Reenzarini

Tuesday 26 November 2013

TAK MAMPU KU BERHARAP 10



BAB 10

            Usai solat subuh aku membantu mak Siti membuat sarapan pagi. Walaupun mak Siti melarang aku membantunya tapi aku tetap berkeras membantu mak Siti menyediakan sarapan pagi. Pagi ini aku bercadang membuat bihun Singapura. Pada pembantu yang dua orang lagi aku arahkan mereka menyediakan bahan-bahan untuk aku memasak.Mak Siti aku arahkan untuk berehat di kerusi.

            "Mak duduk saja di sini, hari  ini biarkan chef  Lisa Adrianna yang bertugas memasak. Tangan mak Siti aku tarik dengan lembut dan aku meminta mak Siti duduk dikerusi tak jauh dari aku. Riuh gelak ketawa aku semasa memasak. Gurauan aku membuatkan mak Siti ketawa tak kering gusi. Tuti dan Ning  juga ikut ketawa ,walaupun kadang-kadang mereka berdua kurang faham apa yang aku katakan.

            "Assalamualaikum! "Ibu memberi salam semasa kami leka berbual dan ketawa.
               
            "Waalaikumsalam! Eh ibu. " Terus aku menarik tangan ibu supaya duduk di sebelah mak Siti.

            "Hari ini chef Lisa Adrianna yang akan  memasak sarapan pagi kita. Ibu dan mak Siti duduk saja di sini. Tak payah buat apa-apa." Ciuman kuberikan pada ibu dan mak Siti.

            "Sayang masak apa hari ini?" Ibu bertanya sambil mencuit pipiku perlahan.

            "Hari ini sarapan kita ialah bihun Singapura dan sandwich ikan tuna."Jawabku sambil terus mengacau bihun Singapura yang sudah hampir masak.

            "Emm! Masak apa ni ? Sampai ke depan baunya. "Tanya abah pada kami yang berada di dapur.

            " Chef Lisa Adrianna sedang  memasak bihun Singapura abah, " jawabku.

            "Sedapnya ,tak sabar abah nak merasanya . Nampaknya lain kali tak perlulah abah nak ke Singapura jika nak makan bihun Singapura .  Tak sangka anak dara abah pandai memasak. " Aku hanya tersenyum mendengar pujian abah itu.

            "Ok! Dah siap pun. Biar Lisa hidangkan dulu.Nanti kita makan sama-sama. Abah tunggulah dekat depan dulu." Aku arahkan 2 pembantu membawa air milo dan nescafe o ke meja makan.

            "Kak Tuti dan kak Ning tolong bawakan air ni ke meja makan."Arahku pada mereka berdua.  Setelah segalanya sudah terhidang aku menjemput ibu dan mak Siti yang masih berada di dapur ke meja makan.

            "Ibu….mak …..jemputlah makan." Tangan keduanya kutarik lembut ke meja makan.Tak lupa aku juga memanggil abah dan kak Shila makan. Kebetulan kak Shila sudah berada di ruang tamu bersama dengan abah. Kak Shila macam biasa hanya menjeling .

            "Lisa biarlah mak makan dengan Ning dan Tuti di dapur. "Mata mak Siti  terarah pada kak Shila yang sudah masam wajahnya kerana tidak suka mak Siti makan bersama kami.Aku hanya terdiam, jika itu yang boleh menyenangkan hati mak Siti.Tak sanggup lagi aku mendengar cacian kak Shila pada mak Siti. Cukuplah semalam ialah kali pertama dan terakhir aku mendengar cacian kak Shila pada mak Siti.

            Abang Am dan isterinya turut menyertai kami makan.

            "Auntie Lisa! "Panggil Danny Naufal.

            "Selamat pagi sayang. "Aku mendukung Danny dan meletak Danny di atas ribaku semasa makan . Aku melayan Danny Naufal makan. Untuk Danny Naufal telah kusediakan sepinggan bihun Singapura  yang tidak pedas. Tidak kupeduli pada mata-mata yang sedang menjeling dan meluat denganku.Ada aku kisah kalau ada yang tak suka aku rapat dengan Danny Naufal.

Sesekali kupandang kak Shila yang laju menambah bihun yang aku goreng tadi. Begitu juga abang Am dan kak Hanim.Senang melihat hasil masakanku menjadi kesukaan ramai.

            "Sedapnya anak dara abah masak bihun goreng ini. Nampaknya makin gemuklah abah kalau hari-hari macam ni." Seloroh abah sambil mengusikku.Tangan abah menambah lagi bihun ke dalam pinggannya.

            "Mana ada abah biasa-biasa saja." Jawabku langsung tak kisah dengan pujian abah itu.

            "Uhuk!Uhuk!" Kak Shila tersedak bila terdengar aku yang membuat bihun itu. Tangannya yang ingin menambah bihun kali ketiga itu terus terhenti.

            "Apa gelojoh sangat makan tu, "tegur ibu. Belakang kak Shila diurut lembut.

            "Hei! Siapalah yang masak bihun ni? Tak sedap langsung . Pedas! Buat orang tersedak saja." Kutuk kak Shila. Baru nak kutuk ,tadi waktu tambah sampai 2 kali okey aje! Bila terdengar aku yang memasak bihun tu terus tersedak.

            Semua yang terdengar omelan kak Shila itu berhenti menyuap bihun ke mulut.

            "Mana ada…… abang Am tak rasa pedas pun . Sedap adalah," kata abang Am sambil menambah bihun ke dalam pinggannya.

            "Sedap adik abang Am masak . Bukan macam orang tu,langsung tak tahu nak memasak . "Abang Am perli kak Shila. Kak Hanim mencubit paha abang Am . Abang Am mengaduh kerana terasa perit pahanya kena cubit.

            "Tak sedap langsung, "kata kak Shila setelah berdiri dan mengambil beg tangannya di atas sofa untuk ke pejabat. Tanpa bersalam dengan ibu dan abah, kak Shila terus memandu keretanya menuju ke pejabat.

            "Sampai bila la nak berubah budak Shila ni?" Rungut ibu entah pada siapa ditujukan rungutannya itu.

            "Biarkan saja Shila tu Imah. Makin kita nasihatkan dia makin sakit hati kita." Encik Samad pula merungut tentang perangai Shila itu. Dah jadi buluh susah nak dilentur lagi.

            "Am pun nak bertolak balik dah ni abah….ibu." Abang Am bersalaman dengan abah dan ibu. Abang Am mengambil Danny Naufal dari atas ribaku.Danny memeluk tengkukku.

                "Danny nak sayang auntie Lisa dulu, "kata Danny sambil memeluk tengkukku dengan kedua belah tangannya. "Sayang auntie Lisa,"kata Danny sambil mencium kedua belah pipiku.

            "Auntie Lisa pun sayangkan Danny, jumpa lagi lain kali "kataku sambil mencium pipi Danny Naufal. Aku juga bersalaman dengan kak Hanim.Macam biasa kak Hanim enggan bercakap denganku. Abang Am hanya tersenyum padaku.

            Selepas ibu dan abah ke pejabat, aku keluar ke halaman rumah untuk menyiram pokok bunga ibu. Sebelum keluar aku pastikan pakaianku menutup aurat. Tak nak jadi macam dulu tu, buat malu aku saja.

            "Assalamualaikum! " Aku berpaling ke rumah sebelah melihat siapa yang memberi salam padaku.

            "Waalaikumusalam!'  Jawabku. Senyuman keberikan pada Hisyam Zafril.

            "Tak kerja ke hari ni? "Tanyaku pada Hisyam Zafril.

            "Lambat sikit hari ini. Saya ada seminar pukul 2.00 petang nanti. Semalam  lepas balik dari rumah Lisa saya ada on call , itu pergi sekejap ke Hospital.

            "Pagi ini baru saya balik. Mengantuk lagi ni," terang Hisyam padaku.  Apahal nak bagitahu aku,aku bukan kenal sangat pun dengan dia.

            "Habis tu …..pergilah tidur. Buat apa kat sini lagi?"Tanyaku pada Hisyam Zafril. Kadangkala terasa rimas juga. Terlebih ramahlah pula Hisyam Zafril ni.

            "Menghalau nampak," kata Hisyam  Zafril sambil tersenyum. Malas aku nak pandang Hisyam lama-lama, tak pasal-pasal aku terpikat pula pada dia.

            "Awak pergilah berehat saya pun nak masuk dah ni. Sekejap lagi saya nak keluar."

            "Awak nak ke mana Lisa?"  Laju saja dia bertanya pada Lisa.

            "Saya nak pergi shopping, " jawabku.

            "Shopping  apanya, baru pukul tujuh lebih. Mana ada Mall yang buka seawal  ini ? Tanya Hisyam lagi. Tak jemu matanya memandang wajah cantik Lisa. Walaupun tanpa mekap wajah Lisa tetap manis.

            "Sebenarnya saya nak ke Angsana Holding." Jawabku.

            "Buat apa dekat sana?" Soal Hisyam Zafril.

            "Saya ada hal sikit dekat sana?" Terangku lagi.

            "Pukul berapa nak pergi? Boleh saya hantarkan." Tanya Hisyam Zafril. Matanya yang keletihan tadi nampak kembali bercahaya.

            "Tak payah susah-susahlah, saya boleh naik teksi saja," jawabku lagi.

           
            "Tak mengapa? Saya juga nak ke seminar, tempatnya tak jauh dari situ . Pukul sepuluh nanti saya pergi jemput Lisa, " Hisyam Zafril sudah buat keputusan sendiri.

            "Okey! Saya nak masuk tidur sebentar, pukul sepuluh pagi saya jemput awak."Hisyam Zafril terus berjalan masuk ke dalam rumah tanpa menoleh lagi.Terima sajalah pelawaan Hisyam Zafril tu Lisa. Kau bukannya tahu sangat dengan tempat ni.

            Lambat-lambat aku masuk ke dalam rumah. Sekali aku menoleh ke balkoni rumah sebelah. Hisyam Zafril sedang berdiri di situ. Dia mengangkat tangan padaku.Setelah melambai kembali aku masuk ke dalam rumah.

            Lambat lagi pukul sepuluh pagi. Sekarang baru pukul lapan pagi. Lebih baik aku memilih pakaian untuk dipakai nanti. Akhirnya aku memilih sehelai baju kurung  putih kain cotton berbunga kecil warna biru. Tudung ku pakai  selendang  yang  berwarna biru gelap. Ku lilit tudung dikepalaku seperti yang aku pelajari dalam mr google. Seperti biasa aku hanya memakai bedak dan lip balm. Minyak wangi poison kesukaan ku aku spray ke tubuhku.

            Setelah berpuas hati aku mendapatkan mak Siti dan bersalam dengannya.
               
            "Mak….Lisa  nak  keluar  sekejap. Lisa balik lambat sikit, mungkin malam baru Lisa balik. Lisa dah minta kebenaran ibu dan abah untuk keluar."

            "Hati-hati Lisa,"pesan mak Siti.

            "Baiklah mak, Lisa pergi dulu, "aku keluar setelah bersalaman dengan mak Siti.

            Hisyam Zafril sudah menantiku di depan Vila Kasih. Dia membukakan pintu kereta untukku. Sepanjang perjalanan , tak kering gusi aku dengan telatah Hisyam Zafril. Ada-ada saja usikannya membuatkan aku ketawa.

            "Balik nanti Lisa nak balik dengan apa? " Tanya Hisyam Zafril.

            "Saya balik dengan kawan," jawabku. Sampai di depan Angsana Holding ,aku cepat-cepat turun dari kereta. Tak mahu Hisyam membukakan pintu untuk aku. Malu kalau orang tengok. Macam mengada-ngada sangat.
               
            Setelah meninggalkan nombor handphoneku pada Hisyam Zafril, aku menapak ke dalam ruang lobi Angsana Holding. Setelah mendapatkan pas untuk naik ke atas, aku berdiri betul-betul di depan lif.

            Dengan lafaz bismillah aku menekan butang lif . Setelah pintu lif terbuka aku masuk dengan kaki yang agak menggigil. Tak tahu apa yang akan terjadi padaku bila berdepan dengan Rayyan nanti. Adakah aku akan tabah bila berdepan dengannya. Adakah hatiku akan terusik semula? Berkali-kali aku bertanya pada diriku. Cukup kuatkah hatiku untuk menghadapi  kata-kata hinaan Rayyan nanti?

            Bunyi pintu lif terbuka membuatkan  hatiku mula goyah.  Aku ingin turun semula ke bawah. Rasanya tak sangup aku berdepan dengannya. Semasa jari jemariku sedang menekan semula butang G , aku terdengar suara  lantang memanggil namaku.

            "Lisa!! "Aku terpaku di dalam lif  bila melihat Rayyan sedang menahan pintu lif yang hampir tertutup.

1 comment:

  1. Bestnya!!! Akak cpatlah update... saya dh x sabar2 nk tahu apa sambungannya.. cayalah kak reen.... heheh

    ReplyDelete