Reenzarini

Saturday, 9 November 2013

TAK MAMPU KU BERHARAP 3



BAB 3

         “Kenapa  anak  ibu  menangis ?  Ibu  dan  abah  sentiasa  ada  bersama  Lisa  selagi  Lisa  memerlukan  kami.” Dia  tahu  Lisa  menangis  kerana  terkenangkan  ayah  dan  mama  kandung  Lisa. Kesiannya  anak  ini  kehilangan  kasih  dan  sayang  kedua  orangtuanya  sejak  kecil  lagi. Hidupnya  penuh  dengan  kesedihan  sejak  dilahirkan.

          Sejak  dilahirkan Lisa telah dibesarkan  oleh  ibu  saudaranya  dan  dia  dilayan  seperti  hamba  abdi . Ayah  yang  masih  hidup  menghilangkan  diri  kerana  kecewa  dengan  kematian  ibunya.  Apalah  yang  terdaya  dilakukan  oleh  anak  sekecil  itu.   Dia  dihantar  ke rumah  anak  yatim  dengan  alasan  ibu  saudaranya  sudah  tidak  mampu  untuk  menyaranya.
         
         “Lisa  bukan  menangis  sebab  itu  tapi  Lisa  menangis  sebab mulai  hari  ini  kita  dah  tak  perlu  berjauhan  lagi, “kata  Lisa  Adrianna  sambil  mengesat  air matanya. Dia  juga  turut  mengesat  air  mata  ibu  angkatnya. Dipeluk  ibu  angkatnya  sekali  lagi. Dia sangat sayangkan ibu dan abah angkatnya.

            Mata Lisa Adrianna sempat menjeling  Rayyan  Hafiz  yang  sedang  memandangnya. Bila  Lisa  Adrianna   tertangkap sedang  merenung  Rayyan , cepat-cepat  dia  berpura-pura  berbual dengan  keluarganya. Malulah  tu  kerana  tertangkap  sedang  merenung  aku. Gumam Rayyan Hafiz dalam hati. Sebenarnya jauh disudut hati Lisa masih tersemat nama Rayyan Hafiz. Bukan mudah hendak melupakan begitu saja cinta pertamanya. Tetapi Lisa berpegang pada jodoh Allah ,kalau kemana pun dia pergi jika sudah tersurat jodohnya dengan Rayyan dia akan terima dengan hati yang ikhlas.
                                                                      
           “ Sudah-sudahlah  tu  sesi  soal  jawabnya,  Imah oi….  simpanlah  soal  jawab  tu  dulu  , kita  sembang   dekat  rumah  nanti .  Tak  ke mananya  anak  dara  awak   tu,” Tegur  encik Samad . Ketawa  puan  Fatimah  dan  Lisa  Adrianna  bila  mendengar  kata-kata  dari  encik Samad  itu. Abahnya memang suka melawak dengan Lisa dan ibu angkatnya.
           
           
             “Lisa…tolong  abah  tolak  troli  ni.  Apa  barang  yang  Lisa  bawa  balik  ni.  Berat  macam  bawa  batu  saja. Tak  berdaya  abah  nak  tolak  sorang  troli  ni. Kalau bawa menantu tak mengapalah juga. “Sengaja  dia  mengusik  Lisa  Adrianna. Bukan berat sangat pun beg itu. Sengaja dia hendak mengusik Lisa Adrianna.

            "Abah ni ,Lisa baru saja habis belajar dah suruh Lisa bawa balik menantu. Nasib baik Lisa tak bawa balik si mata biru,kalau tak mau pengsan abah,"gurau Lisa  Adrianna.

            "Kalau dah jodoh Lisa dengan simata biru abah okey aje,"gurau encik Samad lagi.

            "Tak naklah Lisa …abah." Lisa nak tinggal dengan ibu dan abah buat selama-lamanya."

            "Sudah-sudahlah bang oi, tadi mengata dengan Imah sekarang abang pula yang sibuk tanya pasal menantu. Balik karang abang tanyalah Lisa ni." Lisa Adrianna dan encik Samad mengekek ketawa bila mendengar bebelan puan Fatimah itu.

           “Biar  Lisa  tolong  abah  tolak  troli  ini.  Kesiannya  abah  Lisa. Sejak  tadi  Lisa  asyik  peluk  ibu  saja.” Abahnya  ketawa  bila  mendengar  kata-kata  Lisa  itu. Tahu  Lisa  Adrianna  telah  besar  dan  tak  sesuai  lagi  nak  berpeluk  bermanja  dengannya. Mereka  bukan  mahram . Walaupun  Lisa  Adrianna  telah  dewasa  tapi  dia  tetap  menganggap  Lisa  adalah  anak  manjanya.Sayangnya pada Lisa Adrianna tak ubah seperti dia sayangkan anak-anaknya yang lain.

               Lisa  Adrianna  membantu  abahnya  menolak  troli  untuk  dimasukkan  beg-beg dan  barangannya  ke dalam  kereta.

         “Lisa  tunggu  dengan  ibu  di sini. Abah  nak  telefon  pak Din  sekejap.”Pesan  abahnya  pada  Lisa  Adrianna.

      
             “Baiklah  abah…Lisa  tunggu  di sini  dengan  ibu, “kata  Lisa  sambil  memeluk  lengan ibunya. Setelah  agak  lama  menanti  membuatkan  Lisa  keletihan. 
         
         Ibu…  mana  abah  ni?  Lisa  dah  tak  sabar  nak  balik  ke rumah  kita.” Beritahu  Lisa.

        “Sekejaplah  sayang. “ Pujuk  puan  Fatimah  pula.
     
        “Ha…itu pun  abah .” Kata  puan  Fatimah . Kelihatan  encik  Samad  berada  didalam sebuah  kereta . Seorang  lelaki  sedang  memandu   kereta  mewah  itu . Kereta  itu  berhenti  tak  jauh  dari  mereka.
     
         “Wah…ibu…  kereta  baru  ke? “ Soal  Lisa  Adrianna  pada  ibunya.
      
         “Apa-apa  pun  kita  masukkan  barang-barang  Lisa  ke dalam  kereta  dulu , “ ajak  ibunya sambil  mencuit  pipi  Lisa  Adrianna. Geram  melihat  pipi  anaknya  yang  licin  tanpa  sebutir  jerawat  pun .
     
              “ Jom  Lisa, “ ajak  ibunya lagi  bila  dilihatnya  Lisa  Adrianna  masih  berdiri  tegak  di situ. Mata  Lisa  Adrianna  asyik  memandang  wajah  Muhammad  Rayyan  Hafiz.

             Muhammad  Rayyan  Hafiz  juga  sedang  memasukkan  barang-barangnya  ke dalam  kereta. Dari  ekor  matanya  dia  mengikuti  setiap  gerak  laku  Lisa  Adrianna.

          “Lisa…”.panggil  ibunya  lembut .

          “Ya  ibu, “ jawab  Lisa  Adrianna sambil  menolak  troli  menghampiri  kereta  abahnya. Lelaki  yang   membantu  abahnya   memasukkan  semua  barang-barangnya  ke dalam  kereta .

           Abahnya mengangkat tangan  pada  seorang  lelaki  yang  sedang berdiri berhampiran  kereta mereka. Abah  dan  lelaki  itu  bersalaman dan berbual sebentar dengan lelaki yang sedang berdiri bersama dengan Rayyan. Rayyan juga turut bersalaman dengan abah Lisa sebelum abahnya menghampiri  mereka  semula.

         "Siapa  tu  bang?" Tanya  puan Fatimah. 

         "Kawan  abang," jawab encik  Samad  dan  terus masuk ke dalam kereta. Mereka  juga  masuk  ke dalam  kereta.

         "Lisa ……kenalkan  ini  pak  Din pemandu  abah." Lisa menegur  pak  Din  yang  sedang  memandu  kereta.

            "Apa khabar pak Din? Dah lama bekerja dengan abah Lisa? "Soal Lisa lagi.

             Muhammad  Rayyan  Hafiz  hanya  memandang  kereta  yang  membawa  Lisa  Adrianna  meninggalkan  KLIA. Sejak  tadi  dia  berdiri  disebelah  Lisa  tapi  boleh  pula  gadis  itu  buat  tak  kisah  dengannya .  Macam  la  dia tak  kenal  dengan  aku  saja lagaknya. Nanti  kau…aku  akan  buat  kau  jatuh  cinta  dengan  aku  semula. Masa  tu  baru  kau  tahu  nasib  kau , gerutu  Rayyan  Hafiz  dalam  hati. Ish!! Ish!! Dendam pula Rayyan ni.
                 
             “Rayyan….apa  tunggu  lagi.  Cepat  masuk  ke dalam  kereta, “panggil  Datin  Sufiah . Tadi  Datin  Sufiah  sempat  memandang  gadis  yang  dipandang  anaknya  sebelum  gadis  itu  menaiki  sebuah  kereta  mewah . Cantik…bisik  Datin  Sofiah. Anak Samad ke tu?Bisik datin Sufiah dalam hati. Rupa gadis itu agak seiras dengan  Samad. Dia memang mengenali Samad sejak dulu.

            Cepat-cepat  Rayyan  Hafiz  masuk  ke dalam  kereta  mereka. Kereta  terus  meluncur  di jalan  raya. Sambil  berbual  dengan  ayah  dan  mamanya  …mata  Muhammad  Rayyan  Hafiz  melihat  di kiri  dan  kanan  jalan.  Setelah  lima  tahun  sudah  banyak  perubahan  yang  berlaku  di  Malaysia. Sejak lima tahun yang lalu dia hanya menumpukan perhatian pada pelajaran dan perniagaan mereka di luar Negara.
                                                                      
           Kereta  mereka  berhenti  dilampu  isyarat  bila  lampu  berwarna  merah. Sesak  pula  dijalan  raya  hari  ini. Mata  Muhammad  Rayyan  Hafiz  memerhati  kereta  disebelah  mereka. Lisa  Adrianna  , bisik  hatinya.

          “Abah…bila  abah  beli  kereta  mewah  ini, “ tanya  Lisa  Adrianna  pada  abahnya. Matanya  ralit  memandang  didalam  kereta  mewah  abahnya. Hebat  juga  abahnya  kerana  dapat  memakai  kereta  mewah  begitu.  Model  baru  pula  tu.

        “ Manalah  abah  mampu  nak  beli  kereta  semewah  ini  Lisa . Kereta  ini  adalah  milik  arwah  bapa  saudara  abah. Arwah bapa  saudara  abah  meninggalkan  segala  hartanya  untuk  abah  sebagai  pemegang  amanah . “ Terang  abahnya  pada  Lisa  Adrianna.
      
          “Dia  tak  ada  isteri  ke  abah?” Tanya  Lisa  Adrianna.

          “Isterinya  telah  lama  meninggal  dunia .  Anak  mereka  pula  dijaga  oleh  saudara  isterinya  . Bapa  saudara  abah  tak  mampu  nak  jaga  kerana  wajah  anaknya  menyerupai  wajah  isterinya. Setiap  kali  memandang  wajah  anaknya  dia  akan  bersedih.

          Tapi  kini  anaknya  hilang  tak  diketahui  dimana  dia  berada? ” Jawab  abahnya. Lisa  Adrianna  memang  tak  pernah  mengenali  bapa  saudara  abahnya . Bapa  saudara  abahnya  meninggalkan  keluarga  mereka  kerana  gadis  pilihan  bapa  saudaranya  tidak  direstui  oleh  keluarga  mereka.

           “ Lisa  pernah  tak  berjumpa  dengan  bapa  saudara  abah  tu? “ Soal  Lisa  Adrianna  pada  abahnya.

          “Tak  pernah….  Abah  pun  berjumpa  semula  dengannya  setahun  yang  lalu. Jawab  encik  Samad.
           
            Sewaktu  kejadian  itu  berlaku encik  Samad  masih  remaja  lagi. Apa  yang  diketahuinya  bapa  saudaranya  sangat  sayangkannya.   Bapa  saudaranya  menghilangkan  diri  semasa  dia  sedang  belajar  di  asrama  penuh. Sejak  hari  itu  dia  kehilangan  jejak  bapa  saudaranya. 

            Setelah  menjejakkan  kakinya  ke  universiti  dia  mula  mencari  bapa  saudaranya  semula . Sudah  puas  dicari  tapi  tidak  ditemui. Bukan  mudah  mencari  orang  yang  tak  mahu  ditemui. Ralat  hatinya  bila  bertemu  kembali dengan bapa saudaranya  …..bapa  saudaranya  pula  pergi  meninggalkannya .

            Pergi  yang  tak  akan  kembali  untuk  selama-lamanya. Kenangan  yang  tak  dapat  encik  Samad  lupakan  untuk  selama-lamanya. Walaupun  masih  mempunyai  anak-anak  saudara   yang  lain  tetapi  hanya  pada  encik  Samad  di jadikan  sebagai  pemegang  amanah  segala  hartanya . Encik Samad menjadi pemegang amanah untuk anak bapa saudaranya.

            Kini  encik  Samad  yang  menguruskan  syarikat  bapa  saudaranya  dengan  dibantu  oleh  anak-anaknya. Segalanya  dipantau  oleh  peguam  syarikat  mereka.
                                                                      
             Sementara  menanti  kereta  bergerak  semula , Lisa  Adrianna  membetulkan  tudungnya  dengan  berpandukan  cermin  kereta. Matanya  turut  memandang  kereta  di sebelah  mereka.  Seorang  lelaki  sedang  memandangnya  dan  tersenyum  pada  Lisa  Adrianna. Siapa  lagi  kalau  bukan  Muhammad  Rayyan  Hafiz  yang  sombong  tu.
Lisa Adrianna menjeling melihat Rayyan yang berada disebelah kereta abahnya.
         
           

4 comments:

  1. nk lagi..xsabar tgu next n3..menarik

    ReplyDelete
  2. La...ada pun komen.Ingatkan tak ada yang membaca .Baru saja kak Reen buat keputusan nk hentikan novel ini buat sementara waktu jika tk ada pembaca.Nasib baik kak Reen buka tentang komen pembaca kalau tidak tk adalah rezeki pembaca semua nk membaca n3 sambungan novel ini.

    ReplyDelete