BAB
5
Puan
Fatimah tersenyum dan
menganggukkan kepalanya memberi
persetujuan kepada mak
Siti. Menitis air mata mak
Siti kerana terharu
dengan kesudian anak
gadis majikannya untuk
menjadi anak angkatnya. “ Mulianya hatimu
nak, semoga Allah merahmatimu
anakku ,“ bisik mak
Siti. Sungguh berlainan
sikap Lisa dengan
Shila.
“Lah… kenapa mak Siti nak
menangis pula..Tak sudi
nak jadi mak
Lisa ke? “ Soal Lisa
Adrianna.
“Hari
ini mak gembira
sangat sebab Lisa
sudi menjadi anak
mak. “Tangis mak Siti
lagi. Lisa Adrianna memeluk
mak Siti. Hanya dia
yang tahu bagaimana
perasaannya bila hidup
sendirian? Selagi dia masih
hidup dia akan
cuba membahagiakan mereka
semua.
"Wah! Seronoklah Lisa.Sekarang
Lisa dah ada dua orang ibu, "Lisa memeluk puan Fatimah dan mak Siti.
Semoga dia sentiasa membahagiakan mereka. Doa Lisa Adrianna dalam hati.
“Sudahlah
tu Kak Siti. Biar
Lisa berehat dulu. Minum
pun belum lagi. “Tegur
encik Samad. Kesian pula
melihat anaknya belum
sempat menjamah apa-apa pun
sejak sampai tadi.
“ Kesiannya
anak mak….Minum dulu
Lisa. Mak nak ke
dapur nak masakkan
makan tengahari.” Kata mak
Siti .
“ Mak….masak sedap-sedap
ya. Hari ini Lisa
nak makan puas-puas. Dah lama
tak makan masakan
melayu."
“ Yalah
Lisa….nanti mak masak
sedap-sedap untuk Lisa.
Lisa nak makan
apa? Cakap dengan mak. Boleh
mak masakkan untuk
Lisa.” Tanya mak Siti.
“Lisa
tak kisah mak
masak apa pun
asalkan masakan melayu.” Jawab Lisa
Adrianna.
“Baiklah
…nanti mak masakkan
untuk Lisa.” Terus
mak Siti menuju
kedapur.
“Lisa…minum
dulu. “ Ajak puan Fatimah . Segelas fresh oren
dihulurkannya pada suaminya. Sambil minum mereka berbual-bual
tentang kehidupan Lisa
selama di luar
Negara.
Selepas
minum puan Fatimah
menunjukkan bilik Lisa Adrianna.
“Ini
bilik Lisa, " beritahu puan
Fatimah. Dia membuka pintu
sebuah bilik yang
tertulis “Lisa welcome
home” Lisa Adrianna
mengikut ibunya masuk
ke dalam bilik itu.
“ Ibu….cantiknya bilik
Lisa. Terima kasih
ibu. Lisa suka
sangat warna biru.”
“Ibu
tahu Lisa suka
sangat dengan warna
biru dan putih sebab
itulah ibu hiaskan
bilik ini dengan
warna biru dan
putih.” Terang puan Fatimah
pada Lisa Adrianna.
“
Ini yang buatkan
Lisa makin sayangkan
ibu. “ Lisa Adrianna mendakap
ibunya.
“
Okey…. Lisa berehatlah
dulu, ibu nak turun
ke bawah nak bantu
mak Siti memasak ."
“ Baiklah ibu…Lisa
pun nak mandi
dan mengemas pakaian
dalam beg-beg ni.
Nanti Lisa turun
ke bawah bantu ibu .”
“Tak
payahlah Lisa bantu
ibu. Lisa pergilah berehatlah
dulu. Ibu tengok Lisa
pun dah letih
tu.” Kata puan Fatimah
sebelum meninggalkan Lisa
Adrianna.
Lisa
Adrianna membuka sliding door dan
keluar ke beranda . Angin yang meniup membuatkan
suasana terasa begitu nyaman
sekali. Lisa meninjau ke
rumah sebelah. Sebuah
rumah banglow indah
tersergam dimatanya . Nampaknya kawasan
ini adalah kawasan
rumah orang-orang berada . Sunyi saja
keadaan rumah sebelah.Terdapat beberapa
buah kereta mewah
di halaman rumah itu.
Hari
bekerja tentulah jarang
ada sesiapa pun di
rumah. Hanya pembantu rumah
saja yang ada di
rumah. Angin yang
bertiup menyebabkan rambut
Lisa Adrianna yang
panjang kepinggang terbuai-buai
ditiup angin. "Ah! Terasa nyamannya
udara di sini." Bisik Lisa Adrianna sendiri. Lisa Adrianna duduk di kerusi
yang terdapat di balkoni biliknya.Matanya dipejamkan untuk menikmati udara yang
bertiup nyaman.
Terasa
seperti ada yang
memerhati, Lisa pandang ke rumah
sebelah.Sepi! Tak ada
sesiapa pun di sana
mungkin hanya perasaannya
saja. Lisa meraba
kepalanya, barulah dia
perasaan kepalanya tidak
bertudung. Kus semanguat! Nasib baik tak ada orang disebelah rumah
mereka. Cepat-cepat Lisa Adrianna
masuk ke dalam rumah
dan membiarkan sliding
door terbuka . Membiarkan angin yang bertiup
masuk ke biliknya. Lisa mengambil baju
dan tualanya dari
dalam salah satu
begnya.
Selepas mandi
Lisa terasa segar
kembali dan mengemas
baju-bajunya dan menyangkut
bajunya ke dalam
almari. Kebanyakan bajunya adalah
untuk musim sejuk.
“Nak kena beli
baju baru ni.”
Kata Lisa Adrianna sendiri.
Apa
khabar agaknya abang
Am sekarang. Dah lama
tak berhubung dengan
abang Am. Kali
terakhir dia berhubung
dengan abang Am
semasa abangnya menemani
ibunya melawatnya dua
tahun yang lalu.
Selepas itu abang
Am langsung tak
menghubunginya lagi. Kenapa ya
abang Am tak
menghubunginya lagi ? Nombor telefon
abangnya pun dah
tukar. Adakah abang Am dah tak
sayangkannya?Monolognya sendiri. Siapalah aku nak pertikaikan semua itu?
Lisa Adrianna
merebahkan badannya di tilam
yang lembut. Sekejap saja
dia sudah tertidur. Berjam-jam di dalam
penerbangan membuatkan Lisa
Adrianna keletihan.
Dia
hanya terjaga bila
azan berkumandang. Lisa
bangun perlahan-lahan menuju
ke bilik air. Setelah berwuduk
Lisa Adrianna membentangkan
sejadah. Eh! Lupa pula
nak tanya ibu
arah mana kiblat. Lisa Adrianna mengambil
tuala dan menutup
kepalanya sebelum turun
ke dapur.
Wah !
Bau masakan membuatkan
perut Lisa Adrianna
berkeroncong.
“Sedapnya bau .Tak
sabar nak makan
masakan ibu dan
mak, “ kata Lisa Adrianna.Puan
Fatimah dan mak
Siti tersenyum mendengar
kata-kata Lisa itu.
“
Ibu kiblat arah
mana? “Tanya Lisa.
“Lisa
tak tengok dekat
siling ke? Abang
Am dah pakukan
arah kiblat untuk
Lisa.”Pertanyaan dari puan Fatimah membuatkan Lisa mengaru kepalanya
yang tak gatal.
“La…ya
ke ibu? Lisa
tak perasan pula. Lisa
nak solat dulu , sekejap lagi
Lisa turun semula." Tanpa menunggu
Lisa berlari naik ke
atas semula. Lisa hampir
terlanggar dengan abahnya.
Nasib baiklah dia
sempat brek kakinya.
“Kenapa
berlari ni Lisa? Nasib baik
tak langgar abah, kalau
tidak dah tertonggeng
abah tadi.”Tanya abahnya. Lisa ketawa mendengar kata-kata dari
abahnya.
“
Sorry abah…Lisa nak
cepat ni. Nak
solat dulu. Abah
turunlah dulu. Sekejap
lagi Lisa turun
ke bawah. Kita makan
sama-sama, “ kata Lisa sebelum
masuk ke dalam biliknya.
“Tak
berubah juga perangai
kelam kelibutnya tu. "Bisik encik
Samad perlahan.
Usai
solat zohor Lisa Adrianna
turun ke bawah untuk
makan tengahari bersama
mereka.
“Ha…Lisa makan banyak-banyak
, tadi Lisa
kata rindukan masakan
ibu.
“Sedap ni
ibu dah lama
Lisa tak makan
semua ini. Terima kasih
ibu.” Kata Lisa Adrianna. "Mak Siti….marilah makan dengan Lisa. Sekejap Lisa. Mak
sedang buat air.”
Lisa sendukkan
nasi untuk mereka. Mereka berbual
sambil makan.
“Lisa…. Nanti Lisa
kerja dengan abah.” Ajak
encik Samad. Kalau boleh
dia tak mahu
Lisa berjauhan dengan
mereka lagi. Biarlah Lisa
Adrianna bekerja di syarikat
mereka dan tinggal
bersama mereka.
“Tak tahu
lagi abah…nanti Lisa
fikirkan.” Kalau boleh dia
tak nak bekerja
dengan abahnya. Bukan dia
tak tahu abang
Am dan kak
Shila juga bekerja
dengan abahnya. Nanti apa
kata mereka. Dia
tak mahu dituduh
ingin menumpang harta
mereka. Cukuplah abah dan
ibu membesarkannya sehingga
dewasa.
“Tak
payah nak fikir
lagi Lisa, terima saja
cadangan abah tu, “desak ibunya
pula.
“Lisa
ingat nak berehat
seminggu dua dulu . Bolehkan abah….ibu…,"Tanya Lisa
Adrianna.
“Okey…. Abah
bagi Lisa sebulan
untuk berehat, selepas
sebulan Lisa kena
kerja dengan abah.”
“Baiklah abah.
Lisa nak berehat
sepuas-puasnya.” Selepas
makan Lisa Adrianna
membantu mak Siti
mengemas meja dan membasuh
pinggan dan mangkuk.
******
Setelah
seminggu kepulangan Muhammad
Rayyan Hafiz , Datuk
Ariff dan Datin Sufiah telah
mengadakan kenduri
kesyukuran atas kepulangan
anak lelaki kesayangan
mereka.
Villa Angsana
meriah dengan kehadiran
rakan-rakan perniagaan Datuk Ariff
dan Datin Sufiah. Makanan kampung
yang disediakan menepati selera
para tetamu. Tetamu memuji
keenakan makanan yang
di sediakan. Sesekali menjamu
selera dengan makanan
kampung apa salahnya.
Muhammad Rayyan
Hafiz di perkenalkan kepada
rakan-rakan perniagaan Datuk
Ariff. Satu hari
nanti Muhammad Rayyan
Hafiz yang akan
menjadi penganti kepada
Datuk Ariff. Datuk
Ariff dan Datin
Sufiah bercadang untuk
menyatukan anak lelaki
mereka dengan anak
Datuk Idris. Perkara itu
belum diberitahu pada
Rayyan.
"Auntie ….. "seorang gadis
yang sangat seksi sedang memeluk
Datin Sufiah.Fuh… majlis
kesyukuran boleh pakai
macam nak pergi
disko, getus hati
Rayyan.
Pendeknye..nak lagi..
ReplyDeleteNAK LAGI......
ReplyDelete