Reenzarini

Friday 29 November 2013

BILA CINTA MULA BERBISIK 6

Kak Reen masukkan hingga bab 6 sebab lepas ini kak Reen sibuk untuk menyiapkan manuskrip. Mungkin tahun depan baru bab 7.Insya-Allah.



BAB 6

            Pagi  tadi  rumah  mereka  didatangi  oleh  Datin Aminah , Datuk Sulaiman,mak Mah dan Ady Ikram. Mereka  datang  membawa  hajat  hendak  meminang  aku untuk  Ady  Ikram.

         Jodoh? Awalnya  nak  cakap  pasal  jodoh. Aku  rasa  telingaku  dah  nak  berasap. Mulutku  ringan  saja  untuk  menyatakan  apa  yang  kurasakan . Tetapi  renungan  dari  ibu  cukup  memberi  amaran  kepadaku  agar  tidak  melakukannya. Aku  benar-benar  rimas  berada  di dalam  situasi  ini. Masihkah  ada  istilah  jodoh  diatur di zaman serba canggih ini?

        "Kita  tanya  pendapat  Puteri  Alya  Maisarah  pula, ayah  memberikan  pendapatnya.  Aku  tersenyum  pada  ayah.Terima kasih ayah kerana masih memahami anakmu meslipun aku dibiarkan hidup tanpa kasih sayang.

          "Alya  setuju  tak  kami  nak  jodohkan  Alya  dengan  Ady?" Tanya  Datuk  Sulaiman. Aku    tersentak  dengan  soalan  dari  tok  ayah  itu? Adakah  aku  sedang  dilamar? La! Tadi dah dengar nama aku yang nak di lamarkan? Apa la lembab sangat otak aku  ni. Aku  nekad untuk  menyatakan  perasaanku  pada  mereka. Aku  tidak  boleh  menerima  Ady  Ikram  kerana  hanya  aku  yang  menyayangi Ady Ikram. Sedangkan Ady Ikram langsung tak pernah sukakan aku. Baru  saja  aku  hendak  membuka  mulut, tiba-tiba  ibu  sudah  bersuara.

           "Diam  tandanya  bersetuju la tu! Ibu terus  memberikan  pendapatnya  tanpa  persetujuan aku. Kata-kata  ibu  membuatkan  aku  semakin  marah. Tapi  aku  pendamkan  kemarahanku itu. Kupandang wajah Ady Ikram , dia memberikan aku isyarat supaya menolak permintaan dari mereka.

            "Ya  tak  ya  juga…..apalah  kita  tanya  Alya. Sudah  tentulah  dia  malu  nak  menjawab pertanyaan  kita. Depan  Ady  pula tu." Mereka  ketawa.  Luculah kononnya.  Selepas  pertemuan  itu  aku  terus  menyendiri. Protes  konon. Ibu  siap  dah  bagi  warning  padaku.           
            Kalau  aku  menolak,  ibu  tak  akan  pedulikan  aku  dan  jangan  panggil  dia  ibu . Perasaan  aku semakin  tak  keruan. Aku  berwuduk  dan  memohon  pertunjuk  dari  Allah. Beberapa  kali  juga  aku  memohon  pertunjuk  dari  Allah.

           Aku  duduk  termenung  dibawah  pohoh  jambu  yang  berbuah  lebat.  Pohonnya  merendang  hingga  ke bawah. "Apa  yang  perlu  aku  lakukan. Perlukah  aku  menuruti  kemahuan  ibuku?"Bisikku.
         
            Bagaimana  jika  aku  menolak  permintaan  mereka. Adakah  ibu  akan  mengotakan  apa  yang  dikatakannya. Buntu….buntu  untuk  aku  membuat  keputusan.
       
             Adakah  sebegini  muda  aku  akan  menjadi  seorang  isteri. Isteri  pada  lelaki  yang  tak  pernah  mencintai  aku  pula  tu. Tapi  bagaimana  dengan  cita-citaku?Perlukah  aku  mengorbankan  cita-citaku  demi  Ady.

         "Assalamualaikum!"
      
          "Waalaikumussalam." Jawabku  perlahan. Dengar  suaranya  pun  aku  tahu  siapa  orangnya.

            "Boleh  aku duduk?" Tanya  Ady Ikram.

            "Duduklah ," jawabku.

           "Mengapa kau terima permintaan  mak  tuk  tu?" Soal Ady Ikram. Jangan  kau  pandai-pandai  nak  terima  permitaan  mak  tuk  tu.

            Eleh……macamlah  aku  nak  sangat  menikah  dengan  dia. "Masalahnya  kalau  Alya  tak  terima  ibu  akan  membenci  Alya."

             "Apa  bezanya  ,bukankah  selama  ini  ibu  kau  tak  pernah  sayangkan  kau?"Soal Ady Ikram.

             "Ya….memang  selama  ini  ibu  tak  pernah  sayangkan  Alya  tapi  Alya  nak  rebut  kasih  sayang  ibu  mulai  sekarang."

           "Dengan  mengorbankan  aku, "tanya  Ady  Ikram. Aku  terdiam ….. tidak  tahu  apa  yang  hendak  kukatakan. Bukan  saja  Ady  Ikram  yang  menjadi  mangsa  tapi  aku  juga  menjadi  mangsa. Semoga  kesabaran  aku akan  mendapat  ganjaran-Nya. Itulah  pesanan  dari  seorang  sahabat jika aku bersabarmenangani masalah ini. .
*******
          Akhirnya  aku menerima lamaran dari mereka. Aku tahu Ady Ikram akan  bertambah  benci denganku  kerana  menerima lamaran dari mereka. Keputusan itu kuambil  setelah  berkali-kali  aku  melakukan  solat  istikharah  dan  solat  hajat  untuk  memohon  pertunjuk dari Allah. Setiap kali selesai solat  aku  akan merasa tenang.

             "Alya!! Kenapa  kau  terima  lamaran tu? Aku dah pesan jangan  terima  tapi  kenapa  kau  terima  juga?Kasar bahasa abang Ady padaku.Aku ditarik kesatu tempat yang agak tersorok dari pandangan orang.

              "Maafkan  Alya….abang  Ady. Alya  terima  setelah  melakukan solat istikharah jiwa  Alya  terasa  tenang.

              "Baiklah,ini yang kau mahukan?Tahulah  apa  aku  akan  buat  sebab  kedegilan  kau  ni." Ady Ikram  pulang  dengan  perasaan dendam  yang  membara.
Aku  berdoa  semoga  dipermudahkan  segala-galanya. Aku  hanya  sempat  membuat  persediaan untuk  ke luar Negara selama empat bulan. Mak tuk dan  tuk  ayah  yang  akan  membiayai  segala perbelanjaan  kami di luar Negara nanti. Orang berduitlah katakan.

              "Aku  terima  nikahnya  Puteri  Alya  Maisarah binti Abdul Razak  dengan mas kahwinnya  seratus ringgit tunai." Lafaz dari Ady Ikram  menandakan  aku  telah  selamat  menjadi  isterinya  yang  sah.

              Alhamdulillah! Dengan  kuasa  Allah,  aku  kini sah  menjadi  isteri Ady  Ikram. Ady  Ikram  berjalan  menghampiriku  untuk  upacara  pembatalan  air  sembahyang. Aku  pandang  sekilas  wajah  Ady  Ikram. Berdebar  dadaku  bila  mata  kami  bertembung  pandang. Selesai  upacara  menyarung  cincin, kami  bergambar  pula. Aku  tahu  abang  Ady berpura-pura senyum  untuk  menutup keresahannya. Setiap kali jurugambar  meminta  abang  Ady memelukku  untuk mengambil  gambar  kami, badan  abang  Ady akan  mengeras.

            Kami  makan beradap dihadapan  para jemputan  yang datang  ke majlis  kenduri  kami. Kelihatan  Abah  dan ibu sibuk  melayan  tetamu  yang  datang. Tak  ketinggalan juga  mak  tuk  dan  tuk  ayah  yang  turut  meraikan  tetamu. Berseri-seri  wajah  mereka. Para  tetamu  menjamu  selera di khemah yang  berwarna  putih di halaman rumah  mereka.

              Esok  pula  adalah  majlis  disebelah  pihak  lelaki. Majlis  itu  akan  diadakan disebuah hotel  di KL. Jemputannya  terdiri  dari  kenalan  dan  clients  syarikat  Kiara Holding.  Majlis  itu  akan  diadakan  di  sebelah  malam. Hari  ini  aku  akan  tidur  di  rumah  kami  dan  abang  Ady  pula  akan  tidur  dirumah mak tuk  dan  tuk  ayah.

             Majlis ini  sungguh  meriah  dengan  upacara  persandingan  kami. Disertai  dengan  upacara  pemotongan  kek  setinggi tujuh  tingkat. Hatiku  berdebar-debar  sepanjang  majlis  tersebut. Jari  jemariku  tak  lepas  dari  genggaman  tangan  abang  Ady  Ikram. Awal-awal  lagi  mak  tuk  dah  bagi  amaran  pada  abang  Ady  supaya  membantu  aku  berjalan  kerana  aku  masih  kekok  memakai  high  heel.

            Walaupun  badanku  dulu montel kini agak berkurangan mungkin kerana memikirkan masalah yang melanda.  Setelah di solek  dan  memakai  pakaian gaun  yang dicipta khas buatku ,aku  kelihatan  lebih kurus dan  cantik. Ramai  tetamu  yang  memuji kami  berdua. Aku  hanya  tersenyum pada tetamu  yang  datang. Tak  ada hati sebenarnya.

         Selesai  saja  majlis  barulah  kami  dibenarkan  berehat. Ibu  pula  dah  mula  berbaik-baik  denganku. Tak  sia-sia  aku  berkahwin  dengan  abang  Ady  yang  aku  cintai  sejak  kecil. Semoga  perkahwinan  kami  akan  beroleh  kebahagiaan  yang  berpanjangan. Insya-Allah. Aku diminta  masuk  ke bilik. Rumah  ini  adalah  Vila peninggalan  orang tua  abang  Ady. Setelah  ibu dan  bapa  abang  Ady  meninggal, vila  ini  hanya  menjadi  rumah  persinggahan  setiap  kali  mak  tuk  dan  tuk  ayah  ke KL.

         Suamiku  pula  hilang  entah  ke mana? Sejak  sampai  tadi  abang  Ady  terus  meninggalkan  aku  sendiri. Tak mengapalah ,biarlah abang Ady pujuk hatinya.

        "Alya….pergilah  masuk  ke bilik. Alya  tahukan  yang  mana  satu  bilik  Ady?"Tanya  mak  tuk  padaku.

         "Tahu  mak  tu," jawabku. Aku  bangun  perlahan  menapak  ke tingkat  atas. Tombol  pintu  aku  pulas  setelah  aku  mengetuk  pintu  bilik. Beg beroda  yang  aku  bawa  bersama  pagi  tadi  terletak  elok  di  tepi  almari  empat  pintu. Kedengaran  bunyi  air  dari  bilik  air.Tentu  abang  Ady  sedang  mandi.

           Penat  begitu  terasa,aku  rebahkan  badanku ditilam  empuk  di bilik  abang  Ady.Rasa  lega  dapat  melepaskan  keletihan  setelah  seharian  berada  dimajlis  kami. Aku  pejamkan  mataku.
              
          Terdengar pintu  bilik  air  dibuka. Alamak! Aku  terlupa  pula,  aku  bukan  seorang  diri  di  dalam  bilik  ini. Aku  kini  dah  bersuami.

            Ady Ikram yang baru saja keluar dari bilik air, terperanjat melihat Alya yang sedang baring di katilnya.

            Amboi! Sedap-sedap kau baring atas katil aku ya! Nanti kau. Memang nak kena dengan aku Alya ni. Dihampirinya Alya.

            "Hoi! Kau bangun sekarang! Siapa benarkan kau tidur atas katil aku ,Alya?"Sengaja Alya berpura-pura tidur. Ady Ikram menarik comforter yang berada di atas katil.Membuatkan Alya jatuh tergolek.

            "Bukkk!!"  Alya tergolek dicelah katil pengantin yang berhias cantik itu.

2 comments:

  1. LAMA TU NAK TUNGGU TAHUN DEPAN.

    ReplyDelete
  2. Alahai! Kesiannya adik akak. Tahun depan tak lama dik .Sebulan saja.
    Sabarlah ya!

    ReplyDelete