayatnya.

              Kenapalah  aku  boleh  terlanggar  troli  lelaki  ini . Dalam  banyak-banyak  orangboleh  pula  terlanggar  dengan  dia. Sudah  dinamakan  takdir  tentulah  sudah  tidak  dapat  di  elak. Getus  hati  Lisa  Adrianna.

           Ah…lebih  baik  aku  berpura-pura  tak  kenal  dengannya.  Lelaki  ini  pun  sudah  pasti  telah  melupakan  tentang  aku . Kini aku telah bertudung tentu dia tak kenal aku lagi. Usah  dikenang masa lalu….biarkan  ia  pergi.
                
           Bunyi  petikan jari didepan  mukanya  membuatkan  Lisa  Adrianna tersedar  yang dia  kini  sedang   berdiri  berdepan  dengan  Rayyan  Hafiz  di KLIA . Bagaimana  pula  dia  boleh  berangan  sebentar  tadi. Masa  lalunya  telah jauh  ditinggalkannya  di belakang. Tidak  ingin  dia  mengenangkan  lagi  masa  lalunya  itu.”Please  la  Lisa….lupakan  saja  dia  yang  telah  melukakan  hati  kau,” bisik  Lisa  pada  dirinya  perlahan.

         “Saya  tahulah  saya  ni  kacak  sebab  tu  awak  terpegun  bila  terpandangkan  wajah  saya.” Perasan  pula  Rayyan  ni.  Berlagak  macam  dulu  juga . Perasan  tak  habis-habis. Nasib  baik  aku  tak  muntah.  Kacak  pun  nak  buat  apa  kalau  mulut  tu  suka  menyakitkan  hati  aku , gerutu  Lisa Adrianna dalam  hati.

         “ Ini  apa  cerita  ni?  Awak  dah  langgar  barang  saya , sampai  pecah  barang  saya  ni. Barang  ini  saya  nak  hadiahkan  pada  mama  saya. Sekarang  awak  cakap  dengan  saya  macam  mana  saya  nak  hadiahkan  pada  mama  saya  kalau  barang  yang  saya  nak  hadiahkan  tu  dah  pecah?” Tanya  Muhammad Rayyan  Hafiz  tanpa  senyuman . Kotak  ditangannya  ditunjukkan dekat dengan  muka  Lisa  Adrianna.

              “Maafkan  saya  …saya  tak  sengaja  nak  jatuhkan  kotak  awak tadi. Nanti  saya  ganti  balik  hadiah  yang  dah  rosak  tu.” Kelam kabut  Lisa  Adrianna  memohon  maaf. Dah  aku yang  bersalah  takkanlah  aku tak  nak  minta  maaf  pula, getus  Lisa  Adrianna  dalam  hati. Resahnya  hanya  Allah  yang  tahu.

             “Awak  mampu  ke  nak  bayar  harga  barang  yang  dah  awak  pecahkan  tu?” Soal  Muhammad Rayyan  Hafiz .
                                                                     
          Walaweh…sombong  gila dia ni. Perangai  tak  pernah  berubah, getus  hati  Lisa  Adrianna. Tenang  Lisa…tenang  Lisa, dia  cuba  menenangkan  hatinya  yang  keresahan. Bukan  saja  resah  kerana  telah  merosakkan  barang  orang  tapi  juga  resah  kerana  terpaksa  berdepan  dengan  lelaki  yang  selama  ini  ingin  di jauhi. Lelaki yang talah menghina dirinya.
   
        “Insya-Allah ! Saya  akan  usahakan  untuk  bayar  balik  barang  yang  dah  saya  rosakkan  ini ,” ujar  Lisa  Adrianna. Masih  lagi  cuba  bersabar  walaupun   lelaki  itu  masih  seperti  dulu. Belum  puas  agaknya  …menyakitkan  hati  Lisa  Adrianna.
    
         “ Awak  nak  tahu  tak  berapa  harga  barang  yang  dah  awak  rosakkan  tu?” Tanya  Muhammad  Rayyan Hafiz.
    
              “Berapa  harganya  awak?” Tanya  Lisa  Adrianna  dengan  laju.  Lisa…  kenapalah   kau  nak  kelam  kabut. Bertenang  okey…bisik  hati Lisa Adrianna.

              “ RM  25 ribu  . Kau   ada  duit  ke  nak  bayar  sebanyak  itu?”  Soal  Muhammad  Rayyan  Hafiz. Masih  lagi  dalam  mood  untuk  menyakitkan  hati  Lisa  Adrianna.

             "Duapuluh  lima  ribu!!!  Huh…mahal  gila  barang  yang  ada  dalam  kotak  tu.  Barang  apalah  yang  mahal  sangat  tu ?" Tanya  Lisa  Adrianna. Salah  lelaki  itu  juga, dah  tahu  barang  tu  mahal…letaklah  ditempat  yang  selamat. Menyusahkan  orang  betullah  dia  ini.

            Macam  mana  aku  nak  bayar,  aku  bukannya  ada  duit  sebanyak  itu, desis  hati  Lisa  Adrianna.   Dia  masih  memikirkan  berapa  banyak  duit  yang  masih  ada  didalam  akaun  banknya. Oh!  Tidak!!!!!! Baru  dia  teringat  manalah  dia  ada  duit  sebanyak  itu. Kalau  setakat  lima  ribu  tu  adalah.  Makin  gelabah  Lisa  Adrianna .

        “ Hello  cik  adik…… dah  sampai  ke bintang  ke ? Sempat  lagi  awak  berangan  depan  saya.” Perli  Rayyan  Hafiz.  “ Awak  ni  dari  dulu  sampai  sekarang  suka  sangat  berangankan?  Dulu  awak  berangankan  saya,  sekarang  apa  pula  yang  awak  angankan?” Muhammad  Rayyan  Hafiz  masih  lagi  seperti  dulu,  masih nak  cari  pasal  dengan  Lisa  Adrianna.

           Tak  mengapalah…biarkan  saja  dia  menyakitkan  hati  aku.  Buat  tak  kisah  saja. Getus  Lisa  Adrianna  dalam  hati. Kalau  boleh  dia  tidak  mahu  mengingatkan  kejadian   lima  tahun  yang  lalu. Hatinya  juga  akan  terluka  bila  mengingatkan  kejadian  itu.
              
        “Maafkan  saya . Apa  awak  cakap  tadi?  Saya  tak  dengar . “Tanya  Lisa. Salah  dia  juga  asyik  termenung  teringatkan  kisah  beberapa  tahun  yang  lalu. Mengapa  aku  nak  ingatkan  perkara  yang  lalu. Biarkan   ia  pergi. Hidup  mesti  diteruskan.  Anggaplah  kami  tak  pernah  kenal.  Itu  yang  Rayyan  Hafiz  mahukan  kenapa  pula  dia  nak  marah-marah  bila  aku  buat macam  tak  kenal  dengannya.
        
           “Saya  tanya …awak  mampu  ke  nak  bayar  balik  harga  barang  yang  dah  awak  pecahkan  ini? Jerkah Muhammad Rayyan  Hafiz  sekali lagi. Hatinya  tertanya-tanya  benarkah  ini  gadis  yang  pernah  dikenalinya  dulu?  Nampak  lain  pula  minah  ni  hari  ini. Nampak  lebih  matang  dan  cantik.Sudah bertudung. Tak  selekeh  macam  dulu.Dulu gadis ini  seperti tomboy. Berambut pendek macam lelaki. Tapi  kelam kabutnya  masih  macam  dulu  juga.

            Sudah  lama  dia  tidak  bercakap  dengan gadis  itu  setelah  kejadian  hampir  lima  tahun  yang lalu .  Sejak  kejadian malam itu,  gadis  itu  sudah  tidak  muncul  didepannya  lagi. Apa  yang  dia  tahu  ,  gadis  itu  sering  mengelak  jika  terserempak  dengannya. Kadangkala  dia  geram  juga  kerana  bila  saja  dia  mendekati  gadis  itu  cepat  saja  gadis  itu  menghilangkan  diri .  Macamlah  dirinya  ada  penyakit  berjangkit  hingga  gadis  itu  sering  mengelak  darinya.

          Hai! Encik Rayyan, awak  sendiri  yang  nak  dia  jauhkan  diri  dari  awak. Sekarang  kenapa  nak  marah? Bisik  hatinya.
              
       “ Tak  susah  awak  , dengan  awak  sekali  saya  boleh  beli !! Kerana  dijerkah  oleh  Rayyan  membuatkan  Lisa  Adrianna  terkejut  dan  menjadi  kelam  kabut  semula. Hish!  Aku  baru  nak  bertenang   dah  kena  jerkah. Mahunya  aku  tak  terkejut.  Boleh  tercabut  jantung  aku kalau  hari-hari  macam  ni.

        "Apa!!! Awak  cakap? Awak  nak beli saya ?"Tanya  Rayyan  Hafiz . Sengaja matanya dibesarkan supaya menampakkan wajahnya garang. Seronok dia mainkan gadis ini.

3 comments:

  1. Terima kasih adik-adik kerana masih sudi membaca dan memberikan komen yg boleh membuatkan kak Reen terus berkarya.

    ReplyDelete