BAB
11
Dengan hati yang gundah gulana aku
melangkah menghampiri Rayyan. Kami bergerak masuk ke sebuah pejabat . Terpegun
aku melihatnya. Pertama kali aku melihat pejabat yang cantik.
"Awak nak kemana tadi Lisa?
Awak nak batalkan temujanji kita? Bukankah awak dah berjanji kita akan bertemu
hari ini?" Rayyan menyoalku dengan wajah masam. Masam pun masih menampakkan
wajahnya yang kacak. Cuma senyumannya tak pernah ada untukku, mungkin tak akan
pernah ada untukku sampai bila-bila..
"Saya ingatkan tadi saya
tersilap tempat." Mataku meliar memandang persekitaran pejabat itu.
Persekitaran pejabat yang nampak mewah dengan perabutnya.
"Sekarang kita ke bilik pejabat
saya."Rayyan mempersilakan aku
berjalan di hadapannya..Staf-staf yang sedang sibuk membuat kerja masing-masing
mula memandangku yang sedang berjalan di hadapan Rayyan Hafiz. Mereka yang ada
di situ memberi salam pada Rayyan. Aku
juga memberikan senyuman pada mereka.Senyumanku berbalas.
Rayyan Hafiz membuka pintu dan
mempersilakan aku masuk. Setelah masuk aku diminta oleh Rayyan duduk di kerusi
berhadapan dengannya. Perabut di dalam pejabatnya lebih kepada kayu
mahagony.Kerusi yang kududuk pula berwarna coklat gelap.
Tanpa membuang masa aku bertanya
pada Rayyan apa tujuan dia ingin berjumpa denganku.
"Ada apa awak nak berjumpa
dengan saya Rayyan?" Soalku pada Rayyan.
"Awak dah ada duit untuk membayar
ganti rugi kerosakan barang yang rosak itu."Rayyan masih menanti jawapan
dariku.
"Maafkan saya Rayyan. Saya
belum bekerja dari mana saya nak cari duit sebanyak itu." Itu saja alasan
yang dapat aku berikan pada Rayyan Hafiz. Kalau dia nak marah aku pun marahlah.
Dah aku tak ada duit sebanyak itu nak buat macam mana?Gumamku dalam hati.
"Awak boleh minta dari ibubapa
awak." Rayyan masih memandangku.Membuatkan aku serba tak kena.
"Saya tak akan menyusahkan
mereka Rayyan. Jasa mereka membesarkan saya pun dah cukup baik . Saya tak nak
ambil kesempatan di atas kebaikan mereka pada saya."
"Habis bagaimana awak nak bayar
semua tu Lisa?" Soal Rayyan.
"Bila saya dah bekerja nanti
saya akan bayar balik pada awak Rayyan." Itu yang dapat aku janjikan
padanya.
"Apa kata saya bagi satu
cadangan pada awak?" Rayyan masih lagi memandang wajahku. Entah apa yang
ditelitinya di wajahku.
"Cadangan apa awak?
"Soalku ingin tahu.
"Apa kata kalau saya tawarkan
awak bekerja dengan saya?" Soalnya .
"Apa bekerja dengan
awak,Rayyan?" Tanyaku inginkan kepastian.Adakah aku salah dengar tadi.
"Kalau awak bekerja dengan saya
,setiap bulan saya boleh buat potongan gaji diatas kerosakan barang saya tu.
Bagaimana setuju?"Tanya Rayyan padaku.
"Tapi saya telah berjanji untuk
bekerja dengan abah saya, " jawabku.
"Itu saja peluang yang awak ada
Lisa." Dia macam agak kecewa bila aku tolak tawarannya.
Bila aku teringat kembali amaran
dari kak Shila terasa ingin saja aku menerima tawaran dari Rayyan Hafiz.
"Baiklah saya akan terima
tawaran itu." Hati aku nak menolak tapi mulut aku cepat saja bersetuju.
"Baguslah kalau macam tu.
Welcome to Angsana Holding."Rayyan Hafiz berdiri dan menghulurkan
tangannya untuk berjabat tangan denganku.
Aku hanya meletak tapak tanganku
didada menandakan aku masih menghormatinya tanpa menyambut huluran tangannya
padaku.
Rayyan
Hafiz tersenyum padaku dan menjatuhkan semula tangannya ke bawah
"Sorry, saya terlupa."Tak
sangka dia akan tersenyum padaku. Terpegun aku seketika.
"Lisa…..Lisa……Awak buat lagi
Lisa. Cubalah awak focus dengan apa yang saya cakapkan tadi. Janganlah suka
melamun."
"Maafkan saya Rayyan."
Jawabku malu-malu.
"Bila saya akan mula bekerja
Rayyan?" Tanyaku.
"Hai! Awak macam tak sabar nak
berada dekat denmgan saya Lisa." Rayyan masih lagi tersenyum. Tak sangka
pandai pula dia ni tersenyum. Ingatkan tak tahu nak senyum.
"Eh! Bukan macam tu. Saya Cuma
nak pastikan bila saya boleh mula bekerja di sini?"Tak payah nak
perasanlah Rayyan.Kalau dulu memang iye saya ingin dekat dengan awak.Tapi
setelah apa yang terjadi dulu membuatkan saya tak pernah lagi bermimpi nak
dekat dengan awak ,Rayyan. Monologku dalam hati.
"Kalau awak setuju esok pun
awak boleh mula bekerja Lisa." Ish! Dia ni takkanlah secepat itu nak aku
bekerja dengan dia? Gumamku lagi dalam hati.
"Tak cepat sangat ke
Rayyan?"Tanyaku ingin tahu.
"Ada lagi yang lebih
cepat?" Rayyan menguntumkan senyumannya padaku.
"Apa? " Tanyaku ingin
tahu.
"Awak boleh bekerja sekarang
juga Lisa." Rayyan mula menghamburkan ketawa padaku. Seronoklah tu dapat
mempermainkan aku.
"Apa ? Nak kerja sekarang. Awak
gila ke apa Rayyan?" Nah padan dengan muka Rayyan dah kena cop gila. Cari
pasal lagi dengan aku. Itu sikit saja tu.
"Tak adalah Lisa….. Awak mula
bekerja minggu depan. Boleh ?" Tanya Rayyan Hafiz.
"Boleh , "jawabku. Bila
aku teringat kembali minggu depan itu ialah tiga hari lagi. Sekarang dah hari
Khamis. Hish! Kenapalah aku boleh setuju nak kerja minggu depan.
"Ok ……kita jumpa lagi tiga
hari, "Rayyan ketawa lagi. Mesti seronok tu dapat kenakan aku.
"Baiklah Rayyan kita jumpa lagi
minggu depan," jawabku.
Aku berdiri dan berpaling untuk
keluar dari pejabat Rayyan.
"Lisa!! "Panggil Rayyan
kuat. Hish! Kus semangat aku.
:Rayyan!! Awak kalau tak menjerit
tak boleh ke?: Tanyaku geram. Terperanjat aku Cuma kali ini tak melatah saja.
"Lisa baju awak, "kata
Rayyan sambil menunjukkan ke baju aku.
"Kenapa?" Tanyaku ingin
tahu.
"Baju awak Lisa….." Aku
lihat Rayyan menelan air liurnya. Apa kena pula dengan Rayyan ni?
Rayyan
menghampiri aku. Aku dah cuak dengan kelakuan Rayyan itu. Rayyan berbisik di
telingaku. Perlukan dia berbisik sedangkan hanya kami berdua yang berada di
dalam pejabatnya.
"Lisa….baju awak ada warna
merah. Awak datang bulan ke? Tak senonoh betul awak ni." Bisik Rayyan
ditelingaku. Aku terkejut dan memandang wajah Rayyan yang dah nampak kemerahan
. Malu kut?
Aku jadi kalut. "Rayyan mana
toilet? Saya nak guna sekejap,"tanyaku kalut.
"Awak boleh guna bilik air
saya." Rayyan tunjukkan bilik airnya yang berada tidak jauh dari kami Cuma
terlindung sedikit dari meja Rayyan tadi.
Laju saja aku masuk ke bilik air
Rayyan. Setelah kuperiksa barulah aku tahu aku datang bulan. Alamak hari ini
aku bawa beg lain .Selalu aku bawa beg
sandang .Hari ini aku bawa beg tangan yang dihadiahkan oleh ibu padaku.Benda tu
taka da dalam beg tanganku.
Baju kurungku pula kotor dibahagian
punggung. Bagaimana aku nak pergi beli benda tu? Nak keluar dengan baju yang
kotor ni pun aku tak sanggup. Dahlah tadi termalu dengan Rayyan. Takkanlah nak biarkan orang lain nampak
kekotoran pada bajuku itu.
Aku jengukkan kepalaku keluar. Rayyan
masih berada di depan pintu bilik airnya.La! Dia ni jadi jaga dekat depan bilik
air pula.Gumamku dalam hati.
"Rayyan …..awak boleh tolong saya
tak?" Tanyaku lembut.
"Tolong
apa Lisa ?" Soal Rayyan sambil memandang wajahku.
"Tolong belikan saya benda tu."
Kataku dengan wajah dah blusher
kerana malu.
"Beli apa?' Soal Rayyan sambil
mengerutkan dahinya. Tak faham apa yang Lisa mahukan.
"Tolong saya belikan tuala
wanita ," jawabku sambil menundukkan kepala ke bawah kerana malu.
"Apa ? Awak nak saya belikan
tuala wanita. Eh! Awak saya ni lelaki, kalau orang nampak malulah saya. Lagipun
takkanlah awak tak simpan bekalan tu kalau-kalau awak dating bulan."
Rayyan bulatkan matanya seperti terperanjat.
"Selalu saya beg sandang. Beg
ini ibu saya yang hadiahkan semalam pada saya." Jelasku pada Rayyan Hafiz.
"Habis tu…..awak nak saya
belikan untuk awaklah ya!"
"Saya tak kira , saya nak awak
beli juga. Ini awak punya pasallah. Siapa suruh awak nak jumpa saya? Kalau tak
saya dah senang lenang dekat rumah."
"Iyelah! Iyelah! Saya pergi
beli untuk awak." Jawab Rayyan.
"Rayyan…… dekat sini ada kedai
jual pakaian tak? Boleh tak awak belikan saya pakaian?"Aku membuka beg
tanganku untuk mengambil duit untuk kuberikan pada Rayyan Hafiz.
"Argh!!!!!!!" Jeritku kuat
kerana terkejut.
Knpe dia jerit kak? Akak cepat sambung!!! X.sabar saya....hehehehe
ReplyDeleteInsya-Allah dik. Akak tengah usaha buat yang terbaik ni. Line slow sangat susah nak masukkan n3 baru
ReplyDeleteBest.
ReplyDeleteTerima kasih baby mio
ReplyDelete