Reenzarini

Wednesday 27 November 2013

TAK MAMPU KU BERHARAP 11



BAB 11
            Dengan hati yang gundah gulana aku melangkah menghampiri Rayyan. Kami bergerak masuk ke sebuah pejabat . Terpegun aku melihatnya. Pertama kali aku melihat pejabat yang cantik.

            "Awak nak kemana tadi Lisa? Awak nak batalkan temujanji kita? Bukankah awak dah berjanji kita akan bertemu hari ini?" Rayyan menyoalku dengan wajah masam. Masam pun masih menampakkan wajahnya yang kacak. Cuma senyumannya tak pernah ada untukku, mungkin tak akan pernah ada untukku sampai bila-bila..

            "Saya ingatkan tadi saya tersilap tempat." Mataku meliar memandang persekitaran pejabat itu. Persekitaran pejabat yang nampak mewah dengan perabutnya.
  
         "Sekarang kita ke bilik pejabat saya."Rayyan  mempersilakan aku berjalan di hadapannya..Staf-staf yang sedang sibuk membuat kerja masing-masing mula memandangku yang sedang berjalan di hadapan Rayyan Hafiz. Mereka yang ada di situ  memberi salam pada Rayyan. Aku juga memberikan senyuman pada mereka.Senyumanku berbalas.

            Rayyan Hafiz membuka pintu dan mempersilakan aku masuk. Setelah masuk aku diminta oleh Rayyan duduk di kerusi berhadapan dengannya. Perabut di dalam pejabatnya lebih kepada kayu mahagony.Kerusi yang kududuk pula berwarna coklat gelap.

            Tanpa membuang masa aku bertanya pada Rayyan apa tujuan dia ingin berjumpa denganku.

            "Ada apa awak nak berjumpa dengan saya Rayyan?" Soalku pada Rayyan.

         "Awak dah ada duit untuk membayar ganti rugi kerosakan barang yang rosak itu."Rayyan masih menanti jawapan dariku.

          "Maafkan saya Rayyan. Saya belum bekerja dari mana saya nak cari duit sebanyak itu." Itu saja alasan yang dapat aku berikan pada Rayyan Hafiz. Kalau dia nak marah aku pun marahlah. Dah aku tak ada duit sebanyak itu nak buat macam mana?Gumamku dalam hati.

            "Awak boleh minta dari ibubapa awak." Rayyan masih memandangku.Membuatkan aku serba tak kena.

            "Saya tak akan menyusahkan mereka Rayyan. Jasa mereka membesarkan saya pun dah cukup baik . Saya tak nak ambil kesempatan di atas kebaikan mereka pada saya."

            "Habis bagaimana awak nak bayar semua tu Lisa?" Soal Rayyan.

            "Bila saya dah bekerja nanti saya akan bayar balik pada awak Rayyan." Itu yang dapat aku janjikan padanya.

            "Apa kata saya bagi satu cadangan pada awak?" Rayyan masih lagi memandang wajahku. Entah apa yang ditelitinya di wajahku.

            "Cadangan apa awak? "Soalku ingin tahu.

            "Apa kata kalau saya tawarkan awak bekerja dengan saya?" Soalnya .

           "Apa bekerja dengan awak,Rayyan?" Tanyaku inginkan kepastian.Adakah aku salah dengar tadi.

           "Kalau awak bekerja dengan saya ,setiap bulan saya boleh buat potongan gaji diatas kerosakan barang saya tu. Bagaimana setuju?"Tanya Rayyan padaku.

            "Tapi saya telah berjanji untuk bekerja dengan abah saya, " jawabku.

            "Itu saja peluang yang awak ada Lisa." Dia macam agak kecewa bila aku tolak tawarannya.

            Bila aku teringat kembali amaran dari kak Shila terasa ingin saja aku menerima tawaran dari Rayyan Hafiz.

       "Baiklah saya akan terima tawaran itu." Hati aku nak menolak tapi mulut aku cepat saja bersetuju.

     "Baguslah kalau macam tu. Welcome to Angsana Holding."Rayyan Hafiz berdiri dan menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan denganku.

          Aku hanya meletak tapak tanganku didada menandakan aku masih menghormatinya tanpa menyambut huluran tangannya padaku.

Rayyan Hafiz tersenyum padaku dan menjatuhkan semula tangannya ke bawah

            "Sorry, saya terlupa."Tak sangka dia akan tersenyum padaku. Terpegun aku seketika.

            "Lisa…..Lisa……Awak buat lagi Lisa. Cubalah awak focus dengan apa yang saya cakapkan tadi. Janganlah suka melamun."

            "Maafkan saya Rayyan." Jawabku malu-malu.

            "Bila saya akan mula bekerja Rayyan?" Tanyaku.

            "Hai! Awak macam tak sabar nak berada dekat denmgan saya Lisa." Rayyan masih lagi tersenyum. Tak sangka pandai pula dia ni tersenyum. Ingatkan tak tahu nak senyum.

            "Eh! Bukan macam tu. Saya Cuma nak pastikan bila saya boleh mula bekerja di sini?"Tak payah nak perasanlah Rayyan.Kalau dulu memang iye saya ingin dekat dengan awak.Tapi setelah apa yang terjadi dulu membuatkan saya tak pernah lagi bermimpi nak dekat dengan awak ,Rayyan. Monologku dalam hati.

            "Kalau awak setuju esok pun awak boleh mula bekerja Lisa." Ish! Dia ni takkanlah secepat itu nak aku bekerja dengan dia? Gumamku lagi dalam hati.

            "Tak cepat sangat ke Rayyan?"Tanyaku ingin tahu.

            "Ada lagi yang lebih cepat?" Rayyan menguntumkan senyumannya padaku.

            "Apa? " Tanyaku ingin tahu.

       "Awak boleh bekerja sekarang juga Lisa." Rayyan mula menghamburkan ketawa padaku. Seronoklah tu dapat mempermainkan aku.

            "Apa ? Nak kerja sekarang. Awak gila ke apa Rayyan?" Nah padan dengan muka Rayyan dah kena cop gila. Cari pasal lagi dengan aku. Itu sikit saja tu.

            "Tak adalah Lisa….. Awak mula bekerja minggu depan. Boleh ?" Tanya Rayyan Hafiz.

            "Boleh , "jawabku. Bila aku teringat kembali minggu depan itu ialah tiga hari lagi. Sekarang dah hari Khamis. Hish! Kenapalah aku boleh setuju nak kerja minggu depan.

            "Ok ……kita jumpa lagi tiga hari, "Rayyan ketawa lagi. Mesti seronok tu dapat kenakan aku.

            "Baiklah Rayyan kita jumpa lagi minggu depan," jawabku.

            Aku berdiri dan berpaling untuk keluar dari pejabat Rayyan.

            "Lisa!! "Panggil Rayyan kuat. Hish! Kus semangat aku.

            :Rayyan!! Awak kalau tak menjerit tak boleh ke?: Tanyaku geram. Terperanjat aku Cuma kali ini tak melatah saja.

            "Lisa baju awak, "kata Rayyan sambil menunjukkan ke baju aku.

            "Kenapa?" Tanyaku ingin tahu.

            "Baju awak Lisa….." Aku lihat Rayyan menelan air liurnya. Apa kena pula dengan Rayyan ni?

Rayyan menghampiri aku. Aku dah cuak dengan kelakuan Rayyan itu. Rayyan berbisik di telingaku. Perlukan dia berbisik sedangkan hanya kami berdua yang berada di dalam pejabatnya.

            "Lisa….baju awak ada warna merah. Awak datang bulan ke? Tak senonoh betul awak ni." Bisik Rayyan ditelingaku. Aku terkejut dan memandang wajah Rayyan yang dah nampak kemerahan . Malu kut?

            Aku jadi kalut. "Rayyan mana toilet? Saya nak guna sekejap,"tanyaku kalut.

            "Awak boleh guna bilik air saya." Rayyan tunjukkan bilik airnya yang berada tidak jauh dari kami Cuma terlindung sedikit dari meja Rayyan tadi.

            Laju saja aku masuk ke bilik air Rayyan. Setelah  kuperiksa barulah  aku tahu aku datang bulan. Alamak hari ini aku bawa beg lain .Selalu aku bawa  beg sandang .Hari ini aku bawa beg tangan yang dihadiahkan oleh ibu padaku.Benda tu taka da dalam beg tanganku.

           
            Baju kurungku pula kotor dibahagian punggung. Bagaimana aku nak pergi beli benda tu? Nak keluar dengan baju yang kotor ni pun aku tak sanggup. Dahlah tadi termalu dengan Rayyan.  Takkanlah nak biarkan orang lain nampak kekotoran pada bajuku itu.

            Aku jengukkan kepalaku keluar. Rayyan masih berada di depan pintu bilik airnya.La! Dia ni jadi jaga dekat depan bilik air pula.Gumamku dalam hati.

             "Rayyan …..awak boleh tolong saya tak?" Tanyaku lembut.
               
                "Tolong apa Lisa ?" Soal Rayyan sambil memandang wajahku.

            "Tolong belikan saya benda tu." Kataku dengan wajah dah blusher kerana malu.

            "Beli apa?' Soal Rayyan sambil mengerutkan dahinya. Tak faham apa yang Lisa mahukan.

            "Tolong saya belikan tuala wanita ," jawabku sambil menundukkan kepala ke bawah kerana malu.

            "Apa ? Awak nak saya belikan tuala wanita. Eh! Awak saya ni lelaki, kalau orang nampak malulah saya. Lagipun takkanlah awak tak simpan bekalan tu kalau-kalau awak dating bulan." Rayyan bulatkan matanya seperti terperanjat.

            "Selalu saya beg sandang. Beg ini ibu saya yang hadiahkan semalam pada saya." Jelasku pada Rayyan Hafiz.

            "Habis tu…..awak nak saya belikan untuk awaklah ya!"

          "Saya tak kira , saya nak awak beli juga. Ini awak punya pasallah. Siapa suruh awak nak jumpa saya? Kalau tak saya dah senang lenang dekat rumah."

           
            "Iyelah! Iyelah! Saya pergi beli untuk awak." Jawab Rayyan.

          "Rayyan…… dekat sini ada kedai jual pakaian tak? Boleh tak awak belikan saya pakaian?"Aku membuka beg tanganku untuk mengambil duit untuk kuberikan pada Rayyan Hafiz.

            "Argh!!!!!!!" Jeritku kuat kerana terkejut.

4 comments:

  1. Knpe dia jerit kak? Akak cepat sambung!!! X.sabar saya....hehehehe

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah dik. Akak tengah usaha buat yang terbaik ni. Line slow sangat susah nak masukkan n3 baru

    ReplyDelete