BAB 6
" Wanda… sini, auntie nak
kenalkan dengan anak
teruna auntie."
"Rayyan….."panggil Datin
Sufiah yang berada
tak jauh dari situ.
Rayyan mendekati Datin Sufiah
.
"Ada
apa mama panggil
Rayyan?" Tanya Rayyan. Matanya
masih pada gadis
bersama mamanya. Tak sangka
disini pun gadis-gadisnya memakai
pakaian yang menjolok
mata.
Huh!
Zina mata ni,gerutu
Rayyan dalam hati.
Matanya dipandang ke tempat
lain bila menyedari
kesilapannya tadi.
"Rayyan…..mama nak
kenalkan Rayyan dengan
anak kawan mama. Ini
Wanda anak Datuk
Idris. Wanda ini
anak auntie ….Muhammad Rayyan
Hafiz." Datin Sufiah memperkenalkan anaknya
pada Wanda. Mudah-mudahan anaknya
akan terpikat pada
Wanda. Itulah tujuannya menjemput
Wanda sekeluarga ke
majlis menyambut kepulangan
Rayyan dari luar
Negara. Cadangnya untuk Rayyan
dengan Wanda.
Wanda
menghulurkan tangan untuk
bersalaman dengan Rayyan. Kacaknya dia, kata
Wanda dalam hati.
"Maaf
tak boleh bersalam,
kita bukan mahram.
Wanda menjatuhkan semula
tangan yang dihulur
tadi. Malu kerana salamnya
tak bersambut. Tak
guna punya jantan. Saja
nak malukan aku , bentak
Wanda dalam hati. Nantilah kau
Rayyan. Aku akan
kenakan kau satu
hari nanti. Selama ini
tak ada lelaki
pun yang menolaknya.
Rayyanlah
orang yang pertama
yang berani menolaknya.
Tak mengapa satu
hari nanti kau
akan jatuh ke tangan
aku. Kau belum
kenal siapa aku, bentak
Wanda dalam hati.
"Wanda….. jom ikut
auntie pergi makan. Wanda
belum makankan? Sengaja Datin
Sufiah menjauhkan Wanda
dari Rayyan kerana
tak mahu anaknya
memalukan Wanda. Rayyan bukannya
boleh percaya sangat.
Kalau dia tak
suka janganlah paksa-paksa,
saja cari nahas.
"Belum
auntie, Wanda ingat
nak ajak auntie
temankan Wanda makan."
Elok sangatlah
tu, auntie pun
belum makan." Datin Sufiah
menarik tangan Wanda
dan menuju ke
meja hidangan. Sebelum berlalu
Wanda sempat menjeling
Rayyan.
Huh!!
Ingat aku nak
sentap dengan jelingan
dia tu. Ini
Muhammad Rayyan Hafiz
yang baru bukan
Rayyan yang dulu. Rayyan
yang dulu dah
mati bersama dengan
kehilangan seorang gadis
yang pernah tergila-gilakannya.
Dulu dia
dikenali sebagai kasanova,
sering saja bertukar
pasangan macam menukar
baju. Perempuan baginya semuanya
sama. Hanya nak
menumpang kekayaan keluarganya. Bagi dirinya
dia hanya menganggap
mereka semua hanyalah
sekadar teman biasa.
Belum pernah mereka
di bawa sampai ke tempat
tidur. Dia sendiri jijik
dengan mereka.
"Rayyan…. Kenapa buat
macam tu dekat
Wanda?" Soal datin Sufiah.
" Mama…Rayyan tak
suka perempuan gedik
macam Wanda tu."
"Rayyan…mama dah
bercadang nak jodohkan
Rayyan dengan Wanda."
"Rayyan minta
maaf mama. Rayyan
tak boleh nak
terima Wanda tu. Rayyan
dah ada pilihan
Rayyan sendiri."
"Kenapa selama
ini Rayyan tak pernah nak
kenalkan pada mama? Rayyan jangan
nak cari alasan. Mama
bagi peluang pada
Rayyan sampai hujung
tahun ini saja.Kalau
tak kenalkan pada
mama juga tahulah
mama apa nak
buat."
Aku kena
jalankan misi aku
dengan segera. Aku
perlu dapatkan Lisa
untuk menjadi isteri
aku. Tidak ada
gadis lain yang
lebih layak untuk
aku Hanya Lisa
yang mampu membuatkan
aku jatuh cinta.Rayyan sudah tekad untuk meraih cinta
Lisa Adrianna kembali.
************
Bunyi handphone
membuatkan Lisa terjaga dari
tidur. Dalam mamai
dia tercari-cari telefon
antiknya.
" Hello… kaunter pertanyaan
sudah ditutup, sila telefon
esok hari. "Terus Lisa
matikan talian telefon.
Padan dengan muka…siapa
suruh ganggu waktu
tidur aku. Terus
Lisa sambung tidurnya
yang terganggu tadi.
Usai
solat subuh Lisa
sambung tidur semula.
Matanya bagai digam
dengan gam gajah. Asyik
mengantuk saja. Daripada tak buat
apa-apa lebih baik
dia buat tahi
mata. Ada faedahnya juga.
Pagi-pagi lagi
Lisa dah beritahu
dengan ibunya, jangan
ganggu dia hari
ini. Dia nak
tidur sepuas-puas. Ibu dengan
abahnya dah pun
ke pejabat. Mak
Siti pula sudah
ke pasar. Tinggal Lisa sorang-sorang di rumah.
Apa lagi…baik
dia buat tahi
mata saja. Baru
saja dia terlelap…telefon antiknya
berbunyi.
Siapalah yang
suka kacau, time-time aku
nak buat tahi
mata ni? Kemana pula
perginya handphone kesayangan aku ?
Akhirnya tangan Lisa
dapat juga mencapai
satu benda di
bawah bantalnya. Benda apa
lagi ….. telefon antik
dia la.
"Hello…..kaunter pertanyaan
masih di tutup.
Sila telefon pada
pukul 10 pagi
nanti. Harap maklum. Terima
kasih." Tut….terus Lisa
Adrianna letak handphonenya
bawah bantal semula.
Lisa Adrianna
menyambung tidurnya yang
terganggu tadi. Sedang
dia sedap tidur, handphonenya berbunyi
lagi.
"Aduh! Siapalah yang
suka sangat kacau aku. " Lisa Adrianna mencapai semula handphone yang diletak
dibawah bantalnya.
"Hello….kaunter belum di buka….Jawab Lisa Adrianna macam selalu bila dia malas nak jawab handphonenya. Tetapi belum habis dia
bercakap ,sudah ada suara yang memintas percakapannya .
"Banyaklah kau punya kaunter pertanyaan
. Anak dara apa
kau ni? " Suara lelaki yang
bercakap membuatkan dia
membuka mata secara
automatik.
"Hello…siapa ni?
Saya dah cakap
kaunter akan dibuka
pada pukul 10
pagi," kata Lisa lagi.
"Hello
cik adik …… sekarang dah
pukul 10.15 pagi. Sudah
seminggu awak balik
takkanlah belum habis
mengantuk awak tu. Saya
pun dah mula
bekerja."Tanya lelaki itu lagi.
" Hello…..encik yang
mengganggu saya. Saya
kenal encik ke? Bolehkah
saya tahu siapa
encik yang mengganggu
ini?"Soal Lisa Adrianna dengan mata yang sudah terpejam rapat.
Masih mengantuk.
"Nama
saya Muhammad Rayyan
Hafiz. Ingat lagi
pada saya?" Soal Rayyan Hafiz.
"Muhammad
Rayyan Hafiz? Siapa tu? Maaflah awak….masa kecil-kecil dulu saya suka
sangat makan semut. Tu sebab dapat penyakit lupa."Gurau Lisa Adrianna.
"Ada berapa orang yang bernama Rayyan yang awak
kenal Lisa ?"Soal Rayyan Hafiz.
"Sorang! "Jawab Lisa
Adrianna.
"So….. "tanya Rayyan Hafiz.
"Ha!!
Awak!!" Macam mana
dia boleh terlupa
pula pasal lelaki
ni.
"Sekarang awak
dah ingat siapa
saya? "Soal Rayyan Hafiz.
"Ingat
! Maaflah
sebab tadi saya
mamai sikit.Baru bangun dari tidur.
Ada apa
awak telefon saya? "Tanya Lisa
Adrianna.
"Subuh tadi tak solat ke? "Tanya Rayyan
Hafiz .
"Eh! Solat, apa pula tak solat. Mengantuk…tu
sebab saya tidur balik."
"Bila
kita boleh berjumpa?"Soal Rayyan Hafiz.
" Ha….jumpa!! Terkejut Lisa Adrianna dengan
permintaan Rayyan Hafiz
itu. Blur sekejap otaknya kerana terperanjat.
pendek n3 kali ni.
ReplyDeleteSorry baby mio...kak Reen baru perasaan satu muka surat dah tertinggal.thanks kerana dah ingatkan kak Reen.Nanti kak Reen masukkan dalam bab 7.
ReplyDelete