Reenzarini

Wednesday 27 November 2013

TAK MAMPU KU BERHARAP 13

Ini adalah entri last. Lepas ni nak siapkan manuskrip pula.



BAB 13

            Kini baru aku perasan, kereta Rayyan ini menggunakan gear automatic. Aku mana pernah memandu kereta yang ada gear seperti kereta Rayyan ini. Gelabahnya aku hingga tak tahu apa nak buat?

           "Rayyan….Rayyan …Tolong saya." Aku goncang tubuh Rayyan. Rayyan buka mata perlahan.

            "Alhamdulilah! Awak masih ada bersama saya." Jantung aku berdegup laju. Entah-entah aku dulu yang pengsan.

            "Rayyan saya tak tahu nak pandu kereta gear automatic." Dengan tak tahu malunya aku mengaku pada Rayyan.

            "Lisa awak kena cuba. Saya tak dapat nak membantu awak," mata Rayyan tertutup semula.

        "Rayyan! Rayyan jangan tinggalkan saya. Saya sayangkan awak Rayyan ." Aku sudah memeluk tubuh Rayyan yang kaku. Terlupa dengan adab yang kujaga selama ini. Terasa jari jemariku digenggam oleh Rayyan.

            "Rayyan! Rayyan ! Tolong buka mata awak, jangan tinggalkan saya." Aku menangis sambil memeluk Rayyan. Masa tu aku dah tak fikir apa pun. Malu aku tolak ke tepi.Apa yang aku tahu aku tak nak kehilangan Rayyan meskipun Rayyan pernah melukakan hatiku.

       "Handphone Rayyan!" Aku seluk dalam poket seluar Rayyan. Handphone Rayyan aku keluarkan. Aku pilih satu nama dari senarai nama dalam handphone Rayyan.

            "Hello bro! Apa hal call aku ni?" Tanya Taufik.

            "Hello! Saya ada bersama Rayyan. Dia pengsan." Kataku laju tanpa menjawab pertanyaan lelaki yang bernama Taufik itu.

            "Apa Rayyan pengsan!" Tanya lelaki yang bernama Taufik.

            " Saya nak minta tolong dari awak. Saya nak hantar dia ke klinik tapi tak tahu nak pandu kereta BMW Rayyan ini sebab gearnya automatic. Saya tak biasa pandu kereta begini." Jelasku pada Taufik.

            "Nama awak siapa?"Tanya Taufik.

            "Lisa Adrianna," jawabku tanpa membuang masa.

           "Whattt! Lisa Adrianna ? Betul awak ni Lisa Adrianna? "Tanya Taufik macam terperanjat pula gayanya. Entah apa-apalah kawan Rayyan ni.  Tak senonoh betul.

            "Encik Taufik ! Saya tak ada masa nak bersoal jawab dengan awak. Saya dalam kecemasan  bantulah  saya. Bagaimana cara nak memandu kereta ini?" Aku sudah naik angin dengan Taufik . Kawan separuh sedar, ada hati nak tanya macam-macam.

           "Lisa….. sapukan minyak angin supaya Rayyan sedar. Dalam kereta tu selalu Rayyan sediakan minyak angin. Awak carilah."

            Aku mencari minyak angin di tepiku . Ada pun, kusapu ke dahi dan hidung Rayyan. Rayyan mula bertindak balas. Matanya sudah terbuka walaupun masih lemah.

            "Rayyan….terima kasih  ya- Allah." Doaku bila melihat Rayyan sudah membuka matanya. Air mata gembira mengalir di pipiku.

            "Ok ! Taufik. Rayyan dah mula sedar." Kata Lisa Adrianna sambil menangis.

            "Sekarang awak gunakan hand free." Taufik terus memberikan arahan hingga aku sampai ke sebuah klinik pakar. Hanya klinik itu yang masih kuingati kerana aku pernah menerima rawatan di situ.

            "Alhamdulillah! Selamat sampai." Para petugas di klinik itu berjaya membantu Rayyan. Rayyan kini di tempatkan di sebuah wad perseorangan.Aku masih setia menemani Rayyan yang sudah tidur.Kata doctor  yang merawat Rayyan, mungkin esok Rayyan dah boleh keluar wad kerana keadaannya sudah stabil.

            Taufik sudah pulang setelah melawat Rayyan tadi. Hairan melihat Taufik yang agak peramah macam dah kenal aku bertahun-tahun lamanya.

            Bunyi pintu di buka membuatkan aku berpaling melihat siapa yang datang?Masuk sepasang suami isteri yang lebih kurang sebaya dengan ibu dan abahku.

            Taufik sudah khabarkan padaku yang ibubapa Rayyan sudah tahu tentang  keadaan diri Rayyan. Mungkin ini adalah ibubapa Rayyan?Gumamku dalam hati.

            "Rayyan….."Panggil wanita itu. Aku tak tahu siapa wanita itu kerana aku belum berkesempatan untuk bertegur sapa dengannya. Baru aku teringat ,inilah wanita dan lelaki yang menyambut kepulangan Rayyan di KLIA dulu. Tentu ibubapa Rayyan. Aku sudah ke tepi memberi ruang pada mereka untuk melihat Rayyan.

            "Rayyan…."panggil wanita itu lagi. Aku lihat air mata sudah mengalir di pipi wanita itu. Kepala Rayyan diusap lembut. Dahi Rayyan di kucup oleh wanita itu. Aku hanya mendiamkan diri di sudut wad itu.Hati turut merasa sebak melihat kasih seoramg ibu pada anaknya.

            "Sabarlah Fiah….Rayyan tak apa-apa.  Doktor dah cakap tadi dia dah stabil. " Datuk Ariff cuba meredakan kebimbangan isterinya.

            "Selagi Fiah tak lihat sendiri Rayyan membuka matanya, selagi itulah Fiah takkan berpuas hati bang." Wanita itu kulihat sudah berada dalam pelukan lelaki yang masuk bersamanya tadi.
            "Mama….. " panggil Rayyan. Aku lihat Rayyan sudah membuka matanya. Alhamdulillah! Rayyan dah bangun. Bisik hatiku.

            "Rayyan anak mama kenapa dengan Rayyan? Kenapa Rayyan tak berhati-hati semasa makan. Rayyan sendiri tahu Rayyan tak boleh makan kacang tanah kenapa Rayyan makan juga?" Datin Sufiah dah mula bising.

            "Fiah….Rayyan tu baru saja bangun awak dah nak bebelkan dia. Kalau ia pun tunggulah bila Rayyan dah balik ke rumah dulu." Nasihat Datuk Ariff.

            "Saya  bukan  apa  bang, saya geramkan Rayyan  .  Dah tahu tak boleh makan kacang tanah , nak makan juga. Tak sayang  nyawa langsung."Bebel mama Rayyan lagi.

            "Mama……. maafkan Rayyan . Rayyan tak perasan dalam makanan tu ada kacang tanah." Dengan lemah Rayyan menerangkan pada mamanya. Sebenarnya dia takut diri Lisa yang dipersalahkan bila mamanya tahu perkara sebenar. Kalau boleh dia mahu diri Lisa baik-baik saja di mata mamanya.

            "Lain kali jangan buat macam tu lagi. Mama risau tahu tak?"Pesan mamanya.

            "Baiklah mama, lain kali Rayyan tak akan risaukan hati mama," jawab Rayyan dengan lemah.

            "Cik ini siapa?" Tanya Datuk Ariff. Tadi tak sempat nak tegur kerana terlalu risaukan anaknya.

                "Saya Lisa Adrianna , uncle." Takut-takut Lisa Adrianna menjawab.

            "Kawan Rayyan ke ?" Soal Datin Sufiah. Matanya sudah memandang gadis berhampiran mereka.Boleh tahan dengan pakaian yang berjenama.Manis orangnya.Datin Sufiah sudah menilai Lisa Adrianna.
               
             "Ya auntie." Jawab Lisa Adrianna.

         "Sejak bila kenal dengan Rayyan?"Datin Sufiah ingin tahu kerana dia tak suka anaknya berkawan dengan sebarang orang. Rasanya dia pernah melihat gadis ini tapi tak tahu di mana?

            "Dah lama auntie. Hampir lima tahun." Jawab Lisa Adrianna. Hatinya sudah tidak keruan. Rasanya ingin saja dia keluar dari bilik itu. Tapi  apa kata mama dan abah Rayyan.

          "Lisa anak Samadkan?" Tanya Datuk Ariff. Hari itu semasa menjemput Rayyan dia ada terlihat Lisa Adrianna bersama dengan Samad dan isterinya.

            "Ya uncle , "jawab Lisa Adrianna.

            "Mama…..abah….Lisa yang bawa Rayyan ke sini. Kalau dia tak  ada,  tak tahulah apa yang akan terjadi pada Rayyan." Terang Rayyan pada ibubapanya.

            "Lisa…..terima kasih kerana menolong saya. Saya minta maaf kerana tak dapat menghantar Lisa balik."

            "Tak mengapalah Rayyan . Awak berehatlah, saya nak balik dulu. Hari pun dah malam ni. Nanti risau pula ibu dan abah saya."Alasan aku berikan pada Rayyan.

            "Lisa …..awak bawa balik kereta saya. Nanti bila saya keluar wad awak datanglah jemput saya."Sengaja Rayyan ingin bertemu dengan Lisa selalu. Tak sangup nak tunggu tiga hari lagi baru boleh bertemu.

            "Tak mengapalah Rayyan. Saya boleh balik sendiri naik teksi.."Jawabku.

            "Jangan degil Lisa. Dengan pemandu teksi pun saya tak percaya. Awak bawalah kereta saya balik."Pujuk Rayyan lagi. Matanya sudah dipejam rapat .Sudahlah kepalanya masih pening, nak bercakap banyak pun dia tak larat.

          "Macam ni lah Lisa….Awak bawalah balik kereta Rayyan tu. Nanti bila Rayyan dah sembuh barulah awak pulangkan kereta tu semula. " Datuk Ariff sudah membuat keputusan.

            Mahu tak mahu terpaksalah aku memandu kereta Rayyan sekali lagi. Kereta tu ada GPS . Kemudahan dah ada, tak usah nak tolak lagi.

            "Baiklah, Kalau macam tu saya balik dulu."  Rayyan buka mata bila mendengar aku sudah bersetuju untuk membawa keretanya. Aku bersalaman dengan Datin Sufiah. Pada Datuk Ariff aku hulurkan senyuman. Datin Sufiah pula sejak tadi hanya mendiamkan diri. Takut aku dengan pandangan Datin Sufiah tu. Apa pandangan dia pada aku pun aku tak tahu? Ish! Yang aku takut tu pasal apa? Aku bukan calon menantu datin tu yang aku  nak takut sangat padanya.

            "Rayyan…..saya balik  dulu. Nanti bila awak dah boleh keluar wad, awak call saya. Saya akan datang menjemput awak."Tak ada alasan lagi terpaksalah aku menerimanya.

            "Lisa……pandu cermat ya. Jangan cepat gelabah. Apa-apa hal bertenang okey!" Pesan Rayyan padaku.

            "Insya-Allah! Jaga diri awak. Rehatlah jangan banyak bercakap lagi." Senyuman aku berikan pada Rayyan dan ibubapanya. Setelah mengambil beg tanganku .Aku keluar dari bilik itu. Dah keluar dari situ barulah aku tarik nafas panjang-panjang . Lega rasanya hatiku. Kakiku melangkah ke kawasan parking untuk mengambil kereta Rayyan. Rasanya aku dah pandai membawa kereta automatic. Pengalaman telah membuatkan aku berani memandu kereta auto. Alarm kereta BMW Rayyan aku tekan.

            "Lisa!! "Kuat sekali suara memanggil namaku. Aku terpaku di situ.

3 comments:

  1. balik dr lunch tgk ade entri baru.. hati terus menjerit yes!!!... Alhamdulillah entri tak mengecewakan... hurm tq kak.. btw mak akak macam mana keadaannya? semakin pulih atau sebaliknya? hope semakin sembuh

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.Dh boleh jalan sikit sejak terapi dekat KPJ Shah Alam setiap minggu.Dan masih berurut.Dugaan dtg lagi. Anak lelaki kak Reen yg baru saja terima ijazah di uitm 12 hb yg lalu kemalangan dan kini ada sedikit loss memori. Kini kak Reen kena lebih tumpukan perhatian padanya untk kembalikan ingatannya semula.Macam cerita novel pula. Terima kasin menjadi pembaca kak Reen.

    ReplyDelete
  3. best! spe lah yg jerit pnggil lisa tu? i wonder . btw, ala last entry ke ni? hmmm :(

    ReplyDelete