Reenzarini

Friday 1 November 2013

AWAK!!! PRINCE CHARMING SAYA KE?14



BAB 14

            "Sofea…..saya nak minta maaf kerana kesalahan saya pada awak. Harap awak maafkan saya dan  Zik.  Zik betul-betul sayangkan awak.Dia tak bersalah,semuanya salah saya. Awak terimalah dia semula. Kesian saya tengok Zik tu."

            "Dah habis kau bercakap? Ni……aku nak cakap dengan kau! Aku dah tak ada hati dengan pembohong macam kau orang berdua ni. Mulai hari ini dan saat ini aku dah tak kenal kau atau pun pembohong tu.Faham!

           
            Anggaplah kita tak pernah kenal. Mulai hari ini jangan nak bertegur sapa dengan aku lagi. Lalu sikit , buat orang hilang selera saja, " marah  Hani Sofea. Nampaknya Sofea dah berubah habis. Kalau dulu dia menjaga setiap patah apa yang dicakapkannya tapi kini dia sudah tidak perduli lagi kalau kata-katanya akan melukakan hati orang. Lukman Hakim  melangkah  ke meja Farah Aliya.
           
            "Aliya…..saya nak minta maaf sebab dah sakitkan hati awak dan Sofea. Saya harap awak akan maafkan saya."

           "Senangnya awak nak minta maaf dengan kami. Perasaan Sofea macam mana? Awak ingat Sofea tu tak ada perasaan ke?  Tengoklah  apa yang kau orang dah buat pada Sofea? Dia dah tak macam dulu lagi. Hatinya dah jadi keras. Macam orang tak ada perasaan. Saya harap awak dan Zik jauhkan diri dari kami berdua. Anggaplah kita tak pernah kenal." Setelah berkata-kata Farah Aliya makan tanpa memperdulikan Lukman Hakim yang masih berdiri di tepi mejanya. Akhirnya Lukman Hakim melangkah longlai menuju ke meja yang diduduki oleh Arryan Zikri , Alif dan Hisyam.

         "Maafkan  aku Zik. Aku tak berjaya memujuk mereka. Semua ini salah aku . Aku yang menyebabkan Sofea berpisah dengan kau."Lemah Lukman Hakim berkata. Alif dan Hisyam hanya mendiamkan diri.Mereka berdua juga bersalah pada Sofea dan Aliya.

            Arryan Zikri turut mendiamkan diri. Dari jauh dilihatnya Sofea sedang membawa makanan menuju kemeja yang diduduki oleh Aliya. Semoga kau bahagia Sofea. Maafkan aku. Aku janji lepas ni aku tak akan mengganggu hidup kau lagi.

            Bermula dari hari itu mereka sudah tidak bertegur sapa dengan Sofea dan Aliya. Jauh disudut hati Arryan Zikri masih tersimpan perasaan cintanya pada Sofea. Kalau ada jodoh tidak akan kemana. Sampai ke akhir pengajian mereka hubungan mereka terus terputus. Hanya doa saja yang mengiringi diri orang yang tersayang. Dia berserah kepada Allah.

            "Hello bro!" Sapa Sufian pada mereka berempat. Tersengih-sengih macam kerang busuk.

        "Kau orang ada projek baru tak nak upah aku, poket aku dah kosong ni," tanya Sufian pada mereka.

          Ini lagi sorang….orang tengah sedih-sedih ni nak cari pasal pula, gerutu Lukman Hakim dalam hati. Tak pasal-pasal kena sebiji baru tahu, desisnya lagi. Lukman Hakim mengalihkan pandangan matanya ketempat lain. Malas nak pandang Sufian yang tersengih sejak tadi. Pandang Aliya lagi baik. Aik ! Apa pasal aku suka pada Aliya ni. Tak boleh…..tak boleh…..

            "Kau boleh blah dari sini tak? Menyemak saja dekat sini."Sergah Zik.

            "Come on la bro! Aku cuma nak tahu ada job untuk aku tak? Itu pun nak angin."Bebel Sufian.

           Arryan Zikri bangun dan menarik kolar baju Sufian."Job tak ada tapi kalau nak rasa penumbuk aku ni boleh saja!" Marah Arryan Zikri. Orang tengah bengang ,dia tanya pasal job pula.

         "Zik ! Sabar Zik. "Alif cuba menyabarkan Arryan Zikri. Dia tahu Zik sedang tertekan dengan apa yang terjadi. Sendiri cari pasal, padan dengan muka dia.

            "Sufian !Kau pergi sekarang." Arah  Hisyam pula.

            "Relex la bro! Itu pun nak marah ke?" Tanya Sufian tanpa perasaan.
          Arryan  Zikri melepaskan kolar baju Sufian tetapi di halang oleh Hisyam .Arryan Zikri keluar dari kafe tanpa makan. Kalau dia duduk disitu lagi, harus penumbuknya naik kemuka Sufian.

         "Kau ni buat orang hilang selera tahu tak? "Lukman Hakim juga beredar dari situ. Alif dan Hisyam turut beredar meninggalkan Sufian yang masih berdiri di situ.

           Kini Arryan Zikri  sudah berada di dalam masjid . Selepas solat sunat dia duduk mengaji untuk menghilangkan kemarahannya pada Sufian. Sebenarnya dia marahkan dirinya yang sudah banyak melakukan kesalahan sejak belajar di situ.
Dirinya lemah. Setelah mengaji barulah terasa dirinya dapat bertenang semula. Semoga Allah permudahkan segala perjalanan hidupnya. Semoga jodohnya tetap bersama Sofea.

           Setelah tamat pengajiannya , Hani Sofea pulang kerumah keluarganya di Bangsar dan Farah Aliya kembali ke rumah keluarganya di Taiping, Perak.  Dia juga akan pulang ke kampung menemui atuk dan opahnya kerana majlis konvonya lambat lagi. Lagi pun dia telah menjalani praktikal semasa cuti sem dulu. Kini masa yang ada ,adalah untuk bermanja dengan atuk dan opahnya.


          Setelah majlis konvo Hani Sofea mengikut walid dan uminya berpindah ke Ipoh. Walidnya telah  pencen dan membeli rumah di Ipoh. Uminya pula telah turut pencen awal kerana tidak mahu tinggal berjauhan dengan walidnya. Hani Sofea juga turut mengikut mereka berpindah  ke sana. Rumah mereka di bangsar telah diserahkan pada angah dan alang. Mereka kini telah bekerja dan tinggal di KL.

           Along pula telah kembali dari luar Negara dan tinggal bersama mereka di Ipoh. Alongnya pula menjadi pensyarah di UITM Seri Iskandar. Hanya tinggal Hani Sofea yang masih mengganggur. Bukan tak ada kerja tapi nak bermanja dengan walid dan uminya.
Kini Sofea lebih suka memperkenalkan dirinya sebagai Hani.

           Hani Sofea akan menghadiri temuduganya  yang  pertama  di sebuah pejabat swasta di Ipoh. Semasa dia sedang berjalan menuju ke sebuah bangunan untuk menghadiri  temuduga , tiba-tiba  Hani Sofea terdengar suara berteriak meminta tolong.
           
           “Tolong-tolong!” Suara  meminta  tolong  jelas   kedengaran ditelinga  Hani Sofea. Hani Sofea  berpaling ke belakang untuk melihat apa  yang  sedang  berlaku.  Hani Sofea melihat seorang  lelaki  yang masih muda sedang di kejar oleh seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan  umur  50 an. Pak cik tu tak padan dengan tua nak kejar orang muda. Hani Sofea merungut dalam hati.  Hani Sofea  terdengar lelaki berusia 50 an itu menjerit.

            ” Tolong tahan pencuri  tu.” Jerit pak cik tu.  

            “Oh! Pak cik  tu  sedang  mengejar pencuri  rupa-rupanya,”kata  Hani Sofea  perlahan.
           
            "Apa!! Pencuri!!!" Jerit Hani Sofea  kuat. Baru dia menyedari pencuri itu sedang berlari ke arahnya. Pencuri yang sedang berlari sambil memeluk sebuah beg baru saja melepasinya.  Hani Sofea segera membuka  stilettonya  dan  melontar   kasut  itu   ke arah kepala pencuri  itu. Kasut itu  tepat  mengenai  kepala  lelaki  muda  yang  sedang  berlari  itu. Lelaki   itu  terus  terjatuh  di atas  jalan dan kebetulan sebuah kereta  telah melanggar  dan  mengilis lelaki itu.

              Hani Sofea  yang  terkejut  kerana  lontarannya  tadi  telah  menyebabkan   pencuri  itu  jatuh dan di gilis  kereta,  telah  jatuh pengsan. Waktu  itu   Hani Sofea dah tak ingat apa-apa.  Dia merasakan dunianya  gelap  gelita.

            Hani Sofea   telah di kejarkan ke hospital swasta Ipoh. Setelah sedar Hani Sofea telah berada di dalam  wad. Pak cik  yang  mengejar  pencuri  tadi  juga turut berada  bersamanya.

        ” Pak cik…. saya ada dekat mana ni?” Hani Sofea  melihat sekelilingnya . Datuk Ahmad Sufian mendekatinya.
          
         “Anak di bawa ke hospital  sebab  pengsan  tadi. Anak  berehatlah  dulu. Nama pak cik Ahmad Sufian. Nama anak  Hani Sofea  binti   Syed  Yusuf. Betul   tak?”Tanya pak cik Ahmad Sufian." Maafkan pak cik kerana  membuka   dompet  anak  tanpa  kebenaran  anak. Pak cik  terpaksa  buka  dompet  anak  sebab  nak  daftarkan  nama   anak  masuk  ke wad." Ramah betul pak cik ni dari tadi hanya dia yang bercakap. Terlebih ramahlah pula . Aku tak sempat bercakap pun. Dah tau nama  aku Hani buat apa nak tanya lagi?  

           “Tadi pak cik dah hubungi  keluarga  anak. Mungkin  sebentar  lagi  keluarga  anak  akan datang  ke  sini.” Baru Hani Sofea teringat tadi dia hendak pergi  temuduga.

            “Sekarang dah pukul berapa pak cik?" Tanya  Hani Sofea  pada  pak cik  tu. Jam ditangannya pun dah tak ada. Aku pun kena rompak juga ke? Tanya hatinya.

            "Dah pukul tiga petang anak.”Jawab  datuk Ahmad Sufian .

         “Apa pak cik? Dah pukul  tiga petang? Tanya  Hani Sofea  lagi  inginkan  kepastian. Hani Sofea sudah terduduk dikatil. Terlepaslah aku nak temuduga hari ini.

           
            “Ya! Sekarang  ni  dah  pukul  3  petang,” jawab  datuk Ahmad Sufian .

            “Lamanya  aku  pengsan,”gumam Hani Sofea sendiri.

           “Pak cik ada nampak  beg dan fail saya tak?” Hani Sofea bertanya pada pakcik Ahmad Sufian. Risau pula kalau failnya hilang. Banyak benda penting dalam fail tu.

         "Anak  jangan  risau  beg  dan  fail anak, pak cik letak dalam loker ni,”kata datuk Ahmad  Sufian  sambil  menunjuk  kearah  tempat  dia  menyimpan  barang  dalam  loker  itu.

            "Nasib baik…..ingatkan saya pun kena rompak tadi." Hani Sofea tersenyum manis.

         “Pak cik boleh panggil saya  Hani .  Saya bukan apa pak cik, di dalam fail tu ada segala fail peribadi dan sijil-sijil saya . Tadi saya sedang berjalan ke sebuah pejabat untuk menghadiri  temuduga  di situ, nampaknya tak adalah rezeki  Hani  nak kerja dekat situ.
           
            "Maafkan pak cik  Hani. Sebab pak cik , Hani berada di sini.”

            “Tak apa pak cik bukan salah pak cik pun ,tak ada rezeki  saya nak kerja di sana.

            “Pak cik, macam mana dengan pencuri tadi?“ Tanya  Hani Sofea pada pak cik Ahmad Sufian tentang pencuri yang di langgar kereta tadi.

            “Pencuri tu telah di langgar  kereta  dan dah meninggal di tempat kejadian.” “

            "Innalillah......." Dari Allah kau datang kepada Allah juga kau kembali,ucap Hani Sofea dalam hati.

            “Kesian lelaki tu  sebab tak sempat bertaubat,”kata  Hani Sofea perlahan kerana sedih. Sedih  sebab  dia  lelaki  itu  tak  sempat  nak  bertaubat.

p/s Untuk pembaca semua ini adalah last n3 untuk APCSK. Selepas ini nak tumpukan masa yang ada untuk selesaikan manuskrip APCSK. Beberapa hari ini kak Reen update beberapa n3 dari bilik wad perseorangan KPJ Shah Alam semasa menunggu my mom yang telah diserang strok. Beberapa hari di icu dan ditempatkan di wad dan sekarang alhamdulillah dah mula sedar sepenuhnya dan menjalani fisioterapy di kpj Shah Alam. Thank you doctors and nurse yang sentiasa menjaga my mom dengan baik.Juga pada adik-adik yg menjaga my mon di bahagian fisioterapy. Berbaloi 20 ribu yang dibayar pada kpj. Tumpuan kak Reen kini lebih kepada my mom dan masa yang selebihnya akan cuba kak Reen selesaikan manuskrip APCSK.

No comments:

Post a Comment