Reenzarini

Wednesday 27 November 2013

TAK MAMPU KU BERHARAP 12



BAB 12
            "Lisa…..kenapa menjerit ni? Tak pasal-pasal staf dekat sini buat gossip.Mereka ingat kita tengah buat apa la tadi?  Senyuman sudah terukir di bibir Rayyan. Lucu melihat gelagat Lisa Adrianna. Tak habis-habis dengan gelabahnya.

            "Rayyan ……"panggilku perlahan. Rasa macam nak menangis. Bukan setakat nak menangis, air mata sudah pun bergenang dalam kelopak mataku.Tunggu masa saja nak gugur.

            "Kenapa Lisa?" Rayyan masih menanti jawapan dariku dan dia sudah mendekatiku di pintu bilik air.

            "Rayyan…..saya terlupa  nak bawa dompet. Saya tak ada duit nak bagi pada awak."Air mataku laju saja menuruni pipiku. Rasa takut ,rasa gelabah , rasa malu ,semua ada.

            "Dah! Jangan menangis, saya boleh guna duit saya." Jari Rayyan pantas saja mengusap pipiku yang lencun dengan air mata.

            "Rayyan…… maafkan saya, boleh tak awak jangan sentuh saya?"Mata Rayyan merenungku. Dia marahkah aku cakap macam tu? Peduli apa aku. Memang aku tak suka sesuka hati saja dia sentuh aku.

            "Bukan saya yang pegang awak tapi awak yang pegang tangan saya." Mata Rayyan melirik kebawah.Mataku juga ikut pandang ke bawah. Oh! Tidak……aku tak bersalah,. Macam mana aku boleh tak sedar aku sedang memegang tangan Rayyan?Bukankah tadi dia yang pegang tanganku. Jeritku dalam hati

            "Rayyan ….boleh tak awak tolong belikan semua tu untuk saya." Tanyaku.

            "For you, I can do everything Lisa. Awak tunggu sekejap ya. Saya nak pergi beli. Sebelum tu awak pakailah apa-apa dulu. Ini ambil suratkhabar buat lapik duduk awak. Takkanlah awak nak duduk di dalam bilik air. Sejam lagi saya akan kembali Lisa. "jawabnya sambil tersenyum.
               
                "Apa….. sejam !Lamanya Rayyan , tak boleh ke cepat sikit? " Tapi Rayyan dah pun keluar setelah aku terdengar bunyi pintu di tutup. Aku masuk semula ke bilik air dan mencapai kertas tisu dan pakai buat sementara waktu. Selepas itu aku keluar dan melapik kerusi dengan kertas suratkhabar yang diberi oleh Rayyan tadi.

            Setelah menanti beberapa lama , Rayyan pun muncul dengan beg plastik dan beg kertas di tangannya. Beg-beg itu diberikannya padaku.

            "Apa  yang awak beli ni Rayyan?" Tanyaku pada Rayyan yang sedang mengelap peluh di dahinya.

            "Awak pergilah masuk ke bilik air dan tengok sendiri." Kata Rayyan sambil menuang air mineral water yang terdapat di dalam jag di atas mejanya.

            Aku bangun dan membawa sekali kertas suratkhabar yang kubuat lapik dudukku tadi. Cepat saja kulipat kertas itu bila mataku melihat warna merah dikertas itu.

            Aku masuk ke bilik air dengan membawa beg-beg yang diberi oleh Rayyan tadi.

            "Lisa…..elok awak mandi sekali. Dalam bilik air tu ada tuala-tuala yang belum dipakai." Rayyan ikut masuk ke bilik air dan aku sendiri terkejut bila tiba-tiba saja Rayyan masuk bersamaku .

            "Rayyan!!"Jeritku kerana terkejut .

            "Hish! Awak ni Lisa tak habis-habis nak menjerit. Janganlah awak risau. Saya tak ada selera dengan benda yang haram. Tunggu halal dulu,"jawab Rayyan sambil ketawa. Diambilnya tuala bersih di dalam loker di dalam bilik air itu. Segera kusambut supaya Rayyan cepat keluar dari situ.
            Gila apa? Ingat aku nak mandi dalam bilik air dia ni.  Buatnya ada cctv macam mana? Tak pasal-pasal gambar bogel aku tersebar. Aku perhatikan disekeliling kalau-kalau ada tanda-tanda cctv. Tak ada….

            Aku mengeluarkan pakaian yang di beli oleh Rayyan.  "Alamak tinggi taste Rayyan ni. Beli baju dari butik. Jenama dari luar Negara pula tu. Macam dah tak ada pakaian dari Malaysia ke," gumamku sendiri.

            Pandai juga Rayyan ni pilih baju.Cantik ! Warna kesukaan aku tu. Blouse putih berbunga kecil warna biru dan gaun labuh ke kaki. Apa pula ni? Aku alih benda tu depan belakang.

            "Ini pun dia beli? Bukannya boleh tutup apa-apa pun. Tak sangka dia boleh belikan aku lingerie. Pakai sajalah .Seluar dalam aku pun dah kotor." Kataku sendiri. Selepas mencuci mukaku ,aku sapukan sedikit bedak ke mukaku dan sedikit lipstick merah muda. Tak adalah aku nampak pucat sangat.

            Baju yang kotor tadi aku cuci sedikit biar hilang darah yang melekat di bajuku . Begitu juga dengan seluar dalam. Kucuci bersih-bersih dan aku lipat dan masukkan ke dalam beg plastic tadi dan kemudian aku masukkan pula ke dalam beg kertas yang cantik tu.

            Bila segalanya selesai aku keluar dari bilik air. Bau semerbak dalam pejabat Rayyan. Terdapat hidangan di atas meja kopi dekat sofa.

            "Lisa…. Sekarang dah tengahari. Jemputlah makan dulu." Rayyan pelawa aku makan bersamanya.

            "Tak mengapalah Rayyan…..sekejap lagi saya janji nak jumpa dengan kawan saya nak pergi shopping . Masa shopping nanti saya makan dekat Mall saja." Aku cuba menolak permintaan Rayyan itu.

            "Shopping apanya? Dompet awak bukankah tertinggal di rumah , "soal Rayyan

            Aku tepuk dahiku, terlupa pula aku tertinggal dompet di rumah. Rayyan hanya tersenyum melihat gelagatku itu. Kenapalah aku suka memalukan diriku depan Rayyan?

            "Ya tak ya juga. Saya terlupa tadi," jawabku malu-malu.

            "Apa lagi Lisa….rezeki jangan ditolak." Rayyan terus menarik tangan aku dan memaksa aku duduk di sofa. Mataku melirik ketanganku yang dipegangnya.

            "Ops!Sorry! Saya terlupa lagi.'" Bibirnya menguntumkan senyuman.

            Aduh! Boleh jatuh cinta aku dengan senyuman Rayyan ini. Kenapalah kau kacak sangat Rayyan . Lisa….ingat, sedar diri kau tu. Tak ingat apa yang  pernah  Rayyan lakukan pada kau satu masa dulu.

            "Lisa…….apa tunggu lagi , jemputlah makan. Sudah-sudahlah tu berkhayal." Tangan Rayyan menghulurkan nasi padaku.

            "Tapi Rayyan,  saya dah janji nak jumpa kawan. Tentu dia dah tertunggu-tunggu kedatangan saya."

            "Awak boleh call dia kan? Atau awak dah lupa bawa handphone antic awak tu? Tanya Rayyan  Hafiz sambil tersenyum.

            Mataku bulat memandang wajah Rayyan. Hish! Dia ni kalau nak perli aku, tak payahlah perli  handphone aku tu. Rayyan dah mula menyuap nasi ke mulutnya.

            "Tahulah saya ni kacak, tak payahlah pandang saya macam nak telan." Mata Rayyan beralih ke wajahku. Amboi ! Dia ni macam tahu-tahu pula aku tengah renung wajah dia.

            "Lisa….cepatlah makan.Takkanlah awak nak biarkan saya makan sorang.Temankanlah saya makan.
            Lambat-lambat aku memegang sudu. Rasa berat hati nak makan bersama Rayyan bila teringatkan Lynn.

            Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Cepat-cepat aku capai handphone aku yang berada di dalam beg tanganku.

            "Assalamualaikum!  Lisa kau dah gerak ke?'Soal Lynn.

            "Waalaikumusalam!" Belum, sekejap lagi aku gerak ke sana. Kau tunggu aku tau Lynn."Aku bercadang nak pinjam duit Lynn.

            "Lisa….aku minta maaf sangat-sangat dengan kau. Aku sekarang dah dalam perjalanan ke kampung Ikram. Mak dia sakit. Aku tak dapat nak temankan kau pergi shopping. Maafkan aku Lisa.  Lisa kredit aku dah nak habis ni. Bila aku sampai kampong Ikram aku hubungi kau semula."

            "Lynn…..sebenarnya aku nak….Lynn….Lynn…."Aku pandang handphoneku. Apa….baterry low.Jeritku dalam hati.

            "Kenapa?" Soal Rayyan Hafiz.
               
            "Bateri low , "jawabku perlahan sambil menunjukkan handphoneku yang gelap tak ada cahaya lagi.

            "Sudahlah tu , makan dulu." Dicedoknya lauk ke dalam pingganku. Selepas itu Rayyan teruskan suapannya yang terhenti tadi. Banyak juga Rayyan makan. Sesekali kerjanya menambah lauk dalam pingganku. Terbeliak mataku bila kulihat pingganku dah penuh dengan lauk. Geramnya aku. Dia ingat aku ni kuat makan ke? Pahanya kucubit kuat.

            "Aduh! Lisa. Sampainya hati awak cubit saya ." Tangan Rayyan mengusap pahanya yang dah aku cubit. Rasakan. Cari pasal dengan aku siapa suruh.

            Lauk yang dimasukkannya tadi aku masukkan ke dalam pinggannya. Lagipun aku bukannya  makan ikan tiga rasa tu sebab aku tak makan ikan siakap.

            Rayyan merenung wajahku. Aku angkat keningku, macam mencabar Rayyan supaya makan. Lambat-lambat Rayyan makan. Aku tersenyum tanda kemenangan.

            Aku hanya menjeling Rayyan. Bila Rayyan nak masukkan lagi lauk ke pingganku aku terus bagi amaran padanya.

            "Sudah-sudahlah tu. Awak tak serik nak kena cubit dengan saya? Ingat saya makan banyak ke?" Rayyan tak jadi nak masukkan lauk ke pingganku. Kami makan hingga selesai. Aku membantu Rayyan mengemas.

            " Sekejap lagi ada orang yang akan datang mengambil pinggan-pinggan tu," kata Rayyan. Rayyan menghubungi seseorang. Tak lama kemudian muncul seorang lelaki muda yang datang mengambil dulang yang berisikan bekas makanan yang kami makan tadi.

            "Saya dah biasa makan di sini. Makanan tu saya order dari kafetaria sebelah tu, "beritahu Rayyan.  Ada aku tanya yang dia nak bagitahu aku. Gumamku dalam hati.

            "Lisa awak tunggu saya sekejap ya. Saya nak solat sekejap. Sekejap lagi saya hantar awak." Rayyan masuk ke dalam bilik air dan keluar tidak lama kemudian dengan wajah yang basah dan rambut yang lembab. Rayyan masuk ke sebuah bilik di situ. Mungkin bilik solat kut? Aku pun tak tahu.

            Apa dayaku terpaksalah aku tunggu Rayyan untuk menghantarku pulang ke rumah.

            Usai solat, Rayyan mengajakku ke ruangan parking bawah tanah.Sekali sekala kulihat Rayyan menekan perutnya. Apa yang tak kena ni. Wajah Rayyan agak pucat. Kami masuk ke dalam kereta.

            Aku perasan Rayyan menekan perutnya. Rayyan keluar dari kereta dan muntah di luar kereta. Aku berlari keluar dari kereta bila kulihat Rayyan muntah . Pucat mukanya. Ku urut belakangnya supaya dia lebih selesa.

            "Ya-Allah Rayyan kenapa ni?" Ku lihat Rayyan macam sesak nafas.

            "Saya alah dengan kacang tanah," jawab Rayyan.

            "Ya-Allah Rayyan ! Dah tahu awak alah dengan kacang tanah kenapa makan juga ?" Tanyaku dengan perasaan bersalah padanya. Aku yang menyebabkan Rayyan makan kacang yang ada dalam ikan tiga rasa tu. Mujurlah tak banyak mana Rayyan makan tadi.

            "Lisa…..tolong hantarkan saya ke klinik. Saya perlukan suntikan."

            "What!! Awak nak saya bawa kereta yang besar gedabak ni?" Soalku.

            "Please Lisa , sebelum saya pengsan." Kelihatan Rayyan seperti susah nak bernafas.

            "Teruk sangat ke sampai boleh pengsan?" Soalku sendiri.

            Aku papah Rayyan ke pintu penumpang sebelah pemandu. Aku pakaikan Rayyan tali pinggang keselamatan. Aku berlari masuk ke bahagian pemandu.

            "Rayyan! Rayyan Awak kena tunjukkan jalan pada saya. Saya kurang arif dengan jalan di sini. Dah lama saya tak balik ke sini."Aku berterus terang pada Rayyan.

           
            "Okey! "Jawab Rayyan . Matanya sudah dipejam kerana menahan kesakitan. Dengan lafaz bismillah aku menghidupkan enjin kereta BMW itu. "Lisa …kau boleh."Gumamku.

            "Rayyannn!!!" Jeritku. Baru aku perasan ……

4 comments:

  1. best! best tak sabar nak tunggu episod seterusnya...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih baby mio. Last n3 bab 13.tapi line sangat lemah.Susah nak update. Lepas ni nak siapkan manuskrip pula.

    ReplyDelete