BAB
5
Selepas makan angah membantuku naik
ke bilik. Sebelum angah turun ke bawah semula , aku meminta bantuan angah untuk membawaku
ke bilik air kerana aku
hendak mengambil wuduk. Aku hanya sembahyang di atas
kerusi kerana lututku masih terasa
sakit.
Sepanjang
2 hari mc
, aku sentiasa ditemani oleh angah dan alang termasuk
juga walid dan umi. Walid mengambil cuti untuk menemaniku
yang sedang sakit ini. Mengada betul aku ni.
Sakit sikit pun nak
semua ada berdekatan denganku. Semalam along juga buat video call
dengan aku bertanyakan tentang kesihatanku. Aku beritahu along yang aku tak
apa-apa. Tak payahlah along nak balik. UK tu jauh. Bukan Ulu Kelang tau, tapi dekat luar Negara. Bukannya dekat kalau nak balik. Nak Final exam pula
tu. Along kena tumpu pada pelajaran kerana ini adalah sem terakhir
along.
Aku mendapat
2 hari cuti tambahan kerana luka yang
dah kering tu membuatkan aku susah untuk
bergerak. Dengan bantuan senior angah
yang bekerja sebagai seorang doctor aku dapat 2 hari lagi cuti. Kalau
dicampur dengan Sabtu dan Ahad dapatlah aku bercuti selama enam hari.
Aku kembali ke rumah sewa pada hari Sabtu. Ada assignment
yang perlu di hantar. Aku meminta kebenaran walid dan umi
untuk kembali semula ke rumah
sewa.
Angah dan alang juga
yang menghantarku kembali ke rumah sewa. Pada mulanya angah dan alang memberi kesanggupan untuk
menghantar dan mengambil
aku dari kolej tetapi aku membantah kerana kesiankan Aliya . Aliya tu bukan ramai sangat kawannya. Mulut
becok macam Aliya tu bukan boleh nak control
, kalau dia nak cakap dia cakap saja tanpa menjaga perasaan orang lain. Lebih
kurang macam direct to the point la. Jenis
yang suka cakap berterus terang.
Bila
aku sampai ke rumah sewa ,
Aliya telah menantiku . Sebelum balik
alang dan angah sempat lagi meninggalkan
berbagai pesanan untukku. Aliya turut merasa tempiasnya bila angah dan alang
meninggalkan berbagai pesanan untuk dia.
Kesian
aku tengok Aliya terkebil-kebil biji matanya bila mendengar
pesanan dari angah dan alang. Nasib kau
la Aliya dapat kawan yang ada abang-abang macam aku ni.
Aliya membantu ku mendaki anak tangga ketingkat
atas. Mujurlah di dalam bilik kami berdua terdapat bilik air
tak perlulah
aku turun naik tangga. Rumah yang kami sewa tu ada tiga
bilik dan kami tinggal bersama empat orang kawan kami. Aku sebilik dengan Farah Aliya.
“Sofea ….. kau
berehat dulu , aku nak
pergi belikan kau
makanan.”Aliya mencapai beg duitnya.
“Tak
payahlah susah-susah nak
belikan aku makanan, tu dalam beg plastic
tu umi dah bekalkan dengan makanan ,”ujarku
pada Aliya .
“Kenapa kau tak
cakap umi dah
bekalkan makanan, mesti sedap ni.Tak sabar aku nak makan. Cepatlah Sofea, aku dah lapar ni!” Aku tahu Aliya suka makan masakan yang dimasak oleh umiku.
“Kau hidangkanlah nanti kau
pergi panggil teman serumah kita untuk makan bersama kita.”
“Hari minggu macam
ni mana ada sesiapa pun, semua
dah keluar. Kau ni macam
tak tahu pula dengan
perangai mereka tu,”kata Farah Aliya.
“ Terlupa pula aku. Marilah kita makan
Aliya!” Aliya membantuku duduk di kerusi.
“Terima
kasih Aliya kerana kau dah banyak membantu aku, kalau kau tak ada
bersama aku tak tahu la apa nak jadi pada aku” beritahu aku pada Aliya.
“Janganlah
kau pertikaikan apa
yang aku buat
ni, aku buat semua
ni sebab aku sayangkan kau.Sampai bila-bila pun aku
tetap akan menjadi kawan baik kau. Dahlah , aku dah lapar ni. Jom kita
makan!"
Selepas makan, aku ingin membantu
Aliya membasuh pinggan tetapi Aliya melarangku kerana tapak tanganku baru saja kering lukanya. Dia takut
kalau-kalau bekas luka itu akan menanah.
Ada -ada saja Aliya ni. Bimbangkan aku
saja kerjanya.
“Kau pergilah
solat dulu lepas tu kau berehatlah. Sekejap lagi aku nak pergi jumpa kawan sekejap nak bincangkan
pasal projek kami tu. Petang nanti aku belikan kau makanan. Kau nak makan apa?”
"Aku ingat aku nak makan bihun
sup pak Samad."Aku hulurkan duit pada Aliya.
"Nanti
kau nak makan apa kau belilah dengan duit aku tu."Aku tahu keluarga Aliya bukan orang senang macam
keluarga aku. Apa yang dapat aku bantu
aku akan bantu.
"Alhamdulillah! Rezeki aku,
"jawab Aliya tersenyum manis. Aliya memang cantik orangnya. Tanpa mekap
pun dia masih cantik. Walaupun bertudung wajahnya masih cantik. Tudungnya pula
dibelit dengan berbagai cara. Tapi dia ni garang sangat . Siapa yang berani nak
dekat dengannya? Tak pasal-pasal kena sembur.
"Okey!
Sofea . Aku pergi dulu. Kau tak payah gatal nak turun kebawah. Kalau kau nak
minum air aku dah bawa naik ke atas." Baru aku perasan ada sebotol air dan
sebiji gelas di meja ditepi katil kami.
"Jom aku bantu kau naik keatas
dulu." Aku naik kebilik di bantu oleh Aliya. Selepas solat Zohor aku makan
ubat dan merehatkan diri. Akhirnya aku
tertidur .
“ Sofea! Sofea! Bangun.”Terasa
tubuhku digoncang . Aku membuka mataku
perlahan-lahan.
"Aliya!
Ada apa? "Tanyaku , masih lagi mamai. Terasa baru sekejap aku melelapkan mata. Ah! Mengantuknya.
"Kenapalah susah sangat nak
kejutkan kau ni Sofea? Kalau campak bom pun belum tentu kau nak jaga. Dah lama
aku panggil kau. Ini aku ada belikan kau bihun sup pak Samad . Pergi basuh
muka kau dulu . Biar aku masukkan
makanan ni ke dalam
pinggan. Nanti kita makan
sama-sama. Dah…. cepat bangun! biar aku
pimpin kau ke bilik
air .”Aliya ni dah macam mak-maklah pula kalau membebel. Aku bangun
perlahan.Aliya cuba membantuku.
“Tak payahlah Aliya, aku boleh berjalan
sendiri. Tak payahlah kau nak manjakan aku sangat. Aku nak solat Asar sekejap. Kau
keluarlah dulu, nanti aku turun sendiri.
Aku nak mandi sekali nanti tak payah nak ulang alik kebilik
air.” Aku membawa tuala dan pakaian
tidurku sekali. "Aliya …… kau pergilah
hidangkan makanan. Aku nak
mandi sekejap.”Kataku lagi bila
kulihat Aliya masih duduk dibirai katil.
"Ya-Allah Sofea! Sekarang ni
dah pukul enam. Cepat pergi mandi. Jangan lama-lama dalam bilik air tu. Cepat
solat dah lewat ni." Aliya berkata sambil memandang jam ditangannya.
"Yalah! Kalau kau asyik
bercakap saja sampai bila aku nak masuk ke bilik air?"Aku pula kenakan
Aliya.
"Ha! Menjawab…..menjawab saja kerja
kau."Tanpa memperdulikan bebelan Aliya ,aku terus masuk ke bilik air.
“Ok! Aku
pergi hidangkan makanan .
Hati-hati….jangan sampai kau jatuh
lagi.”Jerit Aliya dari luar bilik air.
Sekejap
saja aku
mandi , kini aku sudah
berada di dalam bilik . Lututku yang luka pun dah mula nak sembuh . Tak perlulah aku nak risau lagi. Tapi dah berparutlah pula
lutut aku ni. Usai solat, aku turun ke tingkat bawah. Perlahan dan hati-hati
aku memijak anak tangga untuk ke bawah.
Kemudian aku menapak ke dapur tanpa disedari oleh Aliya.
"Wah! Banyaknya makanan
kau beli . Berapa
harga makanan ni. Biar aku
bayar kepada kau." Aku tahu duit
yang aku berikan pada Aliya hanya cukup untuk dua bungkus makanan dan dua
bungkus air milo. Kalau nak dikira makanan yang Aliya beli
tentu mahal harganya.
“Sofea....Kalau kau nak tahu semua ni
bukan aku yang beli
tapi lelaki yang
langgar kau hari tu
yang belanja . Lelaki tu yang
belikan untuk kau
sebagai ucapan maaf kerana
sebabkan kau cedera. Dia suruh kau
makan banyak-banyak supaya
cepat sembuh.” Jawab Aliya.
“La....kenapa kau terima.
Bukan salah lelaki tu
tapi aku yang
terlanggar dia. Mentang-mentang badan
aku ni montel , nak
suruh makan banyak-banyak. Perli aku
la tu.” Farah Aliya ketawa mendengar kata-kataku .
“Apa
kau tunggu lagi
Sofea , cepatlah makan . Aku dah
terliur sejak tadi. Rezeki
jangan ditolak, musuh jangan
dicari.”
“Banyaknya
Aliya . Bolehkah kita berdua habiskan semua makanan ni ? La …bihun sup pun kau
beli ? Tanyaku.
"Tadi kau cakap kau mengidam nak makan bihun sup . Aku
beli juga sebab aku takut kau kempunan pula. Apa susah malam nanti kau boleh panaskan
dan makan bihun sup ni, betul tak?"
"Tengoklah
macam mana? Aliya ....lain kali kalau
ada orang bagi kepada kau apa-apa janganlah kau terima. Aku tak nak terhutang
budi dengan lelaki tu.”
“Ok! Aku janji lain kali aku tak akan terima
lagi kalau ada orang bagi apa-apa. Sekarang
ni boleh kita makan dulu . Please! Perut aku ni dah berbunyi irama
macam-macam ni.”
“Makanlah, kesian pula aku tengok kawan aku ni. Macam orang kebulur pula”, usikku .
Aliya langsung tak ambil hati dengan apa yang aku katakan padanya.
Memang Aliya kalau dengan aku tak kisah sangat kalau aku kutuk dia pun. Kami makan sambil berbual
tentang kuliah . Langsung tak sebut pasal lelaki yang berlanggar dengan
aku tu. Selepas makan Aliya
meminta aku naik ke
bilik untuk berehat. Tak payahlah nak bantu dia mengemas meja makan. Dia boleh
buat sorang-sorang , katanya. Sengaja mereka
makan awal sebab Aliya ada kelas malam nanti.
Terlalu banyak budi Aliya pada
aku sejak belajar di sini. Tak
terbalas budi Aliya padaku. Dia umpama seorang penjaga padaku. Segala urusan aku di sini, dia yang
akan membantu aku .
Walaupun aku boleh berdikari tapi Aliya tetap nak lindungiku. Ada juga pelajar di sini yang suka membuli
aku jika aku berjalan bersendirian. Aku tahu sebab aku
berbadan montel sebab itulah mereka suka
membuliku. Bukan aku tak nak melawan tapi belum sampai masa untuk aku membalas
perbuatan mereka padaku. Tapi kenapa mereka marah sangat denganku? Kenapa nak
tergugat dengan diriku yang tak cantik ini? Hairan juga aku…..
Sedang aku memilih makanan terasa sejuk belakangnya.
Allah! Siapa pula yang tumpahkan air kebelakang aku ni? Rungutku dalam hati.
Bila aku berpaling kebelakang
seorang lelaki kelihatan sedang berdiri tegak sambil memegang pinggan berisikan makanan
dan gelas yang dah kosong. Mungkin terasa bersalah dengan apa yang berlaku.
"Maafkan saya, saya tak sengaja
. Air milo saya tertumpah dibelakang awak." Aku kenal siapa lelaki itu. Belum sempat aku menjawab,
Aliya terlebih dahulu memarahi lelaki itu.
"Hei!
Awak ni butakah hah! Mata awak letak dekat lutut ke?" Marah Aliya sambil
mengelap belakang aku yang basah. Aku boleh bayangkan macam mana rupa bekas air
milo tu . Kardigan yang kupakai berwarna
kelabu cerah , tentulah jelas kotoran bekas air milo itu.
"Masalahnya aku tak
tahu pula dekat lutut aku ni ada
mata," sengaja Lukman Hakim
menambahkan kemarahan gadis didepannya itu. Orang dah elok-elok mohon
maaf, dia pula garang gila. Telan singa ke apa? Gerutu Lokman Hakim dalam hati.
Sudahlah setiap kali terserempak dengan gadis itu asyik menjeling saja. Entah
apa salah dia pun pada gadis tu pun dia tak tahu? Bukan dia tak teringin nak
berkenalan dengan gadis yang bernama Farah Aliya tu. Tapi keinginan tu hilang
begitu saja kerana setiap kali dia cuba mendekati gadis itu. Dia akan dijeling .Terus
hilang keinginan tu.
Memang
sengallah lanun ni.Gerutu Aliya dalam
hati. "Lain kali…… dalam sesak macam ni , kau jagalah air milo kau tu
elok-elok. Ini tidak habis tumpah kena baju kawan aku ni." Menyusahkan
orang saja , rungut Aliya.
"Habis……apa aku nak buat kalau
dah ditakdirkan nak tumpah kebaju kawan kau ni. Eh! Nanti dulu. Kawan kau ni
tak kisah pun, yang kau angin satu badan tu apa hal?" Tanya Lukman Hakim
sambil tersengih. Matanya merenung gadis didepannya itu. Cantik tapi garang
macam singa.
Terima kasih baby mio
ReplyDelete