BAB 5
Rutin seharian
berjalan seperti biasa,tetapi
Ady terasa ada kekosongan sejak
Alya pergi. Cuti sekolahnya
pun hambar saja. Selalu dia menyakat Alya tapi bila Alya
dah pergi tak tahu nak menyakat siapa? Nak menyakat Marina ,kakak Alya tu.Dia
tak suka..... gedik!
********
Kini 3
tahun telah berlalu .
Aku sedang menunggu
keputusan SPM dan
Ady Ikram sedang
membuat persediaan untuk
melanjutkan pelajaran keluar
Negara.
Sudah tiga tahun aku cuba mengelak dari bertemu dengan abang Ady Ikram. Bila bercuti aku lebih suka berada di dalam rumah. Bila abang Ady kembali ke kolej barulah aku bebas keluar masuk ke rumah datin Aminah.
Hari ini bila aku mendapat tahu Ady Ikram telah ke KL untuk majlis pelajar-pelajar sekolahnya . Cepat saja aku ke rumah mak tuk. Rindunya dengan mak tuk yang dah lama tak berjumpa.
Takut-takut aku menghampiri rumah banglow mak tuk dan bertanyakan pada pengawal yang bertugas sama ada abang Ady telah ke KL.
"Assalamualaikum abang Man….."
"Waalaikumussalam………oh Puteri Alya
Maisarah.Ada apa Alya?"Tanya abang Man.
"Abang Ady
ada dekat rumah
tak , abang Man?" Tanya Alya pada
abang Man.
"Ady tak ada
,dia ke KL , "beritahu abang
Man .
"Mak tuk
ada tak abang Man?"
Soal Alya lagi.
"Datin Aminah
ada dalam , Alya
masuklah." Pagar dibukakan
untuk Alya. Aku masuk
dan berjalan ke depan rumah mak tuk. Salam
diberi oleh Alya.
"Assalamualaikum! Mak tuk…… oo
mak tuk….."
"Waalaikumussalam……"Jawab
Datin Aminah dari dalam rumah.
"Assalamualaikum mak
tuk…" Aku memberi salam
sekali lagi didepan mak
tuk.
"Waalaikumussalam! Oh! Alya….masuklah.
Dah lama
mak tuk tak tengok Alya. Makin
cantik cucu mak
tuk ni. " Pujian dari
mak tuk tak
dirasakan apa-apa oleh aku. Aku sedar siapa
diriku. Aku masih lagi
gadis montel walaupun
berat badanku semakin
turun sejak akhir-akhir
ini. Selain dari itu tidak ada apa yang berubah
sepanjang tiga tahun
ini. Cuma sekarang aku lebih pandai bergaya .
"Kenapa Alya dah lama tak kesini?" Pertanyaan dari mak tuk membuatkan aku teringat kenangan lama.
"Alya sibuk sikit mak tuk. Lagi pun Alya segan bila tahu abang Ady ada di rumah. Bila tahu abang Ady dah balik ke kolej baru Alya kesini." Jawabku.
"Apa
nak dimalukan Alya? Mak
tuk sentiasa menerima
kedatangan Alya. "Di matanya Alya
Maisarah semakin cantik
dan sudah pandai
bergaya.
Abang
Ady buat apa
pergi ke KL mak
tuk? Setahuku abang Ady
sedang menanti keputusan
examnya.
" Ady ke KL ada
perjumpaan pelajar. Lusa baru
dia balik sini
semula." Beritahu mak tuk padaku.
"Alya lama
ke bercuti?" Tanya
datin Aminah.
"Alya tunggu
sampai keputusan SPM
diumumkan. Adalah lebih kurang
tiga bulan lagi."
"Dah
lama Alya di sini,
Alya minta diri
dulu mak tuk." Aku bersalaman dengan mak tuk sebelum
balik.
"Datanglah lagi, dah lama
mak tuk tak
berbual dengan Alya. Rindu
pula mak tuk
nak dengar cerita
Alya selama berada
dirumah bapa saudara
Alya."Pesan mak tuk.
"Insya-Allah mak tuk…..lain kali
Alya datang lagi
kalau ada masa."
*****
Kini keputusan peperiksaan
telah di umumkan. Ady Ikram
telah mendapat keputusan yang
baik. Aku juga mendapat
keputusan yang boleh di
banggakan.
Aku
bercita-cita ingin menjadi
seorang jurutera. Begitu juga
dengan abang Ady Ikram. Dia
bercita-cita untuk melanjutkan
pengajiannya di Perancis. Kursus yang akan di ambilnya memakan masa
selama 5 tahun.
Permohonannya
untuk melanjutkan pengajian ke
Perancis telah diterima. Akhirnya dia berjaya
dalam permohonannya itu. Berita
itu di sampaikan pada tuk
ayah dan mak
tuk. Sangkanyanya mak tuk akan
gembira dengan kejayaannya
itu tetapi mak tuk
pula membantah pemergiannya
ke sana.
"Mak
tuk tak setuju sama
sekali jika Ady nak belajar
di sana. " Kuat mak tuk berkata
sambil menjegilkan matanya
pada Ady Ikram.
'Mak
tuk…..tolonglah benarkan Ady belajar di sana. Ady nak
mencapai cita-cita Ady,"
rayu Ady
pada mak tuk. Tuk
ayah yang sedang
duduk di sofa hanya mendiamkan
diri.Tak mahu masuk campur dengan
masalah cucunya.
"Lima tahun
tu lama Ady, macam-macam boleh
terjadi pada Ady. Mak
tuk tak nak
Ady berkahwin dengan orang
putih."
"Ady janji
mak tuk, Ady
tak akan berkahwin
dengan orang putih."
"Baiklah kalau
Ady nak pergi
juga…..Ady kena ikut cakap
mak tuk."
"Baiklah
mak tuk, Ady akan
ikut cakap mak
tuk." Jawab Ady Ikram. Dia sudah tersenyum
melihatkan peluangnya untuk
belajar diluar Negara akan
tercapai.
"Mak tuk nak
Ady berkahwin dengan
Alya." Tegas mak tuk berkata.
"Apa mak
tuk.... kahwin dengan Alya? Terkejut Ady Ikram
hingga terjatuh dari
sofa yang didudukinya. Bala apa
pula yang datang
ni?"Rungut Ady Ikram
dalam hati.
"Kenapa Ady
kena kahwin dengan
Alya mak tuk?"Soal Ady
Ikram pada mak
tuk.
"Mak tuk
tak nak Ady
balik bawa perempuan
yang entah apa-apa."Jawab mak tuknya.
"Ady janji
mak tuk Ady
tak akan jatuh
cinta dengan siapa-siapa
pun dekat sana."
"Tidak!! Mak tuk tak
percaya pada janji
Ady tu. Mak tuk
nak Ady kahwin
dengan Alya sebelum
ke sana. Kalau tidak Ady
tak akan belajar
di sana. Pilih yang mana
satu? Kalau tidak Ady
lupakan saja hasrat
Ady nak belajar
di sana dan Ady
tak akan dapat
sesen pun jika enggan
bernikah dengan Alya.." Datin Aminah dah gunakan kuasanya .
"Mak tuk……sampainya hati mak tuk
buat Ady macam
ni,Ady ni cucu
mak tuk."
"Ini semua
mak tuk buat
untuk kebaikan Ady
juga. Mak tuk tak
nak Ady salah
pilih isteri."
"Tuk ayah……"Ady mengadu
pada tuk ayahnya.
"Ady terima
sajalah permintaan mak
tuk tu. Tuk ayah
pun rasa Alya
sangat sesuai dengan
Ady. Ady akan bahagia
dengan Alya kerana Alya
seorang gadis yang
baik."Jawab datuk Sulaiman.
Baru nak
minta simpati dari
tuk ayah. Sekali tengok
,tuk ayah pun sama dengan
mak tuk. Bahagia apa
kalau kena paksa
macam ni , bisik Ady
Ikram dalam hati. Kalau
macam ni tak
belajar dekat luar
Negara pun tak
apa.
Eh! Mana boleh. Cita-cita aku
tu macam mana? Kalau
aku tak ambil peluang
ni sampai bila-bila
pun aku tak
akan berpeluang belajar
dekat sana. Apa yang
perlu aku lakukan? Alya
Maisarah……sebaris nama yang aku
benci. Gadis yang selalu membuatkan aku
meluat dengannya.
*********
Tersedak Alya
Maisarah semasa sedang
makan tengahari. Siapa pulalah
yang sedang mengumpat
aku. Cepat-cepat dia minum air
yang berada didalam gelas berdekatan
dengannya. Ayahnya mengusap belakang
Alya.
"Dah okey….."tanya ayahnya. Alya
hanya menganggukkan kepalanya.
Ibuku yang
sedang makan bersama
hanya menjeling." Tak senonoh
, makan pun gelojoh."Kata ibuku
perlahan tapi sampai dipendengaranku. Aku teruskan
suapan seperti tidak
mendengar kata-kata dari
ibuku. Sudah selalu sangat
ibu menyakitkan hati aku
hingga hati aku
kebal dengan sindiran
ibu.
Kakakku Marina ,
akan sambung belajar
di kolej swasta. Kini
kak Mar sudah mempunyai teman
lelaki. Anak orang kaya. Mestilah ibunya
suka. Ibuku tetap seperti
dahulu, semakin renggang denganku. Aku ada
ke tak ada ke,
tak menjadi masalah
pada ibu. Suka hati lagi adalah bila aku jauh dari matanya.
No comments:
Post a Comment