BAB
2
"Ady……Sudah petang
ni…tidur apanya Ady," jerit mak
tuk. Hai mak tuk
ni kalah tarzan
kalau bab menjerit , gerutu
Alya dalam hati.
"Alya
…kenapa tak habiskan
cucur bawang tu?" Tanya mak
Nab yang baru muncul dari
dapur. Mak Nab juga
suka melayan Alya sebab
Alya tu budak
baik.
"Alya
dah kenyang mak
Nab. Alya nak balik
dulu . Hari pun dah
petang ni , nanti mak
marahkan Alya pula."
"Tahu
pun Alya nak balik ke rumahnya , ingatkan nak berumah tangga di rumah
mak tuk sampai ke malam."
Bisik Ady Ikram sendiri.
"Yalah…elok-elok berjalan
tu. "Nasihat mak tuk. Padahal
banglow encik Razak hanya
disebelah rumah mak
tuk saja.
"Baiklah
mak tu," Alya Maisarah
bersalaman dengan mak
tuk dan mak Nab. Sebelum
balik dikerlingnya pintu
bilik Ady Ikram. Tak
dapatlah dia nak
pandang wajah abang
Ady sebelum balik. Setelah setapak
melangkah terdengar pintu
bilik Ady Ikram
dibuka dari dalam. Alya
Maisarah berhenti melangkah.
Terjengul wajah tak
berapa nak kacak
Ady dimuka pintu
biliknya .Yalah…kulit abang Ady
tu kulit orang
melayu. Sawo matang. Tapi
dalam hati Puteri Alya Maisarah,
abang Ady yang
paling kacak.
"Hai…dah
nak balik cik
Puteri Alya Maisarah. Ingatkan nak
tidur disini?" Tanya Ady
Ikram. Sengaja nak memerli
Alya Maisarah. Senang hatinya
melihat Alya Maisarah
sudah mahu pulang
ke rumahnya. Tak adalah mengganggu
dia 24 jam. Sudahlah kalau
tengok tv asyik
nak tengok drama
Korea saja. Macamlah pelakon
Korea tu lawa
sangat. Dia lagi
kacak dari pelakon
Korea tu, mulalah
Ady nak angkat
bakul sendiri.
" Alya balik
dulu abang Ady. Esok
Alya datang lagi." Alya melambaikan
tangannya pada Ady
Ikram . Ady buat tak
tahu saja. Ingat dia tu
miss world kut
nak lambai-lambai bagai.
Esok nak datang
lagi? Tak payah datanglah
Alya. Duduk sajalah di rumah
kau tu, bentak Ady Ikram dalam
hati. Matanya merenung Alya
yang sudah keluar
dari rumah mak
tuk.
" Apa
hal ni renung
anak dara orang,
tak malu ka?" Gurau mak
tuk. Ady juihkan
mulutnya bila mak
tuk perli dia.
"Tak
baik Ady layan
Alya macam tu,"
tegur mak tuk. Kesian
dia tengok Alya
tu selalu jadi
mangsa buli Ady Ikram.
"Ady
tak sukalah dengan
Alya tu mak
tuk , "jawab Ady Ikram.
"Jangan
terlalu membenci Ady, satu
hari Allah akan
terbalikkan hati kita. Masa
tu barulah Ady
tahu langit itu
tinggi ke rendah. Sekarang bolehlah Ady cakap tak sukakan Alya tu tapi
bila dah besar nanti hati Ady terbalik pula nakkan Alya tu." Mak
tuk mengelengkan kepalanya .
Tak tahu apa
nak cakap lagi
dengan Ady Ikram , cucu
kesayangannya itu. Hanya Ady
Ikramlah satu-satunya cucu
yang dia ada
setelah anak dan
menantunya meninggal dunia . Anak
dan menantunya terlibat
dalam kemalangan sepuluh
tahun yang lalu.
Sejak
hari itu dialah
yang telah membesarkan
Ady Ikram. Syarikat milik
anak dan menantunya
di KL telah
diserahkan buat sementara
waktu kepada orang
yang dipercayai sehingga
cucunya telah bersedia
untuk mengambil alih
syarikat milik arwah
anaknya.
Peguam syarikat
Kiara Holding yang
memantau perjalanan syarikat
itu. Seminggu…. dua kali dia
dan suaminya akan
turun ke KL untuk memantau
syarikat itu. Sebenarnya syarikat
itu adalah syarikat yang
diwarisi turun temurun
dari keluarganya. Suaminya sendiri
mempunyai ladang kelapa
sawit yang hendak
diuruskan . Suaminya lebih
berminat dalam sector perladangan.
"Mak
tuk….apa yang mak
tuk menungkan tu ?" Soal Ady
Ikram. Tentu mak tuk
teringatkan arwah abah
dan arwah mama.
"Tak
ada apa-apa Ady," kata mak
tuk sambil mengelap air
matanya. Entah bila
air matanya mengalir. Rindunya pada
anak dan menantunya
yang telah pergi.
"Maafkan
Ady kalau Ady
dah lukakan hati
mak tuk." Walaupun Ady
ni nakal tapi
dia tak boleh
lihat mak tuk
menangis. Dia mesti nak
gembirakan hati mak
tuk macam arwah
ayahnya yang telah
meninggal. Banyak cerita tentang
ayahnya dia dengar
dari tuk ayahnya dan mak tuknya.
"Ady
tak salah apa-apa. Hari
pun dah petang
ni, pergilah mandi. Sekejap lagi
tuk ayah balik. Pergi
masjid dengan tuk
ayah. Mak tuk pun
nak ikut pergi
ke masjid malam ni."
"Baiklah
mak tuk , Ady masuk
mandi dulu." Lambat-lambat Ady
bergerak masuk ke biliknya.
"Assalamualaikum……"Kedengaran suara
memberi salam.
"Waalaikumussalam ," jawab datin
Aminah sambil bersalaman
dengan suaminya. Pipinya dicium
lembut oleh datuk Sulaiman .
" Mana
Ady? "Tanya datuk Sulaiman. Wajahnya membayangkan
keletihan. Walau macam mana
letih pun dia
tak pernah lupa
bertanyakan tentang cucu
tunggalnya. Itulah penyambung warisannya.
"Sedang
mandi dan bersiap
untuk ke masjid," jawab datin Aminah. Datin Aminah
menghidangkan cucur bawang
yang disimpan untuk
suaminya. Satu mug milo disertakan
dengan cucur bawang.
"Jemputlah makan
bang."Pelawa datin Aminah.
"Malam
ini abang nak
berjemaah di rumah saja. Badan
terasa letih pula."Beritahu Datuk Sulaiman pada
isterinya.
" Budak
Alya tu tak ke
sini ke
hari ini? "Tanya Datuk
Sulaiman bila dilihatnya
Alya tak ada di
rumahnya. Selalu tu ada
saja muka Alya
di rumahnya. Dia pun sukakan
Alya Maisarah . Alya selalu menemani
isterinya. Tak adalah
isterinya bosan tinggal
dirumah.
"Baru saja
Alya tu balik. Bergaduh dengan
cucu abang tu."" Cerita datin
Aminah pada suaminya.
"Hai! Apa
nak jadi dengan Ady
tu? Suka sangat
bergaduh dengan Alya. Kesian
abang tengok Alya
tu." Mulutnya sudah mengunyah
cucur bawang buatan
isterinya. Sedap. Tak pernah lagi
dia jumpa cucur
bawang yang lebih
sedap dari cucur bawang
isterinya.
"Entahlah bang , Min
pun tak tahu
nak nasihat Ady
tu macam mana?" Jawab Datin
Aminah.
"Alya tu
pula bukannya dia
nak ambil hati
dengan kata-kata Ady
tu, senyum memanjang. Merajuk pun
sekejap saja, lepas
tu dah mulalah
balik mengekor budak
Ady tu ke mana
saja Ady pergi. "
Sejak Alya
berumur dua tahun
dia dah mula
rapat dengan Ady
Ikram . Kini Alya Maisarah
dah berumur 12 tahun.
Ady pula dah
tingkatan tiga. Ady Ikram mula tinggal
dengan Datuk Aminah
sejak berumur lima
tahun lagi. Semasa mula-mula
tinggal dulu Ady
Ikram suka sangat
melayan Alya, sebab
tu la Alya
rapat dengan Ady
Ikram. Bila ditanya
katanya nak kahwin
dengan abang Ady Ikram. Impian
kanak-kanak. Tapi kini setelah
meningkat remaja Ady Ikram sudah
tidak suka berkawan
dengan Alya Maisarah. Malu katanya
diejek kawan-kawan.
"Abang
nak mandi , sekejap lagi dah
nak azan maghrib." Suara suaminya
membuatkan Datin Aminah tersedar
dari lamunannya . Suaminya sudah
menapak menuju ke bilik
mereka ditingkat atas. Setelah
mengemas meja dia juga
menapak naik ketingkat
atas..
"Ha…dah
balik budak bertuah ? "Tanya ibunya
puan Hamidah. Alya Maisarah
hanya menikus bila
mendengar pertanyaan ibunya.
"Apa tunggu
lagi cepat masuk
ke dalam , kau nak
tidur dekat luar
ke?" Tanya ibunya.
Kakaknya yang sedang terbaring di sofa dan berbantalkan paha ibunya hanya tersenyum mengejek Alya Maisarah. Anak manja , ejek Alya Maisarah dalam hati. Hanya dalam hati dia berani mengejek kakaknya. Nak cari pasal dengan ibunya kalau mengata depan-depan. Anak emas ibunyalah katakan.
Kakaknya yang sedang terbaring di sofa dan berbantalkan paha ibunya hanya tersenyum mengejek Alya Maisarah. Anak manja , ejek Alya Maisarah dalam hati. Hanya dalam hati dia berani mengejek kakaknya. Nak cari pasal dengan ibunya kalau mengata depan-depan. Anak emas ibunyalah katakan.
Ibunya adalah
seorang pengetua di sebuah sekolah menengah berhampiran. Entah kenapa
Alya sering terasa
dengan segala tindak
tanduk ibu dan
kakaknya. Kadangkala dia terfikir
adakah dia ini hanyalah
anak angkat ibu
dan abahnya. Bila di
semak namanya berbinti
dan beribu bapakan
mereka berdua . Tapi kenapa
dirinya tidak pernah
disayangi oleh mereka
berdua.
Walaupun
ada kesalahan yang
dilakukan oleh kakaknya , dia juga
yang sering dipersalahkan. Kakaknya Marina
adalah seorang gadis
yang cantik. Mewarisi
kecantikan ibunya . Dirinya pula tidaklah
secantik kakaknya Marina. Hanya
kulitnya mewarisi abahnya dan
kakaknya pula berkulit
seperti gadis melayu. Usai
solat maghrib , Alya
turun kebawah untuk
makan malam. Kakaknya
sedang makan nasi
goreng dimeja makan.
" Sedapnya kak , untuk
Alya mana?" Tanya Alya .
Bukan dia tak
tahu apa jawapan
kakaknya. Tapi saja gatal
mulut nak bertanya
juga. Kakaknya menjeling Alya
Maisarah . Meluat agaknya melihat
Alya yang dari
tadi asyik merenung
nasi gorengnya.
No comments:
Post a Comment