HANI SOFEA
BAB
15
“Terima kasih kerana telah mendapatkan
semula beg pak cik. Tak sangka lontaran
Hani tadi tepat menuju kepala
pencuri tu.
Hebat
juga lontaran Hani tadi hingga pencuri tu boleh jatuh,” datuk Ahmad Sufian memuji Hani Sofea.
Hebat sangatkah lontaran aku tadi? Mahunya tak hebat , aku ni adalah juara
lontar peluru di sekolahku dulu. Huh!
Perasan gila aku ni. Berbalik pada acara lontar peluru , aku hanya mewakili
sukan rumah di sekolah. Taklah sehebat
mana pun.He! He! He!
Dia tak pernah pun mewakili sekolah kerana arwah walid dan umi tak
mahu dia bergiat dalam sukan. Takut Hani Sofea mengabaikan pelajaran, kata mereka.
Hani
Sofea hanya di benarkan mempelajari ilmu persilatan dan beberapa lagi ilmu
mempertahankan diri. Ilmu persilatan ini dia belajar untuk mempertahankan diri saja. Itu
pun hanya di
pelajarinya dari atuk
sebelah uminya.
Kini Sofea mahu dirinya dikenali sebagai Hani. Dia mahu melupakan percintaan yang menyedihkan hatinya. Kini Hani telah kurus setelah menjalani diet dengan pakar yang diupah oleh uminya.
Kini Sofea mahu dirinya dikenali sebagai Hani. Dia mahu melupakan percintaan yang menyedihkan hatinya. Kini Hani telah kurus setelah menjalani diet dengan pakar yang diupah oleh uminya.
“Hani
jangan risau ,semua perbelanjaan di sini pak cik akan bayar.”Beritahu datuk
Ahmad Sufian. Duduk di bilik perseorangan memanglah mahal tapi along dan umi mampu membayarnya, gumam Hani
Sofea dalam hati.
“ Hani tengah cari kerja ke?”Soal datuk Ahmad Sufian ingin tahu .
“Ya pak cik! Dah lama
jugalah saya tanam anggur ni. Maksud saya mengganggur dan di tanggung oleh
keluarga. Saya tak tahulah di mana silapnya hingga susah sangat nak dapat kerja
dekat Ipoh ni .”Hani Sofea meluahkan rasa hatinya pada datuk Ahmad Sufian.
“ Kalau Hani nak, pak cik boleh
tolong?" Ujar datuk Ahmad Sufian.
"Tolong apa pak cik?”Tanya Hani
Sofea lembut dan manja. Dah keluarlah manjanya
tu.
“Seorang kawan pak cik sedang mencari PA untuk anaknya.
Kalau Hani nak pak cik boleh tolong syorkan nama Hani
pada kawan pak cik."
"Betulkah pak cik? Saya nak pak cik,”kata Hani Sofea sambil tersenyum pada datuk Ahmad Sufian.”
Manisnya
senyuman budak ni, boleh jadi calon menantu aku ni, gumam Datuk
Ahmad Sufian dalam hati.
“Kerja tu dekat Ipoh ke pak cik ? "Soal Hani Sofea
ingin tahu.
"Kerja
tu dekat KL. Hani nak tak?” Terang
Datuk Ahmad Sufian
lagi.
“Nanti saya tanya
umi dulu. Kalau umi benarkan , Hani pergilah pak cik.
Sebelum ni pun saya dah dapat tawaran kerja dekat KL tapi saya
tolak sebab kesiankan umi .”Beritahu
Hani Sofea sambil tersenyum
manis.
“Kenapa nak tanya umi Hani dulu ? Bukankah Hani dah lebih dari 20 tahun dah boleh buat
keputusan sendiri?” Duga datuk Ahmad Sufian.”
“Mana boleh macam tu pak cik. Saya masih di bawah tanggungjawab umi , mana boleh saya buat keputusan sendiri. Apa-apa hal saya mesti rujuk pada umi
dan abang-abang saya."
Tak
salah nampaknya pilihan aku, budak ni seorang gadis yang baik budi pekerti. Rupa
ada ,bersopan santun bila bercakap dengan aku. Calon isteri dan ibu yang baik
ni.
Mana
tahu untung-untung Zik terpikat, dapatlah
aku menantu yang cantik dan sopan
santun,
gumam Datuk Sufian lagi. Tak
salah kalau aku
berangan , komen Datuk
Ahmad Sufian dalam
hati. Datuk Ahmad Sufian mengambil sesuatu dari dalam beg bimbitnya.
“ Ini borang untuk Hani isi dan ini surat tawaran. Ini pula berkenaan tawaran itu. Balik nanti Hani baca dulu tawaran yang di beri. Kemudian Hani
bincangkan dengan umi dan
abang-abang Hani."
"Kalau umi Hani
setuju. Hani boleh telefon datin Aminah di Butik Idaman.” Datuk Ahmad Sufian
memberikan nombor telefon butik Idaman.
"Tokk!
Tokk! Tokk!" Bunyi ketukan di
pintu mengejutkan mereka
berdua. Pintu terkuak dari luar dan
masuk seorang pemuda
dan seorang wanita yang masih muda memakai uniform polis ke
dalam wad yang
di huni oleh Hani Sofea. Hani dah mengigil kerana takut
ditangkap oleh mereka.
"Maafkan kami datuk.
Kami datang untuk
mengambil keterangan dari
cik Hani Sofea ."
"Silakan . Sementara tu
biarkan saya keluar
dulu. "Datuk Ahmad Sufian
keluar dari bilik
itu. Tidak mahu mengganggu sesi soal jawab itu. Setelah berpuashati
dengan segala keterangan
yang telah Hani Sofea
berikan , mereka pun
mengucapkan terima kasih
dan keluar dari
bilik itu.
Datuk Ahmad
Sufian yang menunggu
di luar wad bersalaman
dengan kedua orang
anggota polis tadi
dan mengucapkan terima
kasih kepada mereka. Datuk
Ahmad Sufian masuk
semula ke dalam
wad.
“Awak tak
apa-apa ke Hani ?” Soal
Datuk Ahmad Sufian
ingin tahu bila
di lihatnya wajah Hani yang
pucat. Takut agaknya bila di soal tadi
“ Saya tak
apa-apa pak cik! Cuma
saya takut sebab dah
menyebabkan lelaki tu
dilanggar kereta.”
“Hani
jangan bimbang, bukan salah
Hani. Pak cik akan
uruskan segalanya. Hani akan selamat,”
janji Datuk Ahmad
Sufian.
“Terima kasih
pak cik,”ucap Hani Sofea
lega kerana pak
cik Ahmad Sufian
berjanji akan membantunya.
“Pak cik yang sepatutnya
mengucapkan terima kasih
pada Hani, kerana Hani
telah membantu pak cik
mendapatkan semula beg
pak cik tu.”
“Saya tak
buat apa-apa pun
pak cik. Kebetulan saja
saya lalu di situ. “ Semuanya atas kehendak-Nya pak
cik. Mungkin ini masa
pak cik, masa saya
tak tahu lagi
bila."
"Pak cik
janji pak cik akan dapatkan pekerjaan
untuk Hani . Nanti Hani
bincang dengan umi
Hani dulu.” Datuk Ahmad Sufian
akan meminta isterinya mengambil Hani sebagai PA anaknya.
“Baiklah pak cik
nanti Hani berbincang
dengan mereka dulu. Tapi
Hani ikhlas membantu
pak cik. Tak perlulah
pak cik nak membalasnya."
"Tak mengapa…..
pak cik hanya
nak membantu Hani.” Bunyi pintu di buka dengan kasar mengejutkan
mereka berdua.
“Hani.....Anak umi, sayang
okey? Ada apa-apa yang cedera?”
Soal uminya ingin
tahu. Sekejap saja Hani sudah
berada di dalam pelukan uminya. Risau hatinya kalau
terjadi apa-apa pada anak perempuan tunggalnya.
Tak lama
kemudian Hani sudah
berada di dalam
pelukan alongnya pula.
“
Acik…… adik along tak apa-apakan? Cakap dengan along apa yang dah
terjadi pada acik? Along risau bila dengar
adik along masuk wad kerana kemalangan .” Ucap
alongnya sambil mencium
pipi Hani Sofea . Siapa pula la
yang salah bagi info yang mengatakan Hani terlibat dalam kemalangan.
“Umi...... Hani ingatkan dah tak dapat jumpa
dengan umi lagi.Tadi tu Hani takut
sangat sampaikan Hani
pengsan. Umi……. Hani dah sebabkan
ada orang yang meninggal di sebabkan Hani.” Hani Sofea terus menangis dan
berada di dalam pelukan uminya semula .
“Apa!! Acik dah sebabkan kematian orang? Macam
mana pula boleh jadi macam tu?”Tanya along dengan cemas.Cemas kerana Hani Sofea
adalah adik perempuan kesayangannya.
“Acik jangan risau along akan cari peguam yang terbaik untuk acik.”Janji alongnya
pada Hani Sofea .
“Along......pagi tadi masa
acik pergi untuk temuduga, acik telah
terserempak dengan orang yang sedang mengejar pencuri jadi acik tanggalkan kasut bertumit tinggi yang umi belikan untuk acik tu dan acik baling pada pencuri tu.
Kasut
yang acik baling tu tepat mengena kepala pencuri tu. Pencuri tu terjatuh di atas jalan dan telah
di gilis oleh sebuah kereta kerana pemandu kereta tu tak sempat nak brek
keretanya. Pencuri itu meninggal dekat situ juga.”
“Kejadian itu betul-betul berlaku di depan
acik sebab tu acik pengsan sebab terkejut sangat,”cerita Hani Sofea pada umi
dan along Aiman.
“La..... Ingatkan apa la tadi. Acik ni betul-betul buat along terkejut. Alhamdulillah!
"Bukan salah acik pun. Tak apa jangan
takut along ada,” kata along sambil memeluk
Hani Sofea dan umi yang masih memeluk
Hani dari tadi.
“ Ehem! Ehem!” Mereka bertiga berpaling ke arah suara yang berdehem tadi.
Terlupa pula aku pada pak cik Ahmad Sufian
tadi. Boleh pula kami dok buat drama king
dalam
wad ni. Malunya aku
pada pak cik
Sufian.
“Pak cik……kenalkan umi dan
along saya , Muhammad Aiman Akash. Along, umi kenalkan pak cik Ahmad Sufian . Pak cik
Sufian yang bawa Hani ke sini.” Pak cik Ahmad Sufian
bersalaman dengan along Aiman dan tersenyum pada umi.
"Terima kasih encik kerana membawa anak saya ke sini,” ucapan
terima kasih umi ucapkan pada pak cik Ahmad Sufian.
“Sepatutya saya yang ucapkan terima kasih pada anak
puan sebab dah tolong saya dapatkan
semula beg saya.
"Ini masa pak cik ….tak tahu pula bila masa kami,”kata
along Aiman pada pak cik Ahmad Sufian.
"
Umi……along , acik nak balik. Acik tak nak tinggal dekat wad. "Aiman tahu
Hani memang tak suka
berada di Hospital.
"Pak cik adik saya tak ada
apa-apakan? Boleh adik saya keluar wad
sekarang?Adik saya ni manja sikit
pak cik, asyik nak duduk bawah ketiak umi saja.”Usik along
Aiman.
"Along!!
Geram acik tau along cakap macam tu." Lengan alongnya jadi mangsa cubitan
berbisanya.
“Aduh! Ketam dah mengamuk. Memang betulkan
acik suka berada
di bawah ketiak
umi dan along?”Usik
Along Aiman lagi. Hani Sofea mulalah
muncung mulutnya kerana
geramkan alongnya.
p/s Mula-mula ingat nak masukkan sampai n3 bab 14 tapi kini kak Reen bagi satu bab lagi sebagai penghargaan pada pembaca semua. Terima kasih untuk pembaca semua yang sentiasa menyokong kak Reen.
p/s Mula-mula ingat nak masukkan sampai n3 bab 14 tapi kini kak Reen bagi satu bab lagi sebagai penghargaan pada pembaca semua. Terima kasih untuk pembaca semua yang sentiasa menyokong kak Reen.
nice... hahaha... punyalah eity cari buku ni kat popular n mph. tp dorg kata takde buku ni di terbitkan.. lepas tu tgk balik kat penulisan2u tgk ulasan ade blog penulis terus je g kat link tu buka. alhamdulillah ada banyak sambungan citer ni.. thanks..sangat seronok membaca penulisan u reen
ReplyDeleteAssalamualaikum eity....Maaflah eity.Novel kak Reen belum disiapkan lagi.Sibuk sangat sebab sedang menjaga emak yang sedang sakit di Shah Alam.Entah bilalah nk siap novel kak Reen ini?Isnin ini konvo anak kak Reen di uitm shah alam dan selasa malam kak Reen akan bertolak balik ke Perlis.Insya-Allah kak Reen akan cuba siapkan novel kak Reen ini.
ReplyDeletebest.......
ReplyDeleteayah hani ni dh meninggal ke sbb td kata arwah walid? x citer pun yg bpak hani dh meninggal
ReplyDeleteooo yer ke? semoga emak cepat sembuh.. hurm... abang eity pernah pesan kan eity... kalau sakit... kita banyakkan berzikir selawat dan bersedekah pada anak2 yatim. dan kakak eity pernah juga membaca satu kisah yang mana ada seorang hamba Allah ni dia sakit tenat. dia seorang yang berharta. tp setiap kali orang dtg menziarah mereka berdoa untuk orang tersebut tp.. doakan seperti tidak sampai. sehinggalah ada ustaz dr mahad tahfiz anak2 yatim yg hamba Allah ni bersedekah tahu. mereka dtg melawat dan mereka berdoa kepada hamba Allah tersebut dan tak lama lepas tu Alhamdulillah atas kuasa Allah hamba Allah tu sembuh. dan katanya hati anak2 tu bersih sebab tu apa yang di doakan oleh mereka terus sampai kepada Illahi...kalau cerita yang eity baca tu tipu maka apa yang eity sampaikan kat reen ni pun tipu. tp eity yakin ceritanya benar... apa pun Al-Fatihah buat roh mak reen. agar rohnya kuat melawan penyakit dan kembali sembuh. amin
ReplyDeleteAkak nk tanya bila nk update bab 16 ni kak? X salah saya dh seminggu saya buka blog akak nk tengok ada x sambungan awak prince charming saya ke?.. tapi hampa kak.... x de pun
ReplyDelete.. akak update lah bab 16.... saya dh lama menunggu... sampai tengah mlam pun saya sanggup buka sebab nk tengok akak dh update ke belum..... akak updatelah lah kak reen..... saya menunggu cerita ni kak.... terbaik kak reen!! Hehehehe
best citernyer tapi bila nak update bab 16 ni atau ada blog lain ke yg dah di updatekan.
ReplyDelete