Reenzarini

Saturday 2 November 2013

AWAK!!! PRINCE CHARMING SAYA KE? 15





                                                  HANI SOFEA

BAB 15


            “Terima kasih kerana telah mendapatkan semula beg pak cik. Tak sangka lontaran  Hani  tadi tepat menuju kepala pencuri tu.
Hebat juga lontaran Hani tadi hingga pencuri tu boleh jatuh,”  datuk Ahmad  Sufian memuji Hani Sofea.
           
            Hebat  sangatkah lontaran  aku  tadi? Mahunya tak hebat , aku ni adalah juara lontar peluru di sekolahku  dulu. Huh! Perasan gila aku ni. Berbalik pada acara lontar peluru , aku hanya mewakili sukan rumah di sekolah. Taklah sehebat  mana pun.He! He! He!  

            Dia tak pernah pun mewakili  sekolah kerana arwah walid dan umi tak mahu  dia bergiat dalam sukan. Takut  Hani Sofea  mengabaikan pelajaran, kata mereka.
Hani Sofea hanya di benarkan mempelajari ilmu persilatan dan beberapa lagi ilmu mempertahankan diri. Ilmu persilatan ini  dia belajar untuk  mempertahankan  diri  saja. Itu  pun  hanya  di  pelajarinya  dari  atuk  sebelah  uminya.

       Kini Sofea mahu dirinya dikenali sebagai Hani. Dia mahu melupakan percintaan yang menyedihkan hatinya.  Kini Hani telah kurus setelah menjalani diet dengan pakar yang diupah oleh uminya.

              “Hani jangan  risau ,semua  perbelanjaan  di sini pak cik akan bayar.”Beritahu datuk Ahmad Sufian. Duduk di bilik perseorangan memanglah mahal  tapi along dan umi mampu membayarnya, gumam Hani Sofea  dalam hati.

             “ Hani tengah cari kerja ke?”Soal  datuk Ahmad Sufian ingin  tahu .

               “Ya pak cik! Dah lama jugalah  saya  tanam anggur ni. Maksud  saya mengganggur dan di tanggung oleh keluarga. Saya tak tahulah di mana silapnya hingga susah sangat nak dapat kerja dekat Ipoh ni .”Hani Sofea meluahkan rasa hatinya pada datuk Ahmad Sufian.

           
            “ Kalau Hani nak, pak cik boleh tolong?" Ujar datuk Ahmad Sufian.

            "Tolong apa pak cik?”Tanya Hani Sofea lembut dan  manja. Dah keluarlah  manjanya  tu.

            “Seorang kawan  pak cik sedang  mencari  PA  untuk  anaknya. Kalau  Hani  nak pak cik boleh tolong syorkan nama Hani pada kawan pak cik."

            "Betulkah pak cik?  Saya nak pak cik,”kata  Hani Sofea  sambil tersenyum pada datuk Ahmad Sufian.”

            Manisnya senyuman budak ni, boleh jadi  calon  menantu aku ni, gumam  Datuk  Ahmad Sufian  dalam hati.           

            “Kerja  tu dekat Ipoh ke pak cik ? "Soal  Hani Sofea  ingin tahu.
           
            "Kerja tu dekat  KL. Hani nak tak?” Terang Datuk  Ahmad  Sufian  lagi.

            “Nanti  saya  tanya  umi  dulu. Kalau umi benarkan , Hani pergilah pak cik. Sebelum ni pun  saya  dah dapat tawaran kerja dekat KL tapi saya tolak sebab kesiankan umi .”Beritahu  Hani Sofea  sambil  tersenyum  manis.

             “Kenapa nak tanya umi  Hani dulu ? Bukankah  Hani dah lebih dari 20 tahun dah boleh buat keputusan sendiri?” Duga  datuk  Ahmad  Sufian.”
            
             “Mana boleh macam tu pak cik. Saya  masih  di bawah tanggungjawab  umi , mana boleh  saya  buat  keputusan  sendiri. Apa-apa hal  saya mesti  rujuk  pada  umi  dan  abang-abang saya."

              Tak salah nampaknya pilihan aku, budak ni seorang gadis yang baik budi pekerti. Rupa ada ,bersopan santun bila bercakap dengan aku. Calon isteri dan ibu yang baik ni.
Mana tahu untung-untung  Zik terpikat, dapatlah aku menantu   yang cantik dan sopan
santun, gumam Datuk  Sufian  lagi. Tak  salah  kalau  aku  berangan  , komen  Datuk  Ahmad  Sufian  dalam  hati.  Datuk  Ahmad  Sufian  mengambil  sesuatu  dari dalam beg  bimbitnya.

            “ Ini borang  untuk  Hani isi dan ini surat tawaran. Ini  pula berkenaan tawaran itu. Balik nanti  Hani baca dulu tawaran yang di beri. Kemudian Hani  bincangkan  dengan  umi  dan abang-abang Hani."

           "Kalau  umi  Hani setuju. Hani  boleh  telefon  datin Aminah  di Butik Idaman.” Datuk Ahmad Sufian memberikan nombor telefon butik Idaman.

            "Tokk! Tokk! Tokk!" Bunyi  ketukan  di  pintu  mengejutkan  mereka  berdua. Pintu  terkuak  dari  luar  dan  masuk  seorang  pemuda  dan  seorang  wanita yang masih muda memakai uniform polis  ke  dalam  wad  yang  di  huni  oleh  Hani Sofea. Hani dah mengigil kerana takut ditangkap oleh mereka.

            "Maafkan  kami  datuk. Kami  datang  untuk  mengambil  keterangan  dari  cik Hani Sofea ."
           
            "Silakan . Sementara  tu  biarkan  saya  keluar  dulu. "Datuk  Ahmad  Sufian  keluar  dari  bilik  itu. Tidak mahu mengganggu sesi soal jawab itu. Setelah  berpuashati  dengan  segala  keterangan  yang  telah  Hani Sofea  berikan  , mereka  pun  mengucapkan  terima  kasih  dan  keluar  dari  bilik  itu.
           
            Datuk  Ahmad  Sufian  yang  menunggu  di luar  wad  bersalaman  dengan  kedua  orang  anggota  polis  tadi  dan  mengucapkan  terima   kasih  kepada  mereka. Datuk  Ahmad  Sufian  masuk  semula  ke  dalam  wad.

            “Awak  tak  apa-apa  ke  Hani ?” Soal  Datuk  Ahmad  Sufian  ingin  tahu  bila  di lihatnya  wajah  Hani yang  pucat. Takut agaknya bila di soal tadi

         “ Saya  tak  apa-apa  pak  cik! Cuma  saya takut  sebab  dah  menyebabkan  lelaki  tu  dilanggar  kereta.”

             “Hani  jangan  bimbang, bukan  salah  Hani. Pak  cik  akan  uruskan  segalanya. Hani  akan  selamat,” janji  Datuk  Ahmad  Sufian.

            “Terima  kasih  pak  cik,”ucap  Hani Sofea  lega  kerana  pak  cik  Ahmad  Sufian  berjanji  akan  membantunya. 

              “Pak cik  yang  sepatutnya  mengucapkan  terima  kasih  pada  Hani, kerana  Hani  telah  membantu  pak cik  mendapatkan  semula  beg  pak  cik  tu.” 

            “Saya  tak  buat  apa-apa  pun  pak  cik. Kebetulan  saja  saya  lalu di situ. “ Semuanya  atas  kehendak-Nya  pak  cik. Mungkin  ini  masa  pak  cik, masa  saya  tak  tahu  lagi  bila."

            "Pak  cik  janji  pak cik  akan  dapatkan  pekerjaan  untuk  Hani . Nanti  Hani  bincang  dengan  umi  Hani  dulu.” Datuk  Ahmad Sufian  akan meminta isterinya mengambil Hani sebagai PA anaknya.

             “Baiklah  pak cik  nanti  Hani  berbincang  dengan  mereka  dulu. Tapi  Hani  ikhlas  membantu  pak  cik. Tak  perlulah  pak cik  nak  membalasnya."

            "Tak  mengapa…..  pak  cik  hanya  nak  membantu  Hani.” Bunyi  pintu di buka  dengan  kasar  mengejutkan  mereka  berdua.

            “Hani.....Anak  umi,  sayang okey? Ada  apa-apa yang cedera?” Soal  uminya  ingin  tahu. Sekejap  saja  Hani  sudah  berada  di dalam pelukan uminya. Risau hatinya kalau terjadi apa-apa pada anak perempuan tunggalnya.

            Tak  lama  kemudian  Hani  sudah  berada  di  dalam  pelukan  alongnya  pula.

               
                “ Acik…… adik along  tak  apa-apakan? Cakap dengan along apa yang dah terjadi  pada acik? Along risau bila dengar adik along masuk wad kerana kemalangan .” Ucap  alongnya  sambil  mencium  pipi  Hani Sofea . Siapa pula la yang salah bagi info yang mengatakan Hani terlibat dalam kemalangan.

                  “Umi...... Hani ingatkan dah tak dapat jumpa dengan umi lagi.Tadi tu  Hani takut sangat  sampaikan  Hani  pengsan. Umi……. Hani  dah sebabkan ada orang yang meninggal  di sebabkan  Hani.” Hani Sofea terus  menangis  dan  berada  di  dalam pelukan uminya  semula .

             “Apa!! Acik dah sebabkan kematian orang? Macam mana pula boleh jadi macam tu?”Tanya along dengan cemas.Cemas kerana Hani Sofea adalah adik perempuan  kesayangannya.

             “Acik jangan risau along akan cari  peguam  yang terbaik untuk acik.”Janji  alongnya  pada  Hani Sofea .

             “Along......pagi  tadi  masa acik pergi untuk temuduga, acik  telah terserempak dengan orang yang sedang mengejar pencuri  jadi  acik tanggalkan  kasut bertumit tinggi  yang umi belikan untuk  acik tu dan acik  baling pada pencuri tu.
Kasut yang acik  baling tu tepat  mengena  kepala pencuri  tu. Pencuri tu terjatuh di atas jalan dan telah di gilis oleh sebuah kereta kerana pemandu kereta tu tak sempat nak brek keretanya. Pencuri itu meninggal dekat situ juga.”

                 “Kejadian itu betul-betul berlaku di depan acik sebab tu acik pengsan sebab terkejut sangat,”cerita Hani Sofea pada umi dan along Aiman.

            “La..... Ingatkan  apa la tadi. Acik ni  betul-betul buat  along  terkejut. Alhamdulillah!

            "Bukan salah acik pun. Tak apa jangan takut along ada,” kata along sambil memeluk  Hani Sofea dan umi yang masih memeluk  Hani  dari tadi.


              “ Ehem! Ehem!” Mereka  bertiga  berpaling  ke arah suara  yang  berdehem  tadi.
 Terlupa pula aku pada pak cik Ahmad Sufian tadi. Boleh pula kami dok buat drama king
dalam  wad ni. Malunya  aku  pada  pak  cik  Sufian.

            “Pak cik……kenalkan  umi  dan  along  saya , Muhammad Aiman Akash. Along, umi  kenalkan pak cik Ahmad Sufian . Pak  cik  Sufian  yang  bawa  Hani ke sini.” Pak cik  Ahmad  Sufian bersalaman dengan along Aiman dan tersenyum pada umi.

            "Terima kasih encik  kerana membawa anak saya ke sini,” ucapan terima kasih umi ucapkan pada pak cik Ahmad Sufian.

            “Sepatutya  saya  yang  ucapkan  terima kasih  pada  anak  puan sebab dah tolong saya  dapatkan  semula  beg  saya.

            "Ini  masa  pak cik ….tak tahu pula bila masa kami,”kata along Aiman pada pak cik Ahmad Sufian.

            " Umi……along , acik nak balik. Acik tak nak tinggal dekat wad. "Aiman  tahu  Hani memang  tak  suka  berada  di  Hospital.

            "Pak  cik  adik  saya  tak  ada  apa-apakan? Boleh adik saya keluar wad sekarang?Adik  saya  ni  manja  sikit  pak cik, asyik  nak  duduk  bawah ketiak umi saja.”Usik  along  Aiman.
             
            "Along!! Geram acik tau along cakap macam tu." Lengan alongnya jadi mangsa cubitan berbisanya.
              
                “Aduh! Ketam dah mengamuk. Memang  betulkan  acik  suka  berada  di  bawah  ketiak  umi  dan  along?”Usik  Along   Aiman  lagi. Hani Sofea  mulalah  muncung  mulutnya  kerana  geramkan  alongnya.

p/s Mula-mula ingat nak masukkan sampai n3 bab 14 tapi kini kak Reen bagi satu bab lagi sebagai penghargaan pada pembaca semua. Terima kasih untuk pembaca semua yang sentiasa menyokong kak Reen.
           

7 comments:

  1. nice... hahaha... punyalah eity cari buku ni kat popular n mph. tp dorg kata takde buku ni di terbitkan.. lepas tu tgk balik kat penulisan2u tgk ulasan ade blog penulis terus je g kat link tu buka. alhamdulillah ada banyak sambungan citer ni.. thanks..sangat seronok membaca penulisan u reen

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum eity....Maaflah eity.Novel kak Reen belum disiapkan lagi.Sibuk sangat sebab sedang menjaga emak yang sedang sakit di Shah Alam.Entah bilalah nk siap novel kak Reen ini?Isnin ini konvo anak kak Reen di uitm shah alam dan selasa malam kak Reen akan bertolak balik ke Perlis.Insya-Allah kak Reen akan cuba siapkan novel kak Reen ini.

    ReplyDelete
  3. ayah hani ni dh meninggal ke sbb td kata arwah walid? x citer pun yg bpak hani dh meninggal

    ReplyDelete
  4. ooo yer ke? semoga emak cepat sembuh.. hurm... abang eity pernah pesan kan eity... kalau sakit... kita banyakkan berzikir selawat dan bersedekah pada anak2 yatim. dan kakak eity pernah juga membaca satu kisah yang mana ada seorang hamba Allah ni dia sakit tenat. dia seorang yang berharta. tp setiap kali orang dtg menziarah mereka berdoa untuk orang tersebut tp.. doakan seperti tidak sampai. sehinggalah ada ustaz dr mahad tahfiz anak2 yatim yg hamba Allah ni bersedekah tahu. mereka dtg melawat dan mereka berdoa kepada hamba Allah tersebut dan tak lama lepas tu Alhamdulillah atas kuasa Allah hamba Allah tu sembuh. dan katanya hati anak2 tu bersih sebab tu apa yang di doakan oleh mereka terus sampai kepada Illahi...kalau cerita yang eity baca tu tipu maka apa yang eity sampaikan kat reen ni pun tipu. tp eity yakin ceritanya benar... apa pun Al-Fatihah buat roh mak reen. agar rohnya kuat melawan penyakit dan kembali sembuh. amin

    ReplyDelete
  5. Akak nk tanya bila nk update bab 16 ni kak? X salah saya dh seminggu saya buka blog akak nk tengok ada x sambungan awak prince charming saya ke?.. tapi hampa kak.... x de pun
    .. akak update lah bab 16.... saya dh lama menunggu... sampai tengah mlam pun saya sanggup buka sebab nk tengok akak dh update ke belum..... akak updatelah lah kak reen..... saya menunggu cerita ni kak.... terbaik kak reen!! Hehehehe

    ReplyDelete
  6. best citernyer tapi bila nak update bab 16 ni atau ada blog lain ke yg dah di updatekan.

    ReplyDelete