Reenzarini

Friday, 15 November 2013

TAK MAMPU KU BERHARAP 7



          " Kenapa  awak  terkejut? Ada  saya  cakap nak  jumpa  awak  dekat  Uganda  ke?Tanya Rayyan Hafiz sinis.

          " Tak  adalah   Rayyan .  Kenapa  awak  nak  berjumpa  dengan  saya?" soal Lisa  Adrianna pula.

           
            "Saya  nak  bincang  pasal  kejadian  hari  tu. Esok  awak  datang  ke pejabat  saya."

          "Tapi   Rayyan , saya  belum  bekerja  dari  mana  saya  nak  bayar  pada awak?" Berat  rasanya  nak  menunaikan  permintaan  Rayyan  itu. Tapi salah diri sendiri dan dia sudah berjanji untuk membayar harga kerosakan barang itu.

             "Sebab  tu  saya  nak  berbincang  dengan  awak,  boleh  tak  awak  jumpa  saya  esok?"Soal Rayyan Hafiz.

             "Saya  tak  berapa  tahu  jalan-jalan  di  KL  ni, dah  lama  saya  tak  balik  ke  sini.  Banyak  jalan  dah  tukar  jadi  saya  tak  berapa  pandai  nak  ke  pejabat  awak. Macam  mana  ni?" Soal Lisa  pada  Rayyan.

             "Saya  akan  sms  alamat  pejabat  saya.  Naiklah  teksi  dan  awak  tunjukkanlah  alamat  yang  saya  bagi  tu. Boleh?" Tanya  Rayyan  Hafiz.
        
            "Insya-Allah  awak.  Esok  saya  jumpa  dengan  awak," jawab  Lisa  separuh  geram. Terus  ditutupnya  telefon. "Mengganggu  betullah  Rayyan  ni.  Tengok  sekarang , aku  pun  dah  tak  boleh  nak  tidur  lagi. "Monolog Lisa sendiri.

         
BAB 7

            Selepas  mencuci  muka  dan  memakai  tudung  Lisa Adrianna  turun  ke  tingkat  bawah  mencari  mak  Siti. Sudah kebiasaannya untuk memakai tudung bila berada di rumah kerana dia tahu dirinya bukan mahram dengan abah angkatnya. Nampaknya  mak  Siti  belum  balik  dari  pasar. Pintu dibuka  dan  dia  melangkah  ke  halaman  rumah. Ear  phone  sudah  sedia dipasang  ke telinganya. Tak  tahu  apa  nak  buat.  Tangannya memegang kuntuman bunga mawar yang terdapat di halaman banglow itu. "Cantik! "Bisik Lisa Adrianna sendiri.

             "Ah! Lebih baik aku siram pokok bunga. Boleh juga keluarkan peluh. Lisa Adrianna bercakap sendiri."  Diambilnya  getah  paip dan  menyiram  pokok  bunga  ibunya.  Ibunya  memang  suka  menanam  pokok  bunga. Berbagai pokok bunga yang ditanam menghiasi halaman banglow itu. Ada  bunga  ros , bunga  melor, kerak  nasi  dan  bermacam  lagi  nama  bunga  yang  dia  tak  tahu. Bunga  raya  pula  ada  berbagai  warna  dan  bentuk  bunganya.

          Lisa  mencium bunga  ros  yang  berbagai  warna.  Wangi-wangi  semuanya. Mulutnya  riuh  menyanyi  sambil  menyiram  pokok  bunga.  Setelah  penat  menyiram  pokok  dia  duduk  di  pergola  di  tepi  rumah.  Mulutnya  masih  menyanyi  dan  sekali-sekala  kepalanya  ikut  terangguk-angguk  mengikut  alunan  muzik.  Macam gaya penyanyi Ella pun ada. Bebas rasanya dapat bersenam mulut  tanpa  gangguan  dari  sesiapa. Tembok  banglow  setinggi ini siapa yang dapat melihat telatahnya itu. Tapi Lisa terlupa ,orang sebelah rumah  dapat melihat apa yang dilakukannya kerana tembok rumah sebelah dan rumah mereka hanya separas dadanya.
       
             Rasa  macam  ada  yang  memerhatinya…lalu  dipandangnya  ke  rumah  sebelah.  Berderau  darah  Lisa.  Dari  balkoni  rumah  sebelah , seorang  lelaki  sedang  memandang  Lisa .Kacak! Itu yang terlintas difikirannya. Sempat lagi memuji dalam hati .Terperanjat sekejap Lisa Adrianna dengan situasi itu. Air liur ditelan terasa kesat . Lisa  pegang  kepalanya, nasib  baik  dia  bertudung. Huh! Selamat….. Leganya  hati . Lisa  pandang  pula  ke bawah.

           
            "Alamak!!Tidak!!!!Dia hanya  memakai  baju  tidur  dengan  seluar  paras  lutut. Aurat….  Malunya  Lisa.  Terus  Lisa Adrianna  berlari  masuk  ke dalam  rumah.  Macam  mana  dia  boleh  tak  perasan  ada  orang  di  rumah  sebelah. Lain  kali  kena  pastikan  dia  berpakaian menutup  aurat  barulah  boleh  keluar  ke halaman rumah.Serik!

         " Lebih  baik  aku  duduk  diam-diam  di dalam  rumah."Setelah mandi dan menukar pakaian Lisa  membuka  tv  sementara  menanti  mak  Siti  balik. Tak  lama  kemudian  terdengar  bunyi  gate  dibuka. Mak  Siti  dah  balik. Lisa Adriana  membantu  mak  Siti  membawa  barang -barang masuk  ke  dalam  rumah dibantu oleh pak Din.

             "Banyaknya  mak  beli  barang, macam nak buat kenduri pula. Mak  nak  buat  apa  dengan  barang-barang  ni?"  Tanya Lisa Adrianna.

            "Tak banyak mana Lisa. Ini semua stok untuk beberapa hari. Ada juga barang-barang untuk kenduri malam ini. Malam  nanti  abah  dan  ibu  Lisa  nak  buat  jamuan  sempena  menyambut  kepulangan  Lisa. Ibu dan abah Lisa dah tempah catering pun untuk jamuan malam ini."Terang mak  Siti.

             " Ibu  tak  cakap  dengan  Lisa  pun pasal nak  buat  jamuan malam nanti."Kata Lisa  lagi.

              "Ibu  Lisa  terlupa  agaknya.  Beberapa hari ini ibu dan abah Lisa sibuk dengan urusan  di Megah Gemilang. Shila dan Am pun mungkin hari ini baru balik. Mereka semua tu hari-hari sibuk dengan urusan masing-masing." Terang mak Siti pada Lisa Adrianna.

            "Tak megapalah mak….Lisa faham.   Mak nak Lisa bantu mak buat apa? Lisa boleh bantu mak."Lisa menawarkan dirinya untuk membantu mak Siti. Rajuk dihatinya dipujuk sendiri.

            "Tak perlu Lisa. Sekejap lagi ada orang yang akan datang membantu mak. Ibu Lisa dah mengupah 2 orang pembantu rumah lagi untuk membantu mak. Lisa pergilah berehat."

            "Baiklah mak! Lisa naik keatas dulu. " Lambat-lambat langkah diatur menuju ketingkat atas.
 ********      
            Selepas  solat  maghrib, kenduri  kesyukuran  diadakan  sempena  menyambut  kepulangan  Lisa  Adrianna. Ramai  juga  tetamu  yang  dijemput  tetapi  semuanya  tidak dikenalinya. Kebanyakkannya  adalah clients  dekat  syarikat  Megah  Gemilang. Lisa  Adrianna  diperkenalkan  sebagai  anak  bongsu  encik  Samad  dan  Puan  Fatimah.

            Kak Shila dari sampai semalam asyik menjeling saja kerjanya. Entah apa yang dia tak puas hati dengan aku pun aku tak tahu, gerutu Lisa dalam hati.

            Abang Am pula sejak semalam hanya tersenyum padaku. Bercakap pun hanya beberapa patah perkataan saja. Macam nak tak nak saja bercakap.Kemana hilangnya kasih seorang abang pada adiknya? Aku rindukan kasih sayang yang pernah abang Am berikan padaku.Jerit Lisa Adrianna dalam hati. Sebak hatinya mengenangkan kini abang Am sudah berubah.

        Suasana meriah dihalaman rumah. Ramai  tetamu  yang  memuji  kecantikan  Lisa  Adrianna. Kata  mereka  Lisa  ni  bagaikan  klon  Lisa  Surihani. Nak  tergelak  pula  Lisa  mendengarnya. Sekejap lagi  nak  tengok  cermin la.  Nak  tengok  dekat  mana  yang  serupa  dengan  Lisa  Surihani.Masa belajar dulu pun ada kawan-kawannya bertanya padanya samada dia ada hubungan persaudaraan dengan Lisa Surihani atau tidak. Macam-macam disoalnya mereka.

           Sedang  Lisa  Adrianna  mengambil  makanan  dia  terpandangkan  lelaki  yang  tinggal disebelah  rumahnya. Lisa  mula  rasa  gelabah  bila  lelaki  itu  terus  menerus  memandang  wajahnya.Nak  duduk  pun  salah,  nak  makan  pun  salah. Rasa  serba  tak  kena  pula. Akhirnya selamba saja Lisa menundukkan kepalanya sambil makan.

          "Boleh  saya  duduk  di  sini?" Pertanyaan dari lelaki itu membuatkan Lisa terperanjat. Nasib baik tak terlatah. Kalau tidak free saja dapat malu.

           Lisa  Adrianna  hanya  tersenyum  menjawab  pertanyaan  lelaki  itu. Dalam  hati  dah  libang  libu  segala. Kalau  nak  ikutkan  hatinya  …..nak  saja  dia  lari  masuk  ke dalam  bilik.  Menyorok  bawah  selimut. Tapi  takkanlah  dia  nak  tinggalkan  tetamu  yang  masih  ramai  ni, nanti  apa  kata  abah  dan  ibu  pula.  Lisa Adrianna   teruskan  juga  suapan  kemulutnya. Dah  tak  ada  selera   sebenarnya tetapi tetap digagahkan juga menyuap ke mulutnya.

          " Tak  makan  ke? " Tanya  Lisa  Adrianna  sekadar  untuk  menutup gelabah di hatinya. Itu pun setelah suapan nasi yang terakhir dipinggannya barulah dia bersuara.

             "Kalau  awak  nak tolong  suapkan ,  boleh  saja."Kata Hisyam  sambil  ketawa perlahan. Lisa Adrianna  bulatkan  matanya  sambil  merenung  lelaki  disebelahnya  itu.Gatal!Baru jumpa dah mengatal.Bisik Lisa dalam hati.

              "Tak  adalah….  saya  gurau  saja ," Hisyam  masih  lagi  merenung  wajah gadis didepannya itu. Manisnya senyuman. Membuatkan dirinya terpikat.
                 
             "Boleh  tak  awak  pandang  orang  lain? Saya  tak  selesalah  awak  pandang  saya."Mana  nak  selesanya  kalau  sejak  sampai  tadi  mata lelaki  tu  asyik  melekat  ke wajahnya.  Ada  sesuatukah  di  mukanya  atau  ada  cili  yang  terlekat  dicelah  giginya. Tapi  dia  mana  ada  tersengih  pada  lelaki  tu  sampai  dia  boleh  nampak  cili  yang  melekat  di giginya .Senyuman saja diberikan pada lelaki di sebelahnya itu.
        
             "Awak  cantik,  macam  klon  Lisa  Surihani. Manis…  tak  jemu  saya  pandang  awak. Awakkah  anak  uncle  Samad  yang  baru  tamat  belajar  dekat  luar  Negara  tu? Siapa  nama  awak?"Soal Hisyam lagi.

            Rasa  nak  muntah  bila  lelaki  tu  puji  dirinya , lebih-lebih  lagi  nak  samakan  Lisa Adrianna  dengan  Lisa  Surihani. Tolong  ya…. Kita  tak  ikut  wajah  Lisa  Surihani  . Wajah  kita  adalah  wajah  tersendiri. Entah-entah Lisa Surihani tu ikut klon muka kita?

            Lisa Adrianna  diam  dan  terus  menyuap  makanan  dalam  mulutnya  lambat-lambat. Kini dia mula menyuap pudding karemal kesukaannya. Lisa ni semua dia suka .Tengah  makan  mana  boleh  bercakap.  Nanti  tersedak  siapa  yang  susah?  Akuuuu…..  juga  yang  susah.Gumam Lisa dalam hati.

             "Awak  ni  sombonglah,  nak  tahu  nama  pun  tak  nak  bagitahu."Kata  Hisyam   pada Lisa. Lisa pandang  wajah lelaki  disebelahnya.Kacak! Terpuji lagi sekali. Hanya  senyuman  yang  dia  berikan pada lelaki itu. Belum habis makan , kan  mana boleh bercakap.

             "Lisa….dah  berkenalan  dengan  Hisyam  ke?" Pertanyaan  dari  ibunya  membuatkan  Lisa Adrianna  terperanjat dan berpaling  kebelakang  melihat  ibunya . Lisa Adrianna  baru  saja  menghabiskan  puding karemal  dalam  pinggannya  itu.

              "Hisyam…..inilah  anak  auntie  yang  belajar  dekat  luar  Negara  tu…. Lisa  Adrianna. Lisa,  ini  Hisyam  anak  Tan  Sri  Ariffin  dan  Puan  Sri  Monaliza. Jiran  sebelah  rumah  kita  . Hisyam  ini  seorang  doktor. Ibunya  memperkenalkan  lelaki  tu pada Lisa.

             " Berkenalanlah  ya….eloklah  kenal-kenal  dengan  jiran  tetangga, "beritahu  puan  Fatimah  sebelum  meninggalkan  mereka.
       
             "Kenapa  awak  tak  makan?  Awak  nak  saya  ambilkan  makanan  untuk  awak?" Tanya   Lisa  Adrianna  sekadar  melayan  tetamu  yang  bertandang.

            "Boleh  juga…awak  tahu  ke  apa  yang  saya  suka?" Balas  Hisyam  sambil  tersengih  pada Lisa Adrianna.

         "Tak  tahu? "Jawab  Lisa malu-malu. Itulah pandai-pandai pelawa nak tolong ambilkan makanan untuk orang tu. Macamlah awak tu tahu apa kesukaan orang tu.Monolog Lisa dalam hati.

             "Jom, "ajak  Hisyam.

             "Nak  kemana?" Tanya  Lisa  pula.

           "Pergi  nikah! "Jawab  Hisyam  selamba. Kemudian  dia  ketawa. Lisa  mengetapkan  bibir  separuh  geram . Dia  tahu  Hisyam  hanya  bergurau  dengannya.

         "Sorry…sorry….just  kidding,"kata  Hisyam  sambil  tersenyum . Lisa   membantu  Hisyam  menyenduk  nasi  kedalam  pinggan  bersama  dengan  lauk  pauk. Puding  karamel  dimasukkannya  kedalam  piring  kecil. Untuk  dirinya……. diambilnya  sepotong  kek  coklat  moist . Pinggan  nasinya  Hisyam  bawa  sendiri. Lisa  mengambil  air untuk  mereka  berdua.

             Mereka berdua duduk  makan  sambil  berbual. Dia  makan  kek  coklat  moist  kesukaannya . Sambil  memejamkan  mata  Lisa  menghayati  kesedapan  kek  kesukaannya  itu. Sudah  jadi  kebiasaannya  kalau  sedang  makan  kek  coklat  moist,  dia  akan  pejamkan  mata …..konon  nak  menikmati  kesedapan  kek  itu.

           Sekali  lagi  Lisa menyuapkan  kek  itu  kemulutnya  tapi  Hisyam  telah menarik tangan  Lisa yang sedang memegang sudu dan  menyuapkan kek itu  kemulutnya .Sekejap saja  kek coklat  moist  kesukaan Lisa itu  terus  masuk  kemulutnya. Lisa mencubit  bahu  Hisyam  kerana  kek  kesukaannya  dah  dihabiskan oleh Hisyam.
               
             "Hisyam….awak  dah  habiskan  kek  kesukaan  saya, " kata Lisa Adrianna.

       

2 comments:

  1. kelakar la part yg lisa pakai tudung tp pakai seluar singkat..mesti malu sgt.. :D

    macam comel je citer ni

    ReplyDelete