BAB
4
"Ke mana pula Alya
Maisarah ni, merajuk dengan
kata-kata aku ke?'
"Buat apa
tu Ady," soal
mak tuk. Malu pula
kerana tertangkap dengan
mak tuk.
"Tak buat
apa mak tu,
saja ambil angin
diluar ni."
"Mak tuk ada nampak
Alya Maisarah ke ? Sudah
seminggu Alya tidak
berkunjung ke sini." Malu-malu
Ady Ikram bertanya.
Alya dekat , dia
marah… Alya menjauh , dia
mencari. Apa kena dengan
Ady ni, bisik datin
Aminah dalam hati.
" La….Ady tak
tahu ke?"Soal datin Aminah.
"Tahu apa
mak tuk?" Hatinya berdebar
menanti penerangan dari
mak tuk.
"Alya dah
tak ada seminggu
yang lalu, "kata datin
Aminah.
"Apa mak
tuk?" Terkejut Ady dengan
berita yang disampaikan
mak tuk. Ady Ikram
berlari ke rumah Alya
Maisarah yang terletak
bersebelahan banglow mak
tuk.Tanpa memberi salam
Ady terus berlari
masuk kedalam rumah
banglow encik Razak. Ady
Ikram naik ke tingkat
atas dan terus
masuk ke bilik Alya
Maisarah. Dia dah biasa ke situ masa Alya masih kecil.
"Alya…Alya…Alya….," jerit
Ady Ikram. Tak malu dia
menjerit memanggil nama
Alya. Air mata menitis
laju membasahi pipinya.
Terduduk dia bila
bilik Alya kosong
saja.
"Ady….panggil Marina. Kakak Alya
Maisarah.
"Mar…
mana Alya?" Tanya Ady
Ikram.
"Alya dah
pergi seminggu yang
lalu. Ady…Mar boleh temankan
Ady."
"Tak nak…..
Ady nak Alya
temankan Ady. Ady
banyak buat salah
dengan Alya."
Encik Razak
dan puan Hamidah
hanya terdiam dengan
terjahan Ady Ikram
kedalam banglow mereka.
"Ady….ya-Allah cucu
aku. Dah gila ke apa duk menangis
dalam bilik Alya
ni. Tak senonoh betul
cucu aku ni, buat
malu aku saja."Kepala Ady disekehnya lembut. Mana
boleh sekeh kuat-kuat
cucu tunggal aku
tu, bisik datin
Aminah dalam hati.
"Mak tuk…..Ady
dahlah tengah sedih
ni, mak tuk
ada hati sekeh
kepala Ady pula."
"Dah…dah…jom balik . Ada
hati duk menangis
dalam rumah orang , malu la sikit
Ady oi. Kalau macam
ni mak tuk
bagi nikah dengan
Alya terus sebelum
Ady keluar Negara."Perintah dari
mak tuk jangan
buat main-main. Nanti duit
belanja ke mana
apa kemana. Haru….
"Nikah apanya
mak tuk…Alya pun
dah tak ada
lagi." Balas Ady Ikram.
"Alya….Alya….sampai hati
Alya tinggalkan Ady
sendiri, kata nak
temankan Ady sampai
bila-bila."
"Mak
tuk…Ady mana boleh
nikah dengan Alya. Ady
tu Mar yang
punya, "kata Marina berani.
"Amboi….amboi …..pandainya hang buat
undang-undang no! Siapa bagi
kebenaran dekat hang
. Ady tu
aku nak nikahkan
dengan Alya, jangan perasan
aku nak ambik hang
jadi cucu menantu
aku, "dah keluar bahasa
utara datin Aminah
. Datin Aminah tu
asal orang Perlis. Walaupun dah
lama tinggal di Selangor ,
tapi loghat utara
dia tak hilang
juga.
"Ibu….Mar
nak Ady. "Rengek Marina. Puan
Hamidah pula depan
datin Aminah mana
berani kata apa? Menikus
takutkan datin Aminah.
Datin Aminah menjeling Marina. Gedik…. tak berkenan
langsung , desis hati datin Aminah .
" Stop…stop…., Ady tak
akan nikah dengan
siapa- siapa pun." Dia masih
lagi terduduk diatas
lantai bilik Alya.
"Ady…… jom ikut
mak tuk balik. Kita
bincang di rumah."Ajak datin
Aminah lembut.
"Bincang apa
mak tuk? Alya
pun dah tak
ada."Aduh ! Budak Ady
ni aku sekeh kang,
" gerutu datin Aminah.
Encik Razak
menyuruh Ady Ikram
mengikut datin Aminah
balik "Ady ikutlah
mak tuk Ady
balik, bawa berbincang."Kata encik
Razak.
" Pak cik
mana Alya ? Ady banyak dosa dengan
Alya. Ady sayangkan Alya. "Kaki encik
Razak dipeluknya.
"Alya tak
ada Ady…dia dah
pergi…."
"Kenapa Ady
tak tahu Alya
dah meninggal pakcik. Tak
ada siapa pun
yang beritahu Ady. Sebak
dadanya. Kaki pakcik Razak
masih dipeluknya.
"Adoi!! " Datin Aminah
sekeh kepala Ady
Ikram, kali ini agak
kuat kerana terlalu
geramkan cucunya. Dahlah
buat hal dekat
rumah orang. Buat malu
datin Aminah saja.
"Astagfirullahhalazim…….Anak pakcik
masih hidup, kenapa
Ady cakap Alya
dah meninggal?" Tanya encik
Razak.
"Mak
tuk….tadi mak tuk
cakap Alya dah
tak ada," tanya Ady
kebingungan.
"Tadi
mak tuk tak
habis cakap lagi
Ady dah berlari
kesini. Mak tuk cakap
Alya dah tak ada, dia
pergi ke rumah bapa
saudaranya dan akan
bersekolah disana."
"Apa!!! Alya nak
bersekolah disana? Tapi
kenapa ? Dulu masa
dapat masuk ke asrama penuh
pun Alya tolak tapi
kenapa pakcik benarkan
Alya pergi?"Tanya Ady
Ikram.
"Alya cakap
dia dah tak
nak berharap lagi. Berharapkan apa
pun pak cik tak
tahu? Ady…boleh lepaskan kaki
pak cik ,naik lenguh kaki
pak cik Ady
peluk." Pinta encik Razak. Tak
perasan pula dia
sedang memeluk kaki
pak cik Razak. Malu-malu dia
melepaskan tangannya yang
sedang memeluk kaki
pak cik Razak.
Begitu kejamkah
dia pada Alya
selama ini? Bila Alya
balik bercuti nanti
dia akan memohon
maaf pada Alya.
" Maafkanlah kami
Razak … Midah. Dah ganggu kau
orang nak berehat."
"Tak
mengapalah kak Min. Salah
faham saja,"kata encik
Razak .
"Kami balik
dulu Razak ….midah… "
"Jom
Ady ikut mak
tuk balik. "Tangannya terus
menarik Ady Ikram yang
masih duduk dilantai. Mereka keluar
dari rumah Alya. Sampai dirumah
terus Ady dimarahi
oleh mak tuknya.
"Mengapa dengan
Ady ni? Buat malu
muka mak tuk
saja. Yang Ady pergi menjerit
memanggil nama Alya
tu kenapa? Macam orang
meroyan pula mak
tuk tengok.
"Kalau Alya
tu ada didepan
Ady, Ady buat tak
endahkan dia. Bila dia
dah pergi barulah
Ady nak terhegeh nakkan
Alya tu."
"Mana ada
mak tuk…Ady terperanjat
saja tadi. Dah mak
tuk cakap Alya
dah tak ada. Macam
nak lucut jantung
Ady bila dengar mak
tuk cakap Alya
dah tak ada."
"Lucut jantung
Ady saja Ady
tahu. Jantung mak tuk
ni nak lucut
Ady tak kisah
pula." Buat lawaklah pula
mak tuk ni.
"Selama ini
Ady ingat mak
tuk tak tahu
layanan Ady pada
Alya? Ady herdik dia, hina dia, hingga
dia pergi membawa
diri. Kalau Ady tak
suka Alya pun
cakaplah elok-elok sikit. Padan
dengan muka Ady. Kalau
Alya tu jumpa
orang yang lebih
menghargai dirinya baru
Ady gigit jari.
"Alah mak
tuk…Ady tak akan
jatuh cinta dengan
orang macam
Alya tu. Siapalah lelaki
yang malang tu
ya mak tuk. "Perli Ady.
"Tak
suka konon ,
tadi tu melalak
macam gila talak
tu apa?" Tanya datin
Aminah.
"Kalau
Ady kenali hati
budi Alya tentu Ady
akan nampak betapa cantiknya
Alya tu. Walaupun badannya
berisi tapi wajahnya
cantik dan boleh
membuatkan kita tak
jemu memandangnya. Orang kata
sejuk mata memandang. Bila Alya
balik bercuti Ady
perhatikan dia betul-betul."
"Oh ya!
Sebelum Alya pergi
dia sempat tinggalkan
surat untuk Ady."
"Mana suratnya
mak tuk ,
kenapa tak cakap
dari tadi ?"
"Amboi…..tadi cakap
tak suka. Sekali tengok
macam orang angau, dua
kali tengok macam
orang gila bayang
pun ada. Itulah terhantuk
baru nak sedar , tapi dah
terlambat. Alya dah pergi
membawa diri," kata datin
Aminah sebelum menyerahkan
surat Alya Maisarah.
Selepas mendapatkan
surat itu terus
Ady Ikram berlari
masuk ke biliknya.Tak sabar
nak tahu apa
kata Alya padanya. Macam dapat
surat cinta pula. Dengan
cermat Ady membuka
sampul surat yang
digam itu
Assalamualaikum Abang Ady
yang sentiasa diingati.
Alya
harap abang Ady
akan bahagia tanpa Alya
disisi abang Ady. Alya
dah tunaikan permintaan
abang Ady dengan
permergian Alya. Alya pergi
sebab Alya malu pada abang
Ady. Alya dah tak mengharapkan
kasih abang Ady.
Alya sedar
betapa kejamnya diri
Alya kerana selama
ini mengganggu hidup
abang Ady. Alya sedar
Alya langsung tak
layak bergandingan dengan
abang Ady. Ingin Alya
hapuskan perasaan Alya
pada abang Ady , insya-Allah satu
hari Alya akan berjaya
membuang semua kisah
kita selama ini.
Suatu hari
nanti hati Alya
akan merelakan abang
Ady pergi dari
hati Alya.Insya-Allah.
Abang Ady…
Alya tahu
selagi Alya tak
buang abang Ady
dari hati Alya…selagi
itu abang Ady
tak akan bahagia. Alya
akan cuba…Alya janji.
Untuk melupakan
abang Ady…Alya tak
akan pernah muncul
lagi di depan abang
Ady. Alya minta kalau
abang Ady terjumpa
Alya anggaplah kita
tak pernah kenal. Anggaplah Alya
dah mati. Itu saja
permintaan Alya yang
terakhir.
Abang Ady….
Alya tak
akan berharap lagi
pada abang Ady. Alya
tak ingin menjadi
kupu-kupu yang hanya
singgah sekejap saja. Alya
sentiasa berharap diluar
sana masih ada
bahagia buat Puteri Alya
Maisarah. Anggaplah Puteri Alya
Maisarah sudah lenyap dari
dunia ini.
Maafkan Alya
yang pernah mengharapkan
kasih dari abang
Ady.
Sekian dari
insan yang khilaf.
Puteri Alya
Maisarah.
Air mata
yang menitis Ady
kesat dengan jarinya. Surat dari
Puteri Alya Maisarah, Ady
lipat dan masukkan
semula dalam sampulnya. Disimpannya dalam
laci mejanya.
"Maafkan abang
Ady kerana tak
dapat membalas cinta
Alya. Semoga diluar sana
masih ada bahagia
untuk Puteri Alya
Maisarah. Abang Ady ingin
mencapai impian abang
Ady sebelum memikirkan
pasal cinta." Selama ini
hatinya tertutup buat seorang
gadis.
No comments:
Post a Comment