Reenzarini

Monday 28 October 2013

AWAK!!!PRINCE CHARMING SAYA KE?9



BAB 9

            "Saya cuma nak duduk disini. " Jawab Rayyan Zikri.
           
            "Apa hal pula kau nak duduk disini? Tadi elok saja kau duduk dengan kawan-kawan kau tu. Siap gelak sakan lagi." Perli Farah Aliya.

            "Saya  cuma nak bertanya khabar  Sofea  saja." Jawab Arryan Zikri. Hatinya mendidih dengan Farah Aliya. Padanlah  Lukman Hakim marah sangat dengan Aliya ni, mulut celupar rupa-rupanya. Nasib awaklah Sofea dapat kawan macam Aliya ni, bisiknya dalam hati.

            "Saya dah okey dah. Dah boleh pergi kuliah pun. Kalau awak nak duduk, awak duduklah," pelawa Hani Sofea  lembut. Dia  tak  biasa  bercakap  kasar  dengan  orang. Hatinya pun tak pernah menaruh syak wasangka dengan orang.

            "Sofea ! Kenapa kau ajak lelaki ni duduk disini? Kita tak tahu apa rancangan dia. Entah-entah dia nak kenakan kita berdua ," Aliya rasa tak sedap hati bila tahu  Zik berkawan dengan Lukman Hakim.

            "Aliya…….tak baik kita bersangka buruk pada orang." Nasihat Hani Sofea pada Aliya.
               
            "Kau ni Sofea baik sangat,semua orang kau sangka baik! "Marah Aliya.
           
            "Maafkan saya, sebenarnya saya tak berniat buruk dengan awak berdua. Saya  cuma nak berkenalan dengan awak berdua."Arryan Zikri cuba bersabar dengan Farah Aliya.

            "Apa  sajalah  alasan  awak tu, kami tak berminat nak berkenalan dengan awak. Pergilah berkenalan dengan orang lain. Jangan nak jadikan kami mangsa awak pula!" Tempelak Aliya. Hatinya kurang suka dengan kehadiran lelaki itu.

            "Saya langsung tak berniat jahat pada awak berdua." Arryan Zikri masih cuba meraih simpati mereka.

            "Jangan kacau kami ! Sofea …..jom pergi solat. Elok jauhkan diri dari iblis ni. Eh! Awak ni tak tahu nak berganjak dari sini ke? Tak dengar azan dah lama habis."Aliya jegilkan biji matanya pada Arryan Zikri.
           
            "Awak….. Jom  solat," lembut Hani Sofea mengajak Arryan Zikri.

            "Err……Awak pergilah dulu." Jawab Arryan Zikri tergagap.
           
            "Kenapa? Uzur, "soal Aliya. " Sofea tak payah nak ajak dia ni, entah-entah tikar sembahyang pun dia tak kenal. Kasanova macam ni mana pernah nak insaf." Ejek Aliya.

            "Aliya…..tak baik tau kau cakap macam tu. Kita tak boleh berburuk sangka dengan orang. Maafkan kawan saya ni,  Zik." Hani Sofea  tahu  Arryan  Zikri  terasa dengan kata-kata Aliya tadi.

            "Tak mengapa , saya faham." Jawab Arryan Zikri.

            "Sofea……jom, kita dah lambat ni. Buat apa nak cakap dengan hantu ni lagi." Aliya terus menarik tangan Sofea supaya beredar dari situ.
               
            Aduh! Kacau daun betullah kawan dia tu. Tak kasi peluang langsung. Hari tu elok saja masa jumpa aku dekat café ni. Siap tolong sampaikan makanan  yang aku beli pada Sofea tu. Hari ini dah berubah angin monsun pula. Marah-marahkan aku. Dia macam tahu saja apa yang sedang aku rancangkan. Tak boleh jadi ni…..

            "Macam mana , dah  dapat tackle  Sofea tu?" Tanya Lukman Hakim. Arryan Zikri memandang Lukman Hakim yang sedang menghampiri kerusi yang didudukinya.

            "Tackle apa  bendanya, baru aku nak buka mulut singa tu dah sergah aku. Susahlah kalau macam ni. Singa  tu selalu ada bersama dengan Sofea tu. 24 jam jadi bodyguard Sofea tu.
           
            "Itulah cabaran yang kau kena terima Zik , "Kata Lukman Hakim sambil menepuk bahu Arryan Zikri. Mereka ketawa sebelum beredar dari situ. Masing-masing ada urusan sendiri. Ada yang balik terus ke rumah sewa dan ada yang masih ada kelas.

             Arryan Zikri pula menuju ke masjid  untuk menunaikan solat zuhur. Itu pun solat lima waktunya tak pernah cukup. Tiba di masjid dia terserempak dengan Sofea dan  Aliya yang sedang memakai kasut. Belum pun sempat Arryan Zikri menegur mereka, Aliya sudah menarik tangan Sofea meninggalkan  masjid.
               
            "Terlepas lagi peluang aku nak bercakap dengan Sofea. Bila la agaknya dapat bercakap dengan Sofea tanpa kehadiran Aliya tu." Menyedari dirinya telah terlewat dia ketempat berwuduk dan menunaikan solat zuhur.

            Walaupun Arryan Zikri agak nakal tapi dia dididik dengan penuh kasih sayang kerana dia adalah anak tunggal dalam keluarganya.
               
            Teman wanita silih berganti tetapi bukan atas kemahuannya tapi atas cabaran dari teman-temannya. Walaupun tahu perbuatan itu salah tapi anak muda pantang dicabar. Mulalah nak tunjuk jaguh.

            Bukan seorang dua yang pernah dikecewakannya tapi dah ramai gadis yang dah kecewa dengannya. Semuanya kerana cabaran dari teman-temannya. Tetapi dia tidak pernah merosakkan anak dara orang. Nak sentuh jauh sekali. Hanya dengan gaya romantisnya saja mereka dah terpikat dengannya.
           
            Sekarang Sofea adalah mangsa terbarunya. Dalam hati dia sukakan Sofea tapi dia malu hendak mengaku yang dia sukakan Sofea. Mungkin satu hari nanti dia akan berpeluang untuk meluahkan isi hatinya pada Sofea.

            Sedang  Hani Sofea berjalan seorang diri menuju ke library ada seorang lelaki memanggilnya dari belakang.

            "Sofea!" Panggil lelaki tu lagi. Hani Sofea berhenti berjalan dan menoleh kebelakang. Kelihatan seorang lelaki sedang berlari menghampirinya. Oh! My prince charming…..

            "Assalamualaikum……." salam tak lupa Arryan Zikri berikan . Nanti tak pasal-pasal kena perli macam hari tu.  Tapi hari ni singa tu tak ada selamat aku, bisik           Arryan Zikri sendiri.

            "Waalaikumussalam………" Ada apa awak panggil saya," Tanya Hani Sofea.

            "Sofea nak ke mana? Boleh saya berjalan dengan Sofea? " Soal Arryan Zikri.

            "Saya nak ke masjid lepas tu nak ke library," jawab Hani Sofea  lembut. Dia memang seorang gadis  yang  tak  suka  bercakap  kasar.  Setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya  akan  dijaga  supaya  tak  menyakitkan hati sesiapa yang mendengarnya. Tetapi ada juga yang mengambil kesempatan diatas kebaikannya itu.
           
           
            "Elok sangatlah tu, saya pun nak ke sana." Beritahu Arryan Zikri.

               
            "Saya rasa lebih baik awak  jauhkan diri dari saya."Pinta Hani Sofea.

               
            "Kenapa pula saya kena jauhkan diri dari awak?" Soal Arryan Zikri.

            "Cuba awak tengok, banyak mata yang sedang  memerhatikan kita. Saya tak nak jadi musuh  mereka  bila dekat dengan awak . Selama ini pun saya dah banyak musuh sedangkan saya tak tahu apa salah saya pada mereka ? Tolong lah jauhkan diri awak dari saya." Rayu Hani Soea.

                "Kenapa saya perlu jauhkan diri dari awak. Saya cuma nak berkawan dengan awak. Kenapa pula mereka nak marah? Itu hak saya dengan siapa pun saya nak berkawan."Arryan Zikri menyuarakan ketidak puasannya pada Hani Sofea.

           
            Ish! Susah la bercakap dengan  dia ni, suka hati dialah nak buat apa.Gerutu Hani Sofea dalam hati.

            "Masalahnya awak……apa nama awak? Lupa pula saya nama awak."Tanya Hani Sofea.

            " Zikri…..panggil saja Zik." Jawab Arryan Zikri.

            "Masalahnya  awak tu  ramai peminat. Saya tak nak jadi mangsa peminat fanatik awak tu." Terang Hani Sofea .

            "Saya dah cakap tadi, suka hati sayalah nak berkawan dengan siapa pun. "

            "Suka hati awaklah. Malas saya nak bercakap lagi. Tak faham langsung, "kata Hani Sofea sebelum beredar dari situ. Perjalanan ke masjid Hani Sofea teruskan. Arryan Zikri mengikut dari belakang. Sedar tak sedar sejak dia kenal dengan Sofea, dia selalu menunaikan solat di masjid itu.
               
            "Susahnya nak tackle dia ni. Aku kena berusaha lebih untuk mendekati Sofea."Usai solat  , Arryan Zikri menunggu Sofea di pintu  masjid kerana dia tahu Sofea masih berada didalam masjid. Kasut yang Sofea pakai tadi masih berada didepan pintu masjid , bahagian  perempuan. Amboi! Siap kenal lagi kasut apa Sofea pakai. Ini dah angau ni. Bisik Arryan Zikri dalam hati.

            Arryan Zikri tersenyum bila melihat kelibat Sofea yang sedang memakai kasut. Betul tekaannya tadi yang Sofea masih berada di dalam masjid.

            "Sofea!" Panggil  Arryan Zikri.  Hani Sofea terkejut mendengar suara yang memanggil namanya . Oh! My prince charming! Senyuman dari lelaki itu membuatkan  Sofea menundukkan semula kepalanya  kebawah. Tangannya  menggigil semasa mengikat tali kasutnya .  Bila  dia  memandang ke depan, kelihatan  Arryan Zikri masih lagi berdiri didepannya  sambil tersenyum.

            Senyuman dari Arryan Zikri membuatkan jantung Sofea berdebar-debar.  Aduh! Senyuman  dia  ni  boleh  membunuh  aku . Janganlah  asyik  merenung aku saja. Dia tak tahu ke ini masjid. Jagalah  mata dia tu. Jangan sampai zina mata. Tak nak  la pandang macam tu, bisik Hani Sofea dalam hati.

1 comment: