BAB
12
"Lisa…..kenapa menjerit ni? Tak
pasal-pasal staf dekat sini buat gossip.Mereka ingat kita tengah buat apa la
tadi? Senyuman sudah terukir di bibir
Rayyan. Lucu melihat gelagat Lisa Adrianna. Tak habis-habis dengan gelabahnya.
"Rayyan ……"panggilku
perlahan. Rasa macam nak menangis. Bukan setakat nak menangis, air mata sudah
pun bergenang dalam kelopak mataku.Tunggu masa saja nak gugur.
"Kenapa Lisa?" Rayyan
masih menanti jawapan dariku dan dia sudah mendekatiku di pintu bilik air.
"Rayyan…..saya terlupa nak bawa dompet. Saya tak ada duit nak bagi
pada awak."Air mataku laju saja menuruni pipiku. Rasa takut ,rasa gelabah
, rasa malu ,semua ada.
"Dah! Jangan menangis, saya
boleh guna duit saya." Jari Rayyan pantas saja mengusap pipiku yang lencun
dengan air mata.
"Rayyan…… maafkan saya, boleh
tak awak jangan sentuh saya?"Mata Rayyan merenungku. Dia marahkah aku
cakap macam tu? Peduli apa aku. Memang aku tak suka sesuka hati saja dia sentuh
aku.
"Bukan saya yang pegang awak
tapi awak yang pegang tangan saya." Mata Rayyan melirik kebawah.Mataku
juga ikut pandang ke bawah. Oh! Tidak……aku tak bersalah,. Macam mana aku boleh
tak sedar aku sedang memegang tangan Rayyan?Bukankah tadi dia yang pegang
tanganku. Jeritku dalam hati
"Rayyan ….boleh tak awak tolong
belikan semua tu untuk saya." Tanyaku.
"For you, I can do everything Lisa. Awak tunggu sekejap ya. Saya nak
pergi beli. Sebelum tu awak pakailah apa-apa dulu. Ini ambil suratkhabar buat
lapik duduk awak. Takkanlah awak nak duduk di dalam bilik air. Sejam lagi saya
akan kembali Lisa. "jawabnya sambil tersenyum.
"Apa…..
sejam !Lamanya Rayyan , tak boleh ke cepat sikit? " Tapi Rayyan dah pun keluar
setelah aku terdengar bunyi pintu di tutup. Aku masuk semula ke bilik air dan
mencapai kertas tisu dan pakai buat sementara waktu. Selepas itu aku keluar dan
melapik kerusi dengan kertas suratkhabar yang diberi oleh Rayyan tadi.
Setelah menanti beberapa lama ,
Rayyan pun muncul dengan beg plastik dan beg kertas di tangannya. Beg-beg itu
diberikannya padaku.
"Apa yang awak beli ni Rayyan?" Tanyaku pada
Rayyan yang sedang mengelap peluh di dahinya.
"Awak pergilah masuk ke bilik
air dan tengok sendiri." Kata Rayyan sambil menuang air mineral water yang terdapat di dalam jag di atas
mejanya.
Aku bangun dan membawa sekali kertas
suratkhabar yang kubuat lapik dudukku tadi. Cepat saja kulipat kertas itu bila
mataku melihat warna merah dikertas itu.
Aku masuk ke bilik air dengan
membawa beg-beg yang diberi oleh Rayyan tadi.
"Lisa…..elok awak mandi sekali.
Dalam bilik air tu ada tuala-tuala yang belum dipakai." Rayyan ikut masuk
ke bilik air dan aku sendiri terkejut bila tiba-tiba saja Rayyan masuk
bersamaku .
"Rayyan!!"Jeritku kerana
terkejut .
"Hish! Awak ni Lisa tak
habis-habis nak menjerit. Janganlah awak risau. Saya tak ada selera dengan
benda yang haram. Tunggu halal dulu,"jawab Rayyan sambil ketawa.
Diambilnya tuala bersih di dalam loker di dalam bilik air itu. Segera kusambut
supaya Rayyan cepat keluar dari situ.
Gila apa? Ingat aku nak mandi dalam
bilik air dia ni. Buatnya ada cctv macam
mana? Tak pasal-pasal gambar bogel aku tersebar. Aku perhatikan disekeliling kalau-kalau
ada tanda-tanda cctv. Tak ada….
Aku mengeluarkan pakaian yang di
beli oleh Rayyan. "Alamak tinggi taste Rayyan ni. Beli baju dari butik.
Jenama dari luar Negara pula tu. Macam dah tak ada pakaian dari Malaysia
ke," gumamku sendiri.
Pandai juga Rayyan ni pilih
baju.Cantik ! Warna kesukaan aku tu. Blouse putih berbunga kecil warna biru dan
gaun labuh ke kaki. Apa pula ni? Aku alih benda tu depan belakang.
"Ini pun dia beli? Bukannya
boleh tutup apa-apa pun. Tak sangka dia boleh belikan aku lingerie. Pakai
sajalah .Seluar dalam aku pun dah kotor." Kataku sendiri. Selepas mencuci
mukaku ,aku sapukan sedikit bedak ke mukaku dan sedikit lipstick merah muda.
Tak adalah aku nampak pucat sangat.
Baju yang kotor tadi aku cuci
sedikit biar hilang darah yang melekat di bajuku . Begitu juga dengan seluar
dalam. Kucuci bersih-bersih dan aku lipat dan masukkan ke dalam beg plastic
tadi dan kemudian aku masukkan pula ke dalam beg kertas yang cantik tu.
Bila segalanya selesai aku keluar
dari bilik air. Bau semerbak dalam pejabat Rayyan. Terdapat hidangan di atas
meja kopi dekat sofa.
"Lisa…. Sekarang dah tengahari.
Jemputlah makan dulu." Rayyan pelawa aku makan bersamanya.
"Tak mengapalah
Rayyan…..sekejap lagi saya janji nak jumpa dengan kawan saya nak pergi shopping
. Masa shopping nanti saya makan dekat Mall saja." Aku cuba menolak
permintaan Rayyan itu.
"Shopping apanya? Dompet awak
bukankah tertinggal di rumah , "soal Rayyan
Aku tepuk dahiku, terlupa pula aku
tertinggal dompet di rumah. Rayyan hanya tersenyum melihat gelagatku itu.
Kenapalah aku suka memalukan diriku depan Rayyan?
"Ya tak ya juga. Saya terlupa
tadi," jawabku malu-malu.
"Apa lagi Lisa….rezeki jangan
ditolak." Rayyan terus menarik tangan aku dan memaksa aku duduk di sofa.
Mataku melirik ketanganku yang dipegangnya.
"Ops!Sorry! Saya terlupa
lagi.'" Bibirnya menguntumkan senyuman.
Aduh! Boleh jatuh cinta aku dengan
senyuman Rayyan ini. Kenapalah kau kacak sangat Rayyan . Lisa….ingat, sedar
diri kau tu. Tak ingat apa yang
pernah Rayyan lakukan pada kau satu
masa dulu.
"Lisa…….apa tunggu lagi ,
jemputlah makan. Sudah-sudahlah tu berkhayal." Tangan Rayyan menghulurkan
nasi padaku.
"Tapi Rayyan, saya dah janji nak jumpa kawan. Tentu dia dah
tertunggu-tunggu kedatangan saya."
"Awak boleh call dia kan? Atau awak dah lupa bawa handphone antic awak tu? Tanya Rayyan
Hafiz sambil tersenyum.
Mataku bulat memandang wajah Rayyan.
Hish! Dia ni kalau nak perli aku, tak payahlah perli handphone
aku tu. Rayyan dah mula menyuap nasi ke mulutnya.
"Tahulah saya ni kacak, tak payahlah
pandang saya macam nak telan." Mata Rayyan beralih ke wajahku. Amboi ! Dia
ni macam tahu-tahu pula aku tengah renung wajah dia.
"Lisa….cepatlah makan.Takkanlah
awak nak biarkan saya makan sorang.Temankanlah saya makan.
Lambat-lambat aku memegang sudu.
Rasa berat hati nak makan bersama Rayyan bila teringatkan Lynn.
Tiba-tiba handphone aku berbunyi. Cepat-cepat aku capai handphone aku yang berada di dalam beg tanganku.
"Assalamualaikum! Lisa kau dah gerak ke?'Soal Lynn.
"Waalaikumusalam!" Belum,
sekejap lagi aku gerak ke sana. Kau tunggu aku tau Lynn."Aku bercadang nak
pinjam duit Lynn.
"Lisa….aku minta maaf
sangat-sangat dengan kau. Aku sekarang dah dalam perjalanan ke kampung Ikram.
Mak dia sakit. Aku tak dapat nak temankan kau pergi shopping. Maafkan aku
Lisa. Lisa kredit aku dah nak habis ni.
Bila aku sampai kampong Ikram aku hubungi kau semula."
"Lynn…..sebenarnya aku
nak….Lynn….Lynn…."Aku pandang handphoneku.
Apa….baterry low.Jeritku dalam hati.
"Kenapa?" Soal Rayyan
Hafiz.
"Bateri low , "jawabku perlahan sambil menunjukkan handphoneku yang gelap tak ada cahaya
lagi.
"Sudahlah tu , makan
dulu." Dicedoknya lauk ke dalam pingganku. Selepas itu Rayyan teruskan
suapannya yang terhenti tadi. Banyak juga Rayyan makan. Sesekali kerjanya
menambah lauk dalam pingganku. Terbeliak mataku bila kulihat pingganku dah
penuh dengan lauk. Geramnya aku. Dia ingat aku ni kuat makan ke? Pahanya
kucubit kuat.
"Aduh! Lisa. Sampainya hati
awak cubit saya ." Tangan Rayyan mengusap pahanya yang dah aku cubit.
Rasakan. Cari pasal dengan aku siapa suruh.
Lauk yang dimasukkannya tadi aku
masukkan ke dalam pinggannya. Lagipun aku bukannya makan ikan tiga rasa tu sebab aku tak makan
ikan siakap.
Rayyan merenung wajahku. Aku angkat
keningku, macam mencabar Rayyan supaya makan. Lambat-lambat Rayyan makan. Aku
tersenyum tanda kemenangan.
Aku hanya menjeling Rayyan. Bila
Rayyan nak masukkan lagi lauk ke pingganku aku terus bagi amaran padanya.
"Sudah-sudahlah tu. Awak tak
serik nak kena cubit dengan saya? Ingat saya makan banyak ke?" Rayyan tak
jadi nak masukkan lauk ke pingganku. Kami makan hingga selesai. Aku membantu
Rayyan mengemas.
" Sekejap lagi ada orang yang
akan datang mengambil pinggan-pinggan tu," kata Rayyan. Rayyan menghubungi
seseorang. Tak lama kemudian muncul seorang lelaki muda yang datang mengambil
dulang yang berisikan bekas makanan yang kami makan tadi.
"Saya dah biasa makan di sini.
Makanan tu saya order dari kafetaria sebelah tu, "beritahu Rayyan. Ada aku tanya yang dia nak bagitahu aku.
Gumamku dalam hati.
"Lisa awak tunggu saya sekejap
ya. Saya nak solat sekejap. Sekejap lagi saya hantar awak." Rayyan masuk
ke dalam bilik air dan keluar tidak lama kemudian dengan wajah yang basah dan
rambut yang lembab. Rayyan masuk ke sebuah bilik di situ. Mungkin bilik solat
kut? Aku pun tak tahu.
Apa dayaku terpaksalah aku tunggu
Rayyan untuk menghantarku pulang ke rumah.
Usai solat, Rayyan mengajakku ke
ruangan parking bawah tanah.Sekali sekala kulihat Rayyan menekan perutnya. Apa
yang tak kena ni. Wajah Rayyan agak pucat. Kami masuk ke dalam kereta.
Aku perasan Rayyan menekan perutnya.
Rayyan keluar dari kereta dan muntah di luar kereta. Aku berlari keluar dari
kereta bila kulihat Rayyan muntah . Pucat mukanya. Ku urut belakangnya supaya
dia lebih selesa.
"Ya-Allah Rayyan kenapa
ni?" Ku lihat Rayyan macam sesak nafas.
"Saya alah dengan kacang tanah,"
jawab Rayyan.
"Ya-Allah Rayyan ! Dah tahu
awak alah dengan kacang tanah kenapa makan juga ?" Tanyaku dengan perasaan
bersalah padanya. Aku yang menyebabkan Rayyan makan kacang yang ada dalam ikan
tiga rasa tu. Mujurlah tak banyak mana Rayyan makan tadi.
"Lisa…..tolong hantarkan saya
ke klinik. Saya perlukan suntikan."
"What!! Awak nak saya bawa
kereta yang besar gedabak ni?" Soalku.
"Please Lisa , sebelum saya pengsan." Kelihatan Rayyan seperti
susah nak bernafas.
"Teruk sangat ke sampai boleh
pengsan?" Soalku sendiri.
Aku papah Rayyan ke pintu penumpang
sebelah pemandu. Aku pakaikan Rayyan tali pinggang keselamatan. Aku berlari
masuk ke bahagian pemandu.
"Rayyan! Rayyan Awak kena
tunjukkan jalan pada saya. Saya kurang arif dengan jalan di sini. Dah lama saya
tak balik ke sini."Aku berterus terang pada Rayyan.
"Okey! "Jawab Rayyan . Matanya
sudah dipejam kerana menahan kesakitan. Dengan lafaz bismillah aku menghidupkan
enjin kereta BMW itu. "Lisa …kau boleh."Gumamku.
"Rayyannn!!!" Jeritku. Baru
aku perasan ……
best! best tak sabar nak tunggu episod seterusnya...
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDeletebest....
ReplyDeleteTerima kasih baby mio. Last n3 bab 13.tapi line sangat lemah.Susah nak update. Lepas ni nak siapkan manuskrip pula.
ReplyDelete