Reenzarini

Sunday 17 November 2013

TAK MAMPU KU BERHARAP 8



BAB  8

            Hisyam tergelak kuat hingga mengundang perhatian orang yang duduk berhampiran mereka. Suka sangat dapat menyakat Lisa Adrianna.Walaupun baru saja berkenalan tapi dia sudah serasi dengan Lisa.
       
         "Sorry  Lisa! Saya  teringin  nak  rasa kek tu  sebab  tengok  awak  makan dengan penuh perasaan. " Bibir merahnya masih lagi menguntumkan senyuman.

         "Kalau  nak…..  pergilah  ambil  sendiri. Ini  tidak  orang  punya  yang  awak  makan."Balas Lisa Adrianna. Hisyam  ketawa  lagi. Sejak  dari  tadi  tak  habis-habis dia  ketawa. Seronok sangat dapat berbual dengan Lisa Adrianna. Hatinya rasa tenang dapat merenung wajah cantik Lisa.
       
         "Lisa  belajar  dalam bidang apa  dekat  oversea  tu. " Soal  Hisyam ingin  tahu setelah reda ketawanya.

         "Bussiness  study," jawab Lisa  perlahan. Dari  jauh  dia  melihat  kak  Shila  menjeling dirinya. Apa  lagi  yang  kak  Shila  tak  puas hati  dengan  aku, aku  pun  tak  tahu.Bisik Lisa dalam hati.

          "Lepas  ni  Lisa  nak  kerja  dimana? Tanya  Hisyam lagi.

          "Tak  tahu  lagi. Ingat  nak  rest  dulu. Lepas  dah  puas  berehat  barulah  saya  fikirkan  kemana  arah  nak  saya  tuju." Jawab Lisa Adrianna.

         "Siang  tadi  kenapa  Lisa  lari  bila  nampak  saya?" Soal Hisyam.Soalan berapi tu.

          "Lagi mau tanya ke ? Macam  mana  saya  tak  lari  , saya  tak  perasan  masa tu saya  hanya  berseluar  tidur  paras  lutut."Jawab Lisa Adrianna.  Hisyam  ketawa bila mendengar cerita dari Lisa itu. Patutlah pagi tadi Lisa lari macam tak cukup tanah saja.

         "Lisa! Kau dah  tak  tahu  nak  tolong  mak  Siti  dekat  dapur, sedarlah  diri  tu  sikit . Dasar menumpang .Jangan  nak  mengatal  di sini," entah  dari  mana  Shila   muncul . Tiba-tiba saja datang  menyergah  Lisa Adrianna.
               
             "Shila! Kenapa  you  cakap  macam  tu  dengan  Lisa? " Tanya  Hisyam.

           "Saya  cakap  apa  yang  betul. Dasar  menumpang…tak  sedar  diri. Sekarang  kau balik  nak  bolot  harta  yang  kami  ada, jangan  harap kau  nak  rampas  harta  yang  kami  ada."Kepala Lisa ditunjalnya dengan jarinya. Geram melihatkan Lisa yang asyik berbual dengan Hisyam .Sedangkan selama ini Hisyam enggan melayan dirinya. Kenapa dengan Lisa semua orang suka sedangkan Lisa tu hanya menumpang dalam rumah mereka.

          "Shila!! You  dah  melampau, tak  patut  you  cakap  macam  tu  dengan  adik  you  sendiri."
     
          "Siapa  adik  I? Lisa  ni  bukan  adik  I, dia  adalah  anak  pungut. Kami  tak  ada  hubungan  pun."Tajam  sekali  kata-kata  Shila.

           "Kalau  dia  bukan  adik  you  sekali  pun, you  tak  layak  nak hina  dia  begitu  sekali. I  tak  sangka  perangai  you  macam  ni  sekali. Sebab tu selama ini I malas nak melayan kerenah you Shila! " Suara Hisyam masih lagi perlahan kerana tak mahu orang sekeliling tahu mereka sedang bertengkar.

            "You nak  bela  sangat  anak  pungut  ni  kenapa?" Soal  Shila .

          "Masalahnya  bukan  I  nak  bela  Lisa  ni , tapi  apa  yang  you  cakap  tadi  memang  tak  patut you  cakap."

            Lisa hanya  tunduk  memandang  hujung  kasut sendiri. Apa  yang  hendak  di  sangkalkan  lagi. Dia  memang  anak  pungut. Kalau  abah  dan  ibu  tak  ambil  dia  jadi  anak  angkat, tak  tahulah  apa  yang  akan  jadi  dengan  dirinya. Air mata yang menitis Lisa  seka  dengan  jarinya  supaya  tak  ada  yang  melihatnya.
                  
          "Hisyam…..saya  nak  masuk  dulu. Awak  duduklah berbual  dengan  kak  Shila." Lisa  bangun untuk  masuk  ke dalam  rumah. Hisyam masih lagi melihat Lisa hingga bayang Lisa sudah tidak kelihatan dimatanya.
               
             "I  pun  dah  nak  balik, esok  I  kerja. Tak  ada  kerja  I  nak  mengadap muka  perempuan  yang  sesuka  hati  menghina  orang." Hisyam  bergerak  untuk  berjumpa  dengan  tuan rumah sebelum beredar. Sejak dulu  dia  kurang  berkenan  dengan  perangai  Shila. Tetapi  memandangkan  mereka  berjiran  terpaksa  juga  dia  melayan Shila.

         Lisa  masuk  ke dapur  untuk  membantu  mak  Siti . Dipeluknya  mak  Siti  dari  belakang. " Lisa… terkejut  mak. Nasib  baik  mak  tak  bersilat  tadi. " Pipi Lisa  dicubit  oleh  mak  Siti. Mak  Siti  sedang  memotong  puding  pelangi.

            "Mak…biar  Lisa  bantu  mak  susun  puding  pelangi  ni  dalam  bekas . Kesian  mak  banyak buat  kerja  ."Dipeluknya lagi mak Siti.

         "Apalah  sangat  Lisa….hanya  puding  dan  kek  saja  yang  lain  dah  katering  siapkan. Pinggan  pun  tak  payah  basuh. Semuanya  katering  yang  uruskan."Ucap  mak Siti.
      
            "Lisa  tolong  susun  puding  pelangi  ni  dalam  bekas, mak  nak  bawa  keluar  kek  coklat  moist  ni  dulu." Arah mak Siti pada Lisa Adrianna.

         "Baiklah  mak. Kalau  mak  nak  makan,  mak  makanlah  dulu. Lisa  boleh  uruskan  semua  ni."
         
           "Mak  dah  makan  tadi. Sekejap  ya  mak  nak  keluar  dulu.  Sekejap  lagi  mak  masuk  semula." Sepeninggalan  mak  Siti , Lisa  terus  menyusun puding  pelangi  dalam  bekas  khas.

          
           " Lisa!! Kau  ni  dasar  anak  pungut. Tak  sedar  diri. Kerana  kau  aku  dah  bergaduh  dengan  Hisyam. Kenapa  kau  balik  kesini  ha… Lebih  baik  kau  berambus  dari  rumah  kami. Tak  habis-habis  nak  menumpang  kekayaan  kami. Jangan  kau  harap  dapat  bekerja  dalam  syarikat  abah. Aku  tak  suka.  Selepas  ini  aku  dah  tak  nak  tengok  muka  kau  dalam  rumah  kami  lagi. Tolong  keluar  dari  rumah  ini."Kepala Lisa ditumjalnya dengan geram.

          "Shila….kenapa  ni  nak? Kenapa  marah-marah  ni?" Tanya  mak  Siti.

          "Mak  Siti  jangan  masuk  campur  dalam  urusan  Shila. Mak  Siti  tu  siapa? Mak  Siti  tu  hanya  orang  gaji  saja. Hidup  menumpang  harta  kami……  menyibuk  saja, "tengking  Shila.

        "Kak Shila! Sampai  hati  kak  Shila  hina  mak  Siti. Tolong  hormat  dengan  mak  Siti." Tegur Lisa Adrianna.

          "Kau siapa  nak arah-arah aku. Dasar  anak  pungut. Kau  dengan  orang  gaji  ni  memang  sepadan. " Kak  Shila  berlalu  dengan  menghempas  pintu  dapur. Air mata  yang  mengalir Lisa  usap  dengan  jarinya.

           "Mak……maafkan  kak  Shila. Dia  tak  sengaja  nak  hina  mak  tadi. Sebenarnya  dia  marah  dengan  Lisa  tadi. Itu  sebab  dia  cakap  yang  bukan-bukan  dengan  mak  tadi."Pujuk Lisa Adrianna.

          "Tak  apalah  Lisa. Mak  dah  biasa  dihina  oleh  Shila." Selama  ini  Shila  selalu  mengherdik  dan  menghina  dirinya.Tetapi  dia  tidak  pernah  mengadu  dengan  sesiapa  pun. Biarlah….dia  hanya  orang  gaji  dirumah  ini. Terima sajalah.

           "Lisa….mak  tak  faham  kenapa  Shila  panggil  Lisa  anak  pungut?" Tanya  mak  Siti.

          "Sebenarnya  Lisa  hanyalah  anak  angkat  ibu  dan  abah. Lisa  hanya  menumpang  dalam  rumah  ini." Mak  Siti  terus  memeluk  Lisa  yang  dalam  kesedihan. Air mata disekanya dengan jari.

         "Tak  mengapa  Lisa, mak  sayangkan  Lisa. Sudahlah nak! Jangan sedih-sedih lagi
"Pujuk mak Siti.

            "Lisa keluar dulu mak. Nak layan tetamu dekat luar tu."

            "Pergilah Lisa. Mak pun ada kerja nak buat ni."Mak Siti memerhati Lisa yang berjalan keluar dari dapur. Kesiannya Lisa,bisik mak Siti dalam hati.

            "Auntie Lisa! Jom temankan Danny main game."Terperanjat Lisa dengan panggilan Danny anak abang Am.

            "Auntie tak berapa pandai la sayang." Sejak sampai  semalam  anak abang Am, Danny agak manja dengannya. Masa  abang Am kahwin dulu dia sedang sibuk dengan kuliah. Tak sempat nak menghadiri majlis perkahwinan  abang Am . Danny baru  saja berusia hampir empat tahun tapi mulutnya petah macam budak dah sekolah.Walaupun baru saja kenal dengan Danny tapi mereka berdua sudah serasi.

            Isteri  abang Am pula kurang bercakap dengannya.Entah kenapa Lisa pun tak tahu. Setiap kali Lisa cuba berbual dengan kak Hanim tapi kak Hanim cuba mengelak dari berbual dengannya.Mungkin kak Hanim tak biasa dengan Lisa kut,pujuk hati Lisa.

            Diruang tamu Lisa melihat abang Am sedang duduk sendirian. Penat agaknya setelah melayan tetamu yang dating ke majlis itu.

            "Abang Am…..penat ke melayan tetamu,"tanya Lisa .

            Amran yang terkejut dengan pertanyaan dari Lisa terus membuka matanya.
                "Lisa…..Penatlah juga .Abang Am baru semalam balik dari kerja luar.Tentulah masih  letih." Jawab Amran . Rasa kekok bila bercakap dengan Lisa. Sedangkan selama ini dia sangat sayangkan diri Lisa.

             “Kenapa  abang  Am  dah  lama  tak  hubungi  Lisa ?  Abang  Am  dah  tak  sayangkan  Lisa  ke?” Lisa  ingin  tahu  kenapa  Amran  telah  berubah. Kalau  dulu  Amran  sangat  sayangkannya. Dia  begitu  terasa  kehilangan  seorang  abang  yang  penyayang.

           “Abang  Am  tak  pernah  berubah  Lisa. Abang  Am  tetap  sayangkan  Lisa  macam  dulu  juga. Lisa  adalah  adik  bongsu  abang  Am . Lisa  kena  ingat  tu. Cuma sekarang abang Am sibuk sikit.”

         “ Kenapa  abang  Am  tukar  nombor  telefon  tak  cakap  dengan  Lisa  pun. Sampai  kehari  ini  Lisa  tak  tahu  nombor  baru  handphone  abang Am.” Tanya  Lisa  Adrianna  lagi. Hatinya  belum  berpuas hati  dengan  penerangan  abangnya.

          Handphone  abang  hilang  sebab  tu  abang  Am  tukar  nombor  baru.”Jawab Amran. Sebenarnya dia sengaja menukar nombor handphonenya kerana isterinya Hanim cemburu setiap kali Lisa menghubunginya. Untuk mengelak dari bergaduh dengan Hanim dia terpaksa menukar nombor handphonenya.

           “Apa  rancangan  Lisa  sekarang?  Tak  nak  kerja  dengan  abah  ke ?”Soal  Amran cuba menukar perbualan mereka ke topik lain. Sebenarnya dia juga merindui adiknya itu.

            “Entahlah  abang  Am. Lisa  pun  tak  tahu  lagi. Lisa  cadang  nak  berehat  dulu  buat  sementara  waktu .  Abah  dah  ajak  Lisa  bekerja  dalam  syarikat  abah  tapi  Lisa  kurang  berminat. Teringat kembali kata-kata amaran dari Shila membuatkan Lisa mengeluh.“

             “Elok  sangatlah  tu  kalau  Lisa  bekerja  dengan  abah.  Dapatlah  Lisa  membantu  abang  Am  di  syarikat.” Kata  Amran jujur.

            “Nantilah  Lisa  fikirkan .  Sekarang  Lisa  nak  main  game  dengan  Danny. Tengok  Danny  dah  kalahkan  Lisa  banyak  kali.  Aduh … auntie  kalah  lagi.  Tak  nak  mainlah  kalau  macam  ni.” Danny  ketawa   mengekek  kerana  dapat  mengalahkan  auntie  Lisa. Abang  Am  juga  turut  ketawakan  Lisa  kerana  dikalahkan  oleh  budak  kecil.

            “Abang!!”  Panggilan  dari  isterinya  membuatkan  mereka  terus  berhenti  ketawa. Bala dah datang, bisik  hati Amran.

1 comment: