BAB
9
"Saya cuma nak duduk disini.
" Jawab Rayyan Zikri.
"Apa hal pula kau nak duduk
disini? Tadi elok saja kau duduk dengan kawan-kawan kau tu. Siap gelak sakan
lagi." Perli Farah Aliya.
"Saya cuma nak bertanya khabar Sofea saja." Jawab Arryan Zikri. Hatinya
mendidih dengan Farah Aliya. Padanlah
Lukman Hakim marah sangat dengan Aliya ni, mulut celupar rupa-rupanya.
Nasib awaklah Sofea dapat kawan macam Aliya ni, bisiknya dalam hati.
"Saya dah okey dah. Dah boleh
pergi kuliah pun. Kalau awak nak duduk, awak duduklah," pelawa Hani Sofea lembut. Dia tak biasa
bercakap kasar dengan orang. Hatinya pun tak pernah menaruh syak
wasangka dengan orang.
"Sofea ! Kenapa kau ajak lelaki
ni duduk disini? Kita tak tahu apa rancangan dia. Entah-entah dia nak kenakan
kita berdua ," Aliya rasa tak sedap hati bila tahu Zik berkawan dengan Lukman Hakim.
"Aliya…….tak baik kita
bersangka buruk pada orang." Nasihat Hani Sofea pada Aliya.
"Kau
ni Sofea baik sangat,semua orang kau sangka baik! "Marah Aliya.
"Maafkan saya, sebenarnya saya
tak berniat buruk dengan awak berdua. Saya
cuma nak berkenalan dengan awak berdua."Arryan Zikri cuba bersabar
dengan Farah Aliya.
"Apa sajalah alasan awak
tu, kami tak berminat nak berkenalan dengan awak. Pergilah berkenalan dengan
orang lain. Jangan nak jadikan kami mangsa awak pula!" Tempelak Aliya.
Hatinya kurang suka dengan kehadiran lelaki itu.
"Saya langsung tak berniat jahat
pada awak berdua." Arryan Zikri masih cuba meraih simpati mereka.
"Jangan kacau kami ! Sofea
…..jom pergi solat. Elok jauhkan diri dari iblis ni. Eh! Awak ni tak tahu nak
berganjak dari sini ke? Tak dengar azan dah lama habis."Aliya jegilkan
biji matanya pada Arryan Zikri.
"Awak….. Jom solat," lembut Hani Sofea mengajak Arryan
Zikri.
"Err……Awak pergilah dulu."
Jawab Arryan Zikri tergagap.
"Kenapa?
Uzur, "soal Aliya. " Sofea tak payah nak ajak dia ni, entah-entah
tikar sembahyang pun dia tak kenal. Kasanova
macam ni mana pernah nak insaf." Ejek Aliya.
"Aliya…..tak baik tau kau cakap
macam tu. Kita tak boleh berburuk sangka dengan orang. Maafkan kawan saya
ni, Zik." Hani Sofea tahu Arryan Zikri terasa
dengan kata-kata Aliya tadi.
"Tak mengapa , saya
faham." Jawab Arryan Zikri.
"Sofea……jom, kita dah lambat
ni. Buat apa nak cakap dengan hantu ni lagi." Aliya terus menarik tangan
Sofea supaya beredar dari situ.
Aduh!
Kacau daun betullah kawan dia tu. Tak kasi peluang langsung. Hari tu elok saja
masa jumpa aku dekat café ni. Siap tolong sampaikan makanan yang aku beli pada Sofea tu. Hari ini dah
berubah angin monsun pula. Marah-marahkan aku. Dia macam tahu saja apa yang
sedang aku rancangkan. Tak boleh jadi ni…..
"Macam mana , dah dapat tackle
Sofea tu?" Tanya Lukman Hakim. Arryan
Zikri memandang Lukman Hakim yang sedang menghampiri kerusi yang didudukinya.
"Tackle apa bendanya, baru aku nak buka mulut singa tu dah
sergah aku. Susahlah kalau macam ni. Singa tu selalu ada bersama dengan Sofea tu. 24 jam
jadi bodyguard Sofea tu.
"Itulah cabaran yang kau kena
terima Zik , "Kata Lukman Hakim sambil menepuk bahu Arryan Zikri. Mereka
ketawa sebelum beredar dari situ. Masing-masing ada urusan sendiri. Ada yang
balik terus ke rumah sewa dan ada yang masih ada kelas.
Arryan Zikri pula menuju ke masjid untuk menunaikan solat zuhur. Itu pun solat
lima waktunya tak pernah cukup. Tiba di masjid dia terserempak dengan Sofea dan
Aliya yang sedang memakai kasut. Belum
pun sempat Arryan Zikri menegur mereka, Aliya sudah menarik tangan Sofea
meninggalkan masjid.
"Terlepas
lagi peluang aku nak bercakap dengan Sofea. Bila la agaknya dapat bercakap
dengan Sofea tanpa kehadiran Aliya tu." Menyedari dirinya telah terlewat
dia ketempat berwuduk dan menunaikan solat zuhur.
Walaupun Arryan Zikri agak nakal
tapi dia dididik dengan penuh kasih sayang kerana dia adalah anak tunggal dalam
keluarganya.
Teman wanita silih berganti tetapi
bukan atas kemahuannya tapi atas cabaran dari teman-temannya. Walaupun tahu
perbuatan itu salah tapi anak muda pantang dicabar. Mulalah nak tunjuk jaguh.
Bukan seorang dua yang pernah
dikecewakannya tapi dah ramai gadis yang dah kecewa dengannya. Semuanya kerana
cabaran dari teman-temannya. Tetapi dia tidak pernah merosakkan anak dara
orang. Nak sentuh jauh sekali. Hanya dengan gaya romantisnya saja mereka dah
terpikat dengannya.
Sekarang
Sofea adalah mangsa terbarunya. Dalam hati dia sukakan Sofea tapi dia malu
hendak mengaku yang dia sukakan Sofea. Mungkin satu hari nanti dia akan
berpeluang untuk meluahkan isi hatinya pada Sofea.
Sedang Hani Sofea berjalan seorang diri menuju ke library ada seorang lelaki memanggilnya dari
belakang.
"Sofea!" Panggil lelaki tu
lagi. Hani Sofea berhenti berjalan dan menoleh kebelakang. Kelihatan seorang
lelaki sedang berlari menghampirinya. Oh! My
prince charming…..
"Assalamualaikum……." salam
tak lupa Arryan Zikri berikan . Nanti tak pasal-pasal kena perli macam hari tu.
Tapi hari ni singa tu tak ada selamat
aku, bisik Arryan Zikri sendiri.
"Waalaikumussalam………" Ada
apa awak panggil saya," Tanya Hani Sofea.
"Sofea nak ke mana? Boleh saya
berjalan dengan Sofea? " Soal Arryan Zikri.
"Saya nak ke masjid lepas tu
nak ke library," jawab Hani
Sofea lembut. Dia memang seorang
gadis yang tak
suka bercakap kasar. Setiap patah perkataan yang keluar dari
mulutnya akan dijaga supaya tak menyakitkan hati sesiapa yang mendengarnya.
Tetapi ada juga yang mengambil kesempatan diatas kebaikannya itu.
"Elok
sangatlah tu, saya pun nak ke sana." Beritahu Arryan Zikri.
"Saya rasa lebih baik awak jauhkan diri dari saya."Pinta Hani Sofea.
"Kenapa pula saya kena jauhkan
diri dari awak?" Soal Arryan Zikri.
"Cuba awak tengok, banyak mata
yang sedang memerhatikan kita. Saya tak
nak jadi musuh mereka bila dekat dengan awak . Selama ini pun saya
dah banyak musuh sedangkan saya tak tahu apa salah saya pada mereka ? Tolong
lah jauhkan diri awak dari saya." Rayu Hani Soea.
"Kenapa
saya perlu jauhkan diri dari awak. Saya cuma nak berkawan dengan awak. Kenapa
pula mereka nak marah? Itu hak saya dengan siapa pun saya nak berkawan."Arryan
Zikri menyuarakan ketidak puasannya pada Hani Sofea.
Ish! Susah la bercakap dengan dia ni, suka hati dialah nak buat apa.Gerutu
Hani Sofea dalam hati.
"Masalahnya awak……apa nama
awak? Lupa pula saya nama awak."Tanya Hani Sofea.
" Zikri…..panggil saja
Zik." Jawab Arryan Zikri.
"Masalahnya awak tu
ramai peminat. Saya tak nak jadi mangsa peminat fanatik awak tu."
Terang Hani Sofea .
"Saya dah cakap tadi, suka hati
sayalah nak berkawan dengan siapa pun. "
"Suka hati awaklah. Malas saya
nak bercakap lagi. Tak faham langsung, "kata Hani Sofea sebelum beredar
dari situ. Perjalanan ke masjid Hani Sofea teruskan. Arryan Zikri mengikut dari
belakang. Sedar tak sedar sejak dia kenal dengan Sofea, dia selalu menunaikan
solat di masjid itu.
"Susahnya
nak tackle dia ni. Aku kena berusaha
lebih untuk mendekati Sofea."Usai solat , Arryan Zikri menunggu Sofea di pintu masjid kerana dia tahu Sofea masih berada
didalam masjid. Kasut yang Sofea pakai tadi masih berada didepan pintu masjid ,
bahagian perempuan. Amboi! Siap kenal
lagi kasut apa Sofea pakai. Ini dah angau ni. Bisik Arryan Zikri dalam hati.
Arryan Zikri tersenyum bila melihat
kelibat Sofea yang sedang memakai kasut. Betul tekaannya tadi yang Sofea masih
berada di dalam masjid.
"Sofea!" Panggil Arryan Zikri. Hani Sofea terkejut mendengar suara yang
memanggil namanya . Oh! My prince charming! Senyuman dari lelaki
itu membuatkan Sofea menundukkan semula
kepalanya kebawah. Tangannya menggigil semasa mengikat tali kasutnya . Bila
dia memandang ke depan, kelihatan
Arryan Zikri masih lagi berdiri
didepannya sambil tersenyum.
Senyuman dari Arryan Zikri membuatkan
jantung Sofea berdebar-debar. Aduh!
Senyuman dia ni boleh membunuh
aku . Janganlah asyik merenung
aku saja. Dia tak tahu ke ini masjid. Jagalah mata dia tu. Jangan sampai zina mata. Tak nak la pandang macam tu, bisik Hani Sofea dalam
hati.
BEST.
ReplyDelete