BAB
3
"Manalah
kakak tahu tanyalah
ibu ," jawab kakaknya sambil
menyuap nasi goreng
ke mulutnya. Dibiarkan adiknya
menelan air liur melihat
dia makan nasi
goreng buatan ibunya.
"Kakak …… bagi Alya rasa sikit, boleh? "Tanya Alya Maisarah
. Kakaknya menjegilkan mata
pada Aiya Maisarah.
"Mana boleh , nasi
goreng ni ibu
buat khas untuk
kak Mar," kata kakaknya.
"Kakak ni kedekutlah. Rasa sikit pun tak bagi. " Kata Alya
sebelum masuk ke dapur. Diperhatinya kuali
di atas dapur. Kosong, dah habis. Habis
aku nak makan
apa ? Bisik hati Alya Maisarah.
"Ibu……
mana nasi goreng untuk Alya?"
Tanya Alya . Abahnya yang sedang
menuang air ke dalam
gelas berhampiran peti
sejuk memandang wajahnya.
Ibunya
merenung wajah Alya
dengan wajah kelat. Tahukan kelat
macam mana ? Muka tanpa
senyuman.
"Alya buatlah sendiri.
Ibu hanya buat
untuk kak Mar, sejak
dua tiga hari
ini kak Mar
tak berapa selera
nak makan. Sebab
itulah ibu buatkan
kak Mar nasi
goreng, " jawab puan
Hamidah. Ibu hanya tahu
apa yang kak
Mar nak makan. Adakah
ibu tahu apa
yang aku nak
makan bila demam ? Gumam Alya dalam hati.
"Habis
tu Alya nak
makan apa ibu? " Soal Alya
Maisarah pada ibunya.
"Buatlah
sendiri ," jawab puan Hamidah
yang sedang membasuh
pinggan disingki. Alia berundur
keluar dari dapur. Sebak
rasanya hati Alya. Terdengar suara
abah menegur ibunya.
"Awak
pun Midah , tak bolehkah awak simpan
sikit untuk Alya. Tak bolehkah awak
layan Alya tu elok-elok sikit. Ini
ada saja kesalahan
Alya tu. Alya tu
juga anak awak. Yang
awak nak anak
tirikan Alya tu
kenapa?"
" Midah dah
cakap sejak dulu
lagi. Midah tak
nak beranak lagi , tapi
abang tu nak
juga Midah lahirkan seorang
lagi anak. Sudahlah
semasa hamilkan Alya
tu kita selalu
berbalah. Semua tu
sebab Midah hamilkan
Alya . Kesihatan Midah terjejas.
Sampai Midah tak
dapat nak tumpukan
perhatian pada abang
sebab Midah asyik mabuk dan muntah
saja. Bagi Midah
cukuplah tiga orang
saja anak Midah. Imran , Haikal
dan Marina tu
saja anak kesayangan
Midah ."
"Suka
hati awaklah Midah,
abang dah tak
tahu nak cakap
apa lagi. " Selepas itu
Alya dah tak
dengar apa lagi
kata abahnya. Abahnya juga
sering mengalah dengan
ibunya.
Semasa lalu
berhampiran meja makan,
Alya lihat nasi goreng
kakaknya masih berbaki
di atas meja
makan. Tak jauh dari
situ kakaknya sedang
bercakap di telefon.
Alya
mengambil sesudu nasi
goreng. Sedap…sesudu disuapnya
lagi ke mulutnya . Air matanya
jatuh membasahi pipi
gebunya. Terharu kerana dapat
juga dia merasa
nasi goreng buatan
ibunya.
"Ibu!!!!" Jerit
kakaknya bila melihat
Alya sedang makan
nasi gorengnya. Dah macam
orang gila pula
Alya lihat bila
kakaknya menjerit. Ibu
dan abahnya keluar
dari dapur bila
mendengar kakaknya menjerit.
"Ada apa
Mar ? Malam-malam menjerit
macam ni." Apa
kata datin Aminah
disebelah rumahnya bila
mendengar anaknya kesayangannya
menjerit. Dia bercadang nak
menjodohkan anaknya Marina
dengan Ady Ikram.
"Alya….
Dia makan nasi
goreng Mar," jawab
Marina sambil menjeling Alya Maisarah.
" Ish!! Tak
sedap langsung …..pedasnya." Air
mata jatuh membasahi
pipi Alya Maisarah.
Air milo kakaknya
diatas meja di teguknya seteguk.
"Mana
ada pedas ," jawab
kakaknya. Memang nasi goreng
itu tidak pedas
kerana kakaknya tidak
suka makanan yang
pedas.
"Abah….Alya nak
ke rumah mak
tuk sekejap boleh?" Tanya Alya
pada abahnya.
"Pergilah tapi
jangan balik lewat
sangat , esok nak
pergi ke sekolah." Dia tahu
Alya akan meluahkan
perasaan pada datin
Aminah. Datin Aminah
juga sangat sayangkan
Alya Maisarah.
Setelah dibenarkan
ke rumah mak
tuk, Alya terus
saja meluru keluar
rumah. Dia tidak mahu
keluarganya tahu dia
menangis kerana kesedihan
bila mendengar kata-kata
ibunya tadi. Biarlah mereka
menganggap dia mengalirkan
air mata kerana
kepedasan makan nasi
goreng buatan ibunya . Walaupun mereka
tahu nasi goreng
itu langsung tidak
pedas.
Setelah
memberi salam , Alya
terus berada dalam
pelukan mak tuk. Nasib
baik hari ini Datuk Sulaiman
keletihan dan mereka berjemaah
di rumah saja.
"Alya
awat ni ?" Tanya mak
tuk. Tiba-tiba saja Alya
datang memeloknya.
"Kalau ya pun
masuklah dulu, tak
payahlah duduk buat
jejak kasih di depan
pintu ni," tegur Datuk Sulaiman.
Cuba menceriakan suasana. Setelah masuk
kedalam rumah Alya
terus menceritakan apa
yang berlaku dirumahnya
kepada mak tuk
dan tuk ayah.
"Apa
nak jadi dengan
Midah tu bang?
Dari dulu tak
berubah juga. Benci
sangat pada Alya
ni. Sedangkan sejak kelahiran Puteri Alya
Maisarah , Midah telah dinaikkan
pangkat menjadi pengetua
sekolah. Abah Alya
pula menjadi timbalan
pengarah di syarikat
kerajaan. Ternyata kelahiran
Alya memberi tuah
untuk mereka berdua, "kata mak
tuk.
"Entahlah
abang pun tak
tahu Min. Kesian
Alya dianak tirikan
ibunya. Abahnya pula
ikutkan saja kata
bininya tu." Pergi
bercuti pun Alya
ditinggalkan dengan bersama mereka.
Mujurlah isterinya Aminah
sangat menyayangi Alya. Dengan
kakak Alya isterinya
kurang berkenan pula.
Katanya terlalu dimanjakan.
Ady
Ikram sejak tadi
hanya mendiamkan diri.
Kesian pula melihat
Alya yang kurang
kasih sayang kedua
orang tuanya. Dia tahu
apa perasaan Alya
Maisarah. Mujurlah dia masih
ada mak tuk
dan tuk ayah.
Dengan merekalah dia
menumpang kasih.
"Jemput
makan Datuk, Datin. "Panggil
mak Nab. "Alya
pun ada. Dah lama sampai Alya?" Tanya mak
Nab.
"Baru
saja mak Nab,"
jawab Alya sambil
mengelap air matanya.
"Jom
makan Alya, mak
Nab ada buat
nasi goreng yang
Alya suka . Mak
Nab taruh banyak
sayur dan fish
kek, " beritahu mak Nab. Mak
Nab tahu ada
yang tak kena
dirumah Alya hingga
Alya sering menghabiskan
waktu sehariannya dirumah
ini.
"Yakah
mak Nab? " Mak Nab
menganggukkan kepalanya.
Seronok bila melihat
wajah Alya kembali
berseri. Alya mengikut saja
bila tangannya ditarik
oleh mak Nab ke
meja makan. Ditariknya
kerusi dan duduk di sebelah
mak Nab. "Alhamdulillah! Dapat
juga aku merasa
nasi goreng kesukaan
aku , "bisik Alya Maisarah. Inilah rezeki namanya.
Selepas makan , Alya
membantu mak Nab
mengemas meja. Setelah selesai
mengemas meja Alya
memohon untuk balik
kerumah kerana esok
adalah hari sekolah. Kini
Alya sudah berada
di tingkatan 2 dan Ady Ikram
pula berada di tingkatan 5
Ady Ikram
teringat semula pada hari
dia akan berangkat
ke sekolah berasrama
penuh. Waktu itu dia
akan masuk ketingkatan
empat. Alya Maisarah telah
menangis hingga bengkak-bengkak matanya
kerana sedih untuk
berpisah dengan Ady
Ikram. Berbagai pesanan ditinggalkan
untuk Ady kalah
pesanan mak tuk
dan tuk ayahnya.
"Abang
Ady jangan lupakan
Alya tau. Alya akan
sentiasa merindui abang
Ady. Alya janji akan
belajar dengan bersungguh-sungguh supaya Alya setanding dengan
abang Ady.
Setiap kali bercuti , dia
akan balik kekampung
dan waktu itu
hanya muka Alya
yang selalu menganggu
Ady Ikram.
"Alya…. Kau tak
ada kerja lain
ke dari bertandang
ke rumah ini ? Hari-hari melihat
muka kau membuatkan
Abang Ady menyampah
tahu tak ?" Herdik Ady
Ikram.Alya Maisarah hanya
tersenyum macam tak
ada perasaan.
"Abang
Ady tak tahulah
samada Alya ni
ada perasaan atau
pun muka tembok? Abang
Ady dah cakap
abang Ady tak
pernah dan tak akan
sukakan Alya . Puteri
Alya Maisarah tak
pernah ada dalam
kamus hidup abang
Ady. Dipandangnya wajah Alya
dari tepi yang
sedang duduk menonton
tv di sofa. Comel juga
Alya ni ,bisik hati
Ady Ikram.
"Oi gemuk! Kau
dengar tak apa
abang Ady cakap
ni? "Sergah Ady Ikram .
"Abang
Ady ni kalau
tak bising tak
boleh ke? Alya nak
tengok tv pun
tak senang. Abang Ady
jangan risau , Alya dengar
dan faham apa
yang abang Ady katakan.
Mulai hari ini
Puteri Alya Maisarah
berjanji akan menghilangkan
diri dari abang
Ady. Maafkan Alya sebab
selama ini selalu
membuatkan abang Ady
marahkan Alya. Kalau diberi
pilihan ingin Alya
menghilangkan diri buat
selama-lamanya dari mata
abang Ady."
Terdiam
Ady Ikram mendengar
luahan hati Alya.
Alya
mencapai tangan Ady
dan menciumnya. "
Maafkan Alya abang
Ady. Mulai hari ini
sama-samalah kita berdoa
semoga hati Alya
akan beralih arah. Mungkin
masih ada insan
yang sanggup menerima
Alya yang sebatang
kara ini meskipun
Alya masih punya
keluarga. Selamat tinggal abang
Ady. Semoga abang Ady
bahagia bila Alya
jauh dari abang
Ady." Alya Maisarah bangun
dan berjalan keluar
dari banglow Datuk
Sulaiman. Pedih dihati cuba
ditahannya. Sampai saja di bawah
pohon jambu yang
rendang terus Alya
menangis tersedu-sedu. Satu
keputusan harus dibuat…..
Sudah
seminggu Alya Maisarah
tidak muncul didepannya. Sejak tadi Ady Ikram
terjenguk-jenguk di luar rumah
mencari kelibat Alya
Maisarah. Namun kelibat Alya
Maisarah langsung tidak
kelihatan. Hati Ady Ikram resah.
No comments:
Post a Comment