BAB
10
Usai solat subuh aku membantu mak
Siti membuat sarapan pagi. Walaupun mak Siti melarang aku membantunya tapi aku
tetap berkeras membantu mak Siti menyediakan sarapan pagi. Pagi ini aku bercadang
membuat bihun Singapura. Pada pembantu yang dua orang lagi aku arahkan mereka
menyediakan bahan-bahan untuk aku memasak.Mak Siti aku arahkan untuk berehat di
kerusi.
"Mak duduk saja di sini,
hari ini biarkan chef Lisa Adrianna yang bertugas memasak. Tangan
mak Siti aku tarik dengan lembut dan aku meminta mak Siti duduk dikerusi tak
jauh dari aku. Riuh gelak ketawa aku semasa memasak. Gurauan aku membuatkan mak
Siti ketawa tak kering gusi. Tuti dan Ning
juga ikut ketawa ,walaupun kadang-kadang mereka berdua kurang faham apa
yang aku katakan.
"Assalamualaikum! "Ibu
memberi salam semasa kami leka berbual dan ketawa.
"Waalaikumsalam! Eh ibu. "
Terus aku menarik tangan ibu supaya duduk di sebelah mak Siti.
"Hari ini chef Lisa Adrianna
yang akan memasak sarapan pagi kita. Ibu
dan mak Siti duduk saja di sini. Tak payah buat apa-apa." Ciuman kuberikan
pada ibu dan mak Siti.
"Sayang masak apa hari ini?"
Ibu bertanya sambil mencuit pipiku perlahan.
"Hari ini sarapan kita ialah
bihun Singapura dan sandwich ikan tuna."Jawabku sambil terus mengacau
bihun Singapura yang sudah hampir masak.
"Emm! Masak apa ni ? Sampai ke
depan baunya. "Tanya abah pada kami yang berada di dapur.
" Chef Lisa Adrianna
sedang memasak bihun Singapura abah,
" jawabku.
"Sedapnya ,tak sabar abah nak
merasanya . Nampaknya lain kali tak perlulah abah nak ke Singapura jika nak
makan bihun Singapura . Tak sangka anak
dara abah pandai memasak. " Aku hanya tersenyum mendengar pujian abah itu.
"Ok! Dah siap pun. Biar Lisa
hidangkan dulu.Nanti kita makan sama-sama. Abah tunggulah dekat depan
dulu." Aku arahkan 2 pembantu membawa air milo dan nescafe o ke meja
makan.
"Kak Tuti dan kak Ning tolong
bawakan air ni ke meja makan."Arahku pada mereka berdua. Setelah segalanya sudah terhidang aku
menjemput ibu dan mak Siti yang masih berada di dapur ke meja makan.
"Ibu….mak …..jemputlah
makan." Tangan keduanya kutarik lembut ke meja makan.Tak lupa aku juga
memanggil abah dan kak Shila makan. Kebetulan kak Shila sudah berada di ruang
tamu bersama dengan abah. Kak Shila macam biasa hanya menjeling .
"Lisa biarlah mak makan dengan
Ning dan Tuti di dapur. "Mata mak Siti
terarah pada kak Shila yang sudah masam wajahnya kerana tidak suka mak
Siti makan bersama kami.Aku hanya terdiam, jika itu yang boleh menyenangkan
hati mak Siti.Tak sanggup lagi aku mendengar cacian kak Shila pada mak Siti.
Cukuplah semalam ialah kali pertama dan terakhir aku mendengar cacian kak Shila
pada mak Siti.
Abang Am dan isterinya turut
menyertai kami makan.
"Auntie Lisa! "Panggil
Danny Naufal.
"Selamat pagi sayang. "Aku
mendukung Danny dan meletak Danny di atas ribaku semasa makan . Aku melayan
Danny Naufal makan. Untuk Danny Naufal telah kusediakan sepinggan bihun Singapura
yang tidak pedas. Tidak kupeduli pada
mata-mata yang sedang menjeling dan meluat denganku.Ada aku kisah kalau ada
yang tak suka aku rapat dengan Danny Naufal.
Sesekali
kupandang kak Shila yang laju menambah bihun yang aku goreng tadi. Begitu juga
abang Am dan kak Hanim.Senang melihat hasil masakanku menjadi kesukaan ramai.
"Sedapnya anak dara abah masak
bihun goreng ini. Nampaknya makin gemuklah abah kalau hari-hari macam ni."
Seloroh abah sambil mengusikku.Tangan abah menambah lagi bihun ke dalam
pinggannya.
"Mana ada abah biasa-biasa
saja." Jawabku langsung tak kisah dengan pujian abah itu.
"Uhuk!Uhuk!" Kak Shila
tersedak bila terdengar aku yang membuat bihun itu. Tangannya yang ingin
menambah bihun kali ketiga itu terus terhenti.
"Apa gelojoh sangat makan tu,
"tegur ibu. Belakang kak Shila diurut lembut.
"Hei! Siapalah yang masak bihun
ni? Tak sedap langsung . Pedas! Buat orang tersedak saja." Kutuk kak
Shila. Baru nak kutuk ,tadi waktu tambah sampai 2 kali okey aje! Bila terdengar
aku yang memasak bihun tu terus tersedak.
Semua yang terdengar omelan kak
Shila itu berhenti menyuap bihun ke mulut.
"Mana ada…… abang Am tak rasa
pedas pun . Sedap adalah," kata abang Am sambil menambah bihun ke dalam
pinggannya.
"Sedap adik abang Am masak .
Bukan macam orang tu,langsung tak tahu nak memasak . "Abang Am perli kak
Shila. Kak Hanim mencubit paha abang Am . Abang Am mengaduh kerana terasa perit
pahanya kena cubit.
"Tak sedap langsung, "kata
kak Shila setelah berdiri dan mengambil beg tangannya di atas sofa untuk ke
pejabat. Tanpa bersalam dengan ibu dan abah, kak Shila terus memandu keretanya
menuju ke pejabat.
"Sampai bila la nak berubah
budak Shila ni?" Rungut ibu entah pada siapa ditujukan rungutannya itu.
"Biarkan saja Shila tu Imah.
Makin kita nasihatkan dia makin sakit hati kita." Encik Samad pula
merungut tentang perangai Shila itu. Dah jadi buluh susah nak dilentur lagi.
"Am pun nak bertolak balik dah
ni abah….ibu." Abang Am bersalaman dengan abah dan ibu. Abang Am mengambil
Danny Naufal dari atas ribaku.Danny memeluk tengkukku.
"Danny
nak sayang auntie Lisa dulu,
"kata Danny sambil memeluk tengkukku dengan kedua belah tangannya.
"Sayang auntie Lisa,"kata Danny sambil mencium kedua belah pipiku.
"Auntie Lisa pun sayangkan Danny, jumpa lagi lain kali "kataku
sambil mencium pipi Danny Naufal. Aku juga bersalaman dengan kak Hanim.Macam
biasa kak Hanim enggan bercakap denganku. Abang Am hanya tersenyum padaku.
Selepas ibu dan abah ke pejabat, aku
keluar ke halaman rumah untuk menyiram pokok bunga ibu. Sebelum keluar aku
pastikan pakaianku menutup aurat. Tak nak jadi macam dulu tu, buat malu aku
saja.
"Assalamualaikum! " Aku
berpaling ke rumah sebelah melihat siapa yang memberi salam padaku.
"Waalaikumusalam!' Jawabku. Senyuman keberikan pada Hisyam
Zafril.
"Tak kerja ke hari ni?
"Tanyaku pada Hisyam Zafril.
"Lambat sikit hari ini. Saya
ada seminar pukul 2.00 petang nanti. Semalam
lepas balik dari rumah Lisa saya ada on
call , itu pergi sekejap ke Hospital.
"Pagi
ini baru saya balik. Mengantuk lagi ni," terang Hisyam padaku. Apahal nak bagitahu aku,aku bukan kenal sangat
pun dengan dia.
"Habis tu …..pergilah tidur.
Buat apa kat sini lagi?"Tanyaku pada Hisyam Zafril. Kadangkala terasa
rimas juga. Terlebih ramahlah pula Hisyam Zafril ni.
"Menghalau nampak," kata
Hisyam Zafril sambil tersenyum. Malas
aku nak pandang Hisyam lama-lama, tak pasal-pasal aku terpikat pula pada dia.
"Awak pergilah berehat saya pun
nak masuk dah ni. Sekejap lagi saya nak keluar."
"Awak nak ke mana
Lisa?" Laju saja dia bertanya pada
Lisa.
"Saya nak pergi shopping,
" jawabku.
"Shopping apanya, baru pukul
tujuh lebih. Mana ada Mall yang buka
seawal ini ? Tanya Hisyam lagi. Tak jemu
matanya memandang wajah cantik Lisa. Walaupun tanpa mekap wajah Lisa tetap
manis.
"Sebenarnya saya nak ke Angsana
Holding." Jawabku.
"Buat apa dekat sana?"
Soal Hisyam Zafril.
"Saya ada hal sikit dekat
sana?" Terangku lagi.
"Pukul berapa nak pergi? Boleh
saya hantarkan." Tanya Hisyam Zafril. Matanya yang keletihan tadi nampak
kembali bercahaya.
"Tak payah susah-susahlah, saya
boleh naik teksi saja," jawabku lagi.
"Tak mengapa? Saya juga nak ke
seminar, tempatnya tak jauh dari situ . Pukul sepuluh nanti saya pergi jemput
Lisa, " Hisyam Zafril sudah buat keputusan sendiri.
"Okey! Saya nak masuk tidur
sebentar, pukul sepuluh pagi saya jemput awak."Hisyam Zafril terus
berjalan masuk ke dalam rumah tanpa menoleh lagi.Terima sajalah pelawaan Hisyam
Zafril tu Lisa. Kau bukannya tahu sangat dengan tempat ni.
Lambat-lambat aku masuk ke dalam
rumah. Sekali aku menoleh ke balkoni rumah sebelah. Hisyam Zafril sedang
berdiri di situ. Dia mengangkat tangan padaku.Setelah melambai kembali aku masuk
ke dalam rumah.
Lambat lagi pukul sepuluh pagi.
Sekarang baru pukul lapan pagi. Lebih baik aku memilih pakaian untuk dipakai
nanti. Akhirnya aku memilih sehelai baju kurung
putih kain cotton berbunga kecil warna biru. Tudung ku pakai selendang
yang berwarna biru gelap. Ku
lilit tudung dikepalaku seperti yang aku pelajari dalam mr google. Seperti biasa
aku hanya memakai bedak dan lip balm. Minyak wangi poison kesukaan ku aku spray
ke tubuhku.
Setelah berpuas hati aku mendapatkan
mak Siti dan bersalam dengannya.
"Mak….Lisa nak
keluar sekejap. Lisa balik lambat
sikit, mungkin malam baru Lisa balik. Lisa dah minta kebenaran ibu dan abah untuk
keluar."
"Hati-hati Lisa,"pesan mak
Siti.
"Baiklah mak, Lisa pergi dulu,
"aku keluar setelah bersalaman dengan mak Siti.
Hisyam Zafril sudah menantiku di
depan Vila Kasih. Dia membukakan pintu kereta untukku. Sepanjang perjalanan ,
tak kering gusi aku dengan telatah Hisyam Zafril. Ada-ada saja usikannya
membuatkan aku ketawa.
"Balik nanti Lisa nak balik
dengan apa? " Tanya Hisyam Zafril.
"Saya balik dengan kawan,"
jawabku. Sampai di depan Angsana Holding ,aku cepat-cepat turun dari kereta.
Tak mahu Hisyam membukakan pintu untuk aku. Malu kalau orang tengok. Macam
mengada-ngada sangat.
Setelah meninggalkan nombor handphoneku pada Hisyam Zafril, aku
menapak ke dalam ruang lobi Angsana Holding. Setelah mendapatkan pas untuk naik
ke atas, aku berdiri betul-betul di depan lif.
Dengan lafaz bismillah aku menekan
butang lif . Setelah pintu lif terbuka aku masuk dengan kaki yang agak menggigil.
Tak tahu apa yang akan terjadi padaku bila berdepan dengan Rayyan nanti. Adakah
aku akan tabah bila berdepan dengannya. Adakah hatiku akan terusik semula?
Berkali-kali aku bertanya pada diriku. Cukup kuatkah hatiku untuk menghadapi kata-kata hinaan Rayyan nanti?
Bunyi pintu lif terbuka membuatkan hatiku mula goyah. Aku ingin turun semula ke bawah. Rasanya tak sangup
aku berdepan dengannya. Semasa jari jemariku sedang menekan semula butang G , aku
terdengar suara lantang memanggil namaku.
"Lisa!! "Aku terpaku di dalam
lif bila melihat Rayyan sedang menahan pintu
lif yang hampir tertutup.
Bestnya!!! Akak cpatlah update... saya dh x sabar2 nk tahu apa sambungannya.. cayalah kak reen.... heheh
ReplyDelete